The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahheriyatiidris, 2021-10-31 04:26:46

tcng hoki ps pht msnt untuk hebahan 01

tcng hoki ps pht msnt untuk hebahan 01

PERTANDINGAN
TERENGGANU CITY NIGHT GAMES

HOKI : PENALTI STROK

( SIRI 3 TAHUN 2021 )

ANJURAN
MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU

( MSNT )

KELOLAAN
BIRO PERTANDINGAN
PERSATUAN HOKI TERENGGANU

( PHT )

TARIKH
03 hb DIS. 2021 hingga 04hb DIS. 2021

VENUE
PADANG HOKI
KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU
SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS

PERSATUAN HOKI TERENGGANU
d/a STADIUM HOKI MBKT BATU BURUK,
20400 KUALA TERENGGANU

________________________________________________________________________________

PERTANDINGAN
TERENGGANU CITY NIGHT GAMES

HOKI : PENALTI STROK
( SIRI 3 TAHUN 2021 )

Pengenalan
Pertandingan ini merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan pada Tahun 2011 yang
lalu. Tetapi, setelah hampir sepuluh tahun berlalu, kini, Terengganu City Night Games kembali dalam
bentuk wajah yang baru. Program ini berfokuskan permainan kemahiran hoki, bagi mencari bakat
baru dan juga bakat yang lama berwajah baru.

Nama Pertandingan

“PERTANDINGAN TERENGGANU CITY NIGHT GAMES”
HOKI : PENALTI STROK
( SIRI 3 TAHUN 2021 )

Objektif
Program ini berobjektifkan, antaranya ialah
1. Mencungkil bakat baru dalam permainan hoki supaya mereka lebih minat dan

menggemari permainan hoki.
2. Mencungkil kembali pemain-pemain yang dulunya berada di zaman kegemilangan

Terengganu suatu masa dahulu.
3. Mengasah kemahiran pemain-pemain yang sedia ada dan meneruskan kegemilangan

Hoki Terengganu hingga ke puncak jaya.

Sasaran
Terbuka kepada penggiat dan pemain hoki di Negeri Terengganu.

Tajuk Pertandingan
Permainan Hoki : Penalti Strok

Tarikh
03hb Disember 2021 ~ 04hb Disember 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran
25 November 2021

Venue
Padang Hoki
Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Seberang Takir, Kuala Nerus.

Penyertaan / Pendaftaran

1. Terbuka Lelaki Tertutup Negeri Terengganu

1.1 5 sebelah

1.2 Pendaftaran pemain 4 pemain + 1 penjaga gol.

2 Terbuka Perempuan Tertutup Negeri Terengganu

2.1 4 sebelah.

2.2 Pendaftaran pemain 3 pemain + 1 penjaga gol.

3. Setiap pasukan mestilah mengisi Borang Pendaftaran melalui googleform Pendaftaran

seperti yang berikut → https://forms.gle/ZVLDXgAv6BPAYYYJ9

4. Pengurus Pasukan diwajibkan menjadi ahli Telegram TCNG HOKI PENALTI STROK PHT

MSNT 2021. → https://t.me/joinchat/SSFMw1zEj-A5Zjll

Kategori
Terbuka umur.
( syarat utama : peserta sudah melengkapi 2 dos vaksinasi dengan membuktikannya pengisian No.
Daftar MySJ ID di dalam Borang Pendaftaran )

Format Pertandingan
1. Liga Kumpulan

1.1 Kumpulan A B C D
1.2 Bergantung kepada bilangan penyertaan.
2. Pusingan Kalah Mati
2.1 Pusingan Suku Akhir
2.2 Pusingan Separuh Akhir
2.3 Pusingan Akhir

Yuran Pendaftaran

1. RM40.00 satu pasukan ( setiap jantina )

2. Sila buat pembayaran seperti butiran berikut

2.1 Nama Penerima : PHT TCNG HOKI PENALTI STROK 2021

2.2 Bank : MAYBANK

2.3 No. Akaun Bank : 563019240966

Hadiah

1. Kategori Lelaki : Wang Tunai

1.1 Johan RM500.00
RM300.00
1.2 Naib Johan RM150.00
RM150.00
1.3 Ke-Tiga

1.4 Ke-Tiga

= RM1100.00

2. Kategori Perempuan : Wang Tunai

2.1 Johan RM500.00

2.2 Naib Johan RM300.00

2.3 Ke-Tiga RM150.00

2.4 Ke-Tiga RM150.00

= RM1100.00

Kronologi Program

Bil. Tarikh Butiran Catatan

Perbincangan Bersama Biro Pertandingan dan
1. 19 Oktober 2021

Jawatankuasa Tertinggi PHT

Bentangkan Kertas Kerja Secara Dalaman

2. 24 Oktober 2021 Bersama Biro Pertandingan dan Jawatankuasa

Tertinggi PHT

3. 26 Oktober 2021 Bentangkan Kertas Kerja Kepada MSN
Terengganu

4. 30 Oktober 2021 Hebahan / Publisiti Pertandingan

5. 25 November 2021 Tarikh Tutup Penyertaan Pertandingan

6. 02 ~ 04 Disember 2021 Hari Pertandingan

Penutup
Diharapkan dengan berjayanya program Terengganu City Night Games Hoki : Penalti Strok Siri 3
Tahun 2021 ini, dapat mengetengahkan bakat baru, menggilap pemain sedia ada dan
mengembalikan semangat Hoki Terengganu suatu masa dahulu ke puncak jaya.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………..……… ………….…………………………………
( MOHD FAISAL BIN HARUN ) ( MOHD RASHIDI BIN HASHIM )
Pengerusi Setiausaha
Biro Pertandingan Dalaman Persatuan Hoki Terengganu.
Persatuan Hoki Terengganu.

Disahkan oleh

…………………………………..……
( MOHD FIKRI BIN HARUN )

Presiden
Persatuan Hoki Terengganu.

Lampiran-Lampiran
1. Peraturan Pertandingan
2. Pelan Lantai Padang Penalti Strok
3. Borang Perdaftaran Pemain
4. Borang Pertandingan

LAMPIRAN 1

PERATURAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
TERENGGANU CITY NIGHT GAMES

HOKI : PENALTI STROK
( SIRI 3 TAHUN 2021 )

Pertandingan TCNG : HOKI PENALTI STROK dijalankan mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh ’THE RULES OF THE GAME OF HOCKEY’ sebagaimana yang ditetapkan
oleh ’THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD’ dan Peraturan Am ‘MALAYSIAN
HOCKEY CONFEDERATION’.

1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini akan dikenali sebagai Pertandingan TCNG Hoki
Penalti Strok.
1.2 Pertandingan ini akan dikelolakan oleh Persatuan Hoki Terengganu di
bawah anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu.

2. PENGURUSAN

2.1 Pertandingan TCNG Hoki Penalti Strok ini dikelolakan oleh Persatuan

Hoki Terengganu di bawah anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu.

2.2 Sungguhpun demikian, pengelolaan kejohanan ini daripada hari ke

hari adalah di bawah tanggungjawab Biro Pertandingan Dalaman yang

meliputi tugas-tugas berikut :-

2.2.1 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan

dipatuhi.

2.2.2 Menjaga masa.

2.2.3 Menguruskan padang permainan.

2.2.4 Kepegawaian.

2.2.5 Pelantikan Pengadil.

2.2.6 Bantahan.

3. PENYERTAAN

3.1 Terbuka kepada penggiat dan pemain hoki yang berminat dan ingin

menyertai Pertandingan “TCNG : Hoki Penalti Strok”.

3.2 Kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :-

3.2.1 Lelaki Tertutup Negeri Terengganu

3.2.2 Perempuan Tertutup Negeri Terengganu

3.3 Peserta diwajibkan sudah melengkapi 2 dos vaksinasi.

4. PENDAFTARAN

4.1 Setiap pasukan adalah seperti berikut :-

4.1.1 Lelaki 5 pemain ( 4 pemain + 1 penjaga gol )

4.1.2 Perempuan 4 pemain ( 3 pemain + 1 penjaga gol )

dan diisi di dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang rasmi.

4.2 Segala maklumat dalam Borang Pendaftaran Pasukan tersebut perlu

dilengkapkan.

4.3 Setiap pemain DIWAJIBKAN mengisi No. Daftar MySJ ID di dalam

Borang Pendaftaran Pasukan.

4.4 Borang Pendaftaran Pasukan yang tidak lengkap tidak akan diterima.

4.5 Pendaftaran pemain baru atau sebarang perubahan mestilah dibuat

selewat-lewatnya setengah jam sebelum perlawanan pertama

pasukan yang bertanding dengan menyerahkan Borang Pendaftaran

Pasukan yang baru.

4.6 Seorang pemain hanya dibenarkan mendaftar satu ( 1 ) pasukan

sahaja. Jika didapati pemain bermain untuk pasukan lain, maka,

kesemua pasukan yang terlibat dibatalkan pendaftaran dan tidak

dibenarkan bertanding.

4.7 Setiap pasukan diwajibkan mengisi googleform Pendaftaran dan

memuatnaik butiran berikut :-

4.7.1 Borang Pendaftaran Pasukan

4.7.2 Bukti pembayaran wang penyertaan

- tuliskan pembayaran kepada

“PHT TCNG HOKI PENALTI STROK 2021”

- nama bank : MAYBANK

- no akaun bank : 563019240966

5. PAKAIAN
5.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 2 pasang Jersi yang berlainan
warna antara satu sama lain.
5.2 Semua pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang
dipakainya sepanjang pertandingan. Nombor baju hendaklah
dinyatakan di sebelah nama pemain di dalam senarai pendaftaran.
5.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, pasukan
mestilah menukar jersinya. Pasukan yang namanya tercatat dahulu
dalam Jadual Pertandingan dikehendaki menukar jersinya. Pengurus
Pasukan diminta berbincang dengan Pengurus Pasukan lawan
sebelum perlawanan untuk mengelak persamaan warna.
5.4 Pemain-pemain diwajibkan memakai stoking.
5.5 Pemain yang tidak berpakaian menutup aurat dan tidak sopan adalah
tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
5.6 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal
15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.7 Jika ada pemain yang memakai / menggunakan ’leotards’, warnanya
mestilah sama dengan seluar / skirt atau stoking yang dipakai.
5.8 Jika ada pemai perempuan memakai skaf, ia mestilah sama dengan
warna jersi atau berwarna hitam tanpa mempunyai corak iaitu ‘plain
colour’ sahaja.
Pemakaian topi adalah tidak dibenarkan.
5.9 Pemakaian topi, pengikat kepala ( headband ) dan skaf tidak
dibenarkan bagi pemain lelaki.
5.10 Penjaga Gol mesti memakai kelengkapan yang penuh sebagai
penjaga gol sepanjang Penalti Strok. Penjaga Gol mesti diliputi
sepenuhnya oleh jersinya.
5.11 Semua pemain perlu memakai jersi dengan kemas sepanjang
pertandingan

6. SISTEM PUKULAN PENALTI STROK
6.1 Tatacara / undang-undang pengambilan penalti strok digunapakai.
6.2 Pengadil membuat dan menentukan undian.
Pasukan yang menang dalam undian akan membuat pilihan, sama
ada memulakan penalti strok atau bertahan dahulu.
6.2 Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan
mengambil penalti strok bagi pasukan masing-masing.
6.3 Perlawanan peringkat Pusingan Liga Kumpulan seperti berikut :-
6.3.1 Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil
penalti strok berselang-seli terhadap penjaga gol lawan.
6.3.2 Mata pertandingan dianugerahkan kepada pasukan seperti di
dalam PARA 7.
6.4 Perlawanan peringkat Pusingan Kalah Mati seperti berikut :-
6.4.1 Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil
penalti strok berselang-seli terhadap penjaga gol lawan.
6.4.2 Kemenangan dianugerahkan kepada pasukan yang berjaya
menjaringkan lebih gol.
6.4.3 Jika jaringan penalti strok adalah sama selepas kesemua penalti
strok diambil oleh kedua-dua pasukan, maka, perlawanan kalah
mati satu ( 1 ) pemain akan dijalankan.

6.5 Perlawanan kalah mati satu ( 1 ) pemain, adalah seperti berikut:-
6.5.1 Pasukan yang tidak memulakan penalti strok pada peringkat
pertama akan mengambil penalti strok dalam penalti strok
kalah mati satu ( 1 ) pemain.
6.5.2 Kemenangan dianugerahkan kepada pasukan yang berjaya
menjaringkan lebih gol.
6.5.3 Jika jaringan penalti strok adalah sama selepas peringkat
pusingan penalti strok kalah mati satu ( 1 ) pemain diambil oleh
kedua-dua pasukan, maka, perlawanan kalah mati satu ( 1 )
pusingan akan dijalankan.

6.6 Perlawanan kalah mati satu ( 1 ) pusingan, adalah seperti
berikut:-
6.6.1 Pengadil membuat dan menentukan undian.
Pasukan yang menang dalam undian akan membuat pilihan,
sama ada mengambil penalti strok atau bertahan.
6.6.2 Kemenangan dianugerahkan kepada pasukan yang berjaya
menjaringkan lebih gol.
6.6.3 Jika gol tidak berjaya dijaringkan, maka, pasukan bertahan
dianugerahkan kemenangan.

7. SISTEM MATA ( LIGA KUMPULAN )

7.1 Sistem Mata bagi Liga Kumpulan adalah seperti berikut :-

7.1.1 Menang 3 mata

7.1.2 Seri 1 mata

7.1.3 Kalah 0 mata

8. SISTEM KAD AMARAN

8.1 Sistem Kad Amaran adalah seperti berikut :-

8.1.1 Hijau

8.1.1.1 ketika perlawanan semasa.

8.1.1.2 1 kad

boleh meneruskan perlawanan

8.1.1.3 2 kad

ditukarkan kepada kuning

8.1.2 Kuning

8.1.2.1 ketika perlawanan semasa.

8.1.2.2 1 kad

digantung perlawanan semasa

8.1.2.3 2 kad

ditukarkan kepada merah

8.1.3 Merah

8.1.3.1 ketika perlawanan semasa.

dibuat padang

8.1.3.2 digantung 2 perlawanan

9. PENANGGUHAN
9.1 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah
dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah Pertandingan,
keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu perlawanan ataupun
ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka
perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan
ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah
Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.

10. KEBENARAN MEMASUKI PADANG
10.1 Hanya pemain dan pengadil yang terlibat dalam pertandingan
dibenarkan masuk ke padang permainan kecuali terdapat kecederaan
pada pemain dan itu pun apabila di benarkan oleh pengadil yang
bertugas dalam pertandingan tersebut.
10.2 Komunikasi atau arahan dari Pegawai Pasukan dan pemain di luar
padang permainan tidak boleh ditujukan terhadap Pengadil atau
pemain dari pasukan lawan.
10.3 Pegawai atau pemain yang tidak didaftarkan untuk pertandingan
tidak dibenarkan duduk di bangku pemain.
10.4 Pegawai Teknikal yang bertugas, selepas memberi amaran kepada
Pengurus Pasukan kerana salah laku pegawai atau pemain berkuasa
untuk mengarahkan pegawai atau pemain tersebut meninggalkan
Bangku Pemain. Jika pegawai atau pemain yang diarah keluar dari
bangku pemain enggan berbuat demikian,tindakan disiplin boleh
dikenakan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas perlawanan tersebut.

11. KECEDERAAN
11.1 Jika berlaku kecederaan, Pengadil yang paling hampir pada pemain
yang cedera perlu memastikan sama ada bantuan perubatan
diperlukan.
11.2 Jika bantuan perubatan diperlukan, Pengadil tersebut akan memberi
isyarat kepada Pengurus Pasukan masuk ke padang.
11.3 Rawatan kepada pemain yang cedera tidak dibenarkan dibuat di atas
padang pertandingan.

11.4 Jika pemain yang cedera kelukaan, maka pemain tersebut mesti
dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan selanjutnya.

11.5 Pemain dengan luka berdarah tidak dibenarkan masuk ke padang
permainan melainkan luka itu telah diubati dengan tidak ada kesan
darah yang mengalir keluar dari luka.

12. JAWATANKUASA TEKNIKAL

12.1 Semua bantahan atau tindakan disiplin mesti dirujuk kepada jawatankuasa

teknikal yang dilantik untuk pertandingan ini.

12.2 Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab untuk

12.2.1 memberi amaran kepada pegawai atau pemain terbabit

12.2.2 mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau

pemain terbabit

12.2.3 menggantung satu atau lebih perlawanan terhadap

pegawai atau pemain terbabit

12.2.4 mengenakan denda

12.2.5 pengawai atau pemain yang dirujuk kepada

Jawatankuasa Teknikal tidak dibenarkan berada

dibangku pemain atau bermain selagi Jawatankuasa

Teknikal belum membuat keputusan terhadap pemain

tersebut.

13. JADUAL PERLAWANAN
13.1 Jadual Pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
13.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat perubahan
pada Jadual Pertandingan jika perlu.

14. LANTIKAN PENGADIL
14.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pengelola bertanggungjawab melantik
pengadil-pengadil untuk pertandingan ini.
14.2 Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh dipertikaikan.
14.3 Sebarang bantahan terhadap lantikan pengadil-pengadil TIDAK akan
dilayan.

14.4 Keputusan untuk menghentikan atau menangguhkan perlawanan
akan dibuat oleh pengadil-pengadil perlawanan tersebut.

15. BANTAHAN
15.1 Jika ada bantahan, ianya akan di tujukan kepada Pengawai Teknikal
yang bertugas secara lisan dalam masa 10 minit selepas tamatnya
sesuatu pertandingan.
15.2 Bantahan Secara bertulis dalam Borang bantahan Rasmi dengan wang
cagaran RM100.00 ( Satu Ratus Ringgit Malaysia ) hendaklah
diserahkan oleh pengurus atau wakilnya dalam masa setengah jam
selepas bantahan secara lisan dibuat. Bantahan tidak dipertimbangkan
jika dibuat selepas masa yang ditetapkan.
15.3 Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak
berasas dan ditolak oleh Jawatankuasa Teknikal.
15.4 Keputusan secara bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknikal kepada
semua pihak dan Pegawai Pertandingan dalam masa tidak kurang 1 jam
dari tamatnya sesuatu perlawanan.
15.5 Pengurus Pertandingan atau penolongnya akan memberitahu
Pengerusi Juri Rayuan dengan serta-merta mengenai bantahan
tersebut. Pihak Juri Rayuan akan mesyuarat dan memberi keputusan
dengan secepat mungkin. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

16. KELEWATAN
16.1 Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 10 minit
sebelum masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu pertandingan.

17. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
17.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah
dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan
pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan dan
pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang perlawanan
seterusnya.

18. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
18.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan
pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang
mana keputusannya adalah muktamad.

Hak milik…
pht : hoki penalti strok
tcngmsnt
disember 2021

LAMPIRAN 2
PELAN LANTAI PADANG HOKI PENALTI STROK

Penerangan Padang
Penalti Strok
- 7 ela ( 6.14 m ) daripada

garisan tengah gol
- sama seperti saiz padang

yang piawai IHF

LAMPIRAN 3

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN Ringkasan
TERENGGANU CITY NIGHT GAMES
HOKI : PENALTI STROK
MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU ( MSNT )
PERSATUAN HOKI TERENGGANU ( PHT )

Nama
Pasukan

Bil. Nama Pegawai Pasukan Jawatan No. Telefon
1.
2. Pengurus
Jurulatih
Kategori
() LELAKI =
PEREMPUAN =

Bil. Nama Pemain Pasukan No. No. Daftar MySJ ID
Jersi
1.
2. ( GK )
3.
4.
5.

Nota : 1. Pemain juga boleh bertugas sebagai Pegawai Pasukan.
→ Sila muat naik Borang Pendaftarn Pasukan ini di pautan

berikut :- https://forms.gle/ZVLDXgAv6BPAYYYJ9
→ bersama bukti pembayaran penyertaan.

……………..............………….....……...…
()
Pengurus Pasukan

LAMPIRAN 5

PELAN LANTAI VENUE PERTANDINGAN

KHEMAH
REHAT
PASUKAN

KHEMAH
PEGAWAI

KHEMAH
REHAT
PASUKAN


Click to View FlipBook Version