Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 50 Objektif : Di akhir modul ini peserta akan dapat : 1. Menanamkan sikap keyakinan diri semasa berkomunikasi 2. Mengendalikan perbincangan dalam kumpulan mengikut agihan tugas. 3. Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti. Masa : 1 jam Bahan : Buku Catatan Alatulis Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan 2. Setiap kumpulan perlu menyediakan buku catatan dan alatulis. 3. Peserta diminta membuat persembahan iklan selama 3 minit tentang barang yang hendak dipromosikan (Contoh : Air mineral, Roti, Telur, Biskut dll ) 4. Peserta lain diminta mengangkat tangan sekiranya mereka berminat untuk membeli barangan tersebut. Kumpulan yang memperoleh belian terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Proses : 1. Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing. 2. Kerjasama kumpulan sangat penting untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Penilaian : Peserta perlu sedar kepentingan kerjasama dalam kumpulan , keyakinan diri dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan. Rumusan : Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama. LDK 2 Aktiviti 1 TAJUK : Telefon Rosak PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 51 OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:- 1. mengetahui bahawa setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam organisasi 2. menyedari bahawa tingkah laku kita kadangkala memberikan kesan kepada orang lain seperti organisasi, keluarga dan masyarakat MASA : 45 minit BAHAN : Skrip LANGKAH-LANGKAH : 1. Edarkan skrip kepada ketua kumpulan 2. Berikan masa untuk ketua kumpulan membaca cerita tersebut 3. Mengarahkan ketua kumpulan tampil ke hadapan kumpulan masing-masing 4. Mengarahkan setiap kumpulan berada dalam satu barisan dengan jarak yang ditetapkan 5. Meminta ketua kumpulan menyampaikan cerita kepada ahli kumpulan yang pertama 6. Seterusnya ahli pertama tadi menyampaikan cerita kepada ahli yang berikutnya. Proses diteruskan hingga sampai kepada ahli yang terakhir 7. Ahli yang terakhir diminta untuk menceritakan cerita tersebut kepada fasilitator yang akan mencatat di atas sekeping kertas 8. Fasilitator menyemak cerita tersebut dan dibandingkan dengan cerita asal 9. Fasilitator membuat penilaian dan rumusan aktiviti PENILAIAN : Berdasarkan kepada ketepatan maksud, cerita dan tanggungjawab sebagai pemimpin RUMUSAN : Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul di dalam organisasi SKRIP CERITA HOW MANY WOOD CAN A WOOD CHUCK CHUCK IF A WOOD CHUCK COULD CHUCK WOOD Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 52 PAK ALANG KE KEDAI SIEW LANG LALU DI TEPI PADANG YANG PENUH LALANG LALU TERJUMPA GELANG EMAS LDK 2 Aktiviti 2 TAJUK : Pidato Spontan ( Kereta ) PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:- 1. Memberi peluang kepada ahi mengeluarkan idea dan menyelesaikan masalah Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 53 2. Menyedarkan ahli tentang kepentingan mengeluarkan pendapat 3. Menyedarkan ahli bahawa setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam kumpulan MASA : 45 minit BAHAN : Kertas A4, pen marker LANGKAH-LANGKAH : 1. Fasilitator meminta setiap ahli memilih bahagian-bahagian kereta yang mereka sukai dan senaraikan kepentingan bahagian masing-masing 2. Berikan masa untuk ahli kumpulan berbincang mengenai kepentingan bahagian yang dipilih 3. Selepas tiga minit, fasilitator memberikan setiap ahli kumpulan nombor peribadi berdasarkan bilangan ahli kumpulan 4. Nombor ahli yang disebut oleh fasilitator perlu menyatakan kepentingan bahagian yang dipilih berbanding dengan bahagian kereta yang lain 5. Proses diteruskan sehingga semua ahli kumpulan mengeluarkan pendapat masingmasing PENILAIAN : Berdasarkan kepada keberanian, keyakinan dan kecekapan pelajar mengeluarkan pendapat dan berdebat. RUMUSAN : 1. Setiap sesuatu yang wujud ada kepentingannya 2. Setiap individu adalah unik dan berbeza dan tidak boleh bertindak bersendirian 3. Setiap pemimpin perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dalam memainkan peranan di dalam organisasi. LDK 2 Aktiviti 3 TAJUK : Lukisanku PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:- 1. Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala 2. Menyedari kepentingan komunikasi dalam satu organisasi kepimpinan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 54 3. Menyedari kepentingan kemahiran mendengar MASA : 45 minit BAHAN : kertas mahjung, pen marker, kertas bergambar LANGKAH-LANGKAH : 1. Fasilitator dibekalkan dengan kertas gambar 2. Ahli kumpulan dikehendaki duduk membelakangkan fasilitator (beri arahan pusing ke belakang) 3. Fasilitator menunjukkan kertas bergambar kepada ahli pertama dan diberi masa 2 minit untuk memerhati dan meneliti lukisan itu. Kemudian gambar itu disimpan oleh fasilitator 4. Ahli yang pertama tadi diminta memberi arahan mengenai gambar lukisan tadi kepada peserta ke dua (secara berbisik). Peserta ke dua melukis gambar seperti mana yang diarahkan oleh peserta pertama tadi. Kemudian ahli ke dua memberi arahan secara berbisik juga kepada ahli ke tiga dan aktiviti ini sehingga ahli terakhir. (Gambar yang telah dilukiskan oleh peserta ke dua, ke tiga dan seterusnya perlulah diterbalikkan) 5. Setelah semuanya siap, pamerkan semula semua gambar yang telah dilukis beserta dengan lukisan asal PENILAIAN :Berdasarkan kepada ketepatan ahli melukis gambar bersamaan dengan gambar asal RUMUSAN : 1. Aspek penting dalam komunikasi ialah memberi arahan yang tepat dan mendengar dengan teliti 2. Komunikasi secara langsung lebih berkesan dan sangat penting untuk mengesahkan sesuatu berita/mesej/cerita 3. khabar angin biasanya tidak tepat, perlu mendengar dari penghantar asal untuk mengesahkan berita LUKISANKU Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 55 LDK 3 Aktiviti 1 Tajuk : Simulasi (Sambutan Hari Guru/Majlis Anugerah Cemerlang) Personalia : Guru Pengawas Objektif : Di akhir modul ini peserta akan dapat : 1. Menanamkan sikap tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. 2. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan kerja yang terbaik. 3. Meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 56 Masa : 2 jam Bahan : Kertas A4 Alatulis Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan 2. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk mengendalikan sesuatu majlis. 3. Ahli kumpulan membincangkan bagaimana untuk menjalankan simulasi majlis tersebut. 3. Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil perbincangan menggunakan kaedah simulasi. Proses : 1. Wakil setiap kumpulan akan menjalankan simulasi tugasan mereka 4. Selesai perbincangan fasilitator memberi ulasan dan membuat penambahbaikan jika perlu Penilaian : Kerjasama kumpulan sangat penting untuk menjayakan sesuatu program Rumusan : Boleh menerima kekuatan dan kelemahan diri dan orang lain. CERAMAH KEPIMPINAN HARI : JUMAAT MASA : 9.00 – 11.00 mlm (2 jam) PENCERAMAH JEMPUTAN : Hajjah Zanariah Bt Buang (Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Tun Hussein Onn, Kluang) PENGISIAN CERAMAH : Definisi pemimpin : Pemimpin adalah seorang atau orang-orang yang mengetuai atau memimpin sesuatu badan, organisasi dan pergerakan. Pemimpin mudah dikenali dan dilihat secara jelas sekalipun kedapatan ramai pemimpin yang tidak punyai daya kepimpinan. Kategori pemimpin : 1. Pemimpin rasmi – punyai status hasil dari jawatan yang disandang atau dilantik oleh pihak berkuasa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 57 2. Pemimpin tidak rasmi – seseorang yang boleh mempengaruhi anggota-anggota kelompok dibawahnya hasil kebolehan semulajadi dan tersendiri tanpa paksaan dan ikatan jawatan yang disandang. Kepimpinan lahir dari kerelaan dan penghargaan yang diberi oleh anggota kelompok tersebut. Sifat-sifat pemimpin : Sebagai pemimpin seseorang itu perlu ada sifat-sifat berikut ; a) Hebat personaliti b) Pemikiran dan penghayatan yang jelas dan cerdik c) Hati yang mulia d) Benar e) Amanah f) Sabar dan tenang g) Berani dan gigih h) Diplomasi dan fleksibel i) Memandang kehadapan Pemimpin berkualiti : Pemimpin berkualiti bermaksud pemimpin yang dapat memenuhi keperluan ahli dan mendapat kesetiaan dan kepercayaan mereka. Ianya dapat dilihat dari aspek-aspek : a) Sesuai dengan masa dan keperluan b) Sesuai dengan tujuan c) Strategi kearah kemenangan d) Kesinambungan e) Kepuasan pengikut dan pelanggan Gaya kepimpinan : Terdapat beberapa gaya dalam kepimpinan : a) Kepimpinan melalui musyawarah Pemimpin menjadi ketua perbincangan dan keputusan diambil setelah mendengar pendapat ahli. Keputusan dibuat di atas kewajaran dan kemungkinan kecil tidak majoriti b) Kepimpinan melalui demokrasi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 58 Ketua mendengar pandangan majoriti dan mengambil keputusan di atas pendapat majoriti. Pemimpin lebih bersifat penyelaras. c) Kepimpinan melalui otokrasi Pemimpin memberi arahan berdasarkan pandangan dan penilaiannya tanpa pandangan ahli. Gaya ini sesuai di masa kritikal yang memerlukan tindak balas segera. d) Kepimpinan melalui tauladan Pemimpin berupaya mempengaruhi ahli melalui tindakan dan tingkahlakunya. Ahli-ahli mengikut ketua tanpa disedarinya. TAZKIRAH TAZKIRAH 1 MALAM PERTAMA : 30 MINIT Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 59 TAJUK : KEPIMPINAN DALAM ISLAM PENGENALAN Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah : Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.(al Baqarah : 30) DEFINISI Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan. Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF (mulia) tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF (tanggungjawab) yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan : Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith) Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah. KEPENTINGAN DAN MATLAMAT Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas. 1. MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PERLAKSANAAN SYARIAT Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 60 Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya : Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran :19) 2. MENYAMBUNG TUGAS RASUL Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yang akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’(kesetiaan) daripada orang di bawah pimpinannya. 3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumbalumba mencari keredhaan Allah. TAZKIRAH 2 MALAM KEDUA : 30 MINIT TAJUK : CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI 1. BERIMAN DAN ADIL Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 61 Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orangorang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama. 2. MENGENALI DAKWAH Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie (pendakwah) yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya. 3. MENGENALI JIWA Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah : a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya. b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi. c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain- lain. d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka. 4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut. Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 62 yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya untuk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas. 5. TELADAN YANG BAIK Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh umat manusia. Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik” Sedang Para sahabat pula merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang mendapat petunjuk Ilahi yang disifatkan sendiri oleh baginda : “ Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, siapa sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti kamu akan beroleh petunjuk” ( al Hadith) 6. OPTIMISME Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang akan datang. Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulankumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu PENDIDIKAN MORAL Tajuk : Kuliah Moral 1 Aktiviti : Penerokaan Diri Tarikh : 27 MEI 2011 Masa : 8.00 – 9.00 malam Tempat : Dewan Teluk Gorek Resort, Mersing Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 63 Alatan : Kertas Perlaksanaan : 1. Fasilitator mengucapkan tahniah kepada ahli kelompok kerana dipilih untuk menghadiri kem kepemimpinan. 2. Fasilitator meminta peserta menyuarakan perasaan dan pendapat mereka tentang kem kepemimpinan dan merasionalkan mereka.Fasilitator memantau dan membuat penilaian dari segi keterlibatan / komitmen ahli kumpulan. 3. Fasilitator menegur tentang disiplin peserta : • mematuhi peraturan • menepati masa • bekerja sama • membantu rakan peserta • menghormati rakan peserta, pengawas senior, guru-guru dan penceramah • menurut arahan pengawas senior dan guru-guru • bertolak ansur • senyap semasa mendengar ceramah dan arahan dari pengawas senior dan guru-guru • menjaga kebersihan dewan makan, tandas dan kebersihan diri. 4. Fasilitator membahagikan kertas kepada peserta dan meminta peserta melipat dua kertas tersebut.. 5. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat positif yang ada pada dirinya di ruang sebelah kiri kertas. 6. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat negatif yang ada pada dirinya di ruang sebelah kanan kertas. 7. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaannya 8. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya. 9. Fasilitator merumuskan bahawa : • Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri • Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Tajuk : Kuliah Moral 2 Aktiviti : Cermin Muka. Tarikh : 28 MEI 2011 Masa : 8.00 – 9.00 malam Tempat : Dewan Teluk Gorek Resort, Mersing Alatan : Cermin Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 64 Pelaksanaan : Setiap peserta diminta membuat penjelasan kepada soalan di bawah. Siapakah orang di dunia ini yang paling disayangi ? Mengapa? 1. Selepas setiap orang membuat penjelasan, edarkan sebuah cermin. 2. Arahkan peserta supaya melihat cermin tersebut dan 64elo apa yang mereka 64elo n. 3. Renungi apa yang telah dilakukan oleh orang dalam cermin tersebut selama ini. 4. Fasilitator merumuskan • Dalam lakukan sesuatu kita jangan lupa bahawa kita perlu menyayangi diri sendiri. • Apa yang terjadi pada kita hari inkal terjadi adalah hasil daripada perbuatan kita yang lalu. Apa yang bakal terjadi pada diri kita di masa akan datang adalah hasil daripada perbuatan kita hari ini. EXPLORE RACE ARAHAN: 1. Peserta diberikan barang amanah yang perlu dibawa semula hingga ke penamat. Sebarang masalah pada barang amanah peserta akan dikenakan penalti. 2. Barang amanah boleh diberikan seperti biskut, telur ayam, belon berisi air dan sebagainya. 3. Program explorace ini fokus kepada ”team building” kepimpinan. 4. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis kenderaan. 5. Semua check point berada di sekitar kawasan kem sahaja. Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 65 6. Check point 1 berada di tangan guru/ staf/ pekerja. Untuk mengenali mereka, terdapat sesuatu yang ganjil pada diri beliau. 7. peserta mesti mengikut arahan seperti dalam kertas arahan di check point yang diterima. Setiap sampul surat mempunyai NAMA KUMPULAN, pastikan peserta tidak mengambil sampul surat ahli kumpulan lain. Penalti akan dikenakan. 8. Peserta yang tidak dapat menyempurnakan tugasan di setiap check point akan dikenakan penalti. 9. Setiap check point diperuntukan 15 minit untuk menyelasaikan tugasan yang diberikan. Jika tidak dapat menyempurnakan tugasan, penalti akan dikenakan. PENALTI: 1. Tolak 5 minit daripada waktu tiba di garisan penamat. 2. Kesalahan berulang akan ditolak lagi 2 minit. PERSONALIA: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, FASILITATOR, KEM KOMANDEN DAN AJK GURU MATLAMAT: Melahirkan pemimpin pelajar yang berketrampilan, berkebolehan dan matang dalam semua situasi. OBJEKTIF: 1. Mewujudkan kerjasama di antara ahli kumpulan 2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi aspek kognitif, psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan dan kreativiti. 3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ dan EQ stabil MASA: 3 JAM BAHAN-BAHAN: Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 66 1. Kain pelikat/batik 2. Telur ayam/ Biskut/ 66elo nisi air (Barang amanah) 3. Air Minuman 4. Sudu 5. Roti 6. Kaya 7. Kertas A4 (origami) 8. Pen 9. Kertas Mahjong 10. Marker pen LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator memberi arahan/ taklimat dan bahan-bahan yang perlu dibawa oleh peserta 2. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. 3. Fasilitator perlu memastikan setiap check point mempunyai seorang fasilitator untuk memegang check point. 4. Pastikan tempat untuk check point mestilah sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. DI AKHIR EXPLORE RACE: (MASA- 40 MINIT) 1. Setiap kumpulan di minta menyenaraikan di kertas mahjong: a. Pengajaran/ moral b. Pengalaman dari segi kognitif, emosi dan psikomotor. 2. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan dan fasilitator memberi respon setiap pendapat yang diberikan. Fasilitator perlu menekankan kerjasama dan kepimpinan pada setiap kumpulan. Kumpulan 1-10 Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 67 Soalan ke Check Point 1 (Fasilitator membacakan arahan berikut): Anda dikehendaki mencari guru/ pekerja/ Tuan punya kem untuk mendapatkan check point. Checkpoint anda berada di tangan beliau. INGAT, pastikan anda mengambil check point mengikut nama kumpulan anda. KUMPULAN 1-5 Check point 1 (air minuman) Guru / Pekerja / Tuan Punya Kem Masa: 15 minit Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan: 1. Kepimpinan 2. Dadah 3. 1 Malaysia 4. Rukun Negara Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 68 5. Guru-guru Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut mengikut gaya dan kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat dititikberatkan. Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan di Check Point seterusnya. Jika dimunum air ini anda akan tercekik di check point 5. Sila dapatkan sudu di checkpoint seterusnya…. Check point 2 (Sudu) Masa: 15 minit Check point 3 (Roti) Masa: 15 minit Check point 4 (Kaya/ Sardin) Masa: 15 minit Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang Anda diminta membuat satu “trade mark” kumpulan anda. Apabila fasilitator telah setuju dengan persembahan anda, anda akan mendapat kaya/ sardine. Tahniah! Anda Berjaya. Tapi sebelum itu pastikan seorang rakan anda masih tidak sedar dari pengsan. Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti. Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan menggunakan kain batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda hingga ke check point 5. Rakan anda yang pengsan mestilah jangan membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check point seterusnya. Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam, kasut, tali kasut, topi, tali pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu semua sebagai logo/ arca yang melambangkan kumpulan anda. Logo tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat. Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti anda menjaga barang amanah. Check point seterusnya ada menyediakan roti
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 69 Check point 5 (Dewan) Masa: 15 minit Tahniah! SELAMAT MAKAN.... Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba..... Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga..... KUMPULAN 6-10 Check point 1 (Kaya/ Sardin) Masa: 15 minit Check point 2 (Roti) Masa: 15 minit Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang Anda diminta membuat satu “trade mark” kumpulan anda. Apabila fasilitator telah setuju dengan persembahan anda, anda akan mendapat kaya/ sardine. Tahniah! Anda Berjaya. Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti.
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 70 Check point 3 (Sudu) Masa: 15 minit Check point 4 (air minuman) Guru/ Pekerja/ Tuan Punya Kem Masa: 15 minit Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan: 1. Kepimpinan 2. Dadah 3. 1 Malaysia 4. Rukun Negara 5. Guru-guru Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut mengikut gaya dan kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat dititikberatkan. Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan di Check Point seterusnya. Jika diminum air ini anda akan tercekik di check point 5. Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan menggunakan kain batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda hingga ke check point 5. Rakan anda yang pengsan mestilah jangan membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check point seterusnya. Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam, kasut, tali kasut, topi, tali pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu semua sebagai logo/ arca yang melambangkan kumpulan anda. Logo tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat. Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti anda menjaga barang amanah. Check point seterusnya ada menyediakan Air Minuman
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 71 Pastikan rakan anda masih pengsan dan tidak bergerak…. Check point 5 (Dewan) Masa: 15 minit Tahniah! SELAMAT MAKAN.... Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba..... Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga..... Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 72 STAR WALKING TAJUK : STAR WALKING Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang Dewan (check point 5) Check point 4 (Kaya/ sardine) Check point 3 (Roti) Check point 2 (Sudu) Check point 1 (Air minuman) LAKARAN UNTUK MELETAKKAN CHECK POINT EXPLORE RACE PETUNJUK: = LALUAN KUMPULAN 1- 5 = LALUAN KUMPULAN 6- 10
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 73 PERSONALIA : Fasilitator OBJEKTIF : Pada akhir program ini pelajar dapat:- - Bertindak tepat mengikut arahan bergantung kepada deria - Bekerjasama dalam membuat keputusan - Saling bantu-membantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan MASA : 1 jam 30 minit BAHAN : tali raffia, kain penutup mata, kayu, pistol air, bahan-bahan halangan seperti pelepah kelapa, daun-daun kering, ranting kayu dan sebagainya. LANGKAH-LANGKAH 1. Peserta diberikan taklimat oleh fasilitator tentang perjalanan aktiviti 2. Setiap peserta akan ditutup mata dengan kain yang disediakan. 3. Setiap peserta akan dibawa oleh fasilitator ke permulaan aktiviti. 4. Peserta diminta berjalan secara berkumpulan dalam satu barisan dengan mengikut panduan tali raffia yang disediakan sehingga ke penamat. 5. Beberapa orang fasilitator membuat gangguan semasa aktiviti dijalankan seperti memutuskan kumpulan, member arahan laluan dan sebagainya. 6. Sekiranya kumpulan itu mengikut laluan yang salah, kumpulan itu akan diberikan amaran melalui percikan air. 7. Setelah selesai aktiviti dalam tempoh 60 minit, semua kumpulan dikumpulkan untuk proses rumusan. Wakil setiap kumpulan diminta menceritakan pengalaman ( dari segi emosi, sikap, dan sebagainya sepanjang aktiviti tadi) 8. Fasilitator membuat rumusan besar. PENILAIAN : 1. Pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi 2. Pelajar sedar akan kepentingan kerjasama dalam kumpulan 3. Pelajar lebih peka dalam mengenalpasti halangan dalam menyelesaikan masalah 4. Pelajar perlu faham akan sikap asertif untuk memilih laluan yang betul 5. Pelajar bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan rakan di dalam kumpulan. RUMUSAN : Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
07-7743468 Fax : 07-7743468 Kod Sekolah : JEA 2040 CONTOH Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 74 Pelajar yang bijak dan berani dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. CONTOH SURAT MENYURAT CONTOH SURAT KEBENARAN PPD No. Rujukan : JEA2040/100-19/1 Tarikh : 6 MEI 2011 Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, 86000 Kluang, Johor Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957 Adalah saya, dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar di Teluk Gorek Resort, Mersing. 2. Bersama-sama ini, disertakan butir-butir untuk tujuan diatas. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang KM 4, JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG JOHOR
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 75 ………………………………………. Pengetua 1. Tujuan melancong : Kem Kepemimpinan Pelajar 2. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan : 2.1 Ketua program : 2.1.1 Nama penuh : 2.1.2 No KP : 2.1.3 Alamat : 2.1.4 Guru-guru yang membantu : 2.1.5 Nama penuh : No KP : Alamat : 3. Butiran Kewangan : 3.1 Jumlah Wang : 3.2 Punca Wang : 3.3 Butiran Perbelanjaan : 4. Maklumat orang-orang yang dibenarkan memungut dan membelanjakan wang Bil Nama penuh No KP Umur Jawatan Alamat 1 2 PENGAKUAN PENGETUA a. Persetujuan bertulis ibubapa/ penjaga pelajar telah diperolehi. b. Pelajar dan guru-guru yang terlibat telah diberi taklimat berhubungan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan. (Guru yang bertanggungjawab ditugaskan menjalankan semua langkah-langkah keselamatan) c. Alat-alat pertolongan cemas disediakan. Saya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan yang diberi dalam borang ini adalah benar dan betul. …………………………………….. Tandatangan Pengetua Nama : Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 76 Cop Rasmi CONTOH LAMPIRAN A LAMPIRAN A ANALISIS MAKLUMAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR 1. Nama Sekolah: 2. Telifon/ Fax: 3. Takaful dibayar pada: No. Resit Rasmi: 4. Lokasi sekolah: 5. Tarikh lawatan: 5.1. Bil. Kumpulan: 6. Nama Guru/Ketua Lawatan: 7. No. Tel. Bimbit: 8. Kategori Destinasi Lawatan: Tandakan _/ kepada yang berkaitan: 8.1 Sains Teknologi : __________ 8.2 Mercu Tanda : __________ 8.3 Galeri : __________ 8.4 Sejarah : ______/____ 8.5 Kesenian/Kebudayaan : __________ 8.6 Lain-lain : _Institusi Pendidikan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 77 9. Masa Lawatan: Tandakan _/ kepada yang berkaitan 9.1 Waktu sekolah: Kali ke: 9.2 Waktu Cuti Sekolah: _________ 10. Panganjuran Kelab / Persatuan: 11. Taburan Intergrasi: PENGLIBATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH GURU M C I M C I M C I MURID M C I M C 1 M C I JUMLAH SEMUA M C I M C 1 M C I Disahkan oleh, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
CONTOH BORANG SESENARAI NAMA PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUBAS A :____BIL. NAMA PENUH JAN UMUR / TING 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Majlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 78 ENARAI NAMA PELAJAR US KEPIMPINAN PELAJAR KE TELUK GOREK, MERSING _____________ NO. K/P ALAMAT RUMAH NO. TELEFON Kebangsaan Caw. Kluang
12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. Majlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 79 Kebangsaan Caw. Kluang
31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. DISEDIAKAN OLEH: ______________________________SENARAI NAMA PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUMajlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 80 DISEMAK OLEH: ________________________ US KEPIMPINAN PELAJAR KE TELUK GOREK, MERSING Kebangsaan Caw. Kluang
BAS B : ____BIL. NAMA PENUH JAN UMUR / TING 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Majlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 81 ______________ NO. K/P ALAMAT RUMAH NO. TELEFON Kebangsaan Caw. Kluang
16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. Majlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 82 Kebangsaan Caw. Kluang
35. 36. 37. 38. 39. 40. DISEDIAKAN OLEH: ______________________________Majlis Guru Kaunseling
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 83 DISEMAK OLEH: ______________________ Kebangsaan Caw. Kluang
07-7743468 Fax : 07-7743468 Kod Sekolah : JEA 2040 CONTOH 07-7743468 Fax : 07-7743468 Kod Sekolah : JEA 2040 Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 84 CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH No. Rujukan : JEA2040/100-19/1 Tarikh : 6 MEI 2011 Kepada …………………………….. …………………………….. ……………………………. Tuan, Jemputan Ceramah Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun… Perkara di atas adalah di rujuk, sukacita dimaklumkan tuan di jemput untuk memberikan ceramah kepada peserta kursus kepimpinan pengawas sekolah kami seperti butiran berikut; Tarikh : Masa : Tempat : Sasaran : Tajuk : 2. Jika sekiranya tuan mempunyai bahan-bahan edaran untuk diperbanyakkan kepada peserta kursus atau sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras Kursus……di talian…… 3. Kerjasama dan tindakan dari tuan amat di hargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………….. Pengetua CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN DAN KEBENARAN IBU BAPA Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang KM 4, JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG JOHOR SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang KM 4, JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG JOHOR
CONTOH Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 85 No. Rujukan : JEA2040/100-19/1 Tarikh : 6 MEI 2011 Kepada: Ibubapa / Penjaga Pemimpin Pelajar ………………………….. …………………………. Tuan, Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun… Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar pada ketetapan berikut: Tarikh : Tempat : Masa Pendaftaran : Masa Balik : 2. Tahniah anak tuan terpilih mengikuti kursus ini. Diharapkan pihak tuan/puan dapat membenarkan anak di bawah jagaan tuan/puan untuk menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan dan mendedahkan para peserta kearah kepimpinan yang berkesan agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih mantap dan cemerlang. 3. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat di hargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………… Pengetua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
07-7743468 Fax : 07-7743468 Kod Sekolah : JEA 2040 Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 86 Saya…………………………………………………………… Ibubapa/penjaga………………………………………………………………… Tingkatan…………………………. Membenarkan/tidak membenarkan anak dibawah jagaan saya untuk menyertai program Kursus Kepimpinan Pelajar pada .......... T/tangan.............................................. Tarikh.................................................. CONTOH SURAT MOHON SUMBANGAN Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang KM 4, JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG JOHOR
CONTOH 07-7743468 Fax : 07-7743468 Kod Sekolah : JEA 2040 Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 87 No. Rujukan : JEA2040/100-19/1 Tarikh : 6 MEI 2011 Kepada: .......................................... ......................................... Tuan, SUMBANGAN SEMPENA KURSUS KEPIMPINAN ______________________ 2011 Dengan segala hormatnya, SMK ____________ akan mengadakan Kursus Kepimpinan pada 27 hingga 29 Mei 2011. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah dalam melicinkan perjalanan program ini. 3. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi ______________________ di talian __________. Segala kerjasama daripada pihak tuan adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ................................................ Pengetua CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA BALAI POLIS, BALAI BOMBA DAN PEJABAT KESIHATAN (BERDEKATAN DENGAN TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN) Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang KM 4, JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG JOHOR
CONTOH Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 88 No. Rujukan : JEA2040/100-19/1 Tarikh : 6 MEI 2011 Kepada: …………………………. ………………………….. …………………………. Tuan, Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun… Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar pada ketetapan berikut: Tarikh : Tempat : Jumlah peserta : Jumlah guru : 2. Bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta dan guru yang akan menghadiri program ini. 3. Semoga mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak tuan. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat di hargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………… Pengetua BORANG PENILAIAN BORANG PENILAIAN PROGRAM NAMA PROGRAM : ______________________________________________________ TARIKH PROGRAM : ______________________________________________________ TEMPAT : ______________________________________________________ MASA : ______________________________________________________ JANTINA & KAUM : ______________________________________________________ PETUNJUK PENILAIAN 4: SANGAT BAIK 3: BAIK 2: SEDERHANA 1: LEMAH Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 89 Sila tandakan di petak pilihan bagi setiap item penilaian berikut: Bil Slot program 4 3 2 1 1 Pendaftaran 2 Taklimat program 3 Penginapan 4 Ice breaking 5 Ceramah kepimpinan 6 Star walks 7 LDK 1: Imej Diri 8 LDK 2: Komunikasi 9 Explore Race 10 LDK 3 : Simulasi 11 Rumusan 12 Jamuan 13 Tempoh masa 14 Tempat program Komen __________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Cadangan penambahbaikan __________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ PROTOKOL MAJLIS PENUTUP 1. Lantikan juruacara. 2. Lantikan wakil pelajar untuk berucap. 3. Lantikan pelajar untuk mengetuai akur janji. 4. Lantik 3 orang pelajar untuk majlis penyampaian hadiah / sijil. 5. Lantik pembaca doa. 6. Menyediakan 3 kerusi untuk VIP. 7. Menyediakan tempat untuk majlis penutup (rostrum, PA system, LCD, layar, dll) Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 90 8. Menyediakan lagu tema program. 9. Menyediakan penyambut tetamu. 10. Menyediakan penyampai buku program. 11. Menyediakan air minumanuntuk VIP. 12. Menyediakan AJK Perakam Peristiwa. ATURCARA MAJLIS PENUTUP 1. Ucapan alu-aluan juru acara kehadiran perasmi. 2. Bacaan doa 3. Tayangan multimedia, aktiviti sepanjang kem 4. Ucapan : a. Penyelaras program b. Wakil pelajar c. Perasmian penutup 5. Akur janji Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 91 6. Nyanyian lagu tema; Negaraku & Lagu sekolah 7. Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta 8. Majlis penyampaian cenderamata kepada perasmi penutup. 9. Sesi bergambar. 10. Bersalaman Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 92 SENARAI SEMAK PROGRAM KEPIMPINAN TARIKH: _____________________ BIL PERKARA TANDAKAN ( / ) TARIKH 1. Perbincangan dengan pentadbir 2. Membina kertas kerja 3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 4. Mendapatkan sumber kewangan 5. Surat menyurat - Makluman dan kebenaran daripada PPD - Perasmi - Penceramah dan Fasilitator - Surat lantikan Ahli Jawatankuasa - Pemberitahuan kepada polis, bomba, Pejabat Kesihatan, RELA - Ibu bapa / penjaga - Penaja - Tempat dan alatan 6. Mesyuarat penyelarasan 1 7 Penyediaan sijil dan cenderamata 8 Penyediaan Jamuan 9 Melaksanakan program 10. Pemantauan dan penilaian 11. Menyiapkan dan menghantar laporan 12. Mesyuarat post-mortem 13. Bahan edaran 14. Senarai Keperluan Peserta 15. Peti Kecemasan 16. Borang Ikrar Aku Janji 17. Borang Penilaian FORMAT LAPORAN PK13/10(BK31) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 93 LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM 1. Nama Program : ............................................................................................... 2. Tarikh : ............................................................................................... 3. Masa / Hari : ............................................................................................... 4. Tempat : ............................................................................................... 5. Objektif : ............................................................................................... ............................................................................................... 6. Bilangan Penyertaan : Peserta Lelaki Perempuan Jumlah Ting. / Tahun M C I LL M C I LL 7. Butiran Aktiviti : Bil Aktiviti Personalia Pengisian 8. Penilaian Program 8.1. Kekuatan Program : .......................................................................................................... .......................................................................................................... .......................................................................................................... Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang