MPU 21032 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA SESEBUAH NEGARAYANGBERDAULAT DANMERDEKA
Sidang redaksi Definisi Perlembagaan Perlembagaan di negara lain Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara berdaulat dan merdeka SENARAI KANDUNGAN Perlembagaan Malaysia kesimpulan Rujukan
SIDANG R EDAK SI Muhammad Afiq Izzuddin Bin Yusri F1006 Muhammad Fakhrullah Bin Ahmad Fauzi F1043 Muhammad Ashraf Daniel Bin Azizi F1004
DEFINISI PE R LEMBAGAAN Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undangundang, adat atau peraturan yang lazim. Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di kerajaan pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah. Wujudnya perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
PE R LEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dan mempunyai kandungan yang menjadi asas perundangan kepada negara kita. Perlembagaan terbentuk berasakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Undang-undang bertulis ini telah diperkenalkan sebagai perlembagaan Malaysia pada 16 September 1963 bersamaan dengan Hari Malaysia.
Gambar Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ditubuhkan Gambar Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
PE R LEMBAGAAN DI NE GARA LAIN Perlembagaan bertulis yang pertama didunia telah dirangka dan dikenali sebagai Piagam Madinah. la merupakan yang menetapkan hubungan rakyat dengan entiti pemerintahan negara yang dipersetujui bersama. Undangundang ini mewujudkan sempadan antara kuasa persekutuan dengan badan eksekutif dan badan perundangan. Negara lain seperti Jerman, Autralia dan Kanada juga mempunyai perlembagaan persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi dalam membentuk negara masing- masing.
Gambar Piagam Madinah
K EPENTINGAN PE R LEMBAGAAN NE GARA YANG B E RDAULAT DAN ME RDE KA menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan
MENJAMIN K ESTAB I LAN P O L ITI K DAN SISTEM PENTADB I RAN YANG CE KAP DAN B E R K ESAN Negara kita mengamalkan konsep raja berpelembagaan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan. Ini kerana kuasa eksekutif secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh Kabinet Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Namun Demikian, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Dengan ini, sistem pentadbiran negara akan lebih seimbang dan akan lebih maju. Selain itu, bidang kuasa kerajaan juga ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
MENJAMIN K ESELAMATAN DAN K ESEJAHTE RAAN RAK YAT Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat. Ini kerana rakyat mempunyai kebebasan bercakap dan menyuarakan pandangan selagi tidak menyentuh isu sensitif. Seterusnya rakyat mempunyai kebebasan beragama. Oleh itu, rmereka akan aman menganut agama masing masing tanpa sebarang gangguan. Selain itu, perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. Ini kerana Institusi Diraja tidak boleh sewenang wenangnya menggunakan kuasa kerana negara kita iaitu Malaysia mengamalkan Konsep Raja Berpelembagaan.
MENENTUKAN TANG GUNG JAWAB RAK YAT DAN BATASAN ATAU LARANGAN Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan. Antaranya, seperti hak istimewa orang Melayu. PerlembagaanMalaysia memberikan Yang di Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan istewa Orang Melayu. Selain itu, Bumiputera Sabah dan Sarawak juga akan dijaga kedudukan mereka oleh Yang di Pertuan Agong dan tidak boleh dipersoalkan keistimewan tersebut. Hal in adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum. Dengan ini, masyarakat akan hidup dengan lebih aman dan tenteram.
MEMUDAHKAN PE R PADUAN NASI O NAL DAN PEMBANGUNAN NE GARA Perpaduan nasional amatlah penting untuk pembangunan sesebuah negara, sama ada negaratersebut merupakan negara maju, membangun mahupun sedang membangun. Oleh itu, sistem perlembagaan Malaysia menekankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dengan ini, rakyat dapat berkomunikasi walaupun berbeza bangsa. Seterusnya, persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaumkaum yang lain, malah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, secara tak langsung dapat meningkatkan pembangunan negara kerana semuabangsa bersatu padu.
K ESIMPULAN Kesimpulan yang boleh diambil ialah kesemua Undang Undang Perlembagaan Malaysia yang termaktub mempunyai kepentingan yang perlu dipatuhi dan ditaati oleh kesemua pihak tidak kira berjawatan tinggi ataupun hanya rakyat biasa. Ini kerana apabila kita mematuhi dan mengamalkan konsep negara berpelembagaan, maka negara kita akan mendapat pelbagai manfaat seperti yang dinyatakan.
RUJUKAN http://bab4perlembagaan.blogspot. com/2016/03/definisi- perlembagaan.html?m=1 https://eportfolio.utm.my/artefact/fi le/download.php? file=935859&view=247875 https://www.scribd.com/doc/31482 3800/Kepentingan-Perlembagaan- Malaysia https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perk ara_153_Perlembagaan_Malaysia
Dengan ini berakhirlah sudah sedikit perkongsian daripada kumpulan kami.