Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
Ahli kumpulan Syafiqah Nafisah Binti Jamali 2022252440115 11E 11E Saidatul Aisyah Binti Azman 2022252440109 11E Suzila A/P Nai Soow 2022252440114
Isi Kandungan Pengenalan Sejarah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Perkaitan Kesan Laporan Rumusan Rujukan
Pengenalan Pendidikan di Malaysia Pada era globalisasi ini, pendidikan dilihat sangat penting untuk masa kini dan masa akan datang. Walaubagaimana pun, pendidikan di Malaysia lebih baik dan lebih sistematik berbanding dengan pendidikan dahulu. Hal ini kerana tokoh-tokoh negara yang banyak menyumbangkan idea-idea mereka demi kesejahteraan rakyat dalam mendapatkan pendidikan yang sepatutnya. Falsafah pendidikan juga tidak ketinggalan dilaksanankan sebagai salah satu sistem penting pendidikan di Malaysia
Latar Belakang Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 pada mulanya kerana berlaku peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baharu 1970. September 1974, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu. Sejarah penubuhan Pada 1979, laporan ini diterbitkan dan digelar sebagai Laporan Kuasa Kabinet 1979 yang mengakibatkan pindaan terhadap dasar pendidikan negara dilakukan. Laporan Jawatankuasa Kabinet mencetuskan permulaan dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang kini dipanggil Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) setelah penjenamaan semula. Pembentukan laporan ini mendorong kerajaan untuk mengkaji semula pendidikan sebelumnya yang kurang menekankan aspek sosial, ekonomi dan perpaduan. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Mengkaji dan menyemak semula matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang digunapakai pada masa itu. Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Membuat ketetapan secara terperinci penentuan acuan warganegara Malaysia yang dibentuk melalui sistem pendidikan agar sistem persekolahan selari dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. Tujuan Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada 1979 bagi mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan sistem pelajaran terhadap keperluan tenaga rakyat serta memastikan sistem pelajaran dapat menghasilkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu pengetahuan bagi mengeratkan perpaduan di sekolah (2) Memberi peluang kepada murid bukan dari keturunan Cina atau India untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil (3) Bahasa Inggeris perlu diajar sebagai bahasa kedua (6) Peluang melanjutkan pelajaran dari 9 tahun hingga 11 tahun (7) Mengatasi masalah kekurangan guru terlatih Cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 (4) Sistem persekolahan peringkat rendah yang mengutamakan bidang 3M (9) Sukatan Pelajaran Sejarah yang Menitikberatkan Tentang Sejarah Rakyat Malaysia (8) Pendidikan kerohanian yang kukuh (5) Sistem persekolahan peringkat menengah rendah dan melalui saluran akademik dan vokasional (10) Peningkatan Keseluruhan Mutu Pelajaran (11) Penekanan Aktiviti Kokurikulum Melibatkan Semua Kaum
Laporan jawatankuasa 1979 Strategi perlaksanaan untuk mengukuhkan perpaduan Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penegasan pendidikan kerohanian kepada semua murid seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan yang melibatkan semua kaum
Latar Belakang FPK dan FPG
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas atau inspirasi kepada semua usaha dalam rancangan pendidikan. Idea penggubalan FPK dicetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan dan negara. FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip-prinsip berkaitan bidang pendidikan di negara kita serta turut menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
Pembentukan FPG FPG diwujudkan sebagai satu garis panduan untuk merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPG menghasratkan guru Malaysia sebagai: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin " Model Konseptual Pendidikan Guru Ketuhanan- peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan Kendiri- sebagai pendidik, pemimpin Kemasyarakatan- pembina daya kefahaman, pemupuk budaya ilmu Berdasarkan tiga dimensi utama: Falsafah Pendidikan Guru Analisis Elemen-elemen FPG
Cabang Falsafah Ciri-ciri FPG Analisis Metafizik Menjamin perkembangan diri dan pengekalan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan disiplin Sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik- realiti dalam bidang pendidikan Epistemologi Berpandangan saintifik dan progresif Ilmu pengetahuan berkait dengan perkembagan lanjut, penemuan baru dan inovasi agar tidak ketinggalan zaman Aksiologi Berpekerti mulia, mendukung aspirasi negara dan menghargai warisan kebudayaan kebangsaan Sebagai role model yang perlu cekap, baik, jujur, bermoral, beretika, bersifat professional Logik Berpandangan saintifik dan progresif Amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran demi menjamin mutu perguruan ANALISIS ELEMEN FPG
PERKAITAN KESAN LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu pengetahuan bagi mengeratkan perpaduan di sekolah Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, setiap murid harus menguasai bahasa tersebut. Kesannya, ilmu dapat murid kuasai dengan mudah kerana sudah pakar dalam berbahasa Melayu Bukan itu sahaja, bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam negara seperti berkomunikasi dan perbincangan politik Dengan ini, rakyat Malaysia dapat perolehi ilmu pengetahuan secukupnya tanpa sebarang halangan juga untuk kegunaan masa hadapan Guru yang memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu FPK FPG FPK Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan Bahasa Melayu membolehkan rakyat mendapatkan ilmu dan berkomunikasi walaupun berbeza kaum. Bahasa Melayu merupakan medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik. Tanggungjawab rakyat Malaysia ialah mengekalkan keharmonian negara kerana perpaduan merupakan tiang utama negara majmuk. Melalui pendidikan rakyat dapat didikan untuk bertanggungjawab kepada diri dan negara Guru patutlah mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat majmuk dengan menekankan isu perpaduan seperti menggunakan satu bahasa di dalam kelas supaya murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Guru haruslah menegaskan murid untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan yang mempunyai pelbagai kaum supaya mereka dapat berkomunikasi dalam kumpulan. Dengan ini, guru dapat menerapkan penggunaan bahasa perhubungan utama dalam memupuk perpaduan Guru yang menjamin perkembangan individu FPG Guru mestilah memberi dorongan kepada murid dalam mempelajari bahasa Melayu terutamanya bagi murid yang bukan kaum Melayu. Hal ini kerana mempelajari selain bahasa ibunda bukanlah hal yang mudah. Guru patut mengembangkan potensi murid salah satunya dalam berbahasa yang dapat menonjolkan murid melalui pertandingan debat, sajak dan pidato.
(2) Memberi peluang kepada murid bukan dari keturunan Cina atau India untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Pembelajaran selain bahasa ibunda merupakan potensi yang tidak semua individu dapat kuasai dengan mudah. Dengan cara memberi peluang kepada murid untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil dapat mengambangkan potensi dari segi sosial dan intelek. Oleh itu, murid dapat menguasai lebih daripada 2 bahasa, bukan sahaja untuk kegunaan sekarang malah untuk masa depan jua. Guru yang menyanjungi warisan kebudayaan negara FPK FPG FPK Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri Manusia mahukan kesejahteraan diri bagi mencapai kepuasannya Setiap individu mempunyai matlamat hidup tersendiri, melalui pembelajaran bahasa Cina atauTamil kepada murid bukan dari keturunan tersebut dapat mencapai kesejahteraan diri mereka. Semangat seperti ini patut diraikan agar dapat memberi dorongan kepada mereka dalam mencapai matlamat hidup. Kesejahteraan diri penting bagi semua individu dalam melalui pahit manis kehidupan yang damai. Guru patutlah menjadi suri teladan dalam menghargai budaya agar dicontohi murid, ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, guru perlu bersikap terbuka dalam meraikan murid dari kaum lain untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil. Kepelbagaian bahasa dan budaya di Malaysia melambangkan identiti negara yang patut dibanggakan. Guru yang menjamin perkembangan individu FPG Guru mestilah memberi dorongan kepada murid dalam mempelajari bahasa Cina atau bahasa Tamil bagi murid selain dari keturunan tersebut bagi mengembangkan bakat dan minat murid. Sekiranya ada murid seperti ini di sekolah tersebut, kemudahan dan kepengkapan untuk mempelajari bahasa haruslah disediakan di sekolah. Dorongan orang di sekeliling terutamanya guru memberi impak yang besar terhadap perkembangan intelek, emosi dan rohani murid.
(3) Bahasa Inggeris perlu diajar sebagai bahasa kedua Insan yang seimbang dan harmonis Insan yang seimbang dan harmonis bererti tiada sebarang perkara yang terabai kerana keseimbangan bagi seseorang individu penting untuk kemajuan diri sendiri. Individu harus mempelajari bahasa Inggeris walaupun sukar namun tiada yang mustahil. Hal ini kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang banyak digunakan di seluruh dunia seperti rujukan buku, untuk berurus niaga, berkomunikasi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, sekiranya individu fasih dalam menggunakan bahasa Inggeris, banyak peluang pekerjaan dalam negara serta luar negara. Disebabkan negara Malaysia merupakan salah satu negara tumpuan pelancong asing, kebanyakan syarikat mencari individu yang berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hal ini membuktikan penguasaan bahasa Inggeris menjadi tuntutan masa kini. Individu yang seimbang dan harmonis tidak akan mengabaikan penekanan terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kerana ia berguna untuk diri terutamanya dalam cabang pekerjaan. Konklusinya, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mendatangkan banyak faedah sepanjang hayat, Guru yang berpandangan progresif dan saintifik FPK FPG Melalui FPG guru patutlah sentiasa berfikiran positif, inovatif serta moivatif dalam segala perkara termasuklah dalam memberi motivasi kepada murid untuk mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Guru harus mempunyai pemikiran yang jauh ke depan dan sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada selari dengan tuntuntan globalisasi dari semasa ke semasa. terbuktilah bahawa bukan sahaja murid patut mengukuhkan bahasa Inggeris agar dapat mencapai matlamat FPG. Bagi menarik minat murid dalam mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, guru haruslah kreatif dan inovatif dalam mencipta suasana pembelajaran dalam kelas, menggunakan bahan pembelajaran yang interaktif serta menggunakan kaedah pembelajaran baru. Contohnya, memasukkan elemen digital dalam pembelajaran, pembelajaran berpusatkan murid, menerapkan konsep didik hibur semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas agar pembelajaran bahasa Inggeris ini menjadi PdP dua hala serta dapat mengekalkan fokus murid.
(4) Sistem persekolahan peringkat rendah yang mengutamakan bidang 3M Pendidikan ialah satu usaha berterusan Guru berpekerti mulia haruslah mengutamakan kepentingan murid, ibu bapa dan masyarakat berbanding kepentingan diri sendiri. Oleh itu, guru harus mengutamakan pembelajaran murid berbanding hal lain terutamanya dalam bidang 3M. Semasa sesi pembelajaran dijalankan, guru wajar bersikap adil, mengajar murid sama rata tanpa mengira latar belakang dan warna kulit. Guru juga tidak patut memandang remeh mengenai pembelajaran bidang 3M, walaupun ia kelihatan mudah namun sekiranya objektif bidang 3M itu tidak tercapai, ia memberi impak yang besar kepada murid, Oleh itu, guru perlu telus dan ikhlas dalam mendidik murid agar sesi pembelajaran berkesan dan dapat diguna pakai oleh murid pada masa tertentu. FPK Guru yang berpekerti mulia FPG FPK Rakyat yang beketerampilan Pendidikan merupakan proses untuk memperolehi sesuatu pengetahuan sehingga ke hujung nyawa. Bidang 3M (membaca, mengira dan menulis) merupakan pembelajaran asas sebelum ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, bidang 3M harus dititik beratkan dalam sistem persekolahan peringkat rendah agar murid mahir dalam menggunakan bidang 3M dalam dan luar kelas pada bila-bila masa. Berketerampilan bermaksud rakyat yang menonjolkan diri Dengan adanya penguasaan bidang 3M, individu mempunyai keyakinan untuk menyerlahkan bakat dalam diri serta membentuk individu yang berguna mengikut keperluan dalam negara. Bidang 3M juga mampu menghasilkan individu yang berpendidikan dalam pelbagai jurusan yang berguna kepada negara. Pihak kerajaan yang mengharapkan rakyat yang dapat melaksanakan tugas dengan cekap merupakan keputusan yang tepat.
FPG (5) Sistem persekolahan peringkat menengah rendah dan melalui saluran akademik dan vokasional FPK Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menyatakan bahawa sekolah menengah vokasional menitikberatkan mata pelajaran vokasional. Matlamat utama pengajaran subjek tersebut ditekankan untuk melengkapkan murid dengan asas kemahiran amali yang dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan di bidang keusahawanan. Perkara ini selari dengan matlamat yang terkandung dengan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan di mana pelajar bukan hanya berfokus kepada akademik sahaja namun fokus juga kepada kemahiran yang turut diberi penekanan. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Guru yang memelihara suatu masyarakat yang progresif Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menyatakan sukatansukatan pelajaran di menengah rendah hendaklah digubal semula dah telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM yang ditubuhkan pada tahun 1982. Pendedahan kepada murid-murid tentang pelajaran teknik dan vokasional tidak terhad kepada bidang satu mata pelajaran jadi perkara ini berkaitan dengan elemen Falsafah Pendidikan Guru iaitu guru dapat menekankan kaedah penemuan bagi memupuk sifat gemar meneroka benda dan mereka cipta. Sebagai guru, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mampu mengembangkan minda kreatif murid serta mereka dapat berfikir secara jauh.
(6) Peluang melanjutkan pelajaran dari 9 tahun hingga 11 tahun Memperkembangkan lagi potensi individu Guru yang menjamin FPK FPG perkembangan individu Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menyatakan bahawa pendidikan umum bagi semua murid dilanjutkan dari 9 tahun hingga 11 tahun. Penjurusan kepada sastera, sains dan teknik di peringkat persekolahan menengah atas dimansuhkan. Matlamat ini selari dengan elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana ia memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh. Potensi individu ialah kebolehan ataupun bakat seseorang individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kesannya, ia telah dilaksanakan sehingga kini dan pendidikan secara holistik (menyeluruh) ini berkesan dalam perkembangan murid-murid. Hal ini sekali gus mengurangkan kadar ketinggalan pelajaran buat kanak-kanak dalam pelajaran mereka.. Guru sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid mempunyai potensi diri seorang murid untuk berkembang ke arah yang baik. Perkara ini selari dengan elemen FPG iaitu guru menjamin perkembangan individu kerana Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 meneruskan pendidikan umum dan tidak membahagikan kepada beberapa aliran yang lain. Murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang selari dengan murid lain dan tidak timbul kekeliruan di antara mereka. Peranan seorang guru dalam memberikan yang terbaik buat murid tetap menjadi sesuatu kepentingan agar pembelajaran menjadi berkesan dan bermakna buat murid-murid.
(7) Mengatasi masalah kekurangan guru terlatih Rakyat yang bertanggungjawab Guru yang bersedia FPK FPG menjunjung aspirasi negara Cadangan yang dikemukakan ialah langkah harus diambil untuk mengatasi kekurangan guru terlatih dan mencapai matlamat mengecilkan saiz bilik darjah di semua peringkat persekolahan. Pada ketika itu, pengambilan guru pelatih berjumlah dalam kirakira 10,000 orang setahun. Pengecilan saiz bilik darjah bertujuan dalam memastikan semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran dalam setiap subjek pelajaran. Selain itu, guru dapat mengawal keadaan bilik darjah kerana keadaan persekitaran yang mudah untuk dikawal. Begitu juga dengan kerjasama yang rapat dan pelarasan perlu diadakan antara maktab perguruan dengan universiti supaya latihan perguruan boleh ditubuhkan. Elemen ini dapat dikaitkan dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab terhadap komitmen mereka dan juga beakti terhadpa negara. Guru sentiasa meletakkan matlamat negara sebagai perkara terpenting dan utama dalam hidupnya. Seorang guru juga akan sentiasa taat serta mendahulukan kehendak dan arahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh, guru prasekolah merancang dan melaksanakan pedagogi, pembelajaran dan pengajaran (PdP) berdasarkan kehendak Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (KSPK) atau guru yang berada di sekolah rendah menggunakan silibus terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi guru-gru sekolah menengah. Selain itu, hasrat negara yang ingin kemenjadian murid-murid melalui Program Transformasi Sekolah 2025 di mana peranan guru juga sebagai Penggerak Pembelajaran Bermakna dalam melibatkan murid-murid terdedah dengan aktiviti inovasi misalnya.
(8) Pendidikan kerohanian yang kukuh Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan FPK FPG Guru yang berpekerti mulia Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, cadangan yang dikemukakan ialah semua murid yang beragama Islam diwajibkan untuk mengikuti mata pelajaran agama Islam dan mengambil subjek tersebut dalam peperiksaan. Manakala murid bukan beragama Islam pula diberikan pendidikan moral dan etika, serta diwajibkan untuk peperiksaan. Berikutan hal tersebut, ia telah dilaksanakan ekoran perlaksanaan KBSR dan KBSM. Pendidikan sivik di semua peringkat persekolahan diperbaiki dengan memberi kursus perkhidmatan guru besar hingga guru biasa. Oleh itu, nilai sivik dapat diserap melalui mata pelajaran ke mata pelajaran yang lain. Melalui FPK ini, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemai dalam diri setiap individu. Hal ini kerana setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama mampu membawa diri ke arah kebaikan dan memperoleh nilai murni dalam kehidupan mereka. Guru perlu membuat pengorbanan dengan bersedia untuk meletakkan kepentingan utama kepada murid, ibu bapa murid, masyarakat dan negara. Keikhlasan dalam jiwa seorang guru perlu dipupuk supaya jiwa mendidik dapat dilahirkan secara tidak langsungnya. Sifat seorang guru yang perlu menunjukkan tingkah laku dan tutur bicara yang mulia perlu dijadikan sebagai contoh teladan buat murid agar murid dapat mencontohi perbuatan mulia seseorang guru tersebut. Guru memiliki sikap yang adil sewaktu berhadapan dengan murid-murid tanpa mengambil kira aspek latar belakang muridmurid kerana setiap perkara yang dilakukan bukan diharapkan dengan balasan mahupun ganjaran.
(9) Sukatan Pelajaran Sejarah yang Menitikberatkan Tentang Sejarah Rakyat Malaysia FPK Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu Pengetahuan Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat Malaysia berilmu pengetahuan secukupnya. Laporan Jawatankuasa Kabinet ini memberi impak yang baik dengan mendedahkan pelajaran Sejarah yang menjadi keutamaan kepada generasi akan datang untuk mempelajarinya, memahami dan menghayati setiap perjuangan tokoh-tokoh negara. Kini, bukan pada silibus KBSM malah juga diterapkan di dalam KSSR dan KSSM. Guru sememangnya perlu menerapkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara. Tambah-tambah pula guru Sejarah yang berperanan lebih penting dalam mengukuhkan pembelajaran murid dalam bidang Sejarah di samping mengekalkan warisan budaya negara seperti pemakaian kaum dan budaya agar menjadi teladan kepada murid. Contoh lain, guru boleh melaksanakan pertandingan meragakan pakaian seperti tokoh-tokoh terdahulu ketika sambutan hari merdeka. Hal ini supaya mereka mengenal erti perjuangan tokoh terdahulu dan memahami apakah erti kemerdekaan negara yang sebenar. Sejarah mengajar masyarakat memiliki semangat kekitaan dan perpaduan tidak kira agama, bangsa dan kaum. Guru yang menyanjung warisan FPG kebudayaan negara Sejarah rakyat Malaysia dan perjuangannya serta sejarah negara-negara Asia Tenggara sangat penting. Perkara ini telah diperkenalkan dalam KBSM juga KSSM seperti di dalam buku-buku teks sejarah Apabila pengetahuan rakyat mengenai sejarah dikukuhkan,kesannya akan mengembangkan potensi individu dari segi intelek iaitu dapat menggunakan fakta dan bukti dalam setiap berbahasan ketika berhadapan dengan orang yang gemar memutar belitkan sejarah demi kepeliharaan maruah bangsa dan negara.
(10) Peningkatan Keseluruhan Mutu Pelajaran FPK Pendidikan ialah satu usaha berterusan Pendidikan ialah proses dalam diri seseorang mendapatkan pengetahuan di mana ia diterima oleh seseorang berlaku di manamana secara berterusan sama ada formal ataupun tidak formal. Pendidikan matematik di peringkat rendah hendaklah bertujuan memberi kemahiran kira-mengira secara spontan dan seterusnya dilatih dengan penguasaan terhadap kefahaman secara rasional Pendidikan Sains penting bagi murid-murid mengenali alam sekitar daripada mata berupa halus dan kasar Unsur kebudayaan juga hendaklah dipupuk dan digalakkan di sekolah dengan menjadikannya suatu kebiasaan. Daripada ketiga-tiga ini, kesannya dapat melahirkan murid-murid yang berbakat yang menggunakan ilmunya ke peringkat usia yang seterusnya. Semua murid berpeluang merasai dunia pendidikan kini yang sebenar terutamanya di kawasan luar bandar. Guru sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberi peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka secara menyeluruh dan bersepadu Setiap murid mempunyai bakat tersendiri dan perkembangan mereka berbeza-beza. Justeru, gurulah yang perlu mengasah dan mewarnai hidup mereka dengan memberi penguasaan pembelajaran dan pengajaran yang bermutu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani Menurut Laporan ini juga, lebih ramai guru matematik harus dihantar ke luar bandar untuk memperbaiki mutu pengajaran matematik di tempat tersebut. Begitu juga dengan guru terlatih sains harus dihantar lebih ramai kepada sekolah menengah luar bandar terutamanya Murid-murid adalah bebas mengemukakan idea mereka sendiri Guru yang menjamin perkembangan FPG individu Penekanan kepada pendidikan Matematik di peringkat rendah, pendidikan Sains khasnya di luar kawasan bandar dan pendidikan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan seperti muzik, lagu, tarian dan lakonan di sekolah
FPK Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia Selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan rakyatnya berakhlak mulia, berdisiplin dan hidup hormat menghormati antara satu sama lain. Hal ini apabila murid melibatkan diri dalam kokurikulum, sekali gus dapat membentuk diri yang disiplin kerana pasukan pkaian seragam menekankan aspek disiplin yang tinggi seperti di dalam perbarisan Tambahan lagi, melalui Persatuan serta Sukan dan permainan, aktiviti sosial juga dipertingkatkan melalui penyatuan kepelbagaian kaum agar saling mengukuhkan perpaduan Daripada itu, terbentuklah akhlak yang mulia di kalangan pelajar dan penglibatan yang menyeluruh dilihat sanagt berkesan terhadap semua kaum. Kesannya juga akan melahirkan individu tersebut berpegang teguh kepad nilai-nilai moral dan prinsip diri Seorang guru hendaklah memastikan keharmonian, keselamatan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang dipatuh oleh murid bagi membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin Sebagai contoh, guru memastikan setiap pelajar wajib terlibat di dalam aktiviti kokurikulum tanpa sebarang unsur tidak rasional seperti mempunyai segelintir pelajar memilih bangsa sendiri dalam penetapan pemilihan kumpulan sesuatu aktiviti sukan Perkara itu bakal membawa pergaduhan atau suasana yang tidak senang. Sebagai guru perlu mengelakkannya dengan menetapkan sendiri sesebuah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perkara ini akan membuka mata pelajar supaya sentiasa memauhi peraturan bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku Kesannya, mereka akan menjadi msyarakat yang berdisiplin apabila berada di luar kawasan sekolah Guru yang memelihara suatu masyarakat FPG yang berdisiplin (11) Penekanan Aktiviti Kokurikulum Melibatkan Semua Kaum Semua murid digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum pasukan pakaian seragam seperti Kadet Tentera dan Kadet Polis, Persatuan dan Sukan dan permainan hendaklah diperluas di sekolah
Rumusan Konklusinya, Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk menzahirkan individu yang berdisiplin terhadap diri, keluarga, masyarakat, institusi begitu juga dengan negara. Matlamat tersebut secara tidak langsung telah meletakkan ia sebagai satu penanda aras dimana generasi rakyat Malaysia sudah menghabiskan pembelajaran yang menjadikan sebagai seorang warganegara yang dapat memberikan sumbangan bermakna terhadap keharmonian negara.
RUJUKAN
Link Video Refleksi Refleksi: Suzila Refleksi: Saidatul Aisyah Refleksi: Syafiqah Nafisah
SEKIAN TERIMA KASIH