The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erissa Asrizal, 2024-01-02 11:44:30

Group 1: Peristiwa Bersejarah Tempatan - Muzium Tsunami Kuala Muda, Kedah

MAGAZINE NATIONHOOD (KUMP 1)

KISAH TSUNAMI KUALA MUDA, KEDAH KAJIAN TENTANG TSUNAMI YANG BERLAKU DI KUALA MUDA, KEDAH KUMPULAN 1 PERISTIWA BERSEJARAH TEMPATAN MAJALAH KELUARAN DISEMBER EDISI TERHAD MPU1042 NATIONHOOD STUDIES


NAMA PENSYARAH DR. HASLINDA BINTI HASAN


SENARAI AHLI KUMPULAN MOHD AIMAN HAIMAL BIN MOHD ISWADI ALYAA ER 297298 ISSA BINTI ASRIZAL 297257 MUHAMMAD ASHWAS AJAD BIN MOHD ISA 297233 NURFARRAHIN BINTI ASLE 297244 MAZIDAH BINTI MOHAMAD ASRI 297288


MUHAMMAD ZAMIR HASYIMI BIN ABDUL RAHIM 297342 SENARAI AHLI KUMPULAN MAERSYA IRDIENA BINTI MUSTAFA 297337 NUR SAKINAH BINTI RASLI 297339 MUHAMMAD ARRAIS BIN RAHIM 297474 NURUL FARHANI BINTI MOHAMAD KHAIRI 297330


PENGENALAN: "PERISTIWA BERSEJARAH TSUNAMI DI KUALA MUDA,KEDAH" PUNCA PERISTIWA: "PUNCA BERLAKUNYA TSUNAMI" KESAN PERISTIWA: "KESAN DARIPADA PERISTIWA TSUNAMI " KESIMPULAN: “KESIMPULAN DARI KAJIAN" 01 02 03 04 05 HASIL DAPATAN ISI KANDUNGAN 02 - 04 05 - 07 08 - 12 13 - 14 15 - 22 PAGES RUJUKAN 05 23-24


01 02 PENGENALAN


Daerah Kota Kuala Muda terletak di selatan Kedah dan diiktiraf kerana besarnya dan dataran rata tanaman padi yang luas. Daerah Kuala Muda terletak berdekatan dengan sempadan Kedah dan Pulau Pinang. Selain Sungai Petani bandar-bandar utama lain di daerah ini jugak termasuk dengan Tikam Batu, Padang Tembusu, Sungai Lalang, Bedong, Bukit Selambau, Sidam, Gurun, Semeling, Merbok, dan Kota Kuala Muda. Tanjung Dawai dan Pulau Sayak adalah sebahagian Mukim Merbok dan Mukim Bukit Meriam, masing-masing di Daerah Kuala Muda Kedah. Pertanian adalah aktiviti guna tanah yang paling biasa, diikuti oleh tanah hutan, bakau, akuakultur, perumahan, dan aktiviti lain seperti perindustrian dan komersial. Menurut Pejabat Daerah Kuala Muda (seperti yang dipetik oleh Faezah & Farah, 2011), “Pertanian adalah aktiviti guna tanah yang paling biasa, diikuti oleh tanah hutan, bakau, akuakultur, perumahan, dan aktiviti lain seperti perindustrian dan komersial”. Istilah tsunami berasal daripada bahasa Jepun dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘harbor wave’ (Yeh et al., 2015). Umumnya, kejadian tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi. Namun, terdapat faktor lain yang boleh mengakibatkan tsunami berlaku, antaranya adalah tanah runtuh di dasar lautan, gunung berapi, atau kejatuhan meteor (Yeh et al., 2015). Bencana tsunami pada 26 Disember 2004 telah memberi kesan kepada hampir 13 buah negara, iaitu Indonesia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Somalia, Sri Langka, Tanzania, Kenya, Yemen, Maldives, Pulau Seychelles dan Malaysia (Asmawi & Ibrahim, 2013). Menurut IFRC (2013), mangsa kematian dianggarkan mencecah 224,685 orang iaitu 174,729 mangsa disahkan meninggal dunia dan 49,956 mangsa disahkan hilang akibat bencana tersebut (Zahari et al., 2013). PENGENALAN 03 Pengenalan "PERISTIWA BERSEJARAH TSUNAMI DI KUALA MUDA,KEDAH"


Di Malaysia, negeri yang terjejas akibat bencana tsunami ialah Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Di Pulau Pinang, kawasan penempatan nelayan di Batu Maung, Bayan Lepas dan Teluk Bahang adalah teruk terjejas. Di Kedah pula, sebanyak 13 buah kampung di Kuala Muda, Kuala Triang dan Pulau Langkawi turut terjejas (Krishnaswamy et al., 2012; Zahari et al., 2013). Statistik mencatatkan 58 rekod kematian termasuk 54 kematian, 4 hilang, 206 cedera dan 615 buah rumah musnah serta 1332 kerosakan bot nelayan terutama di Pulau Pinang (Krishnaswamy et al., 2012). Di Perak, sebanyak tiga kematian dicatatkan dan satu kematian di Selangor (Ahmadun et al., 2019). Oleh itu, monumen peringatan yang indah, serta galeri, telah dibina sepanjang tebing utara Sungai Muda untuk memperingati jumlah nyawa yang terkorban dan penderitaan yang melanda penduduk di sini. Struktur monumen ini memberi inspirasi kerana kreatif dan imaginatif serta membuatkan ramai pengunjung berkunjung ke kawasan ini untuk menyaksikan kesan buruk tsunami. PENGENALAN 04 Pengenalan "PERISTIWA BERSEJARAH TSUNAMI DI KUALA MUDA,KEDAH"


02 PUNCA PERISTIWA


PUNCA PERISTIWA: "PUNCA BERLAKUNYA TSUNAMI DI KUALA MUDA, KEDAH" 063 Gempa bumi dasar laut berskala Richter 9.3 berlangsung selama 10 mint di Lautan Hindi berdekatan Utara Kepulauan Sumatera. Plat bumi tergelincir beberapa sentimeter menyebabkan dasar laut bergelombang dan menghasilkan ombak besar menjangkau sejauh 4500km. Gempa bumi yang berlaku merupakan amaran pertama bagi mereka yang terbiasa dengan gempa bumi, namun tidak bagi kebanyakan penduduk di sekitar lautan Hindi. Di Pantai Maikhao utara Phuket, seorang kanakkanak bemama Tilly Smith menyedari tanda-tanda awal ancaman Tsunami dan melaung memanggil pengunjung pantai untuk beredar. Namun, di kebanyakan kawasan lain, pemandangan yang pelik menarik perhatian ramai terutama kanak-kanak menyaksikan ikan-ikan terdampar di pantai sebelum tsunami melanda. Ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi itu mencecah setinggi enam meter dan melanda kawasan pantai di Indonesia, Thailand, Sri Lanka, India, Maldives dan Myanmar serta beberapa bahagian di Malaysia, meragutribuan nyawa. SUMBER:GALERI TSUNAMIKOTAKUALA MUDA PUNCA PERISTIWA


PUNCA PERISTIWA 07 PUNCA TSUNAMI SECARA AM Satu siri gelombang laut yang kuat dikenali sebagai tsunami terutamanya berlaku daripada gangguan pada dasar lautan. Menurut Roy (2014), “Apabila Kerak Laut mengalami ubah bentuk akibat tektonik; ia menyebabkan anjakan menegak yang ketara secara tiba-tiba air laut, yang menjadi punca tsunami”. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa, “Tsunami juga boleh disebabkan oleh gempa bumi, tanah runtuh pada dasar lautan, letusan gunung berapi, letupan, dan juga perlanggaran dengan serpihan angkasa lepas seperti meteorit” (MetMalaysia, n.d.). Ali (2017) menyatakan, “untuk kedalaman lautan 5 km, yang halaju gelombang akan menjadi kira-kira 220 meter sesaat, kira-kira 800 kilometer sesaat jam, yang setanding dengan kelajuan pesawat jet-propelled”. Akibatnya, tsunami yang kuat di kawasan pantai boleh menyebabkan kerosakan harta benda serta kematian dan kecederaan. Secara umumnya, ombak tsunami terbentuk daripada laut dalam hasil daripada gempa bumi, tanah runtuh, letupan gunung berapi, atau kesan jatuhan meteor. Tsunami boleh menyebabkan kemusnahan yang paling besar apabila ia sampai ke pantai. Sesetengah penduduk memanggil Tsunami sebagai Ombak Besar. Ombak tsunami bermula dengan perlahan dan berubah semakin besar. Apabila menghampiri pantai ombak tsunami, ia boleh mencapai ketinggian sebanyak 30 meter dan bergerak lebih cepat daripada manusia berlari. Dalam beberapa minit sebelum pukulan ombak tsunami, air di pinggir pantai akan surut dengan jauh. Seterusnya, ombak Tsunami lebih besar dan lebih cepat berlaku, berbanding dengan ombak biasa yang hanya mencapai ketingggian 1 meter di laut terbuka.


03 KESAN PERISTIWA


Walaupun sudah 19 tahun bencana tsunami terjadi di Kota Kuala Muda. Namun, tragedi itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung kawasan itu terutamanya bagi yang kehilangan ahli keluarga tercinta. KESAN PERISTIWA: "KESAN DARIPADA PERISTIWA TSUNAMI " KESAN PERISTIWA 09 Menurut sumber, bencana itu telah menyebabkan 10 jumlah kematian. Mangsa yang terselamat mengatakan beliau masih merasa trauma dan ingin melarikan diri jika beliau terdengar bunyi siren kerana khuatir bencana akan berlaku lagi. Difahamkan juga, terdapat tiga majlis perkahwinan dijalankan ketika bencana itu berlaku. Justeru, sambutan yang meriah itu kemudian bertukar tragis apabila ombak tersebut memusnahkan hari kebahagiaan pasangan tersebut dengan memusnahkan peralatan majlis dan rumah mereka.


Difahamkan terdapat 113 buah rumah yang musnah dan 398 jumlah rumah yang rosak, memaksa keluarga dari 477 rumah untuk mengosongkan rumah mereka. Selain itu, tragedi tersebut juga memberi kesan kepada sosioekonomi penduduk yang tinggal di situ. KESAN PERISTIWA 10 Kerosakan rumah, alatan nelayan dan dokumen penting memberikan kesan yang sangat teruk kepada nelayan-nelayan yang tinggal berhampiran kawasan tersebut termasuk yang berdekatan di Pulau Pinang. Pada waktu tersebut, mereka tiada sebarang pendapatan dan kebanyakannya bergantung kepada bantuan kewangan daripada beberapa pihak.


11 Akhir sekali, kesan terhadap geografi dimana disebabkan tsunami tersebut peralihan pasir atau lumpur secara tiba-tiba daripada kawasan berlumpur dan pantai ke kawasan rata. Organisma-organisma di kawasan berlumpur atau berpaya kini terpaksa berpindah kepada kawasan tanah biasa akibat tsunami tersebut. KESAN PERISTIWA Oleh kerana lapisan lumpur yg ada di atas tanah rata tersebut, ia menghasilkan bau yang busuk yang menusuk hidung. Bangunan-bangunan juga musnah kerana terdapat beberapa faktor seperti sokongan yang lemah, dinding runtuh dan retakan. Kehilangan punca rezeki akibat kehilangan kapal nelayan, jeti, kapal layar berada di dalam air, tempat penternakan ikan dan hidupan akuatik yang lain semua terjejas.


Bukan itu sahaja, terdapat juga spesies bakau pupus kerana kematian spesies hidupan (kerang dan ikan) dan kemusnahan hutan paya bakau akibat lumpur dipindahkan ke lokasi bukan pantai. Kawasan penanaman padi turut musnah kerana air masin masuk ke kawasan penanaman padi memnyebabkan air tidak sesuai. Turut terdapat kemusnahan sepanjang pantai seperti pokok kelapa dan haiwan-haiwan kecil turut terkesan. KESAN PERISTIWA 12


KESIMPULAN 04


KESIMPULAN: "KESIMPULAN DARI KAJIAN" KESIMPULAN 13 Tsunami yang melanda kawasan tersebut pada 26 Disember 2004 merupakan tragedi yang sangat menghancurkan. Ia telah menyebabkan kerugian nyawa, kerosakan harta benda, dan trauma kepada penduduk setempat. Namun, penduduk Kota Kuala Muda, Kedah menunjukkan ketahanan dan perpaduan dalam proses pemulihan, dengan bantuan kerajaan dan masyarakat setempat. Tsunami ini menjadi pengingat peristiwa tentang kerentanan manusia terhadap bencana alam dan telah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mitigasi bencana dan sistem amaran awal. Walaupun luka yang mendalam ditinggalkan oleh tsunami, penduduk Kota Kuala Muda, Kedah terus membina semula kehidupan mereka dengan harapan dan ketabahan. Kisah ini menjadi pengingat yang mengharukan tentang ketahanan dan semangat manusia di hadapan tragedi.


KESIMPULAN 14 Tsunami 2004 tidak memberi kesan yang ketara di Kuala Kedah, Malaysia. Kuala Kedah terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan terlindungi oleh beberapa pulau di sekitarnya. Oleh itu, kawasan ini tidak mengalami kerosakan serius atau gelombang tsunami yang merbahaya seperti yang berlaku di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara. Walaupun begitu, peristiwa ini menyedarkan masyarakat dunia akan risiko tsunami dan keperluan untuk meningkatkan sistem peringatan tsunami serta persediaan untuk menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut.


05 GAMBAR: HASIL DAPATAN KAJIAN


GAMBAR: "HASIL DAPATAN KAJIAN" 16 Rajah sebelah menunjukkan beberapa statistik bberdasarkan kajian yang dilakukan selepas proses pemulihan dilakukan di kawasan yang dilanda dengan tsunami. Kita dapat melihat yang S.K Kota Kuala Muda merupakan tempat utama mangsa tsunami dipindahkan dan juga merupakan tempat yang paling banyak menampung mangsa tsunami di mana 2553 orang iaitu sebanyak 65.29 peratus mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut. S.K Haji Sulaiman menjadi tempat kedua besar untuk pemindahan mangsa tsunami dengan sebanyak 595 mangsa ditempatkan di sekolah tersebut.Nilai kerosakan yang disebabkan oleh tsunami dianggarkan dianggarkan melebihi 20 juta dengan sebanyak 113 buah rumah musnah di dalam nahas tersebut dan ianya memberikan cabaran yang besar kepada kerajaan untung mengambil langkah untuk memulihkan semula kawasan tersebut HASIL DAPATAN KAJIAN


One HASIL DAPATAN KAJIAN 21 GAMBAR: Sesibergambarahli kumpulanbersama penguhulubadrul. Sesibergambarahli seluruhahlikumpulan bersamamangsamangasatsunami yang terlibatdalamsesi temubual. Sesitemubualbersama mangsa-mangsa yang terlibatdalamkejadian tsunami.


HASIL DAPATAN KAJIAN 22 GAMBAR: Sesibergambarbersamaseluruhahlikumpulan yangterlibatdalamsesitemubual AHLIKUMPULANPEREMPUAN BERGAMBARDIMEMORIALTSUNAMI AHLIKUMPULANLELAKI BERGAMBARDIMEMORIALTSUNAMI SELURUHAHLIKUMPULAN BERGAMBARDIHADAPANGALERI TSUNAMI.


RUJUKAN 06


RUJUKAN 24 SUMBERRUJUKAN 1. Galeri TsunamiKotaKuala Muda,Kedah. 2. Temu bual dengan Encik Idris bin Hussain, mangsa peristiwa tsunami Kuala Muda 2004, pada hari Jumaat ,15 Desember 2023, jam 10 pagi. 3. Temu bual dengan Encik Shahidan bin Abdullah, mangsa peristiwa tsunami Kuala Muda 2004, pada hari Jumaat ,15 Desember 2023, jam 10 pagi. 4. Temu bual dengan Puan Salmiah binti Yuaof, mangsa peristiwa tsunami Kuala Muda 2004, pada hari Jumaat ,15 Desember 2023, jam pagi. 5. Temu bual dengan Mak Long Ummu, mangsa peristiwa tsunami Kuala Muda 2004, pada hariJumaat,15Desember 2023, jam 10 pagi. 6. Astroawani.com. (2024a). Tsunami 18 tahun: Tidak sempat habiskan azan, ombak datang menggulung - Pak Ngah . [online] Available at: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tsunami-18-tahuntidak-sempat-habiskan-azan-ombak-datang-menggulung-pak-ngah398815?[Accessed 2 Jan. 2024].


TSeriemkaiKanasih Disediakanoleh: Kumpulan1


Click to View FlipBook Version