The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semester 4 Sesi Jun
Kelas: DDT4B

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zatee Shukor, 2020-11-11 14:54:55

Islam dan Cabaran Semasa

Semester 4 Sesi Jun
Kelas: DDT4B

(JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

MPU 2012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK: ISLAM DAN CABARAN SEMASA

NAMA PELAJAR: NO. PENDAFTARAN:

1) NURIZZATY BINTI ABDULL SHUKOR 21DDT18F2033
2) NUR SYAZWANA BINTI MD FAUZI 21DDT18F2046
3) NURUL NAJIHAH BINTI RAHIM 21DDT18F2018
4) SYAZLEEN SYUHAIDA BINTI MOHD GHAZALI 21DDT18F2010

DISEMAK OLEH: MARKAH:
PN. NURUL ADHA BINTI RAJALI 1

TARIKH HANTAR
13 November 2020

SEMESTER 4/SESI JUN 2020

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN…………………………………………………….3

PENDAHULUAN…………………………………………………….4

PENYALAHGUNAAN DADAH…………………………………….5
>PUNCA……………………………………………………...…..5-6
>FAKTOR………………………………………………...………6-7
>LANGKAH MENGATASI……………………………...………7-9

SEKS BEBAS…………………………………………………...…….10
>PUNCA……………………………………………………...…....10-11
>FAKTOR……………………………………………………...…..11-14
>LANGKAH MENGATASI…………………………………...…..15-17

SUMBANG MZHRAM…………………………………….………....18
>PUNCA………………………………………………………..…..18
>FAKTOR…………………………………………………………..18-19
>LANGKAH MENGATASI……………………………..……..…..20-21

KESIMPULAN…………………………………………………..……..22

RUJUKAN……………………………………………………….....…..23

2

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta

nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami sekumpulan dapat
juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Dalam usaha menjayakan tugasan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada PUAN NURUL ADHA BT RAJALI selaku
pensyarah subjek Pengajian Islam. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam
memberi tunjuk ajar dan membimbing kami sepanjang semester ini .

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada ibu bapa dan keluarga kami
sekumpulan kerana memberi sokongan moral kepada kami sekumpulan
sepanjang masa.

Khas untuk kesemua ahli kumpulan yang tercinta iaitu Syazleen
Syuhaida Binti Ghazali , Nurizzaty Binti Abdull Shukor , Nur Syazwana Binti
Md Fauzi dan Nurul Najihah Binti Rahim atas kesudian memberi kerjasama ,
memberi segala nasihat antara datu sama lain dan menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kerja tugasan ini.

3

PENDAHULUAN
Manusia semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan kemajuan
duniawi. Dalam masa itu, kita hampir terlupa pembangunan rohaniah yang
seharusnya seiring dengan kemajuan duniawi. Maka, tidak hairanlah, ramai
umat Islam kini yang hanyut dengan arus pemodenan itu. Malah, kebanyakan
masalah sosial kini diterajui oleh sebilangan besar umat Islam.Gejala
keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing sekarang.
Pelbagai kejadian yang amat merungsingkan berlaku di hadapan mata kita,
mahupun yang didedahkan di dalam akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam
kalangan generasi muda dan remaja, malah turut terpalit dalam golongan
dewasa. Keruntuhan akhlak semakin hari kelihatan semakin membesar dan
serius. Kita akan membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-punca
yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkah-langkah yang
sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan dan seterusnya
mengatasi masalah ini.

4

TOPIK 1 : PENYALAHGUNAAN DADAH

Pada era ketegangan ekonomi ini,
pelbagai cabaran yang dihadapi
oleh rakyat terutama umat Islam
yang boleh mengakibatkan
terjadinya masalah seperti
penyalahgunaan dadah dikalangan
masyarakat kita. Antara punca yang
mengakibatkan penyalahgunaan
dadah berlaku ialah anak-anak mendapat perhatian yang kurang daripada ibu
bapa mereka. Hal ini kerana, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-
anak menjadi terhad akibat sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan.
Masa bersama keluarga amat penting untuk memastikan anak-anak sentiasa
dididik dan dipantau dengan baik supaya ibu bapa dapat mengenalpasti setiap
aktiviti yang anak mereka lakukan. Dengan ini, ibu dapat dapat menghindari
anak-anak agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang membawa
kepada keruntuhan terhadap masyarakat kita pada zaman sekarang.

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca remaja atau
sesetengah individu dapat terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Secara tidak
langsung, rakan yang terlibat dalam pengambilan dadah yang serius dapat
mempengaruhi rakan yang lain dengan memberi kata-kata yang mendatangkan
keinginan terhadap seseorang untuk melibatkan diri dengan penyalahgunaan
dadah. Oleh itu, penting untuk kita bijak dalam memilih rakan-rakan yang
berguna atau baik agar diri kita sentiasa terpelihara daripada gejala yang negatif.
Namun sebagai rakan juga, wajar untuk kita memberi nasihat kepada rakan
yang terlibat dalam perbuatan yang tidak baik seperti penyalahgunaan dadah ini.

5

Selain itu, tekanan dan
depressi turut menjadi punca
kepada seseorang untuk
terjebak dalam
penyalahgunaan dadah.
Keinginan untuk mencari
ketenangan secara tidak
rasional mendorong seseorang
untuk mengambil dadah.
Segala ujian dan cabaran yang
dihadapi seseorang memberi
peluang untuk emosi mereka terjejas dan mula mengalami tekanan dan depressi.
Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan
yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. Oleh itu, hal in penting
untuk kita mengambil berat tentang keadaan orang disekeliling bagi mengetahui
perkara yang mereka hadapi agar kita dapat memberi semangat atau dorongan
kepada mereka agar sentiasa positif supaya tiada keinginan untuk mereka
mencari ketenangan dengan mengambil dadah.

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah
adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana
ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam
dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh
merosakkan akal fikiran
mereka malah maruah
keluarga mereka turut tercalar
akibat perbuatan mereka.
Kurangnya pendidikan agama
menyebabkan remaja sesuka
hati melakukan perkara yang
telah dilarang oleh Agama.
Oleh itu, pendidikan agama
amatlah penting bagi
menghalang atau menghindari
dari perbuatan yang di anggap
hina.

6

Masyarakat juga terdedah
dengan media cetak dan media
elektronik yang memberi
kemudahan seperti internet. Hal
ini adalah kerana, media ini
dapat memberikan maklumat
atau bahan yang tidak diperolehi
di sesuatu tempat sebagai contoh
bagi remaja, mereka tidak dapat
peroleh maklumat ini disekolah
mahupun di dalam buku teks. Jadi, kedua-dua media ini memberi pengaruh
yang amat besar terhadap masyarakat hingga boleh mengubah tingkah laku serta
akal fikiran mereka. Seseorang individu boleh bertindak melulu tanpa
memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah. Oleh itu, penting untuk ibu
bapa agar sentiasa memantau segala tingkah laku anak mereka serta bagi yang
dewasa mereka perlu berhati-hati dalam menerima segala maklumat dan perlu
berfikiran rasional agar tidak cepat terpengaruh dengan media massa.

Langkah – langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah

Setiap masalah yang berlaku di dalam masyarakat kita pasti akan ada
jalan atau langkah bagi mengatasi hal tersebut. Penyalahgunaan dadah
merupakan sesuatu isu yang semakin kritikal akibat punca-punca yang dihadapi
oleh masyarakat kita sekarang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
langkah bagi menangani isu ini. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang
berat sebagai salah satu alternetif bagi mengurangkan ataupun mengatasi isu
penyalahgunaan dadah. Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi
pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu
penagih akan sukar
memperolehi bekalan dadah.
Begitu juga kepada penagih
dadah dikenakan hukuman
yang berat. Sebagai contoh,
hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis
‘Syabu’. Kesalahan mengedar
dadah Syabu iaitu antara 20
gram hingga 50 gram (di

7

bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman
minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula
adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan
dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah
Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh
dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-
duanya sekali.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha
untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan
untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah,
seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi,
pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja
tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan
boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya. Langkah ini mampu memberi pencegahan awal untuk membentuk
seseorang individu agar menjauhi dirinya dari terlibat dalam penyalahgunaan
dadah.

Seterusnya, orang awam dan kerajaan perlu mewujudkan kerjasama. Hal
ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin
berleluasa di kalangan khususnya
golongan remaja. Sebagai contoh,
masyarakat dan pihak kerajaan perlu
memata-matai serta bertindak pantas
dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan agar isu ini dapat
diselesaikan dengan lebih profesional. Ibu
bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-

8

anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan bagi
memastikan tiada dadah yang dapat memasuki ke dalam negara kita. Dengan
ini, aktiviti pengedaran dadah dapat diberhentikan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang
bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai
peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Pemulihan penagihan dadah memerlukan
usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik
yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini
bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang
menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang
bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam
penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan
dadah. Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam
kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut
bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah
sesuatu yang sukar dan mencabar
bagi mengubah banyak perkara pada
satu-satu masa dan tidak kembali
kepada tabiat yang lama. Terdapat
sebuah rumah pemulihan yang
dikenali sebagai rumah Pengasih.
Rumah pemulihan ini telah dihadiri
oleh ramai penagih dadah yang ingin
merawat diri mereka termasuk artis
Malaysia seperti Radhi OAG, Jamal
Abdilah dan ramai lagi. Dengan penubuhan rumah pemulihan ini sangat
membantu dalam memperbaiki status sosial dan integrasi individu untuk
berfungsi secara produktif dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

9

TOPIK 2 : SEKS BEBAS

Kemajuan negara yang kita nikmati hari ini hanya akan berterusan berkekalan
sekiranya institusi masyarakat terus teguh dan tidak terganggu oleh masalah
sosial yang boleh menggugat kestabilan negara ini. Keadaan pada hari ini
menampakkan institusi masyarakat kita terutama masyarakat Melayu Islam
yang menunjukkan gejala yang
tidak sihat dan ia semakin menular.
Salah satu akibat hancurnya
generasi bangsa terutama
dikalangan remaja adalah akibat
oleh seks bebas yang semakin
marak terjadi di sekitar kita. Ramai
remaja yang telah kehilangan cita-
cita mereka, visi dan semangat
dalam hidup mereka kerana telah
menjadi korban seks bebas yang semakin berleluasa. Malah, aktiviti ini
merupakan perkara yang mula menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja pada
masa kini.

Seperti yang kita semua tahu, seks bebas ini merupakan hubungan seks yang
dilakukan secara bebas iaitu berganti-ganti pasangan yang berlaku diluar nikah.
Dalam islam, seks bebas ini lebih dikenali sebagai zina, iaitu hubungan seksual
antara lelaki dan perempuan tanpa pernikahan yang sah. Hal ini juga boleh
berlaku diantara pasangan yang bercinta ataupun dengan sesiapa sahaja pada
bila-bila masa yang diinginkan Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks
luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina
yang membawa maksud hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum

syarak. Mengikut definisi ahli-ahli
sosiologi, seks haram adalah
bentuk seks yang tidak dibenarkan
oleh institusi perkahwinan antara
lelaki dan perempuan melibatkan
pasangan kekasih yang cenderung
melakukannya sebelum
mempunyai ikatan sah sebagai
suami isteri.

10

Riwayat Bukhari dan Muslim menegaskan pandangan secara tiba-tiba (tanpa
sengaja) pada pasangan bukan muhrim tanpa tujuan merupakan pandangan
pertama, tetapi pandangan kedua, hukumnya berdosa

Setelah dikaji, terdapat beberapa faktor dan penyebab yang mendorong remaja
untuk melakukan seks bebas pada masa kini. Sebelum seseorang berani untuk
melakukan hubungan seks ini, biasanya ada beberapa penyebab atau tahap yang
pernah mereka lakukan sebelum terjadinya seks bebas iaitu seperti
berpengangan tangan, bercium , berpelukan, meraba bahagian tubuh dan pernah
melakukan hubungan seks. Tetapi,apakah faktor yang menyebabkan terjadinya
perkara ini?

Salah satu faktor penyebab
seks bebas adalah berpunca
daripada lingkungan
keluarga. Seperti yang kita
tahu, ramai dikalangan ibu
bapa yang terlalu sibuk
dengan hal pekerjaan
mereka sehinggakan
mereka mengabaikan
tanggunjawab mereka
sebagai seorang ibu bapa
kepada anak-anak. Oleh
yang demikian, anak-anak akan mula merasakan diri mereka terabai, mula
merasakan kurang kasih sayang dari ibu bapa dan tidak mendapat perhatian
yang cukup. Apabila hal ini terjadi, mereka akan mula melakukan perkara-
perkara yang tidak akan dijangka kerana tiada teladan yang boleh mereka
contohi. Mereka akan menjadi berani untuk melakukan segala hal kerana ibu
bapa yang tidak mengambil berat dan tidak cuba untuk halang mereka. Pelbagai
hal yang boleh terjadi dan salah satunya adalah seks bebas. Oleh itu ibu bapa
adalah teladan yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak tidak terjerumus
kepada perkara yang tidak berfaedah ini.

11

Selain itu, mereka juga telah terdedah kepada pergaulan yang tidak sihat.
Apabila mereka salah dalam memilih rakan atau teman lelaki/perempuan, ia
akan mendorong mereka kearah kegiatan negatif dan mungkin ada
memudaratkan diri mereka sendiri. Remaja kini terlalu bebas sehinggakan
mereka terlalu taksub kepada perkara-perkara negative seperti percubaan untuk
mengambil alcohol, dadah , ubat-ubatan, percubaan memakai pakaian ketat
sehingga menampakkan bentuk badan , membuat maksiat dan sebagainya.
Remaja yang kurang peka, akan merasakan perkara ini remeh dan mereka
berani untuk mengambil dan membuat perkara-perkara yang sedemikian kerana
mereka tidak nampak kesan itu malah mereka hanya ambil untuk keseronokkan
diri mereka.

Mereka tidak sedar perbuatan ini akan memudaratkan diri mereka sehinggalah
perkara yang tak diingini berlaku. Malah mereka tidak menghiraukan perkara
yang melanggar hukum syarak danbebas melakukan dosa. Oleh itu mereka
perlulah cuba untuk elakkan diri mereka dari bergaul dengan rakan yang tidak
baik dan cuba untuk hentikan semua perbuatan maksiat seperti berdating kerana
perkara ini akan menjadikan mereka menjadi seseorang yang lebuh berguna.

12

Di samping itu juga, mereka mudah terpengaruh dalam lingkungan masyarakat.
Hal ini terjadi disebabkan oleh mereka kekurangan terladan yang boleh
dicontohi. Seperti yang kita lihat pada era globalisasi ini, terdapat ramai pelacur,
pemabuk yang terlalu bebas dan gian melakukan perkara negative ini
sehingakan ada kalangan remaja yang cuba untuk mengikuti jejak mereka. Pada
masa kini juga, remaja mudah terpengaruh dengan media massa dan berani
untuk menonton media pornografi. Seperti yang kita tahu, pelbagai laman web
lucah yang telah tersebar yang menyebakan ramai remaja yang ingin mengambil
tahu dan mudah untuk terjebak dengan perkara tersebut. Internet juga sudah
mudah untuk akses gambar lucah dan mudah maut turun gambar lucah.
Semakin mereka banyak melihat perkara tersebut, semakin mereka akan merasa

ingin mencuba dan membuat perkara tersebut.

Gejala seks bebas ini seolah-olah semakin sukar dibendung kerana terlalu
banyak pendedahan dan
tayangan hubungan seksual
samada di internet atau di
televisyen.
Hal ini menyebabkan ramai
remaja yang akan melakukan
perkara yang tidak berfaedah
yang akan terjerumus kepada
seks bebas.

Apabila terjadinya seks bebas ini, ada impak atau akibat yang akan berlaku
kepada seseorang yang telah terjerumus dalam kes ini. Seperti yang kita lihat,
terdapat pelbagai kes yang telah berlaku di Malaysia ini dan boleh dikatakan
setiap tahun pasti akan ada peningkatan. Hal ini adalah disebabkan oleh
berlakunya seks bebas dan kesan terhadap perkara ini. Kesan yang sering kita
dengar adalah seperti pembuangan bayi, remaja yang mengugurkan kandungan
mereka, perkahwinan di usia muda, hamil luar nikah, dan penyebaran penyakit.

13

Remaja yang berani melakukan seks
bebas ini adalah dikalangan orang
muda. Mereka hanya mementingkan
nafsu mereka sehinggakan mereka
sanggup untuk melakukan perkara
yang terkutuk ini. Seperti yang kita
tahu, jika seorang perempuan itu
terlanjur dan menyebabkan
kehamilan, ramai yang akan
mengambil mudah dan akan cuba
untuk gugurkan kandungan itu kerana
tidak mahu keluarga mereka tahu dan

tidak mahu dipandang hina
oleh masyarakat.

Setengah remaja pula tidak
sanggup untuk mengugurkan
anak mereka malah mereka
menunggu kelahiran bayi
mereka, tetapi mereka tidak
mahu menjaga malah mereka
membuang bayi tersebut.

Di samping itu, mereka juga tidak
sedar yang mereka telah menyebarkan
penyakit. Penyakit yang mungkin
mereka akan dapat adalah seperti
penyakit HIV, AIDS, HPV,
GONORRHEA dan sebagainya.
Mereka hanya mementingkan diri
mereka tanpa sedar kesilapan yang
mereka telah lakukan itu akan
membahayakan diri mereka sendiri.

14

Langkah – langkah Mengatasi Seks Bebas

Sesuatu perkara yang telah berlaku, pasti akan ada jalan penyelesaianya. Seperti
yang kita tahu, pelbagai langkah atau cara yang boleh kita cuba untuk elakkan
perkara ini dari berlaku lebih berleluasa. Makin kita jauhi diri dari perkara
negatif ini, makin banyak faedah kita boleh dapat.

Antara langkah yang boleh kita cuba untuk elakkan seks bebas ini dari berlaku
adalah dengan pendekatan terhadap kaunseling islam. Kaunseling islam adalah
suatu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam
bentuk bersemuka antara seorang pakar dalam psikologi kaunseling atau
kaunselor dengan seseorang yang mengalami masalah. Teknik dan kaedah
teknikal secara profesional digunakan bertujuan menolong seseorang itu untuk

memahami diri, memahami
kebolehan dan mendorong
menerima takdir berteraskan syariat
islam bagi mencapai kebahagiaan
di dunia dan di akhirat. Proses
pertolongan yang diberi adalah
untuk meredakan sebarang
permasalahan tentang tekanan
perasaan seperti takut, sedih, dan
marah disamping mengenalpasti
dan memperkembangkan potensi
diri kearah mengubah sikap dan tingkah laku yang lebih sesuai. Oleh yang
demikian, selepas kita mencuba untuk mengikut cara yang disuruh, pasti aka
nada kebaikan pada diri kita malah kita boleh mengubah diri menjadi seorang
yang lebih baik dan jauh dari seks bebas

15

Selain itu, adalah tanggungjawab diri sendiri juga bagi menangani masalah dan
mengelakkan dari melakukan perbuatan seksual ini. Apa yang boleh seseorang
itu lakukan adalah dengan mengelakkan diri dari berfoya-foya. Elakkan diri dari
mengujungi tempat hiburan untuk berseronok, hentikan muat turun gambar
lucah dan sebagainya. Seperti kita tahu remaja zaman kini lebih cenderung
kepada perkara tersebut, jadi cubalah elakkan diri dari berseronok di dunia dan
dekatkanlah diri dengan Allah. Selalulah ingat pada Allah kerana dosa yang kita
lakukan itu, hanya Allah sahaja yang boleh ampunkan. Selalulah memohon
perlindungan dari godaan syaitan dan tipu daya dunia yang melalaikan ini dan
mohon bimbingan dan tuntutan dalam menjalani kehidupan. Apabila kita
dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah hidup kita akan aman malah akan
dijauhkan dari melakukan perkara-perkara yang keji.

Di samping itu, ibu bapa berperanan untuk mendidik dan memberi kasih
sayang , masa serta perhatian lebih kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita
seharusnya menjadi teladan dan memberi contoh yang baik untuk mereka.
Seringlah bertanyakan khabar mereka dan menjadi teman yang baik kepada
anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengawal dan memantau aktiviti anak-anak
semasa dirumah mahupun di luar. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak
mereka berkawan dan cuba hindari anak mereka dari bergaul dengan rakan yang
tidak baik. Jika ibu bapa dapat mengawal dan menjaga anak mereka, anak
mereka akan jauh dari terjerumus dengan perkara tidak berfaedah ini. Pastinya
kes seks bebas ini akan berkurangan.

16

Masyarakat juga haruslah memainkan peranan yang baik dengan mengadakan
ceramah, kempen, aktiviti yang dapat mendorong remaja dari melakukan seks
bebas. Seperti yang kita tahu, sebelum ini terdapat kempen seperti SayNo2Zina
yang digerakkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara(LPPKN) yang merupakan Langkah yang tepat diambil oleh kerajaan
bagi menangani masalah gejaga sosial seperti seks bebas yang semakin
berleluasa hari ini. Kempen sebegini amatlah bagus untuk mendidik remaja bagi
menghindarkan diri mereka kearah zina dan mendekatkan diri dalam ajaran
agama yang bermoral. Isu seperti ini amatlah perlu ditangani secara menyeluruh

Kerajaan juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap kes seksual
atau seks bebas ini. Seperti yang kita tahu, terdapat undang- undang perlakuan
seks yang dipanggil jenayah seks ini adalah undang-undang yang

mengharamkan perlakuan
seksual yang betentangan dengan
norma masayrakat. Kategori ini
adalah dinggap jenayah kerana
diatas persetujuan Bersama. Oleh
itu kerajaan perlulah untuk
kuatkan penguasaan dan
mengenakan denda bagi mereka
yang melakukan jenayah seks
ini.

17

TOPIK 3 : SUMBANG MAHRAM

Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang
dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan
mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis
antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara
mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam
dan agama. Sebagai contoh hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa
mereka, adik-beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Dari perspektif
Agama Islam golongan tidak
bertanggungjawab yang
melakukan inses ini dilaknati
Allah dan tidak diberkati di
dunia dan akhirat. Antara
salah satu punca terjadinya
sumbang mahram adalah
pergaulan bebas iaitu Dua
saudara yang duduk berdua-
duaan di tempat sunyi dan
tidak menghiraukan larangan
agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program
atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan
pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang
mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan
menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam
keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit
tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.

Selain itu, sumbang
mahram ini juga terjadi
disebabkan faktor ekonomi
yang rendah. Keadaan rumah
yang sempit seperti rumah
setinggan di bandar dan estet
di mana kekurangan bilik tidur
mengundang kepada bahana
sumbang mahram. Bayangkan
jika rumah dua bilik ini
didiami antara lapan hingga
sepuluh ahli keluarga, ia boleh menyebabkan kurangnya privasi dalam kalangan
ahli keluarga. Sebab itu, Islam mensyariatkan supaya bilik untuk anak gadis
diasingkan dengan bilik anak lelaki apabila mereka akil baligh, serta
menekankan batas aurat, pergaulan antara ibu bapa dengan anak dan adik

18

beradik berlainan jantina. Perasaan malu mendedahkan aurat perlu ditekankan
sejak anak kecil lagi. Islam juga mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak
boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila sudah mumayyiz
apatah lagi setelah baligh. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk
dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.

Oleh hal yang demikian, sebilangan
besar mangsa mengalami kesan negatif yang
serius sehingga memerlukan terapiapabila
mereka meningkat dewasa. Antara kesan-
kesan negatif ini adalah hilang kepercayaan
pada orang lain, takutkan hubungan intim,
murung, rasa ingin bunuh diri dan keyakinan
diri yang rendah. Pengalaman yang buruk
atau traumatic yang tanpa rawatan
sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress
Traumatic Disorder (PSTD) dan
menjejaskan kesihatan mental survivor.
Ramai mangsa sumbang mahram tidak
melaporkan perbuatan ini atau tidak
memberitahu ibu kerana khuatir
ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan.
Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika
pesalah adalah orang yang menyara keluarga. Kesan negatif yang serius
biasanya terjadi jika mangsa tidak meminta bantuan, tidak mendapatkan
sokongan dan kaunseling dan dianiaya
dalam jangka masa yang lama. Namun bagi
yang melaporkan pula, mereka didesak oleh
faktor-faktor iaitu kehamilan atau bimbang
akan hamil, mereka rasa perbuatan itu salah
dan dilarang agama, mereka bimbang
perbuatan itu diulang, perbuatan itu dilihat
orang dan akhir sekali mungkin mereka
ingin melindungi adik perempuan mereka.
Bagi yang membuat keputusan untuk
melaporkan, majoriti akan melaporkan
kepada emak dan jika mereka tidak lagi
percaya kepada emak, mereka pergi ke luar
keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua
kampung dan kawan. Walaubagaimanapun,
dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak
dilaporkan serta merta.

19

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM

Setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesainnya sama juga dengan
masalah sumbang mahram ini. Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi.
Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah
antara anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik.
Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak
perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak
itu ada perasaan malu untuk bergaul
bebas. Sifat malu itu penting untuk
menghalang dia dari terjerumus ke
lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan
gurau senda yang tiada had akan
menyebabkan mereka hilang rasa malu
dan merangsang untuk melakukan
lebih dari hubungan adik beradik.
Mesra jangan sampai anak gadis dan
ayah berpeluk dan berciuman sehingga
menaikkan nafsu.

Selain itu , menjaga aurat di kalangan ahli keluarga dan menitikberatkan
didikan agama. Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga
batas-batas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan
jantina. Walaupun ahli keluarga boleh membuka aurat(kecuali antara pusat dan
lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas
kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan
bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat
dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja.
Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.

Ahli-ahli keluarga juga perlu
didedahkan tentang beratnya berbuat
dosa besar dan melanggar hukum
Tuhan jika perzinaan dilakukan
dikalangan ahli keluarga. Anak-anak
yang terdidik dengan didikan agama
yang sempurna akan dapat menutup
jalan-jalan kearah gejala sosial yang
kian teruk ini, kerana mereka
mempunyai ilmu agama yang cukup
untuk membimbing mereka ke jalan
yang benar mengikut landasan agama.

20

Seterusnya, ketua keluarga perlulah mengukuhkan taraf ekonomi
keluarga. Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu,
ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji
atau bekerja sendiri. Kebanyakkan kes-kes sumbang mahram yang berlaku
adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedangkan suaminya tidak
bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar,
pagar makan padi. Maka haruan makan anak sewaktu ketiadaan ibu di rumah.

Oleh hal yang demikian, peningkatan kes sumbang mahram serupakan
satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua
budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali
beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingan-
kepentingantertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar
dunia juga melarang hubungan sumbang mahram. Di dalam agama Islam (fiqh),
misalnya, terdapat konsep muhrim yang mengatur hubungan sosial di antara
individuindividu yang masih ahli keluarga. Seseorang itu tidak sepatutnya
menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau
nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu
bapa, anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping
mengenakan hukuman kepada penceroboh, penekanan betapa pentingnya
pencegahan danpengawalan harus diambil kira. Bagi menjamin kesejahteraan
komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus
dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu,
bertatasusila serta bertamadun.

21

KESIMPULAN
Huraian di atas telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang keruntuhan moral
yang terjadi sekarang ini. Pastinya, ramai antara anda yang sedar betapa kita
perlu menjalani perubahan diri menjadi umat Islam yang lebih baik., isu
keruntuhan akhlak dalam kalangan ahli masyarakat kita merupakan isu yang
nyata dan sangat membimbangkan. Ia boleh meruntuhkan masyarakat yang
wujud hari ini. Dengan itu, langkah-langkah yang holistik dan menyeluruh perlu
diambil segera. Memandangkan kedudukan akhlak adalah sangat penting, maka
setiap ahli masyarakat Islam mestilah mengambil pelbagai langkah yang perlu
untuk memastikan tahap penghayatan akhlak yang tinggi dalam kalangan
masyarakat dan membasmi semua bentuk keruntuhan akhlak . Tetapi apa yang
lebih penting ialah ibu bapa mesti memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Selain itu
pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan juga perlu berkerjasama dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin serius
ini.

22

RUJUKAN

Penyalahgunaan Dadah
Internet: Wordpress | Punca Penyalahgunaan Dadah
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/punca-penyalahgunaan-dadah/
Internet: Wordpress | Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-
penyalahgunaan-dadah/
Internet: Website | Pengasih
https://pengasih.asia/

Seks Bebas
Internet : NURUL RIDUAN NOR ASHAHA (27 Januari 2019), Kempen SayNo2Zina
https://www.sinarharian.com.my/article/9963/BERITA/Nasional/SayNo2Zina-Langkah-
tepat-diambil-kerajaan
Internet : Zakaria Yahya ( 24 Jun 2016) , Seks Bebas
https://www.slideshare.net/zakariaye/ppt-seks-bebas-63410643
Internet : Que Segak ( Jul 13, 2020) , Kesihatan Seks Bebas
https://suamisihat.com.my/kesihatan-seks/seks-bebas/
Kertas Kerja : Roslee Ahmad | Universiti Teknologi Malaysia ,Punca Kesan dan Langkah
Untuk Menangani Tingkah Laku Seksual Pelajar Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam

Sumbang Mahram
Internet : Jabatan Agama Islam Selangor : Sumbang Mahram: Suatu Perbincangan
https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=450&k=sumbang%20mahram
Internet : Mencari punca musibah sumbang mahram | Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/07/599235/mencari-punca-musibah-sumbang-
mahram
Internet : Sumbang Mahram – PORTAL MyHEALTH
http://www.myhealth.gov.my/sumbang-mahram/

23


Click to View FlipBook Version