The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Enchek Danish, 2024-05-05 10:39:28

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Keywords: MARA

Majlis Amanah Rakyat DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 2 DAF 2B KKTM MASJID TANAH NAMA PENSYARAH : HAMIZAH BT. MD JANI DUA 20062 PENGAJIAN MALAYSIA


IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN PENGENALAN LATAR BELAKANG MARA SUMBANGAN MARA MARA DALAM SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA DALAM PENDIDIKAN TVET MARA DALAM SEKTOR PELABURAN ISU SEMASA DAN PENYELESAIANNYA PENUTUP


PENGENALAN Majlis Amanah Rakyat Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menjadi penentu penting dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1966. Fokusnya yang teguh dalam menyokong dan memperkasa komuniti Bumiputera telah memberi impak yang besar dalam pelbagai bidang pembangunan. Pengenalan ini akan menggariskan peranan MARA dalam konteks latar belakang, sektor keusahawanan, sektor pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), sektor pelaburan, dan sumbangan keseluruhan MARA dalam pembangunan negara. Latar belakang MARA memaparkan sejarah dan tujuan penubuhannya, yang utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, terutamanya golongan Bumiputera. Ini termasuk peralihan peranan dari Lembaga Kemajuan Kampung & Perusahaan (RIDA) kepada MARA, yang mengembangkan fokus perhatian kepada pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh. Dalam sektor keusahawanan, MARA telah memberikan sokongan yang penting dalam pembangunan usahawan Bumiputera melalui program-program seperti Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN), merangsang inovasi dan kreativiti dalam kalangan usahawan tempatan serta mencipta peluang pekerjaan. Enchek.Mimpi.


PENGENALAN Majlis Amanah Rakyat Program pendidikan TVET yang dianjurkan oleh MARA memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan infrastruktur kemahiran negara, memberikan pelajar pelbagai bidang kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, sektor pelaburan MARA Berhad memainkan peranan strategik dalam memperkasakan ekonomi dan memastikan penyertaan aktif komuniti Bumiputera dalam bidang perniagaan. Melalui pelbagai anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, MARA tidak hanya menyokong ekonomi tempatan tetapi juga memastikan kelestarian sumber pendapatan. Secara keseluruhan, sumbangan MARA dalam pembangunan negara adalah sangat signifikan, dengan pendekatan holistiknya yang menjangkau pelbagai sektor. Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan dan sumbangan MARA, kita dapat mengenal pasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperkasakan lagi usaha pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi secara menyeluruh di Malaysia. Enchek.Mimpi.


LATAR BELAKANG MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) N & N


LATAR BELAKANG MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) IALAH SEBUAH AGENSI DI BAWAH KUASA KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH YANG DITUBUHKAN PADA1 MAC 1966, SEBAGAI SEBUAH BADAN KORPORAT BERKANUN TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PARLIMEN HASIL DARIPADA RESOLUSI KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA PERTAMA PADA TAHUN 1965. PADA ASALNYA, MARA TELAH DIASASKAN SEBAGAI MAJLIS PEMBANGUNAN EKONOMI MELAYU (MPEM) PADA TAHUN 1966. MATLAMAT UTAMA PENUBUHANNYA ADALAH UNTUK MENYOKONG USAHA PEMERKASAAN EKONOMI MASYARAKAT MELAYU DAN BUMIPUTERA. SETAHUN KEMUDIAN, PADA 1 MAC 1967, MPEM MENUKAR NAMANYA KEPADA MARA, DENGAN LEBIH MENITIKBERATKAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI SAMPING PEMBANGUNAN EKONOMI. SEJARAH MARA BERMULA SEBELUM NEGARA INI MENCAPAI KEMERDEKAAN, PADA JULAI 1950 MAJLIS MESYUARAT UNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MMUPTM) TELAH BERSETUJU UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH BADAN ATAU LEMBAGA KHAS YANG DINAMAKAN LEMBAGA KEMAJUAN KAMPUNG & PERUSAHAAN (LPKP) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI RIDA (RURAL & INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY). PENUBUHAN RIDA DISAHKAN MENERUSI SURAT MESYUARAT NO. 10/1951 DIDALAM PERSIDANGAN MMUPTM YANG BERLANGSUNG PADA 25 APRIL 1951 DAN DIKANUNKAN DENGAN KELULUSAN ORDINAN NO. 48 TAHUN 1953. PENGERUSI ATAU KETUA BESAR RIDA YANG PERTAMA IALAH ALLAHYARHAM DATO' ONN JA'AFAR. PADA MASA ITU BELIAU MEMEGANG JAWATAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN YANG DIPERTUA AGUNG UMNO. N & N


LEMBAGA RIDA DITUBUHKAN DI PERINGKAT IBU PEJABAT BAGI MENGGUBAL POLISI DAN DASAR SERTA DIBANTU OLEH SEBUAH JAWATANKUASA KERJA YANG DIBERI KUASA MENTADBIR DAN MENGURUSKAN KEWANGAN SERTA MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK LEMBAGA SEMENTARA DI PERINGKAT NEGERI DITUBUHKAN LEMBAGA KEMAJUAN NEGERI, LEMBAGA KEMAJUAN JAJAHAN/DAERAH, LEMBAGA KEMAJUAN KAMPUNG DAN PERSIDANGAN MUKIM. JAWATAN PEGAWAI KEMAJUAN KAMPUNG DIWUJUDKAN UNTUK MENTADBIR DAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS RIDA DI PERINGKAT NEGERI DAN PENOLONG PEGAWAI KEMAJUAN KAMPUNG DI PERINGKAT JAJAHAN/DAERAH. OBJEKTIF UMUM RIDA ADALAH UNTUK MEMBERI KESELESAAN DAN MENINGGIKAN TARAF SOSIO EKONOMI ORANG-ORANG KAMPUNG YANG MAJORITINYA TERDIRI DARIPADA PETANI, PEKEBUN, PENTERNAK DAN NELAYAN YANG MISKIN DENGAN PENINGKATAN AWALNYA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEPERTI MEMBINA JALAN, JAMBATAN SEKOLAH, PUSAT KESIHATAN, BALAI RAYA, BEKALAN AIR BERSIH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN SECARA GOTONG-ROYONG. LATAR BELAKANG MARA N & N


PENDIDIKAN SALAH SATU OBJEKTIF UTAMA MARA ADALAH UNTUK MENYEDIAKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI KEPADA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI MALAYSIA. MARA MENYEDIAKAN PELUANG PENDIDIKAN DARI PRASEKOLAH HINGGA PENDIDIKAN TINGGI, TERMASUK KOLEJ MARA DAN PROGRAM LATIHAN PROFESIONAL. LATIHAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN MARA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEBOLEHAN MASYARAKAT BUMIPUTERA MELALUI PROGRAM LATIHAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN PASARAN KERJA. INI TERMASUK PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL, VOKASIONAL DAN PROFESIONAL. MEMBERI PELUANG MARA BERHASRAT MENYEDIAKAN PELUANG YANG ADIL DAN SAKSAMA KEPADA MASYARAKAT BUMIPUTERA UNTUK BERKEMBANG DALAM PELBAGAI BIDANG, SAMA ADA PENDIDIKAN, KERJAYA, MAHUPUN PERNIAGAAN. INI MEMBANTU MEMASTIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA DAPAT BERSAING SECARA BERKESAN DALAM EKONOMI MALAYSIA. PEMBANGUNAN EKONOMI SALAH SATU OBJEKTIF PENUBUHAN MARA ADALAH UNTUK MENGUKUHKAN EKONOMI MASYARAKAT BUMIPUTERA. INI DILAKUKAN MELALUI PELBAGAI INISIATIF TERMASUK PEMBIAYAAN PERNIAGAAN, BANTUAN TEKNIKAL, DAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN. OBJEKTIF MARA N & N


RODA BERGIGI (14) SETIAP GIGI MEWAKILI NEGERI DALAM MALAYSIA DIMANA MARA MEMBERI PERKHIDMATANNYA SECARA TERUS DAN JUGA JARINGAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN YANG DITEROKAI OLEH BUMIPUTERA. BUKU TERBUKA MELAMBANGKAN ILMU SEBAGAI TERAS ORGANISASI PEMIKIR YANG MENJADI WAWASAN MARA UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEMAJUAN KEUSAHAWANAN SERTA PENDIDIKAN. JANGKA LUKIS TERBUKA MENUNJUKKAN USAHA MARA MEMEGANG AMANAH UNTUK MENGGALAK, MEMBIMBING, MELATIH DAN MEMBANTU BUMIPUTERA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MENUJU KEARAH MASYARAKAT PERDAGANGAN & PERINDUSTRIAN. RASIONAL AM LOGO MARA N & N


SPANA DAN SKREW MELAMBANGKAN SUMBANGAN MARA DI DALAM MEMBERI LATIHAN DAN PENDIDIKAN BERTERASKAN TEKNOLOGI SERTA PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA MAHIR NEGARA. TEKNOLOGI MERANGKUMI PERINGKAT ASAS HINGGA KE PERINGKAT SETINGGI-TINGGINYA. TULISAN RUMI & JAWI MAJLIS AMANAH RAKYAT MELAMBANGKAN KESINAMBUNGAN IMEJ, IDENTITI KECEMERLANGAN MARA DAN PENERAPAN CIRI-CIRI KEISLAMAN. RASIONAL AM LOGO MARA N & N


MERAH MELAMBANGKAN KEBERANIAN UNTUK MARA KEHADAPAN MENEROKAI PELUANG-PELUANG BARU. BIRU MELAMBANGKAN KEMURNIAN WAWASAN DAN MATLAMAT SEBAGAI BADAN AMANAH YANG UNGGUL DAN DIBERKATI UNTUK MENGANGKAT MARUAH SERTA MARTABAT BANGSA. HITAM SEBAGAI LAMBANG KEUTUHAN DAN KEKUKUHAN SEMANGAT UNTUK MEMBANTU SECARA BERTERUSAN GOLONGAN BUMIPUTERA WARNA N & N


DEMI SATU KEUNGGULAN BANGSA YANG BERDAULAT SEBUAH LAMBANG MENAWAN PUNCAK JAYA PERKASA DI PERSADA DUNIA OBOR PARA CENDEKIA MERENTAS MASA HADAPAN USAHAWAN JAYA TERCIPTA BAHAGIA MAJU MARA MAJU JAYA MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH RAKYAT MEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA BERSEMANGAT PERINTIS PENUH YAKIN DEMI SATU AMANAH MULIA MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH RAKYAT MEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA PENUH KEYAKINAN DEMI SATU AMANAH MULIA… LAGU : DATO’ MOHD NASIR MOHAMED LIRIK : MOHD KHIRIN OMAR DAN DATO’ MOHD NASIR MOHAMED LAGU MARA N & N


MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DALAMSEKTOR KEUSAHAWANAN Enchek.Mimpi.


Pengembangan keusahawanan telah menjadi landasan penting dalam membentuk pertumbuhan ekonomi yang mapan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di Malaysia. MARA, sebagai penggerak utama dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kukuh dan maju, memainkan peranan penting dalam memperkasa usahawan dari pelbagai lapisan masyarakat. Dengan menawarkan program-program yang menyeluruh dan menyasarkan pelbagai peringkat, MARA bertujuan untuk memastikan bahawa setiap individu, termasuk mereka dari golongan terpinggir dan kurang bernasib baik, mempunyai peluang yang sama untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN), dan Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK), MARA menyediakan sokongan yang diperlukan dari segi pembangunan kemahiran, pembiayaan, dan infrastruktur perniagaan. Inisiatif-inisiatif ini tidak hanya membantu dalam mencipta peluang pekerjaan, tetapi juga merangsang inovasi dan kreativiti di kalangan usahawan tempatan. Dengan pendekatan yang holistik dan berterusan, MARA berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi yang berdaya saing dan lebih efektif bagi semua lapisan masyarakat. PENDAHULUAN Enchek.Mimpi.


Pada isi yang pertama, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), MARA menawarkan program-program latihan yang komprehensif bagi memperkukuhkan usahawan Bumiputera. salah satu inisiatif utama adalah Program Latihan Bersepadu Keusahawanan MARA (MERIT), yang bertujuan untuk melengkapi usahawan dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai keusahawanan yang diperlukan. Program MERIT membentangkan tiga komponen utama iaitu PIONEER, PROGRESSIVE, dan PREMIER. Di bawah PIONEER, usahawan diperkenalkan kepada budaya keusahawanan dan aspek-aspek penting dalam memulakan perniagaan. PROGRESSIVE membolehkan usahawan meneroka peluang perniagaan dan membangunkan strategi pertumbuhan yang berkesan. Sementara itu, PREMIER membantu usahawan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan mengukuhkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Pada tahun 2018, lebih daripada 55,000 peserta telah mendapat manfaat daripada program MERIT. Selain itu, MARA juga menyediakan Program Usahawan Teknologi Lanjutan (ADAPT) yang bertujuan untuk melahirkan usahawan dalam bidang teknologi tinggi dan lanjutan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN (BPU) Enchek.Mimpi.


Program ini memberi peluang kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk memperoleh teknologi daripada pembekal teknologi.Seterusnya, Program Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan (BASE) menawarkan kemudahan kepada usahawan Bumiputera untuk membangunkan kapasiti dan meningkatkan keupayaan syarikat melalui pendekatan perundingan perniagaan. Dengan penyediaan tenaga profesional dalam pelbagai bidang kepakaran perniagaan, MARA bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan pengurusan syarikat agar usahawan dapat bersaing dengan lebih cemerlang di pasaran terbuka. Melalui pelbagai program ini, MARA berusaha untuk membangunkan ekosistem keusahawanan yang dinamik dan inklusif bagi memperkasa usahawan Bumiputera dari pelbagai lapisan masyarakat, serta membantu mereka mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. Enchek.Mimpi.


Seterusnya, khidmat “Coaching and Mentoring” yang disediakan oleh MARA adalah sebuah pendekatan holistik yang meliputi pelbagai aspek strategi pemasaran yang penting dalam membangunkan perniagaan. Pemasaran bukan sekadar aktiviti menjual produk, tetapi merupakan satu proses yang melibatkan penciptaan produk yang memuaskan kehendak pengguna, merancang harga yang bersesuaian, menjalankan promosi yang efektif, dan menyusun strategi pengedaran yang tepat. MARA membantu usahawan dalam memahami kehendak pasaran dan mengenal pasti peluang perniagaan yang sesuai dengan trend semasa. Ini melibatkan penyelidikan pasaran, analisis pesaing, serta pemahaman terhadap keperluan dan keinginan pelanggan. Dengan memahami segala faktor ini, usahawan dapat merancang produk atau perkhidmatan yang tepat sasaran. Strategi pemasaran yang diberikan oleh MARA meliputi aspek pembentukan jenama (branding), strategi penetapan harga, pelaksanaan promosi, dan pemilihan saluran pengedaran yang efisien. COACHING AND MENTORING Enchek.Mimpi.


Jenama yang kukuh dapat membantu menarik minat pelanggan dan membezakan produk atau perkhidmatan daripada pesaing. MARA membimbing usahawan dalam membangunkan identiti jenama yang unik dan mempunyai nilai tambah. Selain itu, MARA membantu usahawan dalam menentukan harga yang bersaing tetapi tetap menguntungkan bagi perniagaan. Penetapan harga yang tepat memerlukan pemahaman terhadap kos pengeluaran, harga pasaran, serta nilai produk atau perkhidmatan dalam mata pelanggan. MARA membantu usahawan dalam merangkakan strategi harga yang sesuai dengan kedudukan pasaran dan nilai produk. Promosi juga merupakan aspek penting dalam strategi pemasaran. MARA menyediakan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti promosi seperti pengiklanan, jualan langsung, promosi atas talian, dan lain-lain. Ini termasuklah memilih platform promosi yang sesuai, merancang kandungan promosi yang menarik, dan menilai kesan pelaksanaan promosi terhadap penjualan dan kesedaran jenama. Enchek.Mimpi.


Selain strategi pemasaran konvensional, MARA juga menggalakkan usahawan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat pemasaran yang berkesan. Ini termasuklah pemanfaatan laman web, media sosial, dan platform e-dagang untuk memperluas jangkauan pasaran dan meningkatkan keberkesanan promosi. Khidmat coaching dan mentoring dari MARA juga melibatkan aspek konsultasi profesional dalam pengurusan perniagaan. MARA menyediakan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan perakaunan untuk membimbing usahawan dalam menguruskan aspek kewangan perniagaan. Ini termasuklah merancang percukaian syarikat, menguruskan aliran tunai, menyediakan laporan kewangan, dan menguruskan risiko kewangan. Selain daripada itu, MARA juga membantu usahawan dalam memahami dan mengelakkan penyelewengan perakaunan serta mengenal pasti strategi pengurusan risiko yang sesuai dengan keadaan perniagaan. Dengan bantuan khidmat perakaunan dan kewangan dari MARA, usahawan dapat menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih bijak dan berkesan, menjadikan perniagaan mereka lebih stabil dan berdaya saing di pasaran. Enchek.Mimpi.


Selaim itu, program-program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan MARA merupakan inisiatif yang dirangka untuk membantu membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara menyeluruh. Salah satu aspek penting dari program-program ini adalah program keusahawanan bertemakan 'Turun Padang', yang memberikan gambaran menyeluruh tentang aktiviti keusahawanan MARA, termasuk pendidikan, pelaburan, dan penglibatan subsidiari MARA. Program-program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara Pejabat MARA Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD), Institusi Pendidikan MARA (IPMa), dan syarikat subsidiari MARA. Mereka berperanan sebagai platform untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan berkaitan kepada masyarakat luar bandar mengenai pelbagai program keusahawanan di bawah MARA serta agensi-agensi keusahawanan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. PROGRAM-PROGRAM KHAS Contoh IPMa Enchek.Mimpi.


Antara program-program khas yang dianjurkan oleh MARA adalah Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE), MERCU, HIT Barber, MARA in Fashion (MIF), Gate to Global (GTG), dan Beauty in Business (BISS). Program HIT Barber adalah salah satu program yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dalam industri pendandan rambut dan “barber”. Melalui program ini, usahawan Bumiputera diberikan peluang untuk memperluas pengaruh mereka dalam bidang “hairdressing” dan “barbering” dengan fokus pada kemahiran seperti komunikasi, pengurusan, penjenamaan, dan pemasaran. Program ini tidak hanya membantu membangunkan potensi usahawan dalam industri barber, tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemahiran mereka. Enchek.Mimpi.


Enchek.Mimpi.


Sementara itu, program MARA in Fashion (MIF) bertujuan untuk menyokong industri fesyen negara dengan mencipta ikon fesyen Bumiputera yang relevan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Usahawan fesyen diberi pendedahan dan latihan untuk memahami proses keseluruhan dalam mencipta koleksi rekaan yang mengikut trend semasa dan memenuhi kehendak pasaran. Melalui MIF, mereka dibantu oleh pakar-pakar industri fesyen untuk menempatkan jenama mereka seiring dengan pereka fesyen Malaysia yang lain. Program Gate to Global (GTG) merupakan gerbang bagi usahawan Bumiputera untuk memperluaskan perniagaan mereka ke peringkat global. Program ini memberikan pendedahan dan sokongan kepada usahawan dalam pembangunan keupayaan, penjenamaan, dan pemasaran strategik bagi memasuki pasaran global. GTG juga membantu usahawan meningkatkan pelan komunikasi dan strategi pemasaran luar negara serta mengembangkan akses pasaran ke peringkat antarabangsa. Enchek.Mimpi.


Terakhir, program Beauty in Business (BISS) memberi tumpuan kepada pengembangan usahawan dalam industri kesihatan dan kecantikan. Usahawan tempatan diberi peluang untuk mempamerkan potensi jenama mereka sendiri dan memahami industri kesihatan dan kecantikan sebelum memasuki pasaran secara keseluruhan. MARA turut membantu usahawan dalam membuka minda mereka dengan kaedah pemasaran dan teknologi semasa yang dapat diterapkan dalam perniagaan, serta memenuhi kehendak pensijilan yang sepatutnya bagi meningkatkan imej perniagaan. Dengan pelbagai program-program khas ini, MARA terus memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat keusahawanan di kalangan Bumiputera serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Enchek.Mimpi.


Tambahanya, Bahagian Infrastruktur Komersial merupakan entiti penting dalam membangunkan ekosistem perniagaan dengan memberi tumpuan kepada industri-industri strategik seperti automotif, makanan dan minuman, pembinaan, gaya hidup, dan perkhidmatan. Dengan bekerjasama bersama pemain industri terlibat, MARA menyediakan kemudahan premis perniagaan dan perusahaan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, mencipta platform yang kondusif bagi pertumbuhan perniagaan. Di antara program-program yang dianjurkan di bawah Bahagian Infrastruktur Komersial adalah Program Transformasi Perusahaan Industri Halal (HART). BBAAHHAAGGIIAANN IINNFFRRAASSTTRRUUKKTTUURR KKOOMMEERRSSIIAALL Enchek.Mimpi.


Automotif Enchek.Mimpi.


Objektif utama program ini adalah meningkatkan taraf lotlot kilang di Kawasan Industri MARA (KIM) dan Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM). Fokus utama adalah untuk membantu usahawan memperoleh persijilan halal, Good Manufacturing Practice (GMP), dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), yang merupakan langkah penting dalam meningkatkan kualiti dan daya saing produk. Selain itu, Program Transformasi Usahawan Luar Bandar (TREnt) merupakan inisiatif yang memberi tumpuan kepada pemantapan perniagaan di luar bandar. Dengan menyediakan sokongan dan bimbingan kepada usahawan luar bandar, program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan mereka serta menyokong pertumbuhan ekonomi dalam komuniti tempatan. Melalui inisiatif ini, MARA berusaha untuk meningkatkan aksesibiliti kepada kemudahan perniagaan dan memperluas kesempatan perniagaan di kawasan luar bandar, membantu masyarakat tempatan untuk mengembangkan potensi ekonomi mereka. Kawasan Industri MARA (KIM) Enchek.Mimpi.


Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) Program Transformasi Usahawan Luar Bandar (TREnt) Enchek.Mimpi.


Akhir sekali, Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia. Sebagai tonggak utama dalam menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan kepada usahawan dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, perindustrian, bekalan, dan perkhidmatan, BPN menjadikan akses kepada modal sebagai titik tolak bagi kejayaan usahawan tempatan. Pada tahun 2018, BPN telah memberikan kemudahan pembiayaan kepada 6,310 usahawan dengan jumlah kelulusan sebanyak RM508 juta, mencerminkan komitmen MARA dalam memberi sokongan kepada usahawan yang berpotensi. Melalui pelbagai program seperti Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA, Program Rantaian Nilai Industri (PRiN), dan MARA Integrated Smart Auto (MiSA), BPN membuka pintu peluang kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka dan menjangkau pasaran yang lebih luas. PRiN, sebagai contoh, membantu meningkatkan jumlah usahawan bumiputera dalam kelas menengah dengan mengukuhkan penyertaan mereka dalam rantaian nilai industri. BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN (BPN) Enchek.Mimpi.


Sementara itu, MiSA memfokuskan kepada usahawan automotif dengan memberikan pembiayaan dan sokongan dalam meningkatkan konsep perniagaan mereka kepada 3S (Sales, Services, dan Spare Parts). Di samping itu, Skim Pembiayaan Ekuiti (The Baron) dan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) memberikan sokongan kepada usahawan dalam memperkuatkan ekuiti dan mendapatkan jaminan untuk pembiayaan mereka. Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) pula membuka pintu kepada usahawan untuk memasuki pasaran eksport dan memperluas jangkauan perniagaan mereka ke peringkat global. Dengan pelbagai skim pembiayaan yang ditawarkan, BPN memainkan peranan utama dalam membantu usahawan bumiputera merealisasikan potensi penuh mereka dalam dunia perniagaan. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan akses kepada modal, tetapi juga menyediakan sokongan dan bimbingan yang diperlukan bagi membina kejayaan jangka panjang dalam perniagaan. Enchek.Mimpi.


Akhirulkalam, dengan rasa bangga yang mendalam, tidak dapat menafikan sumbangan besar yang telah diberikan oleh MARA dalam memajukan landskap keusahawanan di Malaysia. Melalui usaha berterusan dan inovatif, MARA telah menjadi pelopor utama dalam membantu usahawan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk merealisasikan impian perniagaan mereka. Pendekatan yang progresif dan maju yang diterapkan oleh MARA tidak hanya memberikan sokongan, tetapi juga membina tapak yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi negara. Di tengah-tengah cabaran dan peluang yang berterusan, MARA terus memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan usahawan Bumiputera dan masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Melalui program-program latihan, pembiayaan, dan bimbingan yang holistik, MARA berusaha membentuk ekosistem keusahawanan yang dinamik, yang tidak hanya merangsang inovasi, tetapi juga mencipta peluang yang saksama bagi semua individu yang berhasrat untuk melangkah ke dalam dunia perniagaan. Dengan sinaran harapan yang membara, kita melihat ke hadapan kepada masa depan yang cerah dan berjaya, di mana setiap warga negara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. MARA komited untuk terus menjadi pemangkin bagi keusahawanan yang berdaya saing di Malaysia, membuka pintu bagi pencapaian impian dan membawa negara kita ke arah kecemerlangan yang tidak terbatas. KESIMPULAN Enchek.Mimpi.


MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DALAM PENDIDIKAN TVET Sydman


Notes Program TVET, atau pendidikan teknikal dan Vokasional, memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat. Dengan menyediakan latihan dan pendidikan yang berkaitan dengan keperluan industri, TVET memastikan individu memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan dalam pekerjaan tertentu. Ini bukan sahaja menghasilkan pekerja yang berkualiti tetapi juga meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam pelbagai sektor ekonomi. Aspek penting yang dibawa oleh TVET adalah keterangkuman dalam pendidikan. Ini membuka pintu kepada individu yang mungkin tidak berminat dengan pendidikan akademik tradisional tetapi masih ingin memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ini memastikan bahawa tidak ada yang terpinggirkan dalam memperoleh kemahiran untuk berjaya dalam dunia pekerjaan, mendorong peluang pendidikan yang merangkumi semua lapisan masyarakat. Dengan menggalakkan penyertaan dalam program TVET, negara dapat mengukuhkan tenaga kerja mahirnya, memberikan dorongan kepada inovasi dan kemajuan dalam pelbagai sektor perindustrian. Ia juga membantu mengurangkan kadar pengangguran dengan meningkatkan kelulusan pekerja dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif. Di samping itu, melalui peningkatan kemahiran dan produktiviti, negara akan meningkatkan daya saingnya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, sokongan dan pelaburan dalam program TVET adalah penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif. Dengan penekanan pada pendidikan dan kemahiran praktikal, TVET memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara. APAKAH ITU PROGRAM TVET? Sydman


MARA(Majlis Amanah Rakyat) adalah sebuah badan di Malaysia yang terlibat dalam pembangunan dan penyediaan program TVET. Program TVET yang dianjurkan oleh MARA bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran tenaga kerja Malaysia, supaya mereka dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin global. Program TVET yang dianjurkan oleh MARA biasanya merangkumi pelbagai latihan dan kursus dalam pelbagai bidang seperti Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, perhotelan, kejuruteraan, kecantikan, dan banyak lagi. Melalui program ini, MARA berusaha untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan atau memulakan perniagaan mereka sendiri. Ia membantu dalam meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup individu serta kemajuan ekonomi keseluruhan negara. Notes MARA DALAM PROGRAM TVET Sydman


PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH TVET MARA Notes Program TVET yang ditawarkan oleh MARA merupakan tonggak penting dalam pembangunan kemahiran di Malaysia. Setiap program menawarkan peluang kepada pelajar untuk memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan dalam pasaran kerja serta menyokong pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai sektor industri kritikal. Program kejuruteraan, termasuk Kejuruteraan Mekanikal, elektrik, dan elektronik, menyediakan pelajar dengan asas dalam pembuatan, pembinaan, dan teknologi. Kemahiran teknikal yang diperoleh membolehkan mereka memasuki pelbagai sektor industri yang memerlukan kejuruteraan, membantu memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Program pembuatan memberi tumpuan kepada perkakasan, produk elektronik, tekstil, dan pakaian.Pelajar mengkaji proses pembuatan dan teknologi yang berkaitan dengan pengeluaran barangan pengguna dan perindustrian, menyokong pembangunan industri pembuatan negara. Sydman


Notes Industri perhotelan dan Pelancongan adalah sektor yang berkembang pesat di Malaysia. Program hospitaliti dan Pelancongan menyediakan latihan dalam Pengurusan hotel, perkhidmatan makanan dan minuman, serta pemanduan pelancongan, memastikan kehadiran tenaga kerja mahir dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang berkualiti. Program keusahawanan membantu individu mengembangkan kemahiran keusahawanan, termasuk pengurusan perniagaan dan pemasaran. Ini menyediakan asas untuk bakat keusahawanan untuk mewujudkan peluang perniagaan yang berjaya, menyokong pertumbuhan sektor perniagaan mikro dan kecil di Malaysia. Dalam era digital ini, kemahiran ICT sangat penting.Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memberi tumpuan kepada pembangunan perisian, sokongan rangkaian, dan reka bentuk laman web, memastikan pelajar relevan dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif. Program Pertanian dan perikanan menyediakan latihan dalam pengurusan ladang, teknologi penyembelihan, dan penternakan, menyokong sektor pertanian dan perikanan yang masih penting dalam ekonomi Malaysia. Secara keseluruhannya, program TVET yang ditawarkan oleh MARA memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan tenaga kerja industri serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini membuktikan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional adalah alternatif yang berharga dalam membangunkan sumber manusia negara dan memastikan kelangsungan hidup ekonomi yang mampan. PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH TVET MARA Sydman


PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH TVET MARA Sydman


Pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) telah menjadi salah satu tonggak penting dalam Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. MARA (Majlis Amanah Rakyat), sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk pelbagai program pendidikan dan pembangunan masyarakat, telah menguruskan beberapa institusi pendidikan yang menawarkan program TVET berkualiti tinggi. Salah satu institusi terkemuka yang diuruskan oleh MARA adalah Institut Kemahiran MARA (IKM). Ikm tersebar di seluruh Malaysia dan menawarkan pelbagai kursus dalam pelbagai bidang, mulai dari Kejuruteraan, pembinaan, automotif, hingga kecantikan. Pelajar di IKS mendapat latihan praktikal yang berkaitan dengan keperluan industri, menyediakan mereka untuk masuk ke pasaran kerja yang kompetitif. INSTITUSI MARA YANG MENAWARKAN PROGRAMPROGRAM TVET Sydman


INSTITUSI MARA YANG MENAWARKAN PROGRAMPROGRAM TVET Selain IKM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) juga merupakan pilihan popular bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat vokasional yang lebih tinggi. KKTM menawarkan program dalam bidang Teknologi Maklumat, hospitaliti, perniagaan, dan lainlain. Dengan memberi tumpuan kepada pembelajaran praktikal dan pembangunan kemahiran, KKTM membantu pelajar untuk menjadi profesional bersedia untuk bersaing dalam pasaran kerja global. Walaupun dikenali sebagai Institusi Pendidikan Sains dan matematik, Beberapa Kolej Sains Junior MARA (MRSM) juga menyediakan program TVET seperti Kejuruteraan dan kejuruteraan. Ini menunjukkan komitmen MARA untuk memperluaskan akses kepada pendidikan vokasional kepada pelbagai pelajar dengan minat dan bakat yang berbeza. Sydman


INSTITUSI MARA YANG MENAWARKAN PROGRAMPROGRAM TVET Pusat Latihan Teknologi Tinggi MARA (ADTEC) adalah sebuah institusi yang menawarkan program dalam bidang teknologi tinggi seperti Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan automotif, dan Kejuruteraan Elektrik. Dengan kemudahan moden dan kurikulum yang berkaitan dengan perkembangan industri, ADTEC membantu pelajar untuk membangunkan kemahiran inovatif dan berorientasikan teknologi.


INSTITUSI MARA YANG MENAWARKAN PROGRAMPROGRAM TVET Program TVET yang ditawarkan oleh institusi MARA memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Dengan pendekatan berorientasikan industri dan fokus untuk mengembangkan potensi individu, program-program ini memainkan peranan penting dalam mempersiapkan generasi akan datang untuk menghadapi cabaran global dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sydman


Pencapaian Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam program pendidikan teknikal dan Vokasional (TVET) telah menjadi asas penting dalam usaha meningkatkan kualiti sumber manusia di Malaysia. Melalui pelbagai aspek termasuk bilangan graduan mahir, penempatan pekerjaan yang berjaya, sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi, dan reputasi institusi TVET yang diuruskan oleh MARA, institusi ini telah mencatatkan pencapaian yang ketara. Pertama sekali, MARA telah berjaya melatih beribu-ribu graduan yang mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional melalui program TVETnya. Graduan ini bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran praktikal yang sepadan dengan permintaan industri, tetapi juga dilengkapi dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang masing-masing. PENCAPAIAN MARA DALAM PROGRAM TVET Sydman


Kejayaan penempatan kerja juga merupakan petunjuk penting dalam menilai keberkesanan program TVET yang dianjurkan oleh MARA. Melalui kerjasama aktif dengan industri, MARA memastikan graduan TVETNYA dapat memasuki pasaran kerja dengan mudah dan menyumbang secara positif dalam bidang IT. Tahap penempatan pekerjaan yang tinggi adalah bukti konkrit kejayaan program-program ini. Tambahan pula,sumbangan MARA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak boleh dipandang remeh. Dengan melatih tenaga kerja yang mahir dan sedia untuk digunakan, MARA telah membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi negara. Graduan TVET yang telah dilatih oleh MARA menjadi aset berharga bagi pelbagai sektor ekonomi, yang seterusnya memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Tidak kurang pentingnya ialah reputasi institusi TVET yang diuruskan oleh MARA. Institusi-institusi ini telah mendapat reputasi yang baik dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan industri. Reputasi ini bukan sahaja menarik minat calon pelajar, tetapi juga mendapat sokongan luas dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk industri, kerajaan, dan orang awam. Secara keseluruhan, pencapaian MARA dalam program TVET bukan sahaja dicerminkan dalam statistik dan angka, tetapi juga dalam kesan positif yang dihasilkan untuk individu, industri, dan negara secara keseluruhan. Dengan terus meningkatkan kualiti dan relevansi program TVET, MARA dapat terus menyumbang kepada pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan pertumbuhan ekonomi yang mampan di Malaysia. PENCAPAIAN MARA DALAM PROGRAM TVET Sydman


PROGRAM TVET MARA BAGI RAKYAT MALAYSIA Notes Kesimpulannya, program TVET MARA memberikan manfaat yang besar kepada rakyat. Melalui pelbagai kursus dan latihan kemahiran yang disediakan, program ini membuka pintu peluang kepada individu dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memperoleh kemahiran teknikal yang berkualiti. Ini tidak hanya memberikan mereka kebolehan untuk bersaing dalam pasaran kerja, tetapi juga meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan berkualiti. Dengan memberikan fokus kepada pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam industriindustri utama, program TVET MARA tidak hanya memanfaatkan individu yang mengambil bahagian, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat yang dilatih dalam bidangbidang seperti pembuatan, pembinaan, teknologi maklumat, dan lain-lain, membawa impak positif kepada sektor-sektor ini dengan menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan berkualiti. Selain itu, program TVET MARA juga membantu merapatkan jurang kemahiran dengan memperluas akses kepada pendidikan dan latihan bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Ini membuka pintu peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi. Secara keseluruhannya,program TVET MARA tidak hanya memberikan manfaat kepada individu yang mengambil bahagian, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan dengan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pengurangan pengangguran, dan pemerkasaan sosioekonomi. Dengan terus memberikan sokongan dan peningkatan kepada program ini, kita dapat membentuk masa depan yang lebih cerah bagi rakyat dan negara. Sydman


MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DALAM SEKTOR PELABURAN Madman


Pelaburan MARA Berhad (dahulu dikenali sebagai Amanah Saham MARA Berhad) merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik dan pengurusan aset Malaysia dan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kerajaan Malaysia mahukan orang Melayu terlibat secara langsung dalam bidang ekonomi Negara terutama sekali dalam bidang perniagaan melalui pegangan ekuiti yang disenarai di Pasaran Saham Malaysia-Singapura. Tun Abdul Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu, diberi mandat untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan mahukan golongan Melayu memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi demi memperbaiki keadaan hidup mereka serta generasi masa depan. Sektor pelaburan MARA dibangunkan untuk menyokong dan melengkapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan MARA. Apakah pula pelaburan MARA? Madman


erdapat cabaran-cabaran di awal penubuhannya, antaranya ialah Tabung unit amanah terawal di Malaysia dimiliki oleh rakyat asing dan berpusat di Singapura. Kebanyakan para pelabur terdiri daripada rakyat asing. Dengan wujudnya ASMB, skim pelaburan yang berlandaskan saham amanah mula dikenalkan kepada orang-orang Melayu. Bahagian Pemasaran dan Jualan dianggotai oleh graduan lepasan Dewan Latihan RIDA dan Maktab MARA (ITM, kini UiTM) menjadi pelopor utama untuk memperkenalkan saham amanah kepada bukan sahaja masyarakat Melayu malah kepada masyarakat Malaysia amnya. Mereka menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dan mengadakan sesi ceramah bagi memperkenalkan saham amanah kepada masyarakat Melayu. Banyak tentangan ditempohi memandangkan masyarakat Melayu serik dengan skim pelaburan secara koperasi yang banyak merugikan mereka ketika itu. ASMB juga turut melatih anak-anak Melayu dalam sektor sekuriti, memandangkan tiada seorang pun anak Melayu yang terlatih dalam sektor sekuriti melainkan seorang broker saham milik orang Melayu yang beroperasi di Kampung Baru ketika itu. Mulai tahun 1970, ASMB dengan kerjasama MARA menghantar tiga orang anak tempatan setiap tahun ke Australia bagi mengikuti latihan profesional di dalam sektor sekuriti. Program ini ditentang dan dicemuh kerana ada yang menyangka sektor ini sama dengan bidang kawalan keselamatan. APAKAH CONTOH SEKTOR PELABURAN YANG (MARA) TELAH LAKSANAKAN? T Madman


ada tahun 1970, ASMB telah menubuhkan Pasaran Saham Bumiputra (PSB). Aktiviti utama PSB ialah untuk memperdagangkan saham-saham syarikat milik Bumiputera. Ia bertindak sebagai ‘wakil tunggal’ kepada penjual dan pembeli saham-saham syarikat yang disenaraikan di PSB. Sehingga PSB dibubarkan pada 1989, terdapat lapan syarikat yang telah disenaraikan di PSB. Syarikat-syarikat tersebut ialah Utusan Melayu (M) Berhad, S.J. Kumpulan, Syarikat Kurnia Setia Berhad, MIT Holdings, Promto Berhad, Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad dan Syarikat Permodalan & Perusahaan Perak Berhad. Sayap ASMB dilebarkan dalam sektor pasaran wang dengan tubuhnya Malaysia Discounts Berhad pada Ogos 1970. Aktiviti syarikat ini ialah menguruskan pasaran wang jangka pendek serta menjalankan perniagaan bil-bil perbendaharaan dan surat-surat jaminan Kerajaan Malaysia. Berikutan dengan kejayaan KMB 1, dua tabung baru dilancarkan pada tahun berikutnya dan dikenali sebagai Second MARA Bumiputera Investment Fund (KMB 2) dan Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ketiga (KMB 3). Pada tahun-tahun berikutnya, ASMB meneruskan usaha melancarkan tabung-tabung unit amanah baru bagi memberi labih peluang kepada golongan Bumiputera untuk terlibat secara langsung dalam pelaburan saham amanah. ASMB terus melancarkan tabung-tabung bagi membolehkan lebih banyak golongan Bumiputera melabur dalam saham amanah. P Madman


ejak awal penubuhan MARA lagi, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mencapai tujuan penubuhan MARA. Dalam sektor Keusahawanan, Kenderaan Bas MARA (KBM) telah ditubuhkan seawal tahun 1961 iaitu ketika agensi RIDA dipertanggungjawabkan membangun sosioekonomi masyarakat bumiputera. MARA Liner Sdn. Bhd. (dahulunya KBM) singkatan bagi MARA Liner Sendirian Berhad, ialah sebuah syarikat pengangkutan bas milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk kawasan luar bandar, terutamanya kepada penempatan FELDA dan komuniti asli di Malaysia. Syarikat ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar sejak awal tahun 1960-an melalui perkhidmatan Kenderaan Bas RIDA. Perkhidmatan MARA Liner mula beroperasi mulai 17 April 2012. Syarikat ini merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan usahawan dan koperasi di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Kenderaan Bas MARA, yang meneruskan perkhidmatan kepada kawasan luar bandar, telah mengalami peningkatan yang ketara dalam pelaksanaan sistem penghantaran pengangkutan sejak penubuhan Kenderaan Bas RIDA pada awal tahun 1960-an. Pada 1 September 1985, MARA Holdings Sdn Bhd ditubuhkan, dan kemudian Kenderaan Bas MARA telah melalui proses privatisasi mengikut dasar kerajaan untuk membangunkan usahawan kepada Nadicorp Sdn Bhd pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Kenderaan Bas MARA sekali lagi diminta untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar dengan menyediakan pengangkutan asas di kawasan tersebut. Oleh itu, pada 23 April 2012, MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti pengangkutan harian dalam rangka menunaikan tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan sistem penghantaran Kenderaan Bas MARA serta pada masa yang sama menerokai perniagaan lain bagi menangani kerugian. MARA Liner Sdn Bhd kini didaftarkan pada 17 April 2012 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan awam dan bengkel kenderaan ringan dan berat. S Madman


khir sekali, MARA telah menubuhkan Mara Corp yang diperbadankan pada tahun 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016, MARA Corporation Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MARA Corp telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menguruskan secara berpusat semua entiti komersial MARA yang strategik dan memberi impak ekonomi. Anak syarikat MARA telah memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat profesional dan industri Bumiputera sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada 1970. Pembentukan MARA Corp adalah tepat pada masanya sebagai tindak balas kepada krisis kewangan global dan keperluan untuk mengekalkan dan menambah baik tadbir urus korporat antara lain melalui penyesuaian piawaian Kementerian Kewangan. Sebagai entiti pegangan pelaburan, MARA Corp juga dijangka menjana lebih banyak pulangan dan mengekang risiko perniagaan yang tidak perlu kepada MARA. Amalan tadbir urus korporat yang baik dan amalan profesionalisme dan integriti tinggi dalam Syarikat dan anak-anak syarikat kekal menjadi keutamaan dalam MARA Corp. Kini terdapat 12 anak syarikat di bawah MARA Corp yang merangkumi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTM), MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc), Pelaburan MARA Berhad (PMB), Glocal Link (M) Sdn. Bhd (GLSB), Rural Capital Berhad (RCB), Harta Prima Realties Sdn Bhd (HPR), MARA Excellent Ventures Sdn Bhd (MEX), Asia AeroTechnic Sdn Bhd (AAT), MARA Liner Sdn Bhd (MLSB), MARA Aerospace and Technologies Sdn Bhd (MAero) dan UNIMARA Sdn Bhd. Dengan penyatuan anak-anak syarikat ini, daripada penyedia perkhidmatan aeroangkasa AAT kepada pemain pengangkutan yang lebih tradisional seperti MARA Liner, perkhidmatan kewangan dan pengurus dana seperti PMB dan RCB, institusi pendidikan komprehensif dan TVET seperti UniKL dan KPTM kepada pemain hartanah MARA Inc dan HPR, MARA Corp mempunyai apa yang diperlukan untuk mewujudkan ekosistem yang lengkap untuk mendorong pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat Melayu dan Bumiputera. A Madman


Click to View FlipBook Version