WEBINAR SKOR
A+ BM SPM
Kertas 2 Bahagian B
• Petikan Umum
• Petikan Sastera
Cikgu Rinawati Mohd Dahlan
MRSM Mersing, Johor
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
FOKUS
MASA BAHAGIAN PENGISIAN
10.00 pagi – Petikan • Teknik Menjawab
11.00 pagi Umum • Item Contoh
• Latihan
11.00 pagi –
12.00 tengah Petikan • Teknik Menjawab
hari Sastera • Item Contoh
• Latihan
K2/RMD@MRSM2021 1
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
BAHAGIAN B : KERTAS 2
PETIKAN UMUM DAN PETIKAN SASTERA
K2/RMD@MRSM2021 2
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
K2/RMD@MRSM2021 3
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
DUA/TIGA BENTUK SUMBER
BAHAN BAHAN BAHAN
DISEDIAKAN BERITA MAJALAH
BAHAN 1 JADUAL SURAT
KHABAR
BAHAN 2 RENCANA
INTERNET
BAHAN 3
JUMLAH SOALAN :
4 SOALAN
JUMLAH MARKAH :
12@13 MARKAH
CADANGAN MASA MENJAWAB SOALAN :
15 MINIT
K2/RMD@MRSM2021 4
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA
i ( 2 MARKAH)
SOALAN BANDING BEZA SEMUA BAHAN.
ii JAWAPAN MESTI DIAMBIL
DARIPADA SEMUA BAHAN.
SOALAN (3 MARKAH)
iii
KBAT/PENDAPAT
(3 MARKAH)
SOALAN KBAT/PENYELESAIAN MASALAH
iv (4 MARKAH)
K2/RMD@MRSM2021 5
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
KAEDAH MENJAWAB SOALAN INI :
§ BACA DAN FAHAMKAN BETUL-BETUL
TUGASAN/KEHENDAK SOALAN.
§ BACA DAN TELITI TEMA ATAU ISU YANG
DIBINCANGKAN DALAM SETIAP BAHAN.
§ TELITI DAN FAHAMI MAKLUMAT-MAKLUMAT
YANG TERDAPAT DALAM BAHAN.
§ KENAL PASTI KATA KUNCI ISU SEPERTI
MASALAH, PUNCA MASALAH, KESAN
DARIPADA MASALAH, ATAU USAHA
TENTANG CARA UNTUK MENANGANI
MASALAH.
K2/RMD@MRSM2021 6
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN i
Þ KAEDAH PADANAN PERKATAAN
Contoh soalan :
Berdasarkan Bahan 1 berikan maksud terbelenggu oleh
ketidakmampuan.
terbelenggu oleh ketidakmampuan
terikat oleh ketidakupayaan
tersekat
Contoh jawapan :
Maksud rangkai kata terbelenggu oleh ketidakmampuan yang
terdapat dalam petikan ialah terikat oleh ketidakupayaan.
Maksud yang diberikan
hendaklah sesuai
dengan konteks atau
hal yang diperkatakan
dalam petikan.
K2/RMD@MRSM2021 7
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN ii
Þ Soalan kedua berkaitan dengan pemahaman petikan
(kemahiran memindahkan maklumat)
Þ Calon menyatakan perbandingan antara kedua-kedua
bahan (persamaan / perbezaan).
Þ Jawapan yang dikemukakan mestilah diambil daripada
petikan.
Þ Calon perlu menggunakan perkataan sendiri.
SOALAN iii
Þ Soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan yang berbentuk
pendapat sendiri berdasarkan
tugasan/kehendak soalan.
SOALAN iv
Þ Soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan yang berbentuk
penyelesaian masalah berdasarkan situasi/masalah yang
diberikan.
Þ Calon perlu menggunakan pelbagai pengetahuan
atau ilmu untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
K2/RMD@MRSM2021 8
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
CONTOH ITEM : PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21
yang dapat digunakan dalam semua mata pelajaran khususnya dalam kemahiran menulis.
Teknik ini bermaksud murid perlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas
kepada setiap ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka. Secara
bergilir-gilir setiap ahli kumpulan mencatat idea menggunakan pen dan kertas yang sama.
Hasil dapatan murid akan dibentangkan untuk dibincangkan di dalam kelas.
Menurut Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yang sederhana dalam
pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun teknik ini kurang popular dalam kalangan
guru kerana bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjah yang
terhad. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasa menggalakkan pelaksanaan pelbagai
kaedah dalam PdPc kerana aktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepada
murid.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teknik Meja Bulat Untuk Kemahiran Menulis’
oleh Nabiha Yusof,
Pelita Bahasa Bil 7/2019
Dewan Bahasa dan Pustaka
BAHAN 2
Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan
alat serta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk pengajaran dan
pembelajaran inovasi, permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita mengambil
kira murid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaran bahasa di kelas.
Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka
silang kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata,
jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Aktiviti-aktiviti ini sesuai
digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa iaitu daripada peringkat sekolah
rendah hingga peringkat sekolah menengah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’
oleh Hasan Baseri Budiman,
Pelita Bahasa Bil 10,2017
Dewan Bahasa dan Pustaka
K2/RMD@MRSM2021 9
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.
[2 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 2 cukup penting maksud ____________________
cukup penting
• tidak • mustahak
kurang • perlu
• sangat
• amat
• sungguh
• terlalu
• Maksud perkataan/frasa mestilah sesuai
dengan konteks atau hal yang
diperkatakan.
TIP
• Gunakan perkataan yang sepadan dan
lebih mudah difahami.
Contoh : ............. sudah menjadi keutamaan X
• Tidak membina ayat yang menghuraikan
maksud frasa yang diuji
Contoh : .............. sesuatu yang sangat perlu
untuk murid X
K2/RMD@MRSM2021 10
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan
perbezaan faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran
teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan
di dalam kelas.
[3 markah]
JAWAPAN
Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan faktor yang
menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan
Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas ialah
________________________________. Perbezaan kedua-duanya
pula ialah dalam Bahan 1 _________________________________
manakala Bahan 2 ________________________________.
BAHAN 1 BAHAN 2
ruang bilik darjah terhad tiada ruang di dalam
bilik darjah
bilangan pelajar ramai
dalam sesebuah ketiadaan alat dan
sekolah bahan yang berkaitan
Persamaan = sesuatu yang sama terdapat
TIP dalam kedua-dua petikan
Perbezaan = kelainan maklumat antara kedua-
dua petikan
• ISI – 3
• AYAT GRAMATIS
K2/RMD@MRSM2021 11
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iii) Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran
abad ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut?
[3 markah]
JAWAPAN
Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abad
ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid. Pada
pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah
______________________________________________________________.
Selain itu, _________________________________________.
FAEDAH-FAEDAH
Þ Murid akan meningkatkan daya kreativiti dalam
menyelesaikan masalah.
Þ Murid akan menjadi generasi yang mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Þ Murid akan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi.
PENDAPAT
TIP • Jawapan tiada dalam petikan
• Kemukakan 2 isi yang
lengkap dan relevan
• Ayat gramatis
K2/RMD@MRSM2021 12
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan
eksplorasi bahasa oleh guru anda dengan menggunakan
teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan.
Namun, tugasan tersebut tidak berjaya diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk
menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang
ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan
tugasan tersebut dapat diselesaikan.
[4 markah]
JAWAPAN
Sekiranya kumpulan saya diberikan peluang kedua untuk
menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang ditetapkan,
langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat
diselesaikan ialah kumpulan saya/kami
________________________________________________________________.
Selain itu, saya juga ____________________________________.
Tambahan pula,___________________________________________.
TIP
PENYELESAIAN MASALAH
Apakah masalah sebenar?
Apakah punca masalah?
Apakah tindakan perlu diambil?
K2/RMD@MRSM2021 13
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PUNCA PENYELESAIAN MASALAH
(LANGKAH-LANGKAH)
Kurang berinteraksi. Ada ahli yang
tidak banyak bercakap. Þ meningkatkan cara
berkomunikasi dengan setiap
ahli agar perbincangan
menjadi lebih efektif
Semua tugasan dibuat bersama- Þ membahagikan tugas kepada
sama tidak dibahagikan dengan
adil sehingga mengambil masa setiap ahli dengan adil untuk
terlalu lama untuk menjimatkan masa
menyiapkannya.
Tidak faham teknik permainan Þ bersama-sama merujuk
bahasa.
Maklumat dan bahan untuk maklumat di internet bagi
menyiapkan tugasan tidak cukup. menjana idea yang lebih
kreatif
Tidak menyusun gerak kerja yang Þ menyusun semula gerak kerja
teliti menyebabkan banyak
bahagian tugasan tergendala. dengan lebih teliti bagi
memastikan kerja lebih
tersusun dan lancar
• Kemukakan 3 isi yang lengkap
dan relevan.
Contoh :...... memohon maaf
kepada guru (tidak menunjukkan
langkah penyelesian masalah) X
• Gunakan ayat yang gramatis
TIP
Contoh : .......menyusun gerak kerja X
K2/RMD@MRSM2021 14
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
LATIHAN 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
ALOR SETAR, 16 Februari – Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Changlun,
Yeap Sow Min, berkata beliau percaya bahawa perpaduan boleh disuburkan melalui kasih
sayang dalam sebuah komuniti. Menurutnya lagi, aktiviti kemasyarakatan kerap diadakan
bagi mengeratkan hubungan antara kaum seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni
dan bersatu padu.
“Di KRT Pekan Changlun, kami tidak mengetepikan kaum tertentu dalam sebarang
program, sebaliknya setiap program diadakan secara bersama-sama. Sebagai contoh,
apabila mengadakan sukaneka tadika, semua murid baik dari tadika Melayu, Cina ataupun
India akan turut serta. Begitu juga dengan sambutan perayaan setiap kaum, kami bersama-
sama meraikannya untuk merasai kemeriahan perayaan kaum lain,” katanya kepada Sinar
Harian di sini semalam.
Menurutnya, apabila anggota masyarakat sudah terbiasa berjumpa dan bergaul,
hubungan yang terjalin semakin erat dan menjadikan mereka seperti sebuah keluarga besar
yang saling memerlukan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Muakan dari Kawasan Kejiranan’
Oleh Roshila Murni binti Rosli
16 Februari 2020, Sinar Harian
Bahan 2
Generasi muda mesti diberi pemahaman tentang kepentingan perpaduan dan
perdamaian kerana mereka ialah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Oleh
sebab murid ialah pemimpin masa hadapan negara, adalah penting bagi mereka menjalinkan
hubungan yang lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam sesuatu bangsa, budaya, dan
agama.
Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah melalui usaha memupuk nilai
keharmonian, perpaduan, dan kedamaian antara kaum. Guru perlu menggunakan kreativiti
dan kemahiran supaya murid daripada semua kaum mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran bagi meningkatkan integrasi kaum. Murid pelbagai kaum perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekolah dan di luar sekolah bagi membolehkan mereka
berinteraksi antara satu sama lain, di samping membina persahabatan yang berkekalan.
Pengetua dan guru perlu menggalakkan murid agar saling memahami dan saling
menghormati.
K2/RMD@MRSM2021 Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme’
Oleh Lee Lam Thye
4 September 2018, Berita Harian
15
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata keluarga
besar.
[2 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata keluarga besar ialah
_____________________________
• ibu bapa dan adik-
beradik yang ramai x
TIP • masyarakat besar X
K2/RMD@MRSM2021 16
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah
untuk memupuk perpaduan di Malaysia.
[3 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 1 langkah untuk memupuk perpaduan di
Malaysia ialah ____________________________________________.
Dalam Bahan 2 pula, ialah __________________________________.
BAHAN •aktiviti kemasyarakatan kerap
1 diadakan supaya mengeratkan
hubungan antara kaum
•perpaduan disuburkan dengan
menerapkan nilai kasih sayang
dalam sesebuah komuniti
•masyarakat meraikan sambutan
perayaan setiap tahun
BAHAN •sekolah memupuk nilai keharmonian,
2 perpaduan dan kedamaian antara
kaum
•guru menggunakan kreativiti dan
kemahiran supaya murid daripada
semua kaum mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran
TIP
Ambil satu isi daripada
setiap petikan.
K2/RMD@MRSM2021 17
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iii) Generasi muda mesti diberi pemahaman tentang
kepentingan perpaduan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
[3 markah]
JAWAPAN
Pada pendapat saya, kepentingan memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
______________________________________________________________.
Selain itu, ______________________________________________.
• Masyarakat akan hidup dalam keadaan
aman dan tenteram
• Masyarakat akan terhindar daripada
pertelingkahan antara kaum
• Masyarakat akan bekerjasama untuk
memajukan ekonomi negara
PENDAPAT
K2/RMD@MRSM2021 18
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iv) Anda tinggal di taman perumahan yang penduduknya
berbilang kaum. Belakangan ini, perhubungan dalam
kalangan penduduk semakin renggang kerana masing-
masing sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri. Persatuan
penduduk telah mengadakan mesyuarat untuk
membincangkan hal ini.
Sebagai ahli jawatankuasa persatuan penduduk,
cadangkan kegiatan-kegiatan yang boleh dianjurkan oleh
persatuan untuk mengeratkan perpaduan dengan
memberikan alasan yang sesuai.
[4 markah]
JAWAPAN
Sebagai ahli jawatankuasa persatuan penduduk, kegiatan-
kegiatan yang boleh dianjurkan oleh persatuan untuk
mengeratkan perpaduan ialah saya akan mencadangkan
persatuan __________________________. Selanjutnya, saya akan
mencadangkan persatuan ___________________________________.
Akhir sekali, saya juga akan mencadangkan persatuan
___________________________________________________.
APAKAH MASALAHNYA?
Þ perhubungan antara penduduk semakin renggang
APAKAH PUNCANYA?
Þ sibuk dengan kerjaya
APAKAH CADANGAN ANDA?
K2/RMD@MRSM2021 19
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PENYELESAIAN MASALAH
KEGIATAN ALASAN
• menganjurkan program • memupuk kerjasama
sukaneka di kawasan antara penduduk
perumahan
• mengeratkan kemesraan
• mengadakan majlis hubungan antara
rumah terbuka masyarakat berbilang
kaum
• mengadakan gotong • menjaga kebersihan
royong kawasan
• mengadakan majlis • berkongsi ilmu
ilmu/ceramah pengetahuan
Ø Isi cukup dan
relevan – 3
TIP
Ø Ayat gramatis
K2/RMD@MRSM2021 20
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
LATIHAN 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Seluruh dunia mengiktiraf tarikh 4 Oktober sebagai Hari Haiwan Sedunia. Walau
bagaimanapun, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda dan penjara ke
atas pelaku kekejaman terhadap haiwan, tidak mampu menghentikan perbuatan kejam
manusia terhadap haiwan.
Seseorang yang menzalimi haiwan boleh didenda maksimum RM75,000, dipenjara
tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, undang-undang ini tidak
mendatangkan impak, termasuk kepada golongan dewasa yang banyak melakukan jenayah
kekejaman haiwan. Malah, masyarakat tidak sedar wujudnya undang-undang berkenaan.
Tindakan pengurusan cekap perlu dilaksanakan dengan bantuan kerajaan, pihak berkuasa
tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dengan kerjasama orang ramai untuk menangani masalah haiwan jalanan.
Dasar penjagaan, pendidikan dan pemantauan haiwan jalanan perlu diwujudkan oleh
kerajaan dengan amalan keprihatinan dan perikemanusiaan supaya masalah itu dapat
ditangani dengan pantas dan cekap. Kesedaran dan pendidikan mengenai hak penjagaan
haiwan juga perlu diberikan kepada kanak-kanak dan masyarakat. Dengan kewujudan
jawatankuasa ini, diharap masalah haiwan jalanan dan kekejaman terhadap haiwan dapat
dihapuskan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pangkalan Data Khas Atasi Masalah Haiwan Jalanan’
oleh Dr. Shamsul Arrieya Arifin
[email protected] 9 Oktober 2020
Bahan 2
SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan Haiwan Malaysia (MAWA) dengan kerjasama
syarikat EuGrow, mengadakan kempen #bolehadikikut bagi menyelamatkan kucing terbiar.
Pengasas MAWA, S Makunnan, berkata kempen terbabit membolehkan orang ramai
mengambil kucing terbiar yang diselamatkan pihaknya secara percuma. Selain itu, pencinta
kucing diberi peluang untuk memilih sendiri kucing yang diminati mereka.
“Sempena pelancaran kempen #bolehadikikut ini, sebanyak 30 kucing terbiar yang
sudah dijaga dan dimandulkan akan diberi kepada peminat si comel ini. Selama dua tahun
ini, kami sudah menyelamatkan kira-kira 600 kucing. Satu Akta Kebajikan Haiwan 2015
juga sudah digubal dan akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan. Akta ini dibuat bagi
memastikan kebajikan haiwan selain menyedarkan tanggungjawab manusia kepada
haiwan," katanya.
Kempen adalah satu langkah terpuji yang harus dicontohi pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) serta syarikat korporat. Kempen bukan sahaja memastikan kebajikan
haiwan terpelihara tetapi juga memastikan Malaysia bebas daripada haiwan terbiar.
JAWAPAN
Dipetik daripada
JAWAPAN ‘Kempen #bolehadikikut Selamatkan Kucing Terbiar’
JAWAPAN oleh Norrasyidah Arshad, bhonline.com.my, 20 Ogos 2016.
K2/RMD@MRSM2021 21
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud amalan keprihatinan.
[2 markah]
JAWAPAN
Maksud amalan keprihatinan ialah____________________________.
amalan keprihatinan
• perbuatan • mengambil
• budaya berat
• memberi
perhatian
§ Perbuatan mengambil berat
§ Perbuatan memberi perhatian
§ Budaya mengambil berat
§ Budaya memberi perhatian
K2/RMD@MRSM2021 22
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan
perbezaan langkah yang diambil untuk menyelamatkan
haiwan jalanan atau terbiar.
[3 markah]
JAWAPAN
Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan langkah yang diambil
untuk menyelamatkan haiwan jalanan atau terbiar ialah
______________________________________________________________.
Perbezaannya pula ialah Bahan 1 _____________________________
manakala Bahan 2 __________________________________________.
BAHAN 1 BAHAN 2
• Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang • Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga
memperuntukkan denda dan penjara sudah digubal
ke atas pelaku kekejaman terhadap
haiwan
• Tindakan pengurusan cekap perlu • mengadakan kempen
dilaksanakan dengan bantuan #bolehadikikut bagi
kerajaan, pihak berkuasa tempatan menyelamatkan kucing terbiar.
(PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dengan kerjasama orang ramai
• Dasar penjagaan, pendidikan dan • orang ramai mengambil kucing
pemantauan haiwan jalanan perlu terbiar yang diselamatkan
diwujudkan oleh kerajaan pihaknya secara percuma.
• Kesedaran dan pendidikan mengenai • pencinta kucing diberi peluang
hak penjagaan haiwan juga perlu untuk memilih sendiri kucing yang
diberikan kepada kanak-kanak dan diminati mereka.
masyarakat
K2/RMD@MRSM2021 23
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iii) Kebanyakan masyarakat masa ini mempunyai haiwan
peliharaan sendiri seperti kucing, anjing dan hamster.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan
[3 markah]
mempunyai haiwan peliharaan?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, kebaikan-kebaikan mempunyai haiwan
peliharaan ialah ___________________________________________.
Selain itu, __________________________________________.
• Memupuk rasa kasih sayang, tanggungjawab
dan prihatin terhadap haiwan dan orang lain.
• Membina keyakinan diri seseorang.
• Interaksi dengan haiwan akan membuatkan
seseorang lebih aktif.
• Aura haiwan peliharaan membawa rasa
tenang dan melegakan tekanan.
PENDAPAT
K2/RMD@MRSM2021 24
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iv) Terdapat banyak kucing terbiar berada di kawasan kantin
sekolah anda. Hal ini telah menyebabkan pihak sekolah
meminta Kelab Pencinta Haiwan di sekolah anda
menyelesaikan masalah tersebut.
Hasil daripada perbincangan dengan ahli-ahli Kelab Pencinta
Haiwan, kemukakan cadangan kelab anda untuk membantu
pihak sekolah mengatasi masalah tersebut.
[4 markah]
JAWAPAN
Cadangan kelab saya untuk membantu pihak sekolah mengatasi
masalah tersebut ialah ________________________________________.
Selain itu,______________________________________________________
Seterusnya, ___________________________________________________.
Apakah masalahnya?
Þ kucing terbiar di kawasan kantin sekolah
Þ kelab anda perlu membantu pihak sekolah
mengatasi masalah
Apakah puncanya?
Þ tiada kempen berkaitan
Þ tiada kerjasama dengan pusat perlindungan haiwan
Þ tiada kerjasama dengan jabatan haiwan
Þ tiada program khas untuk kucing di sekolah
K2/RMD@MRSM2021 25
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PENYELESAIAN
MASALAH
• Kelab mengadakan kempen kucing angkat kepada warga
sekolah untuk membelanya.
• Sekolah menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk
memindahkan kucing ke tempat yang lebih sesuai.
• Pihak sekolah bekerjasama dengan jabatan haiwan untuk
membuat program pemandulan.
• Pihak sekolah membina rumah kucing yang diuruskan oleh
ahli kelab atau peminat kucing.
K2/RMD@MRSM2021 26
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PETIKAN SASTERA
K2/RMD@MRSM2021 27
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA
PROSA DAN BAHAN MARKAH
BUKAN
PROSA (SEKURANG- 12@13
KURANGNYA 2 MARKAH
DRAMA BAHAN)
CERPEN
PROSA BAHAN 1
TRADISIONAL BAHAN 2
PUISI TRADISIONAL BAHAN 3
SAJAK
Cadangan masa untuk menjawab soalan :
15 minit
K2/RMD@MRSM2021 28
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN MAKSUD LITERAL
i ( 2 MARKAH)
SOALAN BANDING BEZA SEMUA BAHAN. JAWAPAN
ii MESTI DIAMBIL DARIPADA SEMUA PETIKAN
(4 MARKAH)
SOALAN KBAT/PEMIKIRAN KRITIS
iii (3 MARKAH)
SOALAN KBAT/PENYELESAIAN MASALAH
iv (4 MARKAH)
K2/RMD@MRSM2021 29
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
KAEDAH MENJAWAB SOALAN INI :
Þ BACA DAN FAHAMKAN BETUL-BETUL
TUGASAN/KEHENDAK SOALAN.
Þ BACA DAN TELITI TEMA ATAU ISU YANG
DIBINCANGKAN DALAM SETIAP BAHAN.
Þ TELITI DAN FAHAMI MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG
TERDAPAT DALAM BAHAN.
Þ KENAL PASTI KATA KUNCI ISU SEPERTI MASALAH,
PUNCA MASALAH, KESAN DARIPADA MASALAH,
ATAU USAHA TENTANG CARA UNTUK MENANGANI
K2/RMD@MRSM2021 30
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN i
Þ Gunakan kaedah padanan perkataan
Contoh soalan :
Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menganggu
ketenteraman.
menganggu ketenteraman
§ mengacau § keamanan
§ mengusik § kesentosaan
§ ketenangan
Contoh jawapan :
Maksud menganggu ketenteraman yang terdapat dalam
Bahan 1 ialah mengacau keamanan.
MAKSUD LITERAL
Berasaskan makna
sebenar atau makna
biasa kata-kata yang
digunakan ( bukan
makna kiasan atau
makna yang tersirat
disebaliknya )
K2/RMD@MRSM2021 31
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN ii
Þ Soalan berkaitan dengan kandungan petikan.
Þ Jawapan mestilah diambil daripada petikan.
Þ Calon tidak dibenarkan menyalin ayat bulat-bulat
daripada petikan.
Þ Calon menggunakan perkataan sendiri.
SOALAN iii
Þ Soalan ada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan
yang berbentuk pendapat hasil daripada
penilaian yang dibuat.
SOALAN iv
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan yang
berbentuk penyelesaian masalah (KBAT).
Þ Calon menggunakan pelbagai pengetahuan atau
ilmu untuk menyelesaikan masalah.
Þ Kelebihan untuk calon yang banyak
membaca.
K2/RMD@MRSM2021 32
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
Contoh item : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bahan 1
Rintihan Bumi
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku – manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram
Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.
Muhd. Syazwan Sahlan
Sungai Buluh, Selangor.
Dewan Siswa, Bil. 1 2018
K2/RMD@MRSM2021 33
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
Bahan 2
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket
yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan
sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan,
20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami
kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah
tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras
kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan
tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan
terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 3
PANTUN SAYANGI ALAM
Cerah dian di malam gelita,
Diserikan embun dibawa deru;
Indah nian negara tercinta,
Daun merimbun laut membiru.
Tumbuh pegaga di tanah rata,
Penuh kawasan luas terbentang;
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang.
Tercalit ranah di atas pelantar,
Sapu ke tepi cemar tak berubah;
Andai musnah alam sekitar,
Bersedia hadapi segala musibah.
Di hujung desa tumbuh halban,
Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban,
Keindahan alam turut hilang.
Nor Hafuza Arif,
Shah Alam
K2/RMD@MRSM2021 34
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab.
[2 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 1, maksud menjaga adab ialah
_______________________________ .
menjaga adab
• memelihara • tingkah laku
• mengawal • akhlak
• budi pekerti
Ø Memelihara tingkah laku 35
Ø Memelihara akhlak
Ø Memelihara budi pekerti
Ø Mengawal tingkah laku
Ø Mengawal akhlak
Ø Mengawal budi pekerti
K2/RMD@MRSM2021
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia.
[4 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan kemusnahan alam
sekitar akibat aktiviti manusia ialah ____________________________.
Selain itu, _____________________________________________.
LANGKAH-LANGKAH MENGANALISIS BAHAN
Þ Baca dan fahamkan ketiga-tiga bahan dengan teliti
Þ Kenal pasti tema/isu dahulu
Þ Bahan 1 - ?
Þ Bahan 2 - ?
Þ Bahan 3 -?
Þ Fahamkan kehendak soalan dengan melihat kata kunci
TIP
§ Mengakibatkan kejadian Tsunami
§ Menyebabkan kepupusan pelbagai spesies
tumbuhan di sesuatu hutan
§ Mengakibatkan kemusnahan harta dan kehilangan
nyawa
§ Menjejaskan keindahan alam sekitar
K2/RMD@MRSM2021 36
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan
menjadi tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan
memulihara hutan di negara ini?
[3 markah]
JAWAPAN
Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara
hutan di negara ini ialah ____________________________________.
Selain itu, _____________________________________________________.
PENDAPAT
• Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
• Mengekalkan fungsi hutan sebagai kawasan
tadahan hujan yang menakung air hujan secara
semula jadi
• Menurunkan kadar pencemaran udara kerana
pokok-pokok menyerap gas karbon dioksida
PILIH MANA-MANA 37
DUA DARIPADA ISI
DI ATAS
K2/RMD@MRSM2021
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di
sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba anda ternampak tiga
orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa buah
tong yang mengandungi cecair. Mereka mencurahkan
cecair tersebut ke dalam sungai. Setelah mereka beredar,
anda mendapati warna air sungai semakin keruh dan
kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin
bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat
membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
JAWAPAN
Cara saya dapat mengatasi masalah tersebut ialah
_______________________________________________________________.
Selanjutnya, __________________________________________________.
Akhir sekali, __________________________________________________.
APAKAH MASALAHNYA?
Þ pembuangan sisa toksik di sungai
APAKAH PUNCANYA?
Þ tiada laporan kepada pihak berkuasa
Þ tiada bukti perlakuan tersebut
Þ tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat
K2/RMD@MRSM2021 38
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
• Melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
berkuasa untuk tindakan lanjut
• Mengambil gambar individu yang melakukan
kegiatan tersebut sebagai bahan bukti untuk
membuat laporan kepada pihak berkuasa.
• Memuat naik gambar sungai yang sudah
tercemar di media sosial bagi meraih kesedaran
masyarakat
PENYELESAIAN
MASALAH
K2/RMD@MRSM2021 39
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
LATIHAN 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bahan 1
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini,
dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa
saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi
tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan
merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki
perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap
dalam bahasa entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat
yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi
keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya
fahami. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan saya.
Saya jadi buntu.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
Antologi Jaket kulit Kijang
Dewan Bahasa dan Pustaka
K2/RMD@MRSM2021 40
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
Bahan 2
Harga Remaja
Betapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kau penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajar
dari ilmu yang susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
penuhlah remajamu
dengan ketentuan tuju
Dipetik daripada “Harga Remaja”
oleh Rahman Shaari, antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka
K2/RMD@MRSM2021 41
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menunjukkan
kemodenan.
[2 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 1, maksud menunjukkan kemodenan ialah
___________________________________.
menunjukkan kemodenan
memperlihatkan kemajuan
menampakkan terkini
mutakhir
K2/RMD@MRSM2021 42
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan dua cara berbeza
yang digunakan remaja untuk mengisi masa remaja mereka.
[4 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan semua bahan, dua cara berbeza yang digunakan
remaja untuk mengisi masa remaja mereka ialah
_______________________________________________________________.
Selain itu, ______________________________________________________.
• Golongan remaja yang memenuhi masa remaja mereka
dengan berfoya-foya dan hanyut dengan cinta yang pura-
pura.
• Golongan remaja yang mengisi masa remaja dengan
mencari ilmu dan pengalaman berguna untuk masa depan.
• Golongan remaja yang terjebak dengan aktiviti negatif
seperti pergaulan bebas yang mendatangkan keburukan
kepada diri mereka.
• Golongan remaja yang bangga merosakkan bahasa ibunda
dengan menggunakan bahasa rojak dalam percakapan
harian.
TIP
Pilih mana-mana
DUA daripada isi
di atas
K2/RMD@MRSM2021 43
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iii) Gejala negatif dalam kalangan remaja pada hari ini seperti
vandalisme, pergaulan bebas dan lumba haram semakin
membimbangkan semua pihak.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja.
[3 markah]
JAWAPAN
Punca-punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ialah
______________________________________________________________.
Selain itu, ____________________________________________________.
• Ibu bapa kurang memberikan didikan agama kepada
anak-anak.
• Remaja terpengaruh dengan gaya hidup negatif
yang banyak dipaparkan di media sosial.
• Masyarakat tidak berani menegur tingkah laku remaja
yang melampaui batas.
• Remaja kurang berminat untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah.
K2/RMD@MRSM2021 44
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(iv) Rakan anda telah mengadu kepada anda tentang
pencapaian peperiksaannya yang tidak memuaskan.
Kesannya dia telah dimarahi oleh ibu bapanya dan berasa
sangat tertekan.
Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat
membantu menyelesaikan masalah tersebut?
[4 markah]
JAWAPAN
Sebagai sahabat yang prihatin, cara saya dapat membantu
menyelesaikan masalah tersebut ialah _________________________.
Seterusnya, saya akan ______________________________________.
Akhir sekali, saya juga akan ____________________________________.
APAKAH MASALAHNYA?
Þ perasaan rakan tertekan kerana dimarahi ibu bapa
APAKAH PUNCANYA?
Þ pencapaian peperiksaan rakan tidak memuaskan
APAKAH TINDAKAN ANDA UNTUK MEMBANTU RAKAN?
K2/RMD@MRSM2021 45
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
PENYELESAIAN MASALAH
• Mengajaknya belajar bersama-sama untuk meningkatkan
kefahaman dan kemahiran menguasai subjek.
• Menasihati dan membantu rakan tersebut untuk membuat
jadual belajar supaya kehidupan lebih teratur.
• Mengajaknya untuk melakukan aktiviti yang berfaedah
seperti bersukan agar dapat menghilangkan tekanan.
• Membuat aku janji dengan ibu bapa untuk menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
K2/RMD@MRSM2021 46
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
LATIHAN 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bahan 1
Erti Hidup Bererti 47
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei Sing
Dipetik daripada antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
K2/RMD@MRSM2021
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
Bahan 2
JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa
musibah, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah
luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset
sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir
kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja?
Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit
yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk gembirakan kami?
Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tidak
perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada)
Kamu tidak malu pada Sani? Dia tu anak pungut? Bukan anak aku, tetapi
dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua
ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya
untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang
selama ini aku dan bapa kamu beri.
Sani : Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.
Dipetik daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayong’
oleh Suriani Mohd. Yusof,
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka
K2/RMD@MRSM2021 48
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021
SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tiada makna.
[ 2 markah ]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tiada makna ialah
_______________________________________________________.
tiada • tidak ada
• tidak mempunyai
makna • erti
• maksud
Ø Tidak ada erti 49
Ø Tidak ada maksud
Ø Tidak mempunyai erti
Ø Tidak mempunyai maksud
Tidak berguna?
K2/RMD@MRSM2021