SEJARAH TAHUN 6
TEMA 3:
KEMAKMURAN NEGARA KITA
TAJUK:
PEMBENTUKAN MALAYSIA
NAMA:
MUHAMMAD FAIQ HAZIQ BIN MOHD FAIZAL
KELAS:
6 DELIMA
NAMA GURU:
PN.ZANARIAH BINTI JANI
KAEDAH KAJIAN:
ALAM MAYA & INTERNET
TEMPOH KAJIAN:
11/09/2022 HINGGA 27/10/2022
NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
Pendahuluan
Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 telah menyebabkan
keadaan Malaysia pada masa kini lebih stabil dari segi keadaan ekonomi dan sosialnya
walaupun terdapat beberapa tahap perubahan yang Tanah Melayu harus lalui yang mana
perjalanannya telah menggunakan masa dan tenaga daripada pelbagai pihak untuk
menjayakan pembentukan Persekutuan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti
Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di
negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.
Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang
melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan pengaruh komunis yang semakin
bertapak dan juga berkembang di Asia Tenggara. Pengaruh komunis dapat dilihat mula
meresap masuk ke dalam fahaman parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959,
iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Aktiviti dan fahaman
komunis juga kelihatan semakin bertapak dengan kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan
kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Hal ini disokong apabila kawasan Hong Lim dan Anson di Singapura menunjukkan
peningkatan fahaman komunis yang aktif dan semakin merebak pada tahun 1961. Pihak
Tunku Abdul Rahman Al-Haj khuatir akan perkembangan fahaman komunis bilamana pada
satu tahap, ia akan menguasai pentadbiran Singapura dan boleh mengancam keselamatan
Tanah Melayu kerana kedudukan geografi kedua-dua negara ini yang berdekatan. Oleh itu,
beliau berpendapat penubuhan negara Malaysia akan menjadi rintangan perkembangan
fahaman komunis daripada semakin merebak di Singapura.
Objektif kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif iaitu:
1. Mengkaji sebab pembentukan Malaysia
2. Mengkaji tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia
3. Mengkaji garis masa pembentukan Malaysia
4. Membincangkan kesan pembentukan Malaysia
Kaedah kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan bantuan maklumat yang diperolehi daripada internet.
Beberapa laman web dan wikipedia dirujuk untuk mendapatkan maklumat tentang
pembentukan Malaysia. Seterusnya maklumat-maklumat ini disalin semula dalam perisian
Word dan disusun mengikut kehendak kajian.
Hasil Kajian: Pembentukan Malaysia
Sebab-sebab pembentukan negara Malaysia adalah untuk menjamin keselamatan
negara. Selain itu, Singapura dan Sarawak sedang menghadapi ancaman komunis. Maka
pembentukan Malaysia, Singapura dan Sarawak akan mendapat bantuan Persekutuan Tanah
Melayu yang mempunyai pengalaman dalam menangani ancaman komunis.
Kesan pembentukan Malaysia akan memajukan sosioekonomi dengan meningkatkan
pemintaan pasaran barangan tempatan, menarik pelabur luar dan meningkatkan taraf hidup
rakyat.
Perkara paling utama dalam pembentukan Malaysia adalah mencapai keseimbangan kaum.
Malaysia akan terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu negara bersatu-padu.
Keharmonian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.
Berikut adalah tokoh-tokoh yang terlibat dengan pembentukan Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj
Tun Abdul Razak
Tun Datu Mustapha
Tun Muhammad Fuad Stephens
Tun Temenggong Jugah Anak Barieng
Lee Kuan Yew
Negeri-negeri yang terlibat dengan pembentukan Malaysia adalah seperti berikut:
Persekutuan Tanah Melayu
Sarawak
Singapura
Sabah / Borneo Utara
Langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra telah menyatakan idea penubuhan Malaysia
semasa beliau berucap dalam majlis Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura
dengan menggabungkan 5 buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei.
YTM Perdana Menteri berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi, Singapura.
Pada Julai 1961, Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan
yang bertujuan untuk memberi penerangan tentang penubuhan Malaysia. Pada ketika ini,
negara-negara terlibat telah mencapai persetujuan untuk menyokong pembentukan Malaysia.
Gambar menunjukkkan JPPM sedang bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly
Chamber, Kuala Lumpur. Ini adalah mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan.
Seterusnya pada bulan Februari – April 1962, Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan.
Persekutuan Tanah Melayu dan British setuju untuk menubuhkan pasukan suruhanjaya ini
bagi meninjau reaksi penduduk yang terlibat. Suruhanjaya ini telah dianggotai oleh :
1. Lord Cobbold
2. Sir Anthony Abell
3. Sir David Watherston
4. Tan Sri Wong Pow Nee
5. Tun Muhammad Ghazali Shafie
Ahli-ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Cobbold. Dari kiri : Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow
Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston, Sir Anthony Abell.
Pada 9 Julai 1963, Jawatankuasa Antara Kerajaan menggariskan tentang cadangan
perlembagaan terhasil ‘Draf 20’ yang menyentuh kepentingan Borneo Utara dalam Malaysia
hal-hal seperti bahasa, agama, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, perwakilan
di Parlimen dan imigresen.
Dokumen asal cadangan perlembagaan. Sumber
Pada 1 November 1962, satu Referendum Singapura diadakan untuk meninjau pendapat
penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung
penubuhan Malaysia. Pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat
Singapura menolak penubuhan Malaysia tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian
mereka yang tertentu. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi
menyokong pembentukan Malaysia.
Kertas undi bagi pungutan suara di Singapura
Seterusnya pada 8 Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani antara Britain, Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura di London
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Malaysia di Malborough House, London.
Namun, dalam jangka waktu 16 Ogos – 5 September 1963, Filipina dan Indonesia menentang
penubuhan Malaysia.Satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) diketuai oleh Lawrence Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya positif apabila rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malaysia.
Akhirnya pada 16 September 1963, Pengisytiharan Malaysia dijalankan serentak di Kuala
Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Pengisytiharan Malaysia di Sarawak oleh Tun Donald Stephen.
Kesimpulan
Permuafakatan dapat dilihat dalam pembentukan Malaysia melalui permuafakatan
antara pemimpin Negara dengan mengamalkan sistem demokrasi bijak dan merancang
strategi bagi membentuk perpaduan kaum. Muafakat disemai sejak kecil lagi hingga dewasa.
Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara dengan
menyatakan suara rakyat melalui pilihan raya yang menjadi asas penting dalam menentukan
tampuk pemerintahan dan hala tuju negara. Pembentukan Malaysia ini juga memberi
pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri
dalam segala hal sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Pemimpin tidak
mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran negara
dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.
Kita perlulah berbangga dengan kejayaan pembentukan Malaysia. Kejayaan ini
membuktikan dengan semangat perpaduan antara kaum, pemimpin dan rakyat dapat memacu
ke arah kemajuan yang lebih baik. Lihatlah Malaysia hari ini berjaya membina kemajuan
adalah atas hasil usaha kita bersama. Dengan bangga inilah yang akan membuat kita lebih
patriotisme, bersemangat untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
Rujukan
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembentukan_Malaysia
2. https://sejkssrt6t1u1.wordpress.com/unit-1/
3. https://www.slideshare.net/safeqa/pembentukan-malaysia-sejarah-tahun-6