KATA ALUAN
PENGETUA
Kata Alu-aluan
Pengetua MRSM Tun Ghazali Shafie
Bismillahirrrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kejayaan semua dalam melaksanakan
program Hari Kokurikulum 2022. Dengan adanya program seperti ini dapat menjalinkan semangat
kerjasama dalam kalangan pelajar, seterusnya mencungkil bakat dan nilai kreativiti diri antara satu
sama lain. Para pelajar dan guru-guru diharapkan agar dapat memberi kerjasama bagi memastikan atur
cara dan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Program Hari Kokurikulum 2022 memilih tema “Nourishing Capability in Developing Oneself” iaitu
Meraikan kemampuan dalam Membangunkan Diri Seseorang. Dengan pemilihan istilah tersebut
semoga ianya dapat mencerminkan bakat dalam diri pelajar seterusnya mengcungkil kreativiti yang
terpendam. Diharapakan para pelajar dapat menunjukkan kreativiti dan bakat yang ada dalam semua
bidang yang mereka ceburi.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Sesungguhnya kelancaran dan kejayaan program adalah hasil sokongan dan kerjasama
semua pihak.
Semoga Hari Kokurikulum kali ini menjadi satu kenangan indah kepada kita semua.
Sekian, wassalam.
AlMI BIN JAAFAR
Pengetua,
MRSM Tun Ghazali Shafie
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
KATA ALUAN
PERASMI
Kata Alu-Aluan
Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Tun Ghazali Shafie
Bismillahirrrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada MRSM Tun Ghazali Shafie kerana
julungkalinya berjaya merealisasikan program seperti ini dengan jayanya.
Di era globalisasi ini, banyak perubahan yang sedang dan akan terus berlaku. Pendekatan yang relevan
untuk generasi akan datang perlu diutamakan terutama sekali dalam kehidupan norma baharu.
Golongan muda remaja adalah aset utama negara yang perlu berjiwa besar untuk memastikan peluang
dan ruang disediakan bagi menjamin kelangsungan (survival) negara dan bangsa dengan menyediakan
platform yang sempurna untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan
ketrampilan bagi memikul tanggungjawab tersebut.
Aktiviti kokurikulum yang diadakan ini membolehkan ahlinya memperoleh ilmu pengetahuan yang
tinggi, mencapai pengalaman yang luas dan berketerampilan bagi memikul tanggungjawab tersebut.
Pendidikan bukan sahaja meliputi pemerolehan ilmu secara formal di dalam bilik darjah semata-mata
tetapi juga pembelajaran tidak formal di luar bilik darjah.
Oleh yang demikian, program ini dirancang sedemikian rupa sebagai salah satu medan pembentukan
jati diri pelajar khususnya dalam kalangan para pelajar itu sendiri dan program ini diharapkan menjadi
sumber inspirasi kepada pelajar dalam meningkatkan kreativiti, disiplin yang tinggi, semangat
kerjasama yang utuh, kepimpinan yang mantap dan keperibadian yang murni dalam kehidupan
mereka.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Hari Kokurikulum. Sekalung
tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori dan acara yang dipertandingkan.
“SELAMAT MAJU JAYA”
EN. MAZLIENOR BIN DAUD
Yang Dipertua
Badan Muafakat MRSM Tun Ghazali Shafie
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
KETERANGAN
PROGRAM
Pendidikan bukan sahaja meliputi pemerolehan ilmu secara formal di dalam
bilik darjah semata-mata tetapi juga pembelajaran tidak formal di luar bilik
darjah. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
memastikan setiap aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan
mendatangkan faedah kepada pelajar bukan sahaja untuk memberi keseronokan
bahkan juga dapat membentuk disiplin, sahsiah serta peribadi setiap individu
pelajar. Oleh yang demikian, program ini dirancang sedemikian rupa sebagai
salah satu medan pembentukan jati diri pelajar khususnya para pelajar.
OBJEKTIF
Memenuhi syarat untuk tamat latihan kokurikulum bagi pelajar
Tingkatan 3 & 5.
Mendisiplinkan diri seseorang pelajar sebagai sebahagian daripada peraturan
hidup berdikari.
Menjalin semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan urus setia sebagai
satu tata cara kehidupan.
Menguji kemahiran diri dalam aktiviti-aktiviti badan beruniform serta
kelab dan persatuan yang disertai.
Mencungkil bakat dan nilai kreativiti yang terdapat dalam diri pelajar.
Penghargaan dan suntikan semangat melalui penganugerahan kepada
pemenang.
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
ATUR CARA
ACARA YANG
DIPERTANDINGKAN
1.(P9EBRATDAANNDBINERGUANNIKFOARWMA)D KAKI
BADAN BERUNIFORM AGENSI KERAJAAN (3 UNIT)
KADET BOMBA, KADET POLIS,
KADET PERTAHANAN AWAM
BADAN BERUNIFORM BUKAN AGENSI KERAJAAN (6 UNIT)
PENGAKAP, PANDU PUTERI, PUTERI ISLAM,
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, SILAT, TAEKWANDO
2. PERTANDINGAN PAMERAN KELAB
(13 KELAB & PERSATUAN)
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
SYARAT
PERTANDINGAN
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
MATLAMAT : MEMBENTUK DISIPLIN YANG TINGGI DALAM KALANGAN AHLI
UNIT BERUNIFORM
PENYERTAAN : 19 PESERTA SETIAP KONTINJEN
(1 SQUAD LEADER + 18 DALAM BARIS).
TEMPOH MASA : 15 MINIT.
SYARAT AKTIVITI :
I. MELAKUKAN KAWAD KAKI STATIK DAN KAWAD DINAMIK.
II. BERUNIFORM LENGKAP MENGIKUT BADAN UNIFORM MASING-MASING.
III. DISIPLIN KAWAD MENGIKUT URUTAN FORMAT.
PERTANDINGAN PAMERAN KELAB & PERSATUAN
MATLAMAT :
I. BERKONGSI AKTIVITI, PENGALAMAN KELAB & PERSATUAN SEPANJANG
TAHUN.
II. MEMPROMOSI KELAB & PERSATUAN BUAT PARA PELAJAR LAIN PADA
MASA AKAN DATANG.
III. MEMPERKENALKAN PELBAGAI AKTIVITI BERMANFAAT DALAM SETIAP
KELAB PERSATUAN.
PENYERTAAN : 3 ORANG PESERTA
TEMPOH MASA : 8.30 PAGI - 11.30 PAGI
SYARAT AKTIVITI :
I. HIASAN DAN BAHAN PAMERAN PERLU DISEDIAKAN OLEH KELAB DAN
PERSATUAN MASING-MASING.
II. SETIAP KUMPULAN HANYA AKAN DIBERI 2 BUAH MEJA DAN 2 BUAH KERUSI
SAHAJA.
III. PERSEMBAHAN PAMERAN ADALAH BERDASARKAN KREATIVITI PELAJAR
MASING-MASING.
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
NAMA JURI
PAMERAN KELAB DAN PERSATUAN
1) Pn Siti Fairus binti Razally
(Pegawai SISC bidang Sains dan Matematik)
2) Pn Zurahana binti Kassim
(Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas)
3) En. Mohamad Zaki bin Hamat
(Ketua Jabatan Sains Sosial MRSM Tun Ghazali Shafie)
4) Pn. Faridah binti Osman
(Ketua Jabatan Bahasa MRSM Tun Ghazali Shafie)
KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
1) Koperal Raflee bin Nasir (PDRM
)
2) Lans Koperal Ahmad Azzim bin Junaidi (PDRM)
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
SENARAI
JAWATANKUASA
Pengerusi AJK Pertandingan Kawad Kaki
En. Almi bin Jaafar En. Mohd Shafik Wazan Bin Mohd Nasir (K)
Timb. Pengerusi AJK Pertandingan Pameran
En. Zullkifli bin Muhammad Pn. Munasyafira Binti Mohd Sidek (K)
Penyelaras AJK Persembahan
Pn. Nor Atiqah binti Md Rahim En. Mohd Irwan Bin Mohd Sazali (K)
Setiausaha AJK Statistik, Penghakiman,
Pn. Siti Soffia Binti Nordin
Analisis dan Rekod
Keputusan
Bendahari
En. Abdullah bin Suhaimin En. Khairul Nizam Bin Kamaruzaman (K)
AJK Jemputan & Sambutan
En. Muhammad Sobaruddin
Bin Ab Rashid (K)
AJK Buku Program
En. Mohd Aizat Bin Ab Manan (K)
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
SENARAI
JAWATANKUASA
AJK Persediaan Tempat AJK Protokol & Pengacaraan
En. Premkumar A/L Selvarajah (DSB) Majlis
En. Sabri Bin Mohd Noor (Dataran En. Adnan Bin Hasbullah (K)
Aspura)
AJK Hiasan Pentas
AJK Jamuan Pn. Siti Inna Tasnim binti Hashim (K)
Pn. Sorayya Aljahsyi Binti Salleh (K)
AJK Dokumentasi
AJK Peralatan Pn. Nurul Izzati Binti Md Hazam (K)
En. Mohamad Faiz Bin Mohamad
Jaihan (K) AJK Siaraya
En. Azhar Bin Jasni (K)
AJK Keselamatan &
Pengurusan Pelajar AJK Helpers
En. Mohd Nasruddin Bin Loman (K) En. Mohamad Zaki Bin Hamat (K)
AJK Hadiah
Pn. Norzila Binti Mohd Salim (K)
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"
PENGHARGAAN
Seluruh warga MRSM TGS
mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat
iaitu BOMBA, PDRM, APM, PPD
Lipis serta yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan sambutan Hari
Kokurikulum 2022 peringkat
MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala
Lipis.
"NOURISHING CAPABILITY IN
DEVELOPING ONESELF"