MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN
PERBADANAN DI MALAYSIA
DIPLOMA SAINS
KESETIAUSAHAAN
DSK1A
SESI 2022/2022
KUMPULAN 5
MUHD QHAIRIL RIZMAN BIN SULAIMAN
20DSK21F1020
AUDREY NIGA ANAK GERUNSIN
20DSK21F1033
DEBBIENIA SIGANG DAVID
20DSK21F1028
BATA ANAK LIMPING
20DSK21F1032
PENSYARAH: PUAN NINIE AMIRA
JABATAN PERDAGANGAN
PENGHARGAAN
Salam hormat dan selamat membaca kami ucapkan
kepada semua pembaca EBOOK KUMPULAN 5 .
Terlebih dahulu , kami bersyukur kerana seluruh
proses pembuatan EBOOK ini dapat dijayakan .
EBOOK ini dapat dihasilkan dengan jayanya atas
kerjasama ahli kumpulan 5 , BATA ANAK LIMPING
(20DSK21F1032) , AUDREY NIGA ANAK GERUNSIN
(20DSK21F1033) , DEBBIENIA SIGANG DAVID
(20DSK21F1028) DAN MUHD QHAIRIL RIZMAN
(20DSK21F1020) . Ucapan terima kasih ditujukan
kepada pensyarah kursus MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN untuk KELAS DSK1A , PUAN
NINIE AMIRA BINTI DRAHIM atas bimbingan dan
tunjuk ajar yang beliau berikan ketika kami
menghasil EBOOK ini. Justeru tanpa bimbingan
beliau penghasilan EBOOK ini mungkin tidak dapat
berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga ribuan
terima kasih diucapkan kepada kedua ibubapa kami
dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan penghasilan
EBOOK ini. Sekian terima kasih.
ABSTRAK
Kelestrian atau dikenali sebagai kemapanan
membawa maksud keupayaan mengekalkan sesuatu
dan memastikan kewujudan. Keterlestian etika dan
peradabdan pula membawa maksud kepada suatu
usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang
bersifat lokal dan global. Kelestarian etika dan
peradaban senantiasa tercabar dan terkesan oleh
proses hakisan sosial. Hal ini demikian kerana
perubahan dalam masyarakat negara yang berlaku
dengan pantas serta sukar dikawal, sama ada dari
segi sosial , ekonomi , politik , alam sekitar , teknologi
dan lain-lain.
Dalam topik ini kami akan menerangkan 7
tabiat buruk yang perlu dijauhi, kepentingan tadbir
urus negara yang baik, ciri-ciri tadbir urus negara
yang baik, kegagalan melaksanakan pembangunan
dan tadbir urus dengan baik serta konsep keadilan
sosial, keadilan sosial menurut kaca mata Islam.
ISI KANDUNGAN
MAKSUD TADBIR URUS & PEMBANGUNAN
7 TABIAT BURUK YANG PERLU DIJAUHI
KEPENTINGAN TADBIR URUS NEGARA YANG BAIK
CIRI-CIRI TADBIR URUS
NEGARA YANG BAIK
PRINSIP TADBIR URUS DENGAN BAIK
KONSEP KEADILAN SOSIAL
KEADILAN SOSIAL MENURUT KACA MATA ISLAM
Maksud tadbdir urus dan
pembangunan
Menurut British Council tadbir urus merujuk kepada
proses di mana elemen dalam masyarakat memperoleh
dan menggunakan kuasa , authoriti , dan pengaruh
serta menggubal polisi dan keputusan berkaitan
kehidupan awam dan peningkatan sosial.Tadbir urus
juga melibatkan interaksi antara aktiviti institusi formal
dan pihak-pihak dalam masyarakat sivil. Menurut Bank
Dunia pula tadbir urus merupakan cara kuasa
digunakan untuk menguruskan pembangunan negara.
Pembangunan dapat membawa maksud usaha
mengubah masyarakata atau negara daripada
keadaan mundur kepada maju . Perubahan tersebut
meliputi pelbagai aspek seperti ekonomi , politik , sosial
, pendidikan , psikologi dan sebagainya . Perubahan ini
juga dapat merujuk kepada aspek fizikal , kebendaan
dan bukan kebendaan.
7 TABIAT BURUK YANG PERLU DIJAUHI
Penafian
Sombong
Berfikiran Tertutup
Tiada Akauntibiliti
Bekerja Secara Silo
Mudah Berpuas Hati
Berpuak-Puak
KEPENTINGAN TADBIR URUS NEGARA
YANG BAIK
kakitangan awam sama ada
1. Memperkasa daya saing negara
Memperkasa Latihan kepada
Latihan ilmu atau ICT
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
Meningkatkan daya saing kakitangan peringkat tempatan dan
antarabangsa
2. Menjana potensi modal insan bagi memperkasa prestasi
perkhidmatan
Modal insan ini perlu diurus secaara cekap dan berkesan untuk
mencapai matlamat organisasi.
]Pendekatan strategik amalan pengurusan modal insan dalam
aspek pemilihan, pembangunan dan pengurusan personel.
3. Menerajui Transformasi perkhidmatan awam berdedikasi dan
Pemodenan dalam sector perkhidmatan
Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi,
bermotivasi amat diperlukan.
4. Memberi kepuasan kepada orang berkepentingan/stakeholders
Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan
memuaskan hati pelanggan
Menyediakan SOP yang mesra pelanggan
Mengurangkan karenah birokrasi dan system menunggu yang
pendek
5. Meningkatkan imej negara
Penekanan tadbir urus yang baik dalam sector sumbangan
manusia dan teknologi serta prosedur kerja dalam perkhidmatan
dan penyampaian awam akan meningkatkan kecekapan.
CIRI-CIRI TADBIR URUS NEGARA YANG BAIK
• Tadbir urus didefinisikan Tindakan yang
dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa
daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk
mencapai kecemerlang, kecekapan, persamaan,
penglibatan yang menyuruh, ketulusan & akauntabiliti
dalam pengurusan & pentadbiran.
Tadbir urus baik bermakna bagaimana melaksanakan
tanggungjawab secara terus, berakauntabiliti &
berhemat dari segi pengambilan keputusan &
penyampaian hasil
• Meliputi tatacara, struktur & proses berurusan
dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
( stakeholders)
Oleh itu, tadbir urus terbaik pelu memberikan
penekanan terhadap 2 aspek utama iaitu:
• Prestasi – pengurusan penyampaian adalah amat
penting dalam penyampaian perkhidmatan yang
efektif & efisien, seperti yang diharapkan oleh pihak-
pihak berkepentingan di samping memastikan
perkhidmatan tersebut “value for money” serta
pengurangan terhadap pembaziran sumber & dana
• Pematuhan terhadap undang-undang – setiap
onganisasi/agensi perlu mematuhi segala peraturan,
undang-undang, piawaian (standard) yang diguna
pakai & harapan masyarakat terhadap amalan
kejujuranm akauntabiliti & integriti seta ketulusan
dalam perkongsian maklumat.
Prinsip-prinsip tadbir urus terbaik berteraskan beberapa
prinsip utama ialah:
Focus kepada pelanggan – tadbir urus yang terbaik
sentiasa memberikan keutamaan menyeluruh kepada
pelanggan. Usaha kea rah meningkatkan kepuasan
tahap pelanggan sentiasa dilaksanakan secara
berterusan.
Beretika – penekanan terhadap nilai-nilai positif dalam
pelaksanaan & penyampaian perkhidmatan. Pengurusan
perlu sentiasa memastikan ahli-ahli dalam agensi
mempunyai etika yang tinggi serta mengamalkan nilai-
nilai murni.
Ketulusan – ketulusan dalam perkongsian maklumat
kepada pihak yang berkepentingan juga amat
dititikberatkan dalam tadbir urus terbaik. Ketulusan ini
boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas & mudah
difahami.
Akautabikiti & integriti – akauntabiliti merupakan
kewajipan untuk memberikan penjelasan terhadap apa
jua Tindakan dalam pelaksanaan tugasan. Akauntabiliti
& integriti adalah elemen terpenting dalam tadbir urus
terbaik.
Efektif & efisen – pengawai sektor awam perlu sentiasa
memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan
secara efektif (cekap) & efisen (berkesan). Seseorang
pengawai perlu memastikan sumber mempunyai sistem
dinamik, cepat & tepat, melalui penggunan sumber yang
minimal (efisen) dengan penghasilan kerja (output)
yang maksimum(efektif)
Pengurusan perubahan – tadbir urus terbaik akan dapat memacu
setiap pengawai le arah pemantapan sistem penyampaian yang
efektif & berkesan bagi menentukan kecemerlangan.
KONSEP KEADILAN
Konsep keadilan sosial yang ditemukan
oleh para pemikir sama ada Islam dan
barat ialah kesamarat
aan dalam hal ehwal
kemasyarakatan sama ada dari segi sudut
status sosial, ekonomi, perundangan serta
kebebasan jiwa yang mutlak.
Petunjuk-petunjuk Keadilan sosial
menurut kaca mata Islam
Berpandukan kepada pandangan dan lontaran idea
terhadap konsep keadilan sosial yang dikemukan oleh
para pemikir Islam, maka dapatlah dibentangkan
petunjuk-petunjuk keadilan
1. Persamaan Hak Sesama Manusia
Intipati ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW secara
jelas telah memberikan jaminan hak keadilan kepada seluruh manusia dan bersif at
universal. Seluruh umat manusia diberikan hak kemanusiaan tanpa disaring melalui
latar belakang keturunan, warna kulit, jantina, kelayakan akademik dan seumpamanya.
Hak kemanusiaan ini diberikan oleh Allah selaku Maha Pencipta dan Maha Pentadbir
kepada seluruh hambahamba-Nya. Berikut adalah beberapa contoh hak yang diberikan
oleh Islam kepada seluruh umat manusia:
Hak Untuk Hidup
Seluruh umat manusia berhak untuk menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. Tidak
ada seorang pun yang diizinkan oleh syarak untuk membunuh seseorang yang lain
melainkan atas alasan syariat contohnya kuasa Hakim di mahkamah yang menjatuhkan
hukuman bunuh balas (qisas) kepada pembunuh dan sebagainya.
Hak Untuk beragama
Islam memberikan kebebasan kepada seluruh umat manusia untuk memilih agama
sebagai panduan serta pegangan hidup masing- masing. Islam tidak pernah memaksa
mahupun memeras ugut manusia dalam menentukan haluan agama sebaliknya sangat
menghormati hak kebebasan dalam hal ini
Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan
Keadilan sosial semestinya memberikan hak untuk mendapatkan peluang pendidikan.
Setiap individu sama ada lelaki dan wanita, semuanya berpeluang dan diberikan
keizinan oleh syarak untuk menggali khazanah ilmu dan seterusnya memiliki kelayakan
akademik untuk meningkatkan potensi diri. Hak untuk mendapatkan pendidikan dan
ilmu pengetahuan tidak pernah dinafikan bahkan menjadi tuntutan dalam agama Islam.
Kebebasan Mencari Harta dan Rezeki
Aspek seterusnya yang menjadi petunjuk kepada keadilan sosial adalah kebebasan
untuk melibatkan diri dalam sebarang pekerjaan bagi mengumpul harta dan
pendapatan. Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan ini dipandu oleh prinsip
kemanusiaan dan bukan melalui jalan yang salah iaitu dengan melakukan penindasan,
penipuan, khianat, rasuah dan seumpamanya
2. Jaminan sosial
Petunjuk pertama menerangkan hak yang perlu diterima oleh seseorang individu. Namun,
apakah jaminan keadilan ini dapat dipatuhi? Bagi memastikan prinsip ini bukan satu omongan
kosong, sistem sokongan amat diperlukan untuk melaksanakannya. Ruang dan peluang bagi
masyarakat untuk menyalurkan keperluan mereka perlu dibuka dalam lingkungan yang
terbatas tetapi tidak terhad. Politik, kewangan dan perundangan merupakan tiga mekanisme
penting dalam memastikan jaminan sosial tercapai.
Wadah Jaminan Sosial: Politik
Landasan politik berdasarkan prinsip Islam boleh dijadikan ruang bagi masyarakat
menjalankan tanggungjawab dan mendapatkan hak-haknya. Di arena ini hubungan yang rapat
antara pemimpin dan rakyat amat diperlukan. Ini kerana hubungan timbal balik antara dua
entiti ini membantu dalam melahirkan polisi dan struktur sosial yang baik.
Sesebuah kerajaan yang baik memerlukan penglibatan aktif masyarakat dalam pembuatan
polisi. Masyarakat meluahkan kehendak dan keperluannya rnelalui saluran yang betul.
Manakala kerajaan yang baik menerima, menganalisa dan menggubal satu polisi sesuai dengan
keperluan masyarakat mengikut kapasiti tenaga dan sumber yang ada. Penglibatan yang aktif
mengiktiraf kapasiti masyarakat untuk berdiskusi dan menjana polisi secara bebas. Hasilnya,
satu polisi yang menitikberatkan keperluan masyarakat secara adil dan saksama dapat digubal
dan dijadikan asas prosedur yang menjamin keadilan sosial. Ini kerana suara semua pihak
didengari dan diambil kira tanpa ada unsur diskriminasi demi menjaga kemaslahatan
masyarakat.
Wadah Jaminan Sosial: Sistem Kewangan
Mahu tidak mahu, kita perlu akur bahawa kewangan menjadi asas pembangunan masyarakat
seperti yang diutarakan oleh John Rawls. Dengan peruntukan kewangan yang mencukupi,
kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dapat disediakan, infrastruktur dapat dibina,
golongan-golongan yang lemah dapat dibantu. Oleh sebab itu Islam tidak menolak keperluan
kewangan dalam kehidupan.
Wadah Jaminan Sosial: Sistem Perundangan
Syariat Islam sangat menjunjung tinggi prinsip keadilan di dalam aspek perundangan
selari dengan arahan Allah SWT untuk melaksanakan keadilan dalam proses
memakmurkan bumi. Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umat manusia untuk
berlaku adil kepada semua pihak tanpa mengira siapakah yang diadilinya itu sama ada
rakan taulan, ahli keluarga dan sebagainya. Keadilan daripada aspek perundangan
memainkan peranan yang sangat besar dalam menyuburkan keadilan sosial di dalam
masyarakat dan negara. Jaminan keadilan inilah yang akan menyelamatkan masyarakat
daripada terus dilanda kekacauan, pergelutan yang akhirnya dapat menjejaskan
kedaulatan serta keharmonian negara. Di dalam konteks Malaysia, seluruh warganegara
Malaysia adalah tertakluk kepada perundangan negara yang berasaskan
Perlembagaan Negara. Sesiapa yang bertindak melampaui peruntukkan undang-
undang, maka akan diadili berdasarkan peruntukkan undang- undang yang telah
tersedia tanpa terkecuali seorang pun. Seluruh rakyat akan mempertahankan
kedaulatan undang- undang dan perkara ini telah menjadi salah satu prinsip Rukun
Negara yang dihayati seluruh rakyat Malaysia dalam kehidupan bernegara.
Penghayatan ini perlulah dipertahankan dalam usaha memastikan jaminan keselamatan
sosial terus terpelihara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi menjayakannya, sokongan
dan tanggungjawab semua komponen tadbir urus
iaitu sektor awam, swasta dan masyarakat amat
diperlukan. Usaha bersungguh-sungguh ketiga-tiga
pihak ini perlu digiatkan agar manfaatnya dapat
dikecapi di dunia dan di akhirat. Setiap individu
mesti berhak untuk menikmati keselamatan hidup
di dunia dan mendapat ganjarannya di akhirat
dan kes ini tidak akan tercapai selagi
tanggungjawab keadilan sosial tidak dilaksanakan
secara total dan bersatu padu. Keterlestarian
Etika dan Peradaban ad
alah suatu yang penting
dan mesti dipertahankan sampai bila pun. Hal ini
kerana dalam konteks Malaysia, keterlestarian itu
banyak bergantung kepada akar dan tradisi yang
telah terbina sejak ratusan tahun yang lalu. Bukan
mudah untuk membina dan membangunkan Etika
dan Peradaban kerana ia merupakan suatu proses
yang panjang. Namun, percayalah Malaysia
memiliki ramuan dan keunikan yang tersendiri ke
arah itu. Dengan formula yang betul, kepimpinan
yang berintegriti dan rakyat yang bijaksana akan
mampu merealisasikan cita-cita dan matlamat
murni ini.
RUJUKAN
BSN 978-967-0797-9272 PERPUSTAKAAN
NEGARA MALAYSIA DALAM-PENERBITAN M/S
190: CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA.
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_
article/34091/Article_6.PDF
https://coggle.it/diagram/YA0IHEl_TGMnFL1a/t/
bab-8-cabaran-keterlestarian-etika-dan-
peradaban
https://mansormohdnoor.com/tadbir-urus-khairol/
https://www.coursehero.com/file/56163583/Topik-9-
Cabaran-Kelestarian-Etika-Dan-Peradaban-Di-
Malaysia-pptx
https://wannasrul.blogspot.com/2016/01/maksud-
pembangunan.html
IBSN 978-967-0797-9272 PERPUSTAKAAN
NEGARA MALAYSIA DALAM-PENERBITAN M/S
190: CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA.
http://jerowsmklbm.blogspot.com/2019/07/kepenti
ngan-tadbir-urus-yang-baik-dan.html
https://www.slideshare.net/mizuhashiayumu/ciri-
dan-prinsip-tadbir-urus-yang-baik-38555071?
next_slideshow=2