MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
SESI 1 2021/2022
PENSYARAH :
EN.AZHAR BIN MOHD NAWI
DISIAPKAN OLEH :
NAME STUDENT ID
26DAT21F1001
KRISHA NORSABRINA BINTI 26DAT21F1042
ABDULLAH 26DAT21F1012
26DAT21F1015
SYAZWANI BINTI MUSLIM
NOR SAFIAH BINTI AZMI
NUR SYAURA ADIRA BINTI SARUDIN
ISI KANDUNGAN :
PENGENALAN …………… 1.0
OBJEKTIF .….………..2.0
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMBAWA SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM ……………..3.0
KESAN – KESAN BERLAKUNYA SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM ……………..4.0
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM ……………..5.0
PENGAJARAN ……………..6.0
KESIMPULAN ….………….7.0
RUJUKAN ……………..8.0
1.0 PENGENALAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh
manusia. Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam
kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku
dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Salah faham terhadap
Islam melibatkan kecelaruan, kekeliruan dan kekusutan
kefahaman terhadap Islam disebabkan ideologi yang lahir
daripada pemikiran manusia atau ajaran Islam yang tersasar
daripada ajaran Islam yang sebenar menurut Al-quran dan
sunnah.
Salah faham terhadap agama islam tersebar luas dalam kalangan
umat islam dan bukan islam. Salah faham terhadap Islam bukan
sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah
sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.
Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap
Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat
terhadap Islam.
Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam
itu sendiri. Ini adalah disebabkan pengenalan modenisme oleh
penjajah Barat ke dunia Islam. Berlaku juga disebabkan
propaganda media barat yang menggambarkan keganasan,
ketaksuban dan kemunduran dalam islam.Topik ini akan
membincangkan beberapa contoh salah faham terhadap Islam
dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.
2.0 OBJEKTIF
Objektif utama dalam menyiapkan tugasan
e-folio ini adalah untuk :
➢ Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya salah
faham terhadap islam
➢ Mengetahui punca-punca berlakunya salah
faham terhadap islam
➢ Menyenaraikan Langkah mengatasi masalah
salah faham terhadap islam serta cara-cara
menyelesaikannya
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
3.1 FAKTOR DALAMAN
Faktor Dalaman adalah berpunca dari salah faham orang Islam sendiri
dalam memahami Islam. Hal ini kerana mereka tidak memahami dan
mendalami Islam secara syumul (sempurna). Selain itu masyarakat Islam
yang mempunyai pemikiran yang sempit. Oleh yang demikian, apabila
masyarakat ini diberi ilmu yang baru,mereka akan mudah terpengaruh dan
mula membuat fahaman mereka yang tersendiri. Mereka juga mudah
terpengaruh dengan guru-guru yang tidak muktabar( mulia, terhormat,
terkenal), mengikut secara membabi buta ajaran guru-guru ini tanpa
membuat penyelidikan dan sebagainya. Perkembangan ajaran sesat secara
berleluasa dalam masyarakat turut menyumbang kepada salah faham yang
berlaku pada Islam.
Persempadanan wilayah islam yang semakin meluas secara mendadak
dalam tempoh yang singkat dan penyampaian islam tidak dapat dilakukan
secara menyeluruh sebahagian mereka yang telah memeluk islam masih
lagi mengekalkan adat resam yang bertentangan dengan islam.
Perselisihan faham dan perpecahan umat islam meyuburkan lagi salah
faham terhadap islam, munculnya fahaman syiah.
3.2 FAKTOR LUARAN
Serangan pemikiran oleh orientalis barat kepada umat islam yang
menyebabkan pegangan umat islam tergugat.Selain itu,pengaruh
kebudayaan asing yang mempengaruhi umat islam ,hal ini memyebabkan
umat islam terikut-ikut dengan budaya masyarat
luar.Seterusnya,penjajahan barat dan dasar pecah perintah yang berlaku
semasa penjajahan .Akhir sekali,penjajahan dan modenisme barat yang
mempengaruhi cara hidup umat islam.
3.3 FAKTOR SECARA MENYELURUH
1.KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM ITU SENDIRI
Kejahilan masyarakat islam ini boleh ditakrifkan sebagai pemberontakkan
umat islam terhadap agamanya sendiri.Sebagaimana yang dijelaskan di
atas ajaran sesat atau ekstremis pada pandangan islam itu adalah salah
satu daripada kejahilan masyarakat islam.hal ini kerana individu muslim
tidak mengenali dengan tepat berkenaan ajaran-ajaran dan nilai-nilai syriat
dalam semua aspek kehidupan.melalui pembelajaran itu kita seharusnya
melaksanakan apa yang di pelajarinya itu dalam
kehidupan amaliah.jika tidak islam hanya menjadi ‘intelektual islam’ dan
bukan sesuatu yang realiti hidup dalam masyarakat
2. PENGARUH MEDIA MASSA
Pengaruh media massa terhadap masyarakat begitu kuat sekali.media
massa ini meliputi media cetak dan juga media elektronik.kedua-duanya
memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan hari ini.Media massa
ini banyak mempengaruhi salah faham terhadap islam adalah kerana
pengaruh media massa ini boleh mencorakkan gaya hidup sesebuah
masyarakat. Peranan media massa pada hari ini banyak berunsurkan
kearah kepada keburukan daripada kebaikan terutama sekali kepada
golongan remaja.segala bentuk budaya luar sama ada dari barat atau timur
di bawa masuk ke negara islam melalui media massa ini.media cetak lebih
cenderung kepada hiburan yang banyak memaparkan gaya hidup artis
sehingga menyebabkan golongan remaja mahupun dewasa lebih mengenali
artis daripada tokoh-tokoh islam.Hal ini yang berlaku di dunia fana ini yang
menyebabkan unsur-unsur islam semakin lemah ditelan zaman.
Oleh itu siapa yang patut dipersalahkan? Sama ada tenaga
pengajar,masyarakat ataupun ibu bapa?fikir-fikirkanlah.apabila kekuatan
dan penerapan islam dalam diri semakin lemah,maka jangan terkejut jika
salah faham terhadap islam terjadi. Menerusi medi elektronik pula media
banyak memaparkan program-program hiburan yang berunsurkan negatif
yang berjaya menarik minat remaja hari ini.contohnya,melului rancangan
realiti .penularan budaya negatif dalam internet dengan berbagai-bagai
informasi yang tidak terbatas merupakan sesuatu yang sukar
dikawal.malah adengan –adengan pendedahan aurat ,ganas ,dan
sebagainya boleh dilihat dengan senang melalui telefon canggih milik
persendirian.hal ini telah menjadi gaya hidup golongan remaja .
3. KURANGNYA PENDEDAHAN ILMU PENGETAHUAN AGAMA ISLAM
Punca yang ketiga adalah berkaitan dengan pengetahuan agama dalam diri
individu itu sendiri.sejak akhir-akhir ini pendedahan tentang ilmu agama
amat merusingkan kita.menurut Mohd.Kmal Hassan,pendidikan moden
hari ini lebih bersifat liberal dan sekular tidak memberikan perhatian
sewajarnya kepada aspek akhlak.akhlak juga adalah salah satu faktor yang
menyebabkan salah faham terhadap islam disamping
akidah.
4.SERANGAN IDEOLOGI BARAT
ideologi merupakan fahaman falsafah yang berbentuk teori dan andaian
dihasilkan dari usaha pengamatan atau pengalaman manusia sebagai
pegangan dalam pelaksanaan sesuatu sistem.ideologi ini adalah
bercanggah dengan islam.serangan ideologi telah berjaya melemahkan
akidah dan pemikiran umat islam terhadap agama.seterusnya salah faham
terhadap islam ini terjadi.
5. PROSES PEMBARATAN TERHADAP UMAT ISLAM
Musuh islam (kafir) tidak senang dengan perpaduan umat islam lantas
merancang strategi untuk memesongkan pemikiran umat islam sekaligus
menghancurkan pegangan umat islam.hal ini lebih lagi praktikal tanpa
kekerasan melalui serangan pemikiran yang halus bagi memikat umat
islam.hal ini juga menjadi satu punca atau penyebab salah
faham terhadap islam.
4.0 KESAN-KESAN BERLAKUNYA ISU SALAH FAHAM
TERHADAP ISLAM :
1)DISKRIMINASI DAN PERASAAN PRAJUDIS
2)KESAN MENTAL DAN FIZIKAL
3)UMAT ISLAM BERPECAH BELAH
4)UMAT ISLAM KETINGGALAN DALAM PELBAGAI BIDANG
1)DISKRIMINASI DAN PERASAAN PRAJUDIS
Masyarakat muslim di Amerika telah diskriminasi menurut kajian oleh ‘
The Pew Forum On Religion and Public Life’ sebanyak 6 daripada 10 iaitu
(58%) diskriminasi terhadap muslim telah berlaku. Kajian ini telah
disahkan oleh USA Today Gallup Poll melalui kajian dan mendapati bahawa
rakyat Amerika sendiri mempunyai perasaan prajudis terhadap muslim
kira-kira 4 daripada 10 iaitu (39%). Ini amat membimbangkan jika negara
itu mempunyai minoriti muslim, mereka ini akan lebih berpotensi untuk di
diskriminasi dan dilayan dengan tidak adil.
2)KESAN MENTAL DAN FIZIKAL
Salah faham terhadap islam ini telah memberi persepsi buruk kepada umat
islam serata dunia, ia juga mampu memberi kesan kepada mental dan
fizikal. USA Toda Gallop Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden
yang telah ditemu bual mengaku bahawa mereka tidak mahu berjiran
dengan muslim dan 18% berasa gementar jika Wanita muslim menaiki
kapal terbang yang sama dengan mereka, dan 31% jika penumpang ialah
lelaki muslim. Jelaslah bahawa fahaman mereka sendiri terhadap islam
adalah salah dan mereka menganggap islam adalah pengganas. Jika orang
bukan islam bertindak sedemikian, apa yang akan berlaku terhadap
muslim tersebut? Walaupun mereka tidak melakukan apa-apa, tetapi
mereka ini tidak dilayan secara adil. Ini sedikit sebanyak akan memberi
kesan negatif kepada mental dan fizikal seseorang muslim.
3)UMAT ISLAM BERPECAH BELAH
Salah faham terhadap islam boleh mengakibatkan umat islam berpecah
belah. Hal ini kerana kefahaman umat islam yang berbeza terhadap
persepsi islam .Sepatutnya semua umat islam perlu berpegang teguh
dengan ajaran dan panduan daripada Allah SWT.
4)UMAT ISLAM KETINGGALAN DALAM PELBAGAI BIDANG
Apabila salah faham berlaku diantara kaum agama Islam sendiri,kita akan
ketinggalan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,sains dan
sebagainya.Hal ini kerana,golongan orang yang bukan Islam akan terus
naik dan membangun dan akan mejatuhkan umat islam denggan sekelip
mata kerana tiada lagi umat Islam yang bersepadu.Golongan orang bukan
Islam dengan mudah boleh mengambil alih negara kita.
5.0 LANGKAH – LANGKAH MENGATASI MASALAH
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Masalah terhadap salah faham terhadap islam ini boleh diatasi
dengan pelbagai cara antaranya adalah :
1)Menghormati perbezaan
2)Melaksanakan sistem hidup Islam yang bersepadu dan
berterusan
3)Memiliki kesedaran tentang visi dan misi hidup
4)Memantapkan lagi kefahaman Islam
1)MENGHORMATI PERBEZAAN
Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa diantara
kita sendiri pasti wujud istilah perbezaan.Bukan pada kita sahaja ,malah
pada semua pihak mahupun yang bukan Islam.Setiap individu dan
Jemaah,pasti mempunyai kaedahnya yang tersendiri.Perbezaan haruslah
diterima sebagai satu hakikat yang perlu kita manfaatkan dengan cara yang
betul.Semua manusia ada kefahaman dan andaian masing-masing,tapi
sebagai umat Islam haruslah kita menyuarakan dengan cara yang
berhemah agar tidak mewujudkan salah faham diantara sahabat.Jadi,kita
perlu sering menghormati andaian atau tanggapan orang lain terhadap
sesuatu perkara.
2)MEMANTAPKAN LAGI KEFAHAMAN ISLAM
Memberi kefahaman yang jelas tentang Islam yang sebenar,iaitu yang
pertama memantapkan lagi ilmu wahyu untuk membangunkan rohaniah
kita sebagai manusia iaitu hamba Allah SWT.Seterusnya,meningkatkan lagi
ilmu aqli bagi membina kepakaran yang tinggi sebagai kifarah.Salah faham
terhadap Islam harus di atasi dengan penjelasan yang mudah dan padat.
Persoalan yang selalu orang akan bertanya adalah tentang amal ibadat
seperti solat,zakat,puasa dan sebagainya.Jadi,untuk memantapkan lagi
kefahaman islam haruslah melakukan amal ibadat untuk membangkitkan
rohaniah kita dengan guru yang betul agar tidak timbul salah faham.Islam
ini luas maka carilah ilmu ini dengan lebih mendalam agar kita benar-benar
mengetahui atau mengenal Islam.
3)MEMILIKI KESEDARAN TENTANG VISI DAN MISI HIDUP
Kesedaran yang dimiliki pada setiap orang adalah berbeza-
beza.Namun,adakah kita sedar dengan tujuan kita sendiri dalam
kehidupan?Sebagai contoh,ramai yang tahu kita merupakan hamba Allah
SWT,tetapi adakah ramai yang sedar bahawa kita ini hamba
Allah?Sedar,tetapi di otak yang bermaksud tahu tapi tidak sedar.Ramai
yang harus tahu tentang Islam tapi sedar apa itu Islam.Kalau kita sedar kita
ini hamba Allah,sedar akan tujuan kita hidup dan sedar siapa diri kita yang
sebenarnya,nescaya kita mempunyai kesedaran tentang visi dan misi hidup
kita.Apabila kita telah mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan
jelas,maka pandangan alam tentang peranan hamba dan khalifah,hanasah
dunia dan akhirat,kehidupan dan kematian akan tepat.Jika kita sedar,akan
wujudkah salah faham terhadap Islam?
4)MELAKSANAKAN SISTEM HIDUP ISLAM YANG BERSEPADU DAN
BERTERUSAN
Apabila kita sedar dan faham tentang Islam,maka barulah kita
melaksanakan sistem hidup Islam.Inilah sebenarnya bentuk Islam yang
diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya.Jika
Islam dapat difahami secara ilmiah dan amaliah dengan sempurna maka
kesannya akan terasa.Salah faham dapat dikurangkan justeru apabila ada
yang menjadi suri telandan.Hanya Rasulullah yang kita boleh jadikan
sebagai contoh dalam kehidupan,tetapi adakah kita mengikuti akan Sunnah
– sunnahnya.Jadi,contohilah baginda.Kita tidak akan dapat menjadi seperti
baginda tetapi berusaha untuk mencontohi baginda itu sedah memadai.
6.0 PENGAJARAN
Pengajaran yang dapat diambil dari perbincangan ini adalah kita perlulah
berpegang teguh dengan agama kita sendiri iaitu agama Islam yang
merupakan panduan hidup kita supaya kita tidak hidup dalam kesesatan
.Selain itu, kita tidak boleh mudah terpengaruh dengan perkataan orang
lain.Sebagai contoh ,seseorang yang mengajak kita untuk masuk atau
menukar agama dari agama Islam kepada agama Kristian. Hal ini demikian
kerana, agama Islam adalah agama yang paling benar dan diredhai Allah
SWT sehingga ke hari pembalasan. Oleh itu,kita perlulah memantapkan lagi
iman kita supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajakan orang
lain.Sebagai contoh ,berdamping dengan para-para ulama untuk
mendalami agama Islam .Masyarakat juga perlulah bersatu padu dalam
menegakkan lagi agama Islam dengan mengadakan ceramah atau kempen
“Cermah mengenai Agama Islam” agar orang lain lebih terdedah dengan
ajaran Islam malah masyarakat lain seperti Cina dan India yang bukan
beragama Islam boleh mengetahui mengenai agama Islam sekaligus
terbuka hati untuk memeluk agama Islam.Akhir sekali,Kerajaan perlulah
memainkan peranan dalam membendung masalah ini daripada berlaku
dengan menetapkan undang – undang yang lebih ketat terhadap sesiapa
sahaja yang mempermainkan atau mengejek agama Islam akan didenda.
Dengan menguatkuasakan undang – undang yang lebih ketat, orang ramai
akan takut untuk mempermainkan agama Islam dan masyarakat Islam
dapat hidup dengan aman dan damai.
7.0 KESIMPULAN
Kejayaan membetulkan salah-faham terhadap Islam banyak bergantung
kepada faktor umat Islam sendiri. Kitalah yang mesti memastikan Islam
tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi ilmiahnya mahupun dari segi
amaliahnya. Malah kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan
dan kebenaran Islam di dalam kehidupan sehari-hari.
Cabaran kita ialah bagaimana mensepadukan perkara-perkara baru dan
terkini dengan memasukkan prinsip dan nilai Islam sebagai kawalan,
penjernihan dan ´nilai tambah’. Bagaimana pembangunan rohani dan
material perlu disepadukan? Bagaimanakah aplikasi Industri bioteknologi
menurut perspektif Islam? Kelenturan syariah dalam urusniaga pasaran
kewangan Islam global? Inilah antara perkara- perkara yang bersifat
´kehadapan´ yang hanya dapat ditangani sekiranya salah faham tentang
Islam dapat ditangani dengan baik.
8.0 RUJUKAN :
https://syafiqaizatmf.wordpress.com/2010/09/21/salah-faham-tentang-
islam/
https://www.slideshare.net/muhammadridzuan5030/salah-faham-
terhadap-agama-islam
https://pangajianislamkami.blogspot.com/2021/03/salah-paham-dunia-
terhadap-islam.html
https://salah-faham-terhadap-islam.blogspot.com/p/salah-faham-
terhadap-islam-pengenalan.html