The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KUMPULAN MELALUI PROJEK KHIDMAT KOMUNITI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaharusli, 2020-11-03 23:42:02

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KUMPULAN MELALUI PROJEK KHIDMAT KOMUNITI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KUMPULAN MELALUI PROJEK KHIDMAT KOMUNITI

A. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KUMPULAN MELALUI PROJEK KHIDMAT
KOMUNITI

1.0 MATLAMAT

Projek khidmat komuniti digunakan sebagai medan menguji potensi diri pelajar dan
mengaplikasi “ Soft Skills “ dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan
mantap bersesuaian dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional.

2.0 OBJEKTIF
 Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa pengajaran dan pembelajaran.
 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat dan idea
secara jelas dan meyakinkan.
 Menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
 Mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam menjayakan aktiviti.
 Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati dalam
menjayakan aktiviti.
 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat
membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah.

3.0 TATACARA PELAKSANAAN
3.1 Kumpulan pelaksana : Pelajar Semester
Kumpulan sasaran :
 Warga emas
 Orang kelainan upaya (OKU)
 Anak yatim
 Gelandangan
 Fakir miskin
 Orang Asli / pedalaman
 Ibu tunggal
 Pelajar sekolah dan lain-lain
3.2 Pemilihan aktiviti khidmat komuniti yang dilaksanakan adalah berdasarkan:
3.2.1 Lokasi
3.2.2 Kemampuan kewangan
3.2.3 Keselamatan dan Kebajikan
3.2.4 Keperluan lojistik

3.3 Kategori Program Khidmat Komuniti yang dicadangkan:
3.3.1 Perlaksanaan Khidmat Komuniti Alam Sekitar
3.3.1.1Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar untuk
mewujudkan kehidupan yang lebih sihat
3.3.1.2 Huraian dan perbincangan
 Kepentingan kebersihan sungai,laut, tasik dan tempat
rekreasi.
 Khidmat keceriaan dengan Menanam dan menamakan pokok
 Program kitar semula bahan boleh jual untuk dana sumbangan.
 Gotong Royong menceriakan persekitaran.
 Membersihkan dan mengindahkan persekitan Masjid / Surau /
Rumah Ibadat/ Bangunan

3.3.2 Perlaksanaan Khidmat Komuniti kepada Kemudahan Awam /
Bangunan Awam / Rumah Ibadah
3.3.2.1 Menyelami kepentingan menjaga kemudahan awam yang

digunakan masyarakat secara kolektif
3.3.2.2 Menyelami kepentingan membantu bina / pulih / baiki

bangunan awam / rumah / masjid / surau / rumah ibadat dan
sebagainya
3.3.2.3 Skop perlaksanaan baikpulih
 Membaikpulih kemudahan awam yang rosak.
 Membaikpulih Masjid / Surau / Rumah Ibadat
 Membaikpulih padang permainan / taman permainan
 Membaikpulih rumah komuniti
 Membaikpulih pusat-pusat /rumah kebajikan.

3.3.3 Perlaksanaan Khidmat Komuniti -Skop Khidmat Sosial

3.3.3.1 Memahami dan menghargai kepentingan perkhidmatan

sosial, menyemai sifat simpati dan keikhlasan untuk

menolong komuniti.

3.3.3.2 Khidmat sosial

 Lawatan ke Agensi Kerajaan  Pengurusan Bencana

 Pameran Peluang Pekerjaan  Teknologi Maklumat

 Aktiviti Simulasi Oleh Pelajar  Keusahawan Sosial

/Agensi  Kesejahteraan Masyarakat

 Tanggungjawab Pendidikan  Inovasi, kesenian dan kebudayaan

 Pembangunan Komuniti  Sukan dan lain-lain.

 Kesihatan

3.4 Tempoh masa perancangan dan pelaksanaan (cadangan) :
a. Perancangan : 2 jam
b. Pelaksanaan : 8 jam
c. Laporan : 2 jam
d. Perbentangan : 15 minit
Jumlah : 12 jam

3.5 Format kertas cadangan
a. Pengenalan
b. Rasional
c. Objektif
d. Perancangan Kerja
e. Ahli Jawatankuasa
f. Strategi pelaksanaan
g. Belanjawan
h. Surat Kebenaran

3.6 Format laporan
a. Nama aktiviti
b. Ulasan Pelaksanaan Aktiviti
c. Ulasan Pencapaian Objektif
d. Refleksi Pencapaian Kendiri
e. Gambar Aktiviti
f. Pengesahan / Perakuan

4.0 PERANAN PELAJAR
 Mengenalpasti ahli kumpulan
 Membuat pemilihan aktiviti yang sesuai
 Menyediakan kertas cadangan
 Merancang aktiviti
 Mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti
 Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan
 Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

5.0 PERANAN FASILITATOR
 Membantu merancang aktiviti yang dijalankan.
 Meneliti kertas cadangan dan mencadangkan penambahbaikan.
 Memantau aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan semasa aktiviti
dijalankan.


Click to View FlipBook Version