The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaharusli, 2020-11-05 04:40:37

2.5 Prinsip Sistem Hidraulik

Prinsip Sistem Hidraulik

1. Apabila tekanan dikenakan pada suatu cecair dalam
bekas tertutup, tekanan tersebut dapat dipindahkan ke
semua bahagian cecair itu secara seragam.

2. Prinsip ini disebut Prinsip Hidraulik atau Prinsip
Pascal.





1. Sistem hidraulik beroperasi berdasarkan prinsip
bahawa cecair tidak dapat dimampatkan. Apabila
satu daya dikena ke atas cecair, tekanan yang terhasil
dipindahkan ke seluruh cecair secara seragam.

2. Pada amnya, sistem hidraulik terdiri daripada dua
silinder beromboh iaitu omboh kecil dan omboh besar.

3. Daya yang terhasil pada omboh besar adalah
berlipat ganda berbanding dengan daya pada omboh
kecil

Daya bertindak pada omboh kecil F1 = Daya bertindak pada omboh besar F2
Luas permukaan omboh kecil , A1 Luas permukaan omboh besar, A2

Satu sistem hidraulik dengan luas permukaan bagi
omboh kecil 0.01m2 dan omboh besar 1m2 . Berapa
beratkah beban yang boleh dinaikkan oleh sistem ini jika
daya yang dikenakan pada omboh kecil ialah 20N ?

Penyelesaian :

F1 = F2

A1 A2
20 = F2

0.01 1
F2 = 20 X 1

0.01
= 2000 N








Click to View FlipBook Version