The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rubbanahnaaikher, 2022-05-26 04:36:59

EDITED EFOLIO NMM

EDITED EFOLIO NMM

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 4-5
3 ISI (SCENE) 6-8
4 STORYLINE 9
PENUTUP

2

PENGENALAN

Perkataan ‘keluarga’ berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu kula dan warga
(kulawarga) yang bererti anggota kelompok kerabat. Keluarga merujuk lingkungan orang-
orang yang memiliki hubungan darah bersatu. Menurut kamus dewan (2005), keluarga
merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.
Tanggungjawab terhadap keuarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
individu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga
maruah keluarga. Tanggungjawab individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang
seperti tanggungjawab kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Setiap anak
bertanggungjawab menjaga, mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya.
Tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarganya pula ialah memerikan perlindungan,
nafkah, kasih sayang dan didikan kepada isteri dan anak-anaknya. Individu berkenaan
bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya. Keluarga merupakan unit terkecil
yang membentuk sebuah masyarakat. Antara ciri keluarga ialah hidup dalam satu rumah
tangga di bawah asuhan seseorang ketua keluarga atau rumah tangga seperti ayah atau anak
lelaki, berinteraksi antara ahli keluarga dan setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing. Menghormati ibu bapa, memupuk hubungan yang baik,
menjaga nama baik keluarga dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada seluruh
anggota keluarga adalah tanggungjawab individu terhadap keluarga.

3

ISI (SCENE)

1) Menjaga Aib Keluarga

 Rahsia keluarga adalah hal yang paling penting dalam keluarga. Setiap keluarga
pasti memiliki rahsia yang tidak perlu atau tidak pantas diketahui oleh orang lain.
Sehingga anak-anak harus diajarkan untuk menjaga rahsia tersebut. Bila rahsia
keluarga telah tersebar dalam kalangan masyarakat, apalagi rahsia keluarga yang
buruk, maka ini akan mencemarkan nama baik keluarga.

2) Menjaga Tutur Kata Dalam Kalangan Orang Ramai

 Tutur kata adalah penting untuk menjaga nama baik dirinya. Hal ini dikatakan
demikian kerana lidah kita bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim dengan
seseorang, malah juga dapat menyinggung perasaan orang lain. Tamsilnya, kita boleh
menggunakan bahasa yang sopan seperti terima kasih sebagai tanda penghargaan
atas pertolongan yang diberikan oleh orang lain. Jika kita telah melakukan apa-apa
kesalahan, kita juga boleh meminta maaf dengan segera. Tindakan ini sememangnya
dapat mengharumkan nama diri kita dan keluarga kita. Jelasnya, percakapan seharian
juga dapat meningkatkan nama baik seseorang terutamanya golongan remaja.

3) Bergaul Dengan Kawan-Kawan yang Baik

 Golongan remaja harus menjaga batas pergaulan dengan memilih rakan
dengan baik. Pergaulan yang berhemah dapat mengharumkan nama
keluarga dan diri sendiri kerana kawan yang baik tidak akan melibatkan diri kita
dalam gejala sosial. Sebaliknya, jika seseorang remaja tersalah pilih rakan,
mereka berkemungkinan besar terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak
bermoral seperti merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Pada masa yang
sama, mereka yang ingin menyelamatkan diri mereka akan menunjukkan sikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan
meninggalkan kita untuk berdepan dengan situasi yang akan dihadapi.

4

Tuntasnya, pergaulan yang baik dapat mengelakkan diri daripada terlibat
dalam perkara yang akan memburukkan nama baik kita dan keluarga.

ISI (SCENE)

4) Menjaga Penampilan Dalam Kalangan Orang Ramai

 Golongan remaja mesti menjaga penampilan diri dalam kalangan orang ramai.
Umum mengetahui bahawa kecantikan dan kekemasan fizikal kita merupakan unsur
yang penting bagi meninggalkan tanggapan pertama kepada orang lain. Bukan itu
sahaja, nama baik keluarga kita juga mempunyai hubungan rapat dengan personaliti
kita. Jika kita sering kali menunjukkan rupa fizikal yang kemas dan personaliti yang
baik, kita dapat memberi tanggapan dan penghormatan asas daripada orang lain.
Intihanya, penampilan diri yang baik sudah pasti dapat meningkatkan imej keluarga
kita dan diri sendiri agar disenangi oleh orang ramai.

5) Belajar Bersungguh-Sungguh

 Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang
cemerlang. Keluarga kita pasti akan gembira apabila kita mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalam sekolah mahupun
peperiksaan awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas semasa guru sedang
mengajar. Sekiranya kita tidak menumpukan perhatian dalam kelas dan pada
masa yang sama tidak menghadiri kelas secara konsisten, ia akan
mendatangkan nama buruk pada keluarga kita apabila surat amaran telah
diberi oleh pensyarah subjek. Kejayaan yang akan kita peroleh daripada hasil
usaha kita yang bersungguh-sungguh ini tentulah akan menaikkan nama baik
keluarga kita. Sebagai contoh, dalam kalangan masyarakat, nama baik
keluarga kita akan terserlah dan terbina. Jelasnya, kita perlu belajar

5

bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang untuk
menjaga nama baik keluarga kita.

STORYLINE

Pada waktu pagi, selepas habisnya kelas subjek Keusahawanan, Jothi berjalan
menuju ke Kafe Pentadbiran untuk membeli sarapan. Dalam perjalanannya itu, dia ternampak
Stella duduk di atas kerusi bangku berdekatan. Apabila Jothi mendekati Stella, dia perasan
bahawa muka Stella nampak seperti muram dan sedih. Lalu, Jothi menyapa Stella dan
menanyakan khabar. Stella pun memberitahu Jothi yang dia tengah memikirkan tentang
keluarganya. Jothi yang ingin tahu itu, meminta Stella untuk menceritakan tentang masalah
yang dihadapi oleh Stella, Namun, Stella berasa keliru jika dia ingin menceritakan masalahnya
kepada Jothi atau tidak. Dalam masa yang sama, Stella juga bercadang untuk menceritakan
kepada Jothi kerana persahabatan mereka dan kemudian dia pun membuka cerita. Hal ini,
kerana, Stella mempercayai bahawa Jothi akan merahsiakan masalah Stella daripada
sesiapa pun. Masalah Stella ialah tentang keluarganya yang mengalami masalah kewangan
dengan hutang yang banyak dan ibu bapa dia bergelut untuk mendapatkan wang agar beban
dapat dikurangkan. Selain itu, Jothi berasa kesian akan Stella dan menasihatnya agar tidak
perlu menyusahkan diri kerana masalah boleh diselesaikan. Lalu, Stella pergi ke
perpustakaan setelah menceritakan hal itu kerana berasa sedikit lega.

Pada waktu tengahari, Jothi datang ke kelas dan ternampak Ruby yang datang awal,
duduk di dalam kelas. Jothi masuk ke dalam kelas dan berbual dengan rubi sebelum
pensyarah datang ke kelas untuk mengajar. Jothi bertanya pada Ruby jika dia mengenali
Stella rakan sekelas mereka dan Ruby menjawab bahawa dia mengenali Stella. Lalu, Ruby
pun menanyakan soalan dengan Jothi jika ada apa-apa cerita berkaitan dengan Stella.
Setelah itu, Jothi memecahkan rahsia yang telah diberitahu oleh Stella mengenai masalah
kewangan keluarganya. Ruby dan Johti juga sempat mempersendakan Stella dengan
masalah yang dihadapinya. Namun begitu, Jothi juga mengatakan pada Ruby bahawa Stella
ingin Jothi merahsiakan masalah keluarganya tapi oleh sebab mereka mempunyai topik untuk
bercerita mereka tidak mempedulikan Stella. Tidak lama selepas itu, Stella datang ke kelas
dan bersapa dengan Jothi dan Ruby. Stella berbual sebentar dengan mereka sebelum menuju
ke tempat duduknya. Sebaik sahaja Stella duduk di tempatnya, dia ternampak yang Ruby

6

dengan Jothi senyum sinis ke arahnya. Stella masih rasa sedih dengan masalah yang
dihadapinya.

Pada keesokan paginya, sambil menunggu kelas seterusnya, Jothi dan Natthavod
menyibukkan diri dengan membuat kerja sendiri. Tidak lama kemudian, Natthavod membuka
cerita dengan menanyakan Jothi tentang keputusan markah ujian minggu lalu. Jothi
memberitahu Natthavod yang dia sudah dapat markah ujian tersebut dan Natthavod langsung
bertanyakan tentang markahnya. Jothi kemudiannya memberitahu markahnya sebanyak 50
peratus dan Natthavod menggelakkan Jothi kerana Natthavood memperolehi markah
sebanyak 80. Natthavod berlagak pandai pada Jothi dan memanggil Jothi ‘bodoh’ kerana
mendapat keputusan yang rendah. Walaubagaimanapun, Jothi tetap mengucapkan tahniah
kepada Natthavod kerana dapat memperolehi markah yang tinggi dalam ujian tersebut.
Setelah itu, Natthavod juga menyatakan ujian yang senang macam ini pun Jothi tidak dapat
menjawab dengan baik dan terus menggelakkan Jothi. Jothi dengan perasaan marah dan
sedih meninggalkan Natthavod lalu pergi ke luar kelas. Dalam masa yang sama, Stella dan
kawan Stella, Nisa duduk di belakang mereka berdua. Nisa membualkan cara Natthavod
bercakap dengan Jothi dan Stella menyatakan bahawa Natthavod sudah terbiasa bercakap
seperti itu dengan rakan-rakannya. Namun, cara dia bertutur tidak sopan walaupun dengan
kawan. Nisa dan Stella sama-sama bersetuju apabila Nisa mengatakan yang Natthavod
mungkin tidak ditegur di dalam keluarganya.

Pada waktu tengahari, Ruby, Stella dan Haiza berjalan menuju ke ruang depan jabatan.
Ruby tiba-tiba mengajak Stella dan Haiza untuk ponteng kelas kerana kelas tersebut
membosankan. Mereka bertiga bersetuju bahawa kelas seterusnya bosan dan merasakan diri
mereka dipaksa untuk menghadiri kelas tersebut. Lalu, Ruby pun mencadangkan mereka
ponteng kelas dan keluar berjalan-jalan ke pekan, Pada masa yang sama, Jothi berjalan
menuju ke kelas dan Ruby ternampak dia. Ruby ingin mengajak Jothi untuk keluar bersama-
sama dengan mereka bertiga. Namun, Jothi menolak ajakan tersebut kerana dia ingin ke kelas
dan berehat selepas kelas habis. Kemudian, mereka bertiga meninggalkan Jothi yang ingin
ke kelas yang membosankan itu sambill diperli oleh Stella. Semasa dalam perjalanan ke kelas,
Jothi bermonolog tentang betapa susahnya ibu bapanya menghantarnya pergi belajar dan
tidak seharusnya membairkan masa dengan tidak menghadiri kelas. Hal ini kerana, dia tidak
meninginkan nama keluarganya mendapat nama buruk sebab ponteng kelas. Jothi membuat
keputusan untuk mengurangkan pergaulannya dengan mereka bertiga.

7

Tiga hari selepas itu, Stella berjalan ke kelas pada waktu pagi dengan memakai
pakaian yang menjolok mata orang ramai iaitu skirt yang pendek. Ruby dan Jothi yang
kebetulannya berda berhampiran ternampak pemakaian yang dipakai oleh Stella. Lalu,
mereka inin menegur Stella. Kemudian Jothi memanggil Stella dan Stella menjawab. Ruby
bertanya kepada Stella mengapa dia berpakaian seperti ini walhal kolej mereka mempunyai
peraturan yang perlu dipatuhi. Stella memberitahu mereka bahawa dia lebih selesa memakai
pakaian seperti ini dan dia tidak ingin mematuhi peraturan kolejnya. Kemudian, Ruby
menegaskan bahawa penampilan luaran mencerminkan sikap keluarga Stella dan ia boleh
mencemarkan nama baik keluarga. Stella terkejut dan bertanyakan jika mereka bercakap
benar dan Ruby menjawab ya kerana mata orang ramai bukan semua baik. Lalu, Ruby
memberi cadangan agar Stella menukarkan skirt yang digunakannya kepada pakaian yang
lebih sesuai. Stella juga sempat berterima kasih kepada Ruby dan Jothi kerana telah
memberinya nasihat langsung dia balik ke biliknya untuk tukar pakaian.

Pada waktu petangnya, Natthavod dan Ruby duduk di sebuah pondok untuk
membuat ulangkaji subjek untuk peperiksaan akhir yang akan datang pada bulan hadapan.
Ruby yang sedang membuat ulangkajinya menegur Natthavod kerana dia bermain video
permainan walaupun dia seharusnya belajar. Ruby menyatakan bahawa peperiksaan akhir
akan tiba tidak lama lagi, dan menyuruh Natthavod untuk berhenti bermain dengan telefon
pintarnya. Natthavod tidak mahu mendengarkan Ruby dan menyatakan bahawa dia masih
ada keluarga yang boleh menanggungnya jika dapat markah yang tidak cemerlang. Setelah
itu, Ruby juga menegaskan yang Natthavod akan menjejaskan nama keluarganya jika tidak
berfikiran matang dan hanya bergantung kepada keluarganya sahaja. Selain itu, jika
Natthavod memperolehi markah yang teruk berkali-kali, ia akan menjatuhkan maruah
keluarga. Setelah mendengar nasihat Ruby itu, Natthavod sedar bahawa dia tidak seharusnya
bersikap seperti itu, Ruby kemudiannya mengajaknya membuat latihan agar dapat menjawab
peperiksaan akhir tersebut dan Natthavod bersetuju untuk belajar bersama-sama Ruby.

8

PENUTUP
Kesimpulannya, jika semua ahli keluarga mengambil tahu tentang peranan dan
tanggungjawab masing-masing, maka keluarga yang bahagia akan dapat dilahirkan. Keluarga
bahagia ialah sebuah keluarga yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah keluarga
melalui perbincangan yang baik. Selain itu, ahli keluarga juga hendaklah saling memahami
antara satu sama lain. Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah.
Perkataan BAHAGIA melambangkan sesuatu yang indah dan memberi keseronokkan.
Kebahagiaan boleh dihubungkaitkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan
tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa yang
tenang.

9


Click to View FlipBook Version