The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HILWANI BINTI AHMAD WAHAB Moe, 2021-03-15 18:03:15

Kursus Kepimpinan Pengawas SPBT

Pengawas SPBT

KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS SPBT

SK (F) BUKIT KEPAYANG
CBAA 109

16 MAC 2021
SELASA

7.40-10.40

BORN TO BE A LEADER

PENDAHULUAN

Pengawas SPBT ditubuhkan untuk membantu
pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah dengan
lebih lancar dan efisien. Dengan adanya para
pengawas yang dilantik, akan dapat memartabatkan
buku teks sebagai rujukan utama di sekolah dan
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.

VISI

Ke arah kepimpinan bersifat ilmiah dan efisien.

MISI

Melahirkan pengawas SPBT berketerampilan dan
berdedikasi.

OBJEKTIF

Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.
Melengkapkan ahli dengan kemahiran kepimpinan
supaya mampu menjalankan tugas pengawas dengan
baik. Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah dan
kerjasama dalam kumpulan.

BIDANG TUGAS PENGAWAS SPBT

1.Membantu pengurusan dan proses buku teks
sekolah.

2. Membantu dalam penyeliaan dan keceriaan bilik
BOSS.

3. Menyediakan perkhidmatan membaikpulih dan
membalut buku teks.

4. Membantu menceriakan laman SPBT.
5. Bertugas berdasarkan jadual tugas yang telah

disediakan.
6. Memastikan bilik BOSS sentiasa dalam keadaan

bersih dan ceria sepanjang masa.
7. Membantu guru SPBT membuat pemantauan dan

penyeliaan buku teks di tangan murid.
8. Tidak membawa murid yang bukan ahli kelab SPBT

ke bilik BOSS.
9. Mematuhi peraturan penggunaan bilik BOSS

sepanjang masa.
10. Melaporkan sebarang masalah yang berkaitan

dengan SPBT kepada guru SPBT.

PERATURAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (B0SS)

1. Murid tidak dibenarkan masuk kedalam bilik
BOSS tanpa kebenaran guru penyelaras SPBT.

2. Menjaga keselamatan harta benda di dalam bilik
SPBT adalah tanggungjawab kita.

3. Lakukan dengan cermat proses peminjaman
dan pemulangan buku teks.

4. Susan dan letakkan semua buku di tempat yang
telah disediakan.

5. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan,
bahan atau buku dari bilik ini kecuali dengan
keizinan guru penyelaras SPBT.

6. Dilarang memakai kasut ketika berada di dalam
bilik SPBT.

7. Laporkan segera sekiranya ada sebarang
kegiatan yang mencurigakan.

8. Menjaga disiplin dan tidak membuat bising
semasa berurusan di bilik BOSS.

9. Hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan
kekemasan dan keceriaan bilik BOSS.



AKU JANJI PENGAWAS SPBT

Adalah saya dengan ini berjanji akan memegang
Jawatan sebagai PENGAWAS SPBT dengan penuh rasa
tanggungjawab, dedikasi, berkomitmen dan mematuhi
segala peraturan sekolah dan peraturan SPBT. Saya juga
berjanji akan:

i. Membantu pengurusan dan proses buku teks sekolah.
ii. Membantu dalam penyeliaan dan keceriaan bilik BOSS.
iii. Menyediakan perkhidmatan membaikpulih dan

membalut buku teks.
iv. Membantu menceriakan laman SPBT.
v. Bertugas berdasarkan jadual tugas yang telah

disediakan
vi. Memastikan bilik BOSS dalam keadaan bersih, kemas

dan ceria sepanjang masa.
vii. Membantu guru SPBT membuat pemantauan dan

penyeliaan buku teks di tangan murid.
viii. Mematuhi peraturan penggunaan bilik BOSS

sepanjang masa.
ix. Melaporkan sebarang masalah yag berkaitan dengan

SPBT kepada guru SPBT.

Jika saya didapati mengulangi kesalahan yang sama,
pihak sekolah boleh mengambil tindakan dan boleh
Melucutkan jawatan saya sebagai PENGAWAS SPBT
serta- merta.

SAYANGI BUKU
TEKS ANDA

BUKU DIJAGA
ILMU DITIMBA

CINTAI ILMU, HARGAI BUKU,
ILMU DIJULANG, MURID CEMERLANG,

SEKOLAH GEMILANG

Sayangi buku
Pentingkan ilmu
Banyakkan membaca
T eruskan berusaha


Click to View FlipBook Version