The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HILWANI BINTI AHMAD WAHAB Moe, 2021-06-21 01:54:11

NOTA PENGAKAP KANAK- KANAK SKBK

NOTA PENGAKAP KANAK- KANAK SKBK

SEKOLAH KEBANGSAAAN FELDA
BUKIT KEPAYANG

28330, Triang, Pahang.

NOTA
PENGAKAP
KANAK– KANAK

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-Powell pada tahun
1907 di England. Nama penuh beliau ialah Lieutenant-General Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell. Beliau lahir di London, England pada 22
Februari 1857. Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Uni-
versity of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta Grace Smyth. Beliau
merupakan bekas pegawai tentera British. Beliau telah berkhidmat di banyak
perang-perang
terutamanya di Afrika

Lord Baden-Powell

Pada tahun 1876, Baden-Powell telah menyertai

pasukan “13th Hussar” dengan pangkat sebagai “Lieutenant”. Beliau kemudian

belajar ilmu ketenteraan dan kepengakapan dari Puak Zulu seawall tahun

1880 di Daerah Natal, Afrika Selatan di mana dia dan rejimennya ditempat-

kan. Semasa dalam pengembaraannya di sini, dia telah menjumpai banyak

manik kayu, yang mana manik kayu ini dipercayai dimiliki oleh Raja Dinizulu,

iaitu salah seorang Raja Kaum Zulu pada masa itu. Manik kayu inilah yang

menjadi simbol kepimpinan dalam kepengakapan seperti hari ini.

Baden-Powell sebagai tentera.

Oleh kerana beliau telah menunjukkan kepimpinan yang baik semasa
dalam perkhidmatannya, beliau telah dinaikkan ke pangkat “Major” dan
sebagai “Aide-de-camp” atau setiausaha kepada bapa saudaranya,
Gabenor Kepulauan Malta, Sir Henry Agustus Smyth. Dia ditempatkan di
Malta selama 3 tahun dan selama di situ dia bekerja sebagai pegawai
perisik bagi kepualauan Maditerranean.

Manik Kayu atau "Wood Badge"

Pada tahun 1896, beliau telah kembali ke Afrika dan berkhid-
mat dalam Perang Matabele ke-2. Di sini dia telah bertemu
dengan Peninjau dari Tentera Amerika Syarikat bernama
Frederick Russell Burnham. Baden-Powell telah belajar ilmu
ikhtiar hidup dan kepengakapan dari Frederick Russel
Burnham. Adalah dipercayai juga Frederick memakai
topi “Stetson” (Topi bulat dan tali) dan “neckerchief” (Skaf
tiga segi), yang menjadi simbolik pergerakan pengakap pada
hari ini.

Baden-Powell kemudian di tempatkan di Gold Coast. Pada tahun 1897, beliau dihantar ke India

untuk berkhidmat dalam Perang Ashanti ke-4. Beliau telah dinaikkan ke pangkat “Colonel” pada
usianya 40 tahun, yang mana beliau adalah “Colonel” termuda dalam sejarah ketenteraan
British. Beliau ditugaskan untuk memimpin “5th Dragoon Guards”. Beberapa tahun kemudian dia

telah menulis sebuah buku panduan mini bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini menulis tentang
ringkasan ilmu meninjau (scouting) yang dipelajarinya daripada Frederick Burnham.

Perang Mafeking

Baden-Powell telah kembali ke Afrika sebelum Perang Boer ke-2. Pada masa ini, Baden-Powell telah
diarahkan untuk bertahan di Mafeking. Mafeking pada masa itu sedang dikepung oleh seramai 8
000 orang tentera Boer. Baden-Powell yang pada ketika itu mengetuai pertahanan Mafeking hanya
mempunyai kira-kira 1 500 orang tentera, telah bertahan selama 217 hari. Daripada jumlah itu,
beliau telah kehilangan seramai 812 orang tentera manakala Tentera Boer telah kehilangan seramai
2 000 orang tentera.

Strategi Perang Mafeking oleh Baden-Powell.

Semasa pengepungan Mafeking ini, Baden-Powell telah menggunakan pelbagai strategi pepe-
rangan seperti menanam periuk api palsu untuk mengelirukan pihak lawan dan
menubuhkan “Mafeking Cadets” yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja yang berusia an-
tara 12 hingga 15 tahun. “Mafeking Cadets” ini ditugaskan untuk menyampaikan maklumat,
memberi rawatan dan membawa keluar tentera yang cedera dalam medan perang. Baden-Powell
mendapati kanak-kanak ini mampu menjalankan tugas yang diberi kepada mereka dengan baik.
Peristiwa inilah yang memberikan idea kepada Baden-Powell
untuk menubuhkan unit pengakap

Penubuhan Pengakap

Atas kejayaan “Mafeking Cadets” ini dan berdasarkan pengalamannya,
Baden-Powell telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Aids to
Scouting”. Buku ini telah diterima dengan meluas oleh semua pihak
termasuk pihak guru dan persatuan belia. Beliau kemudian menulis
kembali buku itu supaya sesuai dengan pembaca kanak-kanak.

"Mafeking Cadets"

Peserta Perkhemahan Pulau Brownsea, 1907 Tapak Perkhemahan Pulau Brownsea, 1907

Pada 1 hingga 8 Ogos 1907, beliau telah membawa sekumpulan 21 orang kanak-kanak untuk
berkhemah di Pulau Brownsea, England. Kesemua kanak-kanak ini telah dibahagikan kepada 4
patrol, yang menjadikan sistem patrol pada hari ini. Kesemua mereka berkhemah, memantau,
membuat gajet dan ikhtiar hidup, menyelamatkan nyawa dan menanamkan semangat patriotik.

Tugu Peringatan Perkhemahan Pertama Pengakap. Tugu Peringatan Perkhemahan Pertama Pengakap.

Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol atau lambang
pengakap, semua peserta tidak memakai uniform seragam tetapi
kesemua mereka memakai skaf (“neckerchief” – seperti yang dipakai
oleh Frederick Russel Burnham). Mereka juga diberi lencana “fluer-de-
lis” yang mana hari ini menjadi simbol asas lambang pengakap dunia.

Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol atau lambang pengakap,
semua peserta tidak memakai uniform seragam tetapi kesemua mereka memakai
skaf (“neckerchief” – seperti yang dipakai oleh Frederick Russel Burnham).
Mereka juga diberi lencana “fluer-de-lis” yang mana hari ini menjadi simbol asas
lambang pengakap dunia.

Setelah lulus semua ujian ikatan, menjejak dan bendera kebangsaan, peserta perkhemahan ini
akan diberikan lencana yang tertulis “Be Prepared” seperti yang diguna pakai oleh semua
pengakap seluruh dunia pada hari ini.
Perkhemahan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Perkhemahan Pengakap Pertama.
Pada tahun 1920, Jambori Dunia Pengakap Pertama (1st World Scout Jamboree) telah diadakan
di Olympia, West Kensington, London. Di sini, Baden-Powell telah dinamakan sebagai Pengakap
Agung Dunia (Chief Scout of The World).
Pada tahun 1921, Baden-Powell telah diberikan gelaran kenamaan “Baronet” menjadikan
namanya Baron Baden-Powell of Gillwell in the Country of Essex. Pada 17 September 1929,
Taman Gillwell (Gillwell Park) telah dibuka dan dijadikan Pusat Latihan Pemimpin Pengakap.
Pada tahun 1937 di Jambori Dunia Pengakap ke-5 (5th World Scout Jamboree), Baden-Powell
telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kepengakapan

Pada tahun 1941, Baden-Powell telah menghembuskan nafas terakhirnya dan telah ditanam di St.
Peter’s Cemetary di Nyeri, Kenya. Pada batu kuburnya terlukis simbol “O” yang mempunyai titik di
tengah yang mana dalam isyarat sulit pengakap bermaksud “Saya sudah pulang”.

PENGAKAP KANAK-KANAK

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform
(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam perge-
rakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli
yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah
rendah)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan
yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum
yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai di-
jalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mu-
dah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan
sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di ka-
langan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan

jasmani mereka;

• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara mem

beri pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;

• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam
• bidang-bidang tertentu;

• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras

dengan hasrat Rukunegara;

• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping

dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan

• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada

sekolah dan masyarakat.

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

Sebelum menjadi seorang ahli Pengakap Kanak-kanak, seseorang budak itu
perlu mengetahui beberapa perkara yang melayakkannya memakai
Lencana Keahlian Pengakap.

Berikut adalah ujian yang perlu LULUS bagi memakai Lencana Keahlian Pengakap:-
1. Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Dunia
2. Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4. Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap
5. Sejarah Pergerakan Pengakap
6. Sejarah ringkas Pergerakan Pengakap
7. Cerita Hutan
8. Laung Agung

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Tiga kelopak yang berwarna merah melambangkan tiga elemen di dalam Persetiaan
Malaysia Pengakap
Bintang kuning berbucu 14 melambangkan Kesemua Negeri di Malaysia.
Dua bintang hijau berbucu lima berwarna hijau (10 bucu) melambangkan Undang-
undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau pada pangkal kelopak merah itu melambangkan Persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali yang berwarana kuning melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia.
Bulan sabit berwarna kuning melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi di Malaysia.
Warna pada logo melambangkan :
1. Merah – melambangkan keberanian

2. Kuning – melambangkan kedaulatan Raja dan Negara

3. Hijau - melambangkan warna rasmi Pengakap

Tiga kelopak yang berwarna putih melambang tiga elemen dalam Persetiaan Pengakap.

Dua bintang berbucu lima berwarna ungu (10 bucu) melambangkan Undang-undang
Pengakap yang sepuluh.

Ikatan Buku Sila berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap.Lingkaran tali
berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap Dunia.

Warna Ungu melambangkan Warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna Putih melambangkan Kebersihan dan Kesucian.

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG

PERSETIAAN PENGAKAP

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua
Pengakap adalah seorang yang TAAT kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan BERSAUDARA kepada lain-lain pengakap walau
apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna BUDI pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam
Pengakap itu baik dan KASIH kepada segala BINATANG.
Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
Kesembilan
Pengakap itu JIMAT dan cermat
Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan SUCI FIKIRANnya, PERKATAANnya dan PERBUATANnya.



CERITA HUTAN

AKELA

Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mere-
ka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan
sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak
-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor
anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh mem-
bunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada
suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu.
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan,
seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjuk-
kan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau
dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota
Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu be-
sar. “Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama
kumpulan Serigala!” katanya

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa
tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu,
dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap me-
nyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

“Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?” tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak
seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-
matian utnuk mempertahankan Mowgli.

Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan
ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.
Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan me-
nyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera,
seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak ber-
suara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh
dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.

Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah
lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai
mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Teta-
pi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan
dapat memberi pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.

MOWGLI

Mowgli Menjadi Anak Serigala

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci
oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah
khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang
masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpi-
jak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu
keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak
manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang terting-
gal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik
hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak
serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak
itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepa-
danya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah
(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu da-
ripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat
makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwan-
ya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari
dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu
tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di
dalam hutan.

MOWGLI

Berguru Kepada Baloo

Bapa Serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain segala rahsia hutan, mengenai
segala binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan dan cuaca. Baloo pula mengajarnya
Undang-undang Hutan sementara Bagheera selalu bermain-main dengannya dan memanjakannya.

Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula
mempelajari berbagai-bagai perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar Undang-undang
yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit sebanyak mereka
tak mahu belajar lagi.

Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan yang sebenarnya bukan tempat hidup un-
tuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta merbaha-
ya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli boleh

Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan lain daripada kum-
pulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik kumpulannya.

“Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain,” kata Baloo, “kita mestilah berkata begini:’benarkanlah
saya berburu di sini kerana saya lapar!’ Binatang-binatang di kawasan itu akan menjawab: ‘Berburulah un-
tuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka’.”

Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai
jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang memer-
hatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo menga-
takan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli kerap juga calar-calar
terkena kukunya.

“Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku yang mengasihinya, daripada dia
menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu terlebih dahulu,” kata Baloo. “Saya mengajarnya
Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam hutan.”

Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta pertolongan dengan sesiapa sahaja, terma-
suk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-
binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakanya.

Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga Mowgli berkawan dengan Kumpulan
Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya
yang besar kepada dirinya sendiri.

Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil

menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila

bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS

BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

LENCANA PENGAKAP KANAK – KANAK

SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK– KANAK



AJK PROGRAM

Lirik Lagu Pengakap Malaysia

JK INDUKKami Pengakap Malaysia

Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang Bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara JK PELAKSANA

Taat, menurut perintah

Kami bangga junjung cita-cita Hadiah dan cenderamata

Pengakap Malaysia Pn. Zakiah Bt. Mohd Tahir

Kami bangga junjung cita-cita Pn. Siti Maznah Bt. Salehin
Pengakap, Pengakap Malaysia

Dokumentasi & Laporan
Pn. Hastini Bt. Awang

Pn. Siti Mariam Bt. Hassan

Fotografi
En. Ahmad Shahrin B. Ab. Samat

Pn. Noraini Bt. Jumain

Buku Program
Cik Fatin Syahirah Bt. Raduan

Pn. Mardiana Bt. Abu Bakar


Click to View FlipBook Version