The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bmf2007052, 2021-05-03 09:59:02

FIQH- Assignment lengkap

FIQH- Assignment lengkap

DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE
DBF 3C

FIQH MUAMALAT 1 (ECO2073)
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN (AKIBAT PENCERAIAN)

NAMA AHLI KUMPULAN ID PELAJAR
NURUL HIDAYAH BINTI ZON BMF 20-07-052
UMI UMAIRAH BINTI MUZAFALILATON BMF 20-07-053
NURSYAMIMI BINTI MOHD SATAR BMF20-07-054
FAIZATUL HANIM BINTI ROSLAN BMF 20-07-055

NAMA PENSYARAH : PUAN ASHIKIN BINTI SALLEH.
TARIKH HANTAR : 14 MAY 2021

1

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat kami sekumpulan menyempurnakan tugasan bagi khursus Fiqh Muamalat 1
(ECO2071) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada Puan Ashikin Binti Salleh ,selaku Pensyarah Fiqh Muamalat 1 kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus
dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Puan
Ashikin Binti Salleh atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan
ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapadilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
ISI KANDUNGAN 5
Organisasi Laporan 8
Isu- isu semasa 11
Pandangan Ulama’ / Syarak 12
Cadangan Kaedah Penyelesaian
Rujukan dan nota kaki.

3

ORGANISASI LAPORAN
• Tugasan telah diterima

16/4/2021

• Mengkaji dan membuat penyelidikan tentang kehendak soalan tugasan yang
15/4/2021 diterima.

• Perbincangan dan pembahagian tugas dijalankam melalui meet di platform
18/3/2021 Teams.

• Membuat penyelidikan dan mencari isu isu yang berkaitan dengan tuntutan
23/4/2021 harta sepencarian.

• Mencari pandangan ulama' berkaitan isu yang dikemukan.

25/4/2021

• Mengemukan cadangan kaedah penyelesaian berkaitan isu

28/4/2021

• Menyusun laporan dan membuat semakan.

2/5/2021

• Menghantar tugasan

14/5/201

4

ISU-ISU BERKAITAN TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN (AKIBAT PENCERAIAN)

 ISU PERTAMA

Dalam kes Boto bt Taha lwn. Jaafar bin Muhamed 29. Plaintif (isteri) bekerja sebagi pembantu di
sebuah kedai kopi. Manakala defendan(suami) bekerja sebagai pemborong ikan di Dungun,
Terengganu. Perniagaan suami itu kemudiannya semakin maju dan dia menggunakan hasil
keuntungannya untuk membeli sebuah rumah, sebidang tanah, empat bot ikan, jaring ikan dan
satu gerai menjual ikan. Keduanya kemudian dari itu telah bercerai dan si suami hanya memberi
nafkah dalam tempoh idah isterinya sahaja.

Plaintif menuntut sebahagian daripada harta yang diperolehi semasa perkahwinan mereka dan
sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi daripada harta harta yang diperolehi semasa
perkahwinan mereka. Hakim Salleh Abas dalam memutuskan hal ini menyatakan bahawa harta-
harta tersebut adalah harta sepencarian kecuali salah satu daripada bot yang telah didaftarkan
di atas nama mereka secara bersama. Harta sepencarian itu haruslah dibahagikan mengikut
jumlah 1/3 kepada pihak isteri dan 2/3 kepada pihak suami. Bot itu pula dijual dan hasilnya
dibahagi sama rata di antara mereka. Alasan kepada keputusannya itu adalah kerana harta-harta
itu diperolehi hasil usaha daripada suami seorang diri. Namun begitu, keterangan membuktikan
bahawa si isteri telah membantu suaminya di dalam perniagaannya sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

5

 ISU KEDUA

Harta Sepencarian di bawah Undang-Undang Islam Kes pertama mengenai harta sepencarian
yang dilaporkan di negara ini adalah kes Tijah lwn. Mat Ali 14 kes ini telah diputuskan di Pulau
Pinang pada tahun 1884. Kedua-dua pihak, semasa tempoh perkahwinan mereka, telah menyewa
sebidang tanah yang mereka gunakan untuk menanam padi dan tempat membuat gula nipah.
Hasil jualan padi dan gula itu telah mereka gunakan sebahagiannya untuk perbelanjaan harian
manakala selebihnya di simpan oleh suami. Apabila mereka bercerai, isteri telah menuntut RM50
daripada suaminya. Jumlah ini merupakan sebahagian jumlah yang disimpan oleh suami.

Kadi yang dipanggil oleh mahkamah telah memberi keterangan bahawa mengikut undang-
undang Islam seseorang isteri yang bercerai berhak mendapatkan separuh harta yang diusahakan
bersama oleh suami isteri itu semasa mereka berkahwin. Daripada kes ini dapat dilihat bahawa
mahkamah mengiktiraf penggunaan undang-undang Islam dalam menentukan harta
sepencarian. Namun begitu, kes ini telah kemudiannya diputuskan dengan menggunakan prinsip
undang-undang Inggeris. Ini terjadi kerana si suami merayu akan keputusan yang memihak
kepada isterinya. Hakim dalam kes ini telah memutuskan rayuan pihak suami itu telah
mengatakan bahawa pendapatan bersama suami dan isteri semasa tempoh perkahwinan mereka
adalah milik suami seorang.

6

 ISU KETIGA

Sumbangan kedua-dua pihak Misalnya kes Robert @ Kamarulzaman lwn. Ummi Kalthom 26 di
dalam kes ini sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah di Setapak, Kuala Lumpur
dengan harga RM 50 000. Plaintif(suami) telah menyumbangkan RM 40 000 manakala
defendan(isteri) telah menyumbangkan RM 10 000. Oleh sebab suami pada ketika itu adalah
seorang kakitangan kerajaan dan tidak dibenarkan memiliki harta tanah, rumah itu telah
didaftarkan di atas nama defendan. Setelah mereka bercerai, plaintif menuntut sebahagian
daripada tanah itu sebagai harta sepencarian. Defendan menolak tuntutan itu dengan
mengatakan bahawa harta itu telah dihadiahkan kepadanya.

Hakim Callow yang membicarakan kes ini mengatakan bahawa berdasarkan
keteranganketerangan yang ada jelas menunjukkan bahawa harta itu telah diperolehi hasil
sumbangan daripada kedua-dua pihak semasa perkahwinan mereka. Ini menimbulkan anggapan
bahawa ianya adalah harta sepencarian. Anggapan ini walau bagaimanapun dapat di sangkal
seandainya si suami dapat membuktikan bahawa rumah itu telah diperolehi dari usahanya sendiri
atau oleh isteri dengan menunjukkan bahawa rumah itu telah dihadiahkan kepadanya. Defendan
telah gagal membuktikan bahawa rumah itu telah dihadiahkan kepadanya semasa perkahwinan.
Semasa penangguhan perbicaraan kedua-dua pihak telah bersetuju membahagikan rumah itu
kepada dua secara sama rata. Hakim kemudiannya telah mengesahkan pembahagian itu

7

 ISU KEEMPAT

Dalam kes Nagapushani lwn. Nesaratnam & Anor 48 di mana seorang isteri telah menuntut
haknya ke atas sebidang tanah. Tanah itu telah diberikan hak kepadanya oleh si suami. Atas
dasar kasih sayang ia diberikan semula kepada suaminya di mana suami itu telah memberikan
kepada ibunya. Sebuah rumah telah dibina di atas tanah tersebut dan plaintiflah yang sentiasa
mengutip sewa daripada penyewa rumah tersebut. Kemudiannya suami telah membuka satu
akaun di atas nama isteri dan dari masa ke semasa dia (suami) mendepositkan duit ke dalam
akaun tersebut. Isteri telah mengeluarkan keseluruhan duit dan diserahkan kepada suami untuk
membeli sekeping tanah yang mana ansuran tanah dibayar oleh suami. Apabila mereka bercerai,
pertikaian timbul menentukan hak ke atas harta tersebut.

Apa yang telah diputuskan oleh hakim di Mahkamah Tinggi adalah, mengikut prinsip Inggeris jika
seseorang membeli atau membuat sesuatu perkara atau harta tetapi diletakkan di atas nama
seseorang yang lain maka timbul anggapan bahawa ianya merupakan sutu hadiah kepad pihak
lain itu. Anggapan ini boleh disangkal jika pihak lain itu mengatakan sebaliknya sama ada secara
lisan atau tindakan. Dari sini keterangan menunjukkan apabila isteri memberi semula hak ke atas
tanah itu kepada suaminya, dia memulangkan semula hadiah itu, oleh itu dia tiada hak ke atas
tanah itu, manakala hak ke atas wang di dalam akaun itu perlu dibahagikan secara sama rata di
antara mereka.

8

PANDANGAN ULAMA’ BERKAITAN ISU TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN ( AKIBAT
PENCERAIAN)

Jurnal 1

HAK WANITA KE ATAS HARTA SEPENCARIAN
Di antara hak-hak harta yang menjadi hak wanita dari suaminya adalah harta bersama yang
dikenali dengan istilah harta sepencarian, iaitu harta yang diperolehi daripada pasangan (suami
isteri) semasa tempoh perkahwinan mereka. Dalam harta ini, wanita berhak mengambil separuh
daripada harta itu, atau kurang daripadanya atau bahkan lebih, bergantung kepada takat
sumbangan mereka dalam mengumpulkan atau mengembangkan harta ini semasa tempoh
perkahwinan. Seorang wanita layak mendapatkan harta ini jika terbatalnya perkahwinan itu
berlaku kerana kematian atau perceraian (talak), atau jika suami ingin berkahwin dengan isteri
yang lain.
Undang-undang keluarga Islam (ahwal syakhsiyyah) di Malaysia telah mengiktiraf harta ini dan
telah digunakan di mahkamah syariah (Anuar, Mohamed Zawari, & Jasmi, 2012). Harta ini juga
telah disahkan statusnya oleh fatwa-fatwa di semua negeri. Mana-mana wanita yang telah
bercerai atau suaminya telah meninggal dunia atau suaminya ingin berkahwin dengan isteri lain,
ia berhak menuntut hak kepemilikan harta di bawah kategori harta sepencarian dengan kadar
separuh atau kurang daripada itu hasil hidup bersama semasa tempoh perkahwinan, atau
mengikut keputusan mahkamah dan berdasarkan jumlah sumbangannya. (Yazid Ahmad et al.,
2014)
(Journal al-‘Abqari ‫ جملة العبقري‬Vol. 23 (2), 2020 145)

9

Jurnal 2

Beberapa contoh pandangan ulama terdahulu telah menunjukkan adanya asas kepada Harta
Sepencarian ini meskipun terdapat sedikit perbezaan dengan apa yang diamalkan pada hari ini.
Imam al-Shāfi‘ī dalam kitabnya telah berkata (al-Shāfi‘ī, 1996: 328):
“Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan terhadap mata
benda dan perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana
mereka berpisah (bercerai), atau sekalipun tidak berpisah, atau kedua suami dan isteri itu
meninggal dunia, berlaku pertelingkahan antara waris kepada kedua-dua belah pihak atau
pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak ini; maka kedudukan cara
penyelesaian semuanya adalah serupa…”

Ibn al-Qayyim juga ada menyebutkan bahawa:
“Di antaranya ialah di kalangan ahli perundangan Islam telah sepakat berpendapat bahawa di
dalam kes tuntutan antara suami dan isteri yang sama-sama berusaha dalam mendapatkan harta
Journal of Shariah Law Research (JSLR) 78 rumah tangga dan berkedai, tuntutan yang
sedemikian hendaklah diterima berdasarkan keterangan yang membuktikan tuntutan itu.
Sebenarnya dalam persoalan ini, pemilikan sesuatu harta itu tidak dikira hanya berdasarkan
kepada nama yang tertera di dalam harta itu. Setakat nama yang tertera itu belum tentu
membuktikan pemilikannya…”

Kitab al-Mabṣūt karangan Imam al-Sarakhsī (1978: 213) daripada mazhab Hanafī pula telah
meletakkan pertikaian suami isteri berkaitan dengan harta perkahwinan dalam bab nikah kahwin,
namun subjek perbincangan ialah dalam skop pendakwaan dan pembuktian (keterangan) tentang
pemilikan harta yang berbangkit daripadanya. Dalam perbincangan ini telah dinyatakan tentang
pendapat Imam Abū Ḥanifah berkenaan dengan pertikaian harta perkahwinan yang mana Imam
Abū Ḥanifah cenderung untuk berpendapat harta-harta yang dipertikaikan tersebut adalah
bergantung kepada kecenderungan tabi‘i masingmasing pihak.

10

Dengan kata lain, peralatan memasak, jahitan dan sebagainya perlulah diserahkan kepada pihak
isteri berdasarkan kecenderungan pihak isteri untuk menggunakan peralatan tersebut. Peralatan
seperti pedang dan perisai pula perlulah diberikan kepada pihak suami memandangkan
kecenderungan orang lelaki adalah terhadap harta-harta seumpama itu. Tetapi, jika kedua1 Imam
Shāfi‘ī contohnya meletakkan perbincangan berkaitan dengan pertikaian harta perkahwinan ini
dalam kitab al-Ummnya menerusi bab “al-Da‘wa wa al-Bayyinat” (pendakwaan dan keterangan),
kerana ia berkait rapat dengan pembuktian di mahkamah. Amalan Pembahagian Harta
Sepencarian di Malaysia 79 dua pihak mempunyai kepentingan yang sama terhadap harta
tersebut, maka hendaklah diserahkan kepada orang lelaki (Ibid).

11

Jurnal 3

Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti yang dijelaskan oleh al-Sayuti
didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ ” di halaman 354 bahawa;
“Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh
diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah
Negara”.

Di dalam kaedah fiqh atau “al-qawaid al-Fiqhiyyah” ia dikenali dengan kaedah “al-Adat
Muhakkamah”. Adat yang juga dikenali dengan ‘urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan
sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan
kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama
ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdul Karim
Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 252 dan kitab al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh
Haji Muhamad Soleh bin Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid di halaman 622.
Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan
usaha secara langsung atau tidak langsung. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam
Surah al-Nisa’, ayat 32;

Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang
Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi
sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana
telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan
pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.”

12

PANDANGAN MAJLIS FATWA MALAYSIA MENGENAI HARTA SEPENCARIAN.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri bersetuju untuk mengiktiraf
kesahihan harta sepencarian dan pembahagiannya boleh dilaksanakan serta dikuatkuasakan
melalui mahkamah Syariah berdasarkan penjelasan dasar hukumnya yang disebutkan di atas.
Diantara keputusan majlis-majlis fatwa mengenai pembahagian harta sepencarian adalah seperti
berikut:
(1) Jawatankuasa Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam.
Jawatankuasa Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat yang diadakan pada 13 dan
14 April 1982 selepas perbincangan berkaitan harta sepencarian telah memutuskan hasil
muzakarah seperti berikut: (JAKIM, 2007)
Pertama: Apa-apa yang diberikan oleh salah satu pasangan kepada pasangannya secara sah atau
melalui pengiktirafan dari pemberi adalah harta milik penerima.
Kedua: Rumah dan perabotnya pada asalnya adalah milik suami kecuali ada bukti bahawa dia
memberikannya kepada isterinya atau ia adalah milik peribadi si isteri.
Ketiga: Mas kawin, pakaian, dan nafkah pada asalnya adalah hak isteri.

(2) Majlis Fatwa Negeri Perlis Majlis Fatwa Negeri Perlis mengeluarkan keputusan berkaitan
takrifan harta sepencarian, iaitu: harta yang diperoleh daripada kedua pasangan termasuk anak-
anak yang terlibat dalam perolehan harta. Pembahagian harta tersebut adalah berdasarkan
jumlah sumbangan dan penyertaan pasangan dalam perolehan harta.

13

CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN BERKATAN ISU TUNTUTAN HARTA
SEPENCARIAN (AKIBAT PERCERAIAN)

1. Merujuk kepada seksyen 122 Undang-undang Keluarga Islam yang berkenaan dengan tafsiran
harta pencarian. Harta pencarian bermaksud harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa
perkahwinan berkuatkuasa mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Oleh itu, isu tentang sama
ada harta berikut harta sepencarian ataupun tidak dapat diselesaikan.

Perkara ini jelas dikatakan di dalam Enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa
mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz cerai mereka untuk
memerintahkan pasangan tersebut membahagikan apa-apa sahaja yang diperoleh bersama
ataupun menjual harta tersebut dan membahagikan hasil jualan.

2. Sudut adat tidak memnunjukkan tentang harta sepencarian oleh syarak, namun begitu adat
Melayu telah digunakan dan memberi kebaikan kepada kaum wanita. Oleh itu, pasangan boleh
merujuk kepada adat dan ‘uruf yang tidak bertentangan dengan syarak dan layak diiktiraf di sisi
undang-undang.

Mahkamah akan melihat juga harta tersebut (tempoh diperolehi) bagi menentukan sama ada
wujud atau tidak sumbangan daripada kedua-dua pihak. Oleh itu, mahkamah akan dapat
menentukan kadar perkongsian harta kerana mahkamah akan mengikut kadar sumbangan orang
tersebut.

3. Harta dibahagikan mengikut sumbangan setiap pasangan. Sumbangan merujuk kepada
sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Sumbangan langsung adalah merujuk
kepada usaha yang mereka peruntukkan untuk harta tersebut seperti wang. Sumbangan tidak
langsung pula adalah bantuan dan dorongan si isteri atau suami dapat memperoleh harta tersebut
seperti penjagaan makan minum agar boleh melakukan kerja untuk mendapatkan wang.

14

Faktor ini akan mempengaruhi pembahagian harta sepencarian. Begitu juga hutang yang dibuat
untuk manfaat bersama serta keperluan anak-anak yang masih dibiayai.

4. Kebanyakkan perbahasan ulama juga telah tertumpu kepada kaedah penyelesaian dengan
melihat tabi’i menggunakan perkakas tersebut. Ini menunjukkan jika perkakas yang dikongsi lebih
biasa digunakan oleh wanita, maka perkakas tersebut adalah haknya. Begitu juga kepada barang
yang biasa lelaki gunakan, maka barang tersebut adalah miliknya.

Penyelesaian ini akan mendatangkan masalah jika barang tersebut menjadi kepentingan bersama
namun ada banyak pandangan diberikan perihal hal ini. Mereka perlulah mendapatkan
persetujuan bersama dalam menggunakan barang tersebut.

5. Kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak
milikan kepada satu pihak lagi atau nilai yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini boleh
dilakukan di luar mahkamah atau dihadapan sulh dan akan menjadi satu perintah mahkamah.

Ketika perbicaraan cerai berlangsung, pasangan akan diberi peluang untuk mencapai kata sama
dalam pembahagian harta tersebut. Jika tidak dapat dicapai, mahkamah akan meneliti setiap
keterangan dan hujahan pasangan bagi memberi kata putus sebagai perintah mahkamah.

6. Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,suami mestilah
memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan
senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang
atau cukai sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri.
Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

15

Jika si isteri pula yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat
membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta
boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh
memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada
suaminya.

7. Isteri yang tidak bekerja sejak hari perkahwinan juga berhak mendapat hak seperti biasa
namun dengan persetujuan suami dan mahkamah. Hal ini kerana mereka telah menyumbang
tenaga dalam membantu si suami mencari nafkah. Si isteri juga boleh memfailkan tuntutan harta
sepencarian di Mahkamah Syariah jika terdapat sebarang ketidak puasan dalam pembahagian
harta. Hal ini mungkin juga terjadi apabila hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri dan si
isteri mengalami kesulitan dalam segi wang ringgit.

Si isteri juga dibolehkan untuk menuntut harta tidak alih lain seperti rumah dan mahkamah sendiri
akan mempertimbangkan. Jika si isteri mengaku bahawa dia hanya suri rumah dan tidak
menyumbang apa-apa, itu akan membantu proses kerana si isteri hanya memohon haknya dan
tidak berniat untuk tamak ataupun merampas hak bekas suaminya.

16

RUJUKAN DAN NOTA KAKI.
1. (Journal al-‘Abqari ‫ جملة العبقري‬Vol. 23 (2), 2020 145)
2. Kitab al-Mabṣūt karangan Imam al-Sarakhsī (1978: 213) daripada mazhab Hanafī
3. kitab ‘Al Um’, jilid kesepuluh (al-Shāfi‘ī, 1996: 328)
4. https://peguamsyariefas.com.my/tag/harta-sepencarian-2/
5. https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODgzMTk%3D
6. http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-
joomla/components/216-harta-sepencarian?Itemid=951

Perbincangan telah dijalankan melalui aplikasi Microsoft Teams

17


Click to View FlipBook Version