The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozzanamohdsaid, 2022-09-11 10:32:55

kata ganti nama

TINGKATAN 2

SELASA

2 Feb 21

Selamat datang
ke kelas Bahasa Melayu

·Cikgu Rozzana·

Aspek: Standard
Tatabahasa Pembelajaran!

Pada hari ini kamu akan 5.1.1 Memahami dan
mempelajari: menggunakan kata ganti
1. Kata ganti nama nama dan akronim dengan
2. Akronim
tepat mengikut konteks.

MONDAY

Sep. 21st.

Kata Ganti nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan
kata nama am atau kata nama khas.

Golongan kata ganti nama terbahagi kepada:

Kata ganti
nama

Kata ganti Kata ganti Pertama
nama tunjuk nama diri Kedua
Ketiga
itu ini Kata ganti
nama diri Kata ganti
nama diri
tanya
orang

Kata ganti nama tunjuk

Fungsi Perkataan yang menggantikan kata nama dan membawa maksud
benda atau sesuatu perkara yang dirujuk.

Kata ganti Jenis Dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
nama a) Ini – menunjukkan benda / perkara yang dekat
tunjuk Contoh b) Itu - menunjukkan benda/ perkara yang jauh
ayat
a) Kertas kerja ini akan dibentangkan dalam mesyuarat untuk
diluluskan.

b) Sekolah itu dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi
kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik dan
kokurikulum.

Kata ganti nama

Fungsi diriPerkataan yang menggantikan benda, tempat atau orang dalam bentuk

pertanyaan.

Kata Ganti Jenis Tiga jenis kata ganti nama diri tanya iaitu:
Nama Diri a) apa – merujuk benda atau perkara
Contoh b) mana - merujuk benda atau orang
Tanya ayat c) Siapa – merujuk orang

a) Makanan kegemaran kamu apa? / Apakah makanan kegemaran kamu?
b) Buku pilihan kamu mana? / Manakah buku pilihan kamu?
c) Lelaki itu siapa? / Siapakah lelaki itu?

# kata ganti nama diri tanya boleh hadir di hadapan ayat dengan adanya
partikal –kah.

Kata ganti nama diri tanya boleh
digandakan untuk membawa maksud

tidak tentu atau penegasan .
contohnya:

a) apa- apa :

Apa-apa peralatan yang dipinjam perlu dipulangkan.

b) mana-mana :
Kamu boleh memilih mana-mana buku yang
menarik.

c) siapa- siapa/ sesiapa:
Seminar ini hanya untuk siapa-siapa yang berminat.

Kata ganti nama diri orang

Perkataan yang merujuk kepada diri orang tertentu.

Fungsi

Kata Ganti Jenis Tiga jenis kata ganti nama diri orang iaitu:
Nama Diri a) Orang pertama – merujuk kepada orang yang sedang bercakap
b) Orang kedua – merujuk kepada orang yang dilawan cakap
Orang c) Orang ketiga – merujuk kepada orang yang diperkatakan

Contoh a) Orang pertama – saya, aku, patik, hamba, beta
b) Orang kedua – anda, kamu, awak engkau, tuanku, kalian, anda
c) Orang ketiga – dia, ia, -nya, beliau, baginda, mereka

Betulkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang dalam ayat-ayat di
bawah.

1. “Kita ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah,” beritahu Azmin

dan rakan sekelasnya kepada Cikgu Mariam.

2. Masalah pencemaran alam perlu ditangani kerana ianya membawa

keburukan kepada masyarakat dan negara.

3. Tunku Abdul Rahman berjaya mendapatkan kemerdekaan negara

lantaran itu jasa dia perlu diingati.

4. “Patik menjunjung titah tuanku untuk menemani tuan puteri bersiram di

taman larangan,” kata ketua dayang kepada Puteri Cahaya Bulan.

5. Undang-undang yang tegas perlu dikuatkuasakan kepada mereka-mereka

yang suka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan.

Akronim

Akronim ialah kependekan kata yang terbentuk daripada
gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa
perkataan yg boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal.

(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.

- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- UKM–

(ii) kata akronim cantuman huruf awal atau suku kata perkataan.
- Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
- tadika – taman didikan kanak- kanak
- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen –

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata –
- jalurah – jalan lurah

Latihan : Kata ganti

nama

● Kenal pasti kesalahan penggunaan kata ganti nama di bawah ini.

Tuliskan jawapan yang betul tanpa menyalin ayat itu semula.

1. Apakah nama pegawai yang akan merasmikan majlis itu nanti?
2. Setiap anak perlu mendapatkan restu daripada ibu bapa untuk

mendapatkan apa yang diingini.

3. Aiman dan Rafi bermain bola sepak. Beliau bermain bola di padang

itu.

4. Encik Ramesh merupakan seorang anggota polis. Dia bertugas di

Balai Polis Bukit Aman.

5. “Saya menyeru agar semua pihak dapat mengambil langkah yang

sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak
menentu,’’ titah Sultan Kelantan.

Latihan Akronim

(Membina Ayat) Kata Akronim

● Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan

bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
i. pawagam -
ii. Cerpen -
iii. Tadika -
iv. Gimrama -
v. taska -


Click to View FlipBook Version