KONSEP PERPADUAN D I M A L A Y S I A BY JENNIFER & LINDA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT. ABDULL RAHIM
PENASIHAT PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT ABDULL RAHIM HAK CIPTA TERPELIHARA KONSEP & REKA BENTUK PENULIS EDITOR & SEMAKAN BAHASA CIK JENNIFER JAMAT (20DKA22F2010) CIK LINDA MAPANG (20DKA22F2018) CIK JENNIFER JAMAT (20DKA22F2010) CIK LINDA MAPANG (20DKA22F2018) PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT ABDULL RAHIM TERBITAN 2023 Tiada bahagian daripada ebook ini boleh diterbitkan semula,disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan kepada sebarang bentuk bahan sama ada secara elektronik,gambar,rakaman atau bahan fizikal seperti diprint dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari pihak Politeknik Mukah,Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pendidikan Tinggi terlebih dahulu. DITERBITKAN OLEH: POLITEKNIK MUKAH SARAWAK KM 7.5, JALAN OYA, 96400 MUKAH SARAWAK 084-874001 SAMBUNGAN 8015 / 8014 HTTP://WWW.PMU.EDU.MY
Dengan segala puji-pujian yang telah diberikan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, dan salam syukur ke atas pemberian-Nya agar kami dapat menyelesaikan tugas dan menjalankan tanggungjawab ke atas penulisan ebook ini dengan jayanya. Penghasilan ebook ini adalah motivasi dan dorongan daripada pelbagai pihak. Kejayaan dalam menghasilkan ebook ini adalah hasil usaha dan kerjasama serta komitmen dalam kumpulan yang terdiri daripada Cik Jennifer Jamat dan Cik Linda Mapang,amat berbangga dan berharap hasil kerja ini dapat dijadikan rujukan oleh generasi akan datang. Jutaan terima kasih dan penghargaan dianugerahkan kepada Puan Fayzatol Jamiyaah bt Abdull Rahim kerana sudi meluangkan masa memberi komen dan pandangan dalam menambahbaik ebook ini. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan ebook ini. Akhir kata,semoga ebook yang mengandungi gabungan elemen grafik,bahasa yang ringkas dan maklumat yang padat ini dapat menarik minat para pelajar yang mengambil kursus ini di institusi. Semoga para pelajar memperoleh manfaat dan dapat mengutip segenap mutiara ilmu daripada ebook ini. Diharapkan juga minda dan semangat patriotisme dengan nilai adab dan akhlak yang terpuji dapat dibentuk dalam diri pelajar. Selamat membaca. PENGHARGAAN
KANDUNGAN Objektif 01 Kesan Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum 09 Pengenalan 02 Langkah Mengatasi Ketidakharmonian Hubungan Masyarakat Yang Berbilang Kaum 12 Faktor Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum 03 Rujukan 31 Punca Yang Membawa Kepada Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum 18 Kepentingan Perpaduan Di Malaysia 24 Kesimpulan 29 Aktiviti Pengukuhan 30
OBJEKTIF DI AKHIR BUKU INI,PELAJAR DAPAT 1. MENGENAL PASTI FAKTOR KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA KAUM 2. MENJELASKAN KESAN KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM 3. MEMBINCANGKAN LANGKAH MENGATASI KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM 4. MENGHURAIKAN PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERPADUAN DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA 5. MENYATAKAN KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA. 01
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,perpaduan bermaksud perihal berpadu, bergabung menjadi satu,sepakat dan lain-lain. Secara umumnya,perpaduan ialah sebuah proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan rakyat sesebuah negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam diri mereka. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Menurut titah baginda Sultan Johor,Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar,semangat perpaduan dalam kalangan rakyat perlu dipupuk sejak bangku sekolah lagi seiring dengan menguatkan semangat jati diri agar kita dapat hidup aman dan harmoni dalam negara yang kaya dengan etnik yang pelbagai. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan ekonomi negara agar dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara yang pesat membangun. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed,perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyat yang sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huruhara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita pada masa akan datang. PENGENALAN 02
FFAAKKTTOORR KKEETTIIDDAAKKHHAARRMMOONNIIAANN HHUUBBUUNNGGAANN AANNTTAARRAA KAUM 03
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum di mana setiap dasar perlu selari dengan keperluan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, dasar pendidikan bukan sahaja dilaksanakan untuk memberi pelajaran malah menjadi alat untuk membina perpaduan dalam kalangan rakyat. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih terpisah melalui sistem pendidikan,iaitu sekolah kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pelbagai inisiatif telah dicadangkan namun isu sistem persekolahan merupakan isu sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana bukan mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarakat yang berbeza pandangan dan kepentingan. Keputusan membina sistem pendidikan ke arah lebih baik acapkali dipengaruhi oleh sejarah politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Kini,sekolah berbeza aliran telah menyebabkan perpaduan antara kaum pudar. 04 SISTEM PENDIDIKAN
Dalam usaha menyemai dan memupuk perpaduan nasional, pemimpin politik dan masyarakat mainkan peranan sebagai pemangkin perpaduan. Dalam hal ini, pemimpin politik tidak seharusnya menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan rakyat ketika berceramah ataupun berkempen semasa pilihan raya untuk mendapatkan undi. Keghairahan membangkitkan isu-isu sensitif atau perkaraperkara yang telah dirunding antara kaum akan menyebabkan perselisihan faham berlaku. Sebaliknya, pemimpin politik harus mengelakkan untuk menghabiskan masa dalam pencaturan politik kepartian yang mampu memecah belahkan perpaduan antara kaum semata-mata demi meraih sokongan politik dan berat sebelah ketika mengambil keputusan. Tindakan ini harus dihindarkan sama sekali kerana boleh menjejaskan kestabilan politik negara. 05 KEADAAN POLITIK DI NEGARA KITA
Perbezaan nilai etnik turut menjadi jurang kesepaduan dalam sosial. Setiap kaum dan bangsa mempunyai bahasa, kepercayaan dan kebudayaan masing-masing. Oleh itu, masyarakat cenderung untuk mengamalkan ciri-ciri yang menunjukkan identiti dan kecemerlangan kaum mereka. Masyarakat turut cenderung untuk melakukan sesuatu dengan seseorang yang mempunyai kaum yang sama. Misalnya, kaum cina cenderung untuk melakukan kerja berkumpulan dengan kaum sesama sendiri kerana bahasa yang sama memudahkan pergaulan. Bahasa yang berbeza menyebabkan masyarakat sukar untuk berkomunikasi dan melakukan sesuatu bersama. Isu ini sering terjadi menyebabkan pergaulan rakyat berbeza kaum semakin berkurang. Masyarakat lebih selesa melakukan sesuatu bersama kaum yang sama. Tambahan pula, segelintir masyarakat sukar untuk mengadaptasikan diri dengan orang lain yang berbeza kaum. 06 PERBEZAAN NILAI ETNIK
07 PERBEZAAN KELAS SOSIAL,STATUS SOSIAL & KUASA STATUS SOSIAL suatu polisi yang membentuk kedudukan dalam kalangan masyarakat biasanya dikaitkan dengan darjat penghormatan dan pangkat sosial mengekalkan strata dalam kalangan masyarakat secara semula jadi dan juga melalui usaha yang dilakukan terbentuk daripada aspek seperti latar belakang seseorang individu,warisan,pendidikan, cara berkomunikasi,tempat tinggal dan sebagainya KUASA KELAS SOSIAL sesuatu yang diperoleh daripada perkembangan individu dalam bidang ekonomi ditafsirkan sebagai suatu kedudukan yang telah dicapai oleh golongan masyarakat yang mempunyai ketaksaksamaan sosial ditentukan melalui kedudukan ekonomi dan pendapatan melambangkan kedudukan seseorang individu serta perbezaan dan ketaksamaan sosial yang wujud antara individu elemen penting dalam kewujudan stratifikasi sosial alat yang dimiliki oleh golongan atau individu untuk mencapai matlamat mereka dominasi melalui kuasa dalam kalangan masyarakat berlaku secara tradisi, undang-undang dan juga melalui karisma Unsur dominasi yang lahir dari kuasa menggambarkan keadaan atau kewujudan ketaksaksamaan sosial dalam sosiologi
Ekonomi menjadi salah satu faktor tercetusnya perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum. Dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh pihak British pada zaman penjajahan merupakan punca tragedi hitam ini terjadi. Penjajah menikmati hasil bumi seperti bijih timah dan getah manakala masyarakat dibelenggu kemiskinan dan bercakaran sesama sendiri. Orang Melayu gagal menyaingi kelompok orang asing kerana kurang dari aspek pengalaman, pengetahuan dan kewangan untuk modal. 08 PERBEZAAN AMALAN EKONOMI Tambahan pula, pihak penjajah telah mengasingkan penduduk mengikut kaum untuk bekerja. Sebagai contoh, orang Melayu dikerahkan untuk bergiat dalam aktiviti pertanian sahaja manakala orang Cina terlibat dengan sektor perkhidmatan produktif tinggi di bandar. Oleh itu, orang Melayu memperoleh hasil yang lebih sedikit berbanding orang Cina. Ini menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara dua kaum. Tambahan pula,orang Melayu tinggal di kawasan perkampungan manakala orang Cina tinggal di kawasan bandar. Ini meningkatkan lagi jurang perpaduan antara kaum.
KESAN KKEETTIIDDAAKKHHAARRMMOONNIIAANN HHUUBBUUNNGGAANN AANNTTAARRAA KAUM 09
10 MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA MASYARAKAT DEMOKRATIK Pertahanan bagi sesebuah negara tergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan faham berupaya menggugat keselamatan negara.Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus memberi peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara tidak langsung atau pun terang-terangan. Masyarakat yang demokratik ialah masyarakat yang dapat menerima pandangan,berkongsi dan melaksanakan segala sesuatu yang berfaedah. Sekiranya masyarakat yang demokratik tidak matang dalam membentuk kesefahaman,maka perpaduan sukar dicapai sekaligus menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat perlu berfikiran lebih terbuka dalam menghayati erti kata perpaduan agar mudah untuk menjalin hubungan dengan kaum lain. Apabila kesepakatan antara kaum tercipta,negara dapat membangun lebih pesat.
Ekonomi negara tidak stabil. Hal ini disebabkan negara-negara luar akankurang mengeksport barangan mereka kepada Malaysia disebabkan oleh huru-hara yang terjadi di dalam negara. Ramai pengeksport di negara luar berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian sekiranya berlabur dalam negara yang tidak stabil dari segi ekonominya. Maka, negara ekonomi negara akan merosot. PEMBANGUNAN EKONOMI YANG TIDAK STABIL MENJEJASKAN IMEJ NEGARA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL,TIDAK BERTOLAK ANSUR,TIDAK BERETIKA,TIDAK KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEWAJIPAN Jika negara tidak aman harmoni, negara kita akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara akan terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.Negara akan mErundun manakal negara-negara yang tidak mengalami perselisihan faham antara kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan dalam pelbagai aspek terutamanya ekonomi. Tanpa keamanan, negara kita sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain untuk melabur di negara kita. Media sosial merupakan medium di mana masyarakat bebas memberikan pandangan masing-masing tanpa sedar pandangan tersebut telah menyentuh isu sensitif sehingga menimbulkan rasa tidak senang terhadap sesebuah kaum lalu menyebabkan perbalahan berlaku kerana keinginan untuk mempertahankan kaum sendiri daripada terus dijadikan sebagai bahan senda dalam media sosial. Segelintir masyarakat turut menjadikan keunikan kaum lain sebagai bahan ejekan di media sosial. Ini menyebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan masyarakat. 11
LLAANNGGKKAAHH MMEENNGGAATTAASSII KKEETTIIDDAAKKHHAARRMMOONNIIAANN HHUUBBUUNNGGAANN MMAASSYYAARRAAKKAATT YYAANNGG BBEERRBBIILLAANNGG KKAAUUMM 12
Antara dasar–dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000 . Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei pada tahun1969. Punca tercetusnya perusuhan itu segera dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil untuk mengelakkan rusuhan ini berlarutan. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah. Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha ini diteruskan lagi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut dilaksanakan untuk meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Objektifnya adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara. 13 KERAJAAN TELAH MEWUJUDKAN PELBAGAI DASAR KE ARAH PEMBENTUKAN INTEGRASI NASIONAL
14 MENERUSI PENDIDIKAN Penubuhan sekolah wawasan berupaya untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi pelajar dan terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.Mereka berpeluang untuk saling mengenali keunikan kaum masing-masing dan memahami antara satu sama lain. Selain itu, guru juga memainkan peranan dengan membentuk kumpulan belajar yang terdiri daripada pelajar berbagai kaum agar mereka dapat berkomunikasi dengan masyarakat berbeza kaum. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain dan sedar akan kepentingan memupuk perpaduan antara kaum.
15 PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan sesebuah aktiviti, berinteraksi dan bergaul mesra.Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.
Aktiviti kemasyarakatan yang sering dianjurkan di kawasan perumahan turut dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Hal ini kerana sesebuah perumahan tersebut terdiri daripada masyarakat yang berlatarbelakangkan kaum dan budaya yang berbeza. Oleh itu,ketika aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, masyarakat berbagai kaum akan bergaul dan saling mengenali kaum antara satu sama lain. Semangat bekerjasama turut dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Sikap hormat menghormati akan menjayakan aktiviti tersebut kerana tiada perselisihan faham berlaku. Sambutan perayaan yang dikunjungi oleh masyarakat berbagai kaum dapat menjalinkan hubungan baik antara kaum. 16 MENGADAKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Media massa merupakan satu platform yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik.Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam negara kita dalam ruangan akhbar, masyarakat dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu. Media massa turut dapat memaparkan lebih banyak rancangan berunsurkan perpaduan terutama pada musim perayaan. Seperti yang kita sedia maklum,media sosial turut dapat menjadi saluran untuk mengenali kaum lain melalui video pendek dan gambar yang dikongsikan sekaligus memupuk perpaduan antara satu sama lain. 17 PERANAN MEDIA MASSA
PPUUNNCCAA YYAANNGG MMEEMMBBAAWWAA KKEEPPAADDAA PPEERRPPAADDUUAANN DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN MMAASSYYAARRAAKKAATT BBEERRBBIILLAANNGG KKAAUUMM 18
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sekaligus menjadi bahasa pengantaraan bagi rakyat berbilang kaum di Malaysia. Dengan adanya bahasa Melayu, masyarakat yang berbeza kaum mudah untuk bergaul dengan satu sama lain dan saling mengenali keunikan kaum masing-masing. Ia digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu. Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amatlah tepat, kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kerap digunakan oleh kaum yang paling ramai, iaitu bangsa Melayu. Setelah sekian lama, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. 19 BAHASA KEBANGSAAN
Gabungan parti politik dapat mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia. Dalam erti kata lain kerjasama politik.Dengan wujudnya kerjasama politik,rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dapat bekerjasama dalam arena politik negara untuk mempertahankan hak sebagai rakyat dan bukannya sekadar berjuang di dalam ‘rumah’ sendiri hanya untuk kebaikan bangsa sendiri. Selepas beberapa tahun,rakyat Malaysia menjadi semakin terbuka dalam perjuangan politik dan lebih bersedia untuk bekerjasama di bawah naungan satu parti. Ini dapat dilihat dengan penubuhan parti seperti Parti Gerakan dan PKR. 20 PENUBUHAN PARTI POLITIK
21 PERANAN MEDIA MASSA Kaca televisyen acapkali memaparkan pelbagai rancangan yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu walaupun berbeza kaum dan budaya. Rancangan tersebut mempengaruhi kehidupan masyarakat setempat kerana mereka sedar akan kelebihan hidup bersatu padu. Contohnya,filem yang berkonsepkan perayaan sesebuah kaum membolehkan kaum lain mengenali kaum tersebut dengan mudah.
22 SEJARAH PERISTIWA 13 MEI Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik. Peristiwa hitam tersebut telah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya perpaduan antara kaum untuk mengelakkam perbalahan.
23 AKTIVITI GOTONGROYONG Aktiviti gotong-royong sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat setempat. Sudah semestinya aktiviti ini melibatkan pelbagai pihak tidak kira umur , bangsa dan gender. Pergaulan dalam aktiviti ini dapat memupuk semangat perpaduan kerana terjalinnya kerjasama dan komitmen dari pihak pelbagai kaum. Contohnya, aktiviti gotong-royong di sekolah dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang mempunyai kaum yang berbeza. Ini dapat mengurangkan perselisihan faham berlaku dan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat setempat.
KKEEPPEENNTTIINNGGAANN PPEERRPPAADDUUAANN DDII MMAALLAAYYSSIIAA 24
Masyarakat perlu hidup saling hormat menghormati perbezaan cara hidup,pegangan,adat resam,budaya serta keturunan kumpulan etnik dan mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Dengan ini, suasana yang harmoni dapat terjamin. Oleh itu, perbalahan dapat dielakkan. Selain itu, rakyat yang bersatu padu dapat mengelakkan campur tangan daripada pihak luar dalam sistem pentadbiran negara. 25 MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN SETIAP PENDUDUK Berdasarkan keratan akhbar di sebelah, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersatu padu dengan mempunyai sikap yang baik terhadap satu sama lain untuk mengelakkan konflik terjadi sehingga tercetusnya pergaduhan dalam kalangan masyarakat.
26 Berdasarkan keratan artikel di sebelah,jelas menunjukkan bahawa dengan adanya perpaduan yang dipupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,warisan dan adat resam di negara kita dapat dikekalkan. DAPAT MEMELIHARA BUDAYA,WARISAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT Perpaduan terjalin dengan adanya masyarakat berbilang kaum. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. Rakyat kita tidak kira keturunan,agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Tradisi ini masih dikekalkan sehingga kini.
Nasionalisme mampu dan berjaya melahirkan rakyat yang saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang seseorang. Sejak dari dulu lagi,negara kita memang kaya dan terkenal dengan keunikan dari segi budaya, adat resam, bahasa dan banyak lagi. Apabila semangat nasionalisme di amalkan, semua kaum dapat mengamalkannya kebudayaan dan adat resam masing-masing tanpa adanya persengketaan kaum. 27 Berdasarkan keratan akhbar di sebelah,jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat untuk mencapai perpaduan agar dapat hidup aman dan harmoni. MEMBENTUK SEMANGAT NASIONALISME
28 Berdasarkan keratan artikel di sebelah,kita jelas mengetahui bahawa perpaduan rakyat malaysia penting untuk mencapai wawasan negara. Oleh itu,negara dapat berkembang pesat dan berdiri sama tinggi dengan negara lain yang sedang membangun. MEMBANTU NEGARA UNTUK MENCAPAI WAWASAN DAN KEMAJUAN YANG LEBIH BAIK Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia melalui pergaulan antara kaum dan etnik akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia disebabkan perpaduan kaum.
Kesimpulannya,kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air, pasti sudah tidak asing lagi bagi kita dengan wujudnya masyarakat majmuk yang berbilang di negara kita seperti cina, melayu, india, kadazandusun, iban dan sebagainya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang harmoni berupaya untuk mencapai aspirasi yang sama. Oleh itu,semua pihak perlu berganding bahu untuk tidak mengharapkan pohak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. KESIMPULAN 29
30 AKTIVITI PENGUKUHAN Sebagai latihan pengukuhan, pelajar boleh scan qr code di bawah untuk menjawab soalan latihan berkaitan tajuk konsep perpaduan.
31 RUJUKAN Siti Zaharah Setapa, Hasnah Hussiin, Nur Afifah Saharudin, Norhaslina Sulaiman, Mohd Rosdi Ripin, Solehah Samsudin,Zurhayati Yusof (2022). Penghayatan Etika Dan Peradaban. Malaysia : Penerbit Ehsan (M) Sdn. Bhd. 2016, Konsep Perpaduan Di Malaysia, retrieved 28 Mac 2023, from http://perpaduandimalaysia.blogspot.com/2016/10/konsep-perpaduan-di-malaysia.html? m=1#:~:text=Perpaduan%20ialah%20penyatuan%2C%20dan%20darjah,dalam%20bidang%20 ataupun%20sains%20kemasyarakatan Konsep Perpaduan, retrieved 28 Mac 2023,from https://www.scribd.com/presentation/98093416/konsep-perpaduan 2022,Undian KPN Semarak Uniti: Kahwin campur antara acuan erat perpaduan kaum, retrieved 29 Mac 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undian-kpnsemarak-uniti-kahwin-campur-antara-acuan-erat-perpaduan-kaum-386803 2021, Kestabilan politik kunci perpaduan negara, retrieved 29 Mac 2023, from https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/kestabilan-politik-kunci-perpaduan-negara/ 2019, Titik perpaduan beracuan ekonomi, retrieved 2 April 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titik-perpaduan-beracuan-ekonomi-219960? amp=1 Implikasi Ketidakwujudan Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional Di Malaysia, retrieved 2 April 2023, from https://www.scribd.com/doc/99491126/Implikasi-KetidakwujudanPerpaduan-Kaum-Dan-Integrasi-Nasional-Di-Malaysia 2013, Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia, retrieved 3 April 2023, from https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduankaum-dan-integrasi-nasional-di-malaysia 2018, PLKN jawapan terbaik tangani isu perkauman, retrieved 4 April 2023, from https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/11/28/plkn Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Keharmonian Negara Malaysia, retrieved 5 April 2023, from https://www.scribd.com/doc/213640018/Faktor-Faktor-Yang-MenyumbangKepada-Keharmonian-Negara-Malaysia 2019, Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu, retrieved 6 April 2023, from https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/27800 Kepentingan semangat nasionalisme, retrieved 6 April 2023, from https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-andcivilization/kepentingan-semangat-nasionalism-1/29346031 2019,Punca utama konflik adalah sikap, retrieved 7 April 2023, from https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2019/11/513597/punca-utama-konflik-adalahsikap-metrotv 2019, Kaamatan wadah perpaduan, retrieved 8 April 2023, from https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2019/05/460816/kaamatan-wadah-perpaduan 2022, Anak Rimau The Movie barakan semangat nasionalisme, retrieved 9 April 2023, from https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/218301 2019, 3 objektif utama Dasar Perpaduan Negara - PM, retrieved 10 April 2023, from https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/786274/3-objektif-utama-dasarperpaduan-negara-pm
Ebook ini dicipta bertujuan untuk menyedarkan generasi belia yang bakal menjadi pemangkin negara pada masa akan datang serta mengekalkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum untuk mengelakkam tragedi 13 Mei berulang kembali. Ebook ini mengandungi 12 bahagian yang membincangkan tentang konsep perpaduan dan faktor serta kepentingan tentang mengekalkan perpaduan antara kaum. Di samping itu,ebook ini juga menyediakan latihan pengukuhan yang dapat dilakukan oleh pelajar untuk menguji kefahaman tentang kandungan ebook ini. Diharapkan ebook ini dapat memberikan banyak manfaat kepada para pelajar serta generasi akan datang agar tidak melupakan sejarah Malaysia. SIRI POLITEKNIK KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA CIRI-CIRI UTAMA BUKU : Ditulis berdasarkan salah satu bab daripada silibus bagi kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu mengenai Konsep Perpaduan Di Malaysia. Teks yang jelas mudah difahami serta dilengkapi gambar yang berkaitan. Latihan pegukuhan disediakan. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK https://www.pmu.edu.my