ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
YANG BERUSAHA
EN NOR AZMAN BIN MARJUKI
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
PUAN FAUZIAH BINTI KAMARUDDIN
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
EN SHAMSANI BIN TIMAN @ HAJI SALLEH
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
EN OTSMAN BIN AHAMED KHATIDIN
KETUA JAMINAN KUALITI
MERANGKAP PENGERUSI PROGRAM
PUAN NORMASNIRA BT MAT HASSAN
KETUA JABATAN AGROINDUSTRI
YANG DIHORMATI
EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI
SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN
BARISAN PENSYARAH
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN
DAN PESERTA BENGKEL SEKALIAN.
BIJI SELASIH BOLEH DIMAKAN
MENJADI TAMBAHAN SIRAP BERGULA
SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN
SEMOGA PERBENGKELAN PENUH CERIA
ALHAMDULILLAH DIPANJATKAN KESYUKURAN, KERANA DENGAN
IZIN SERTA LIMPAH RAHMATNYA, KITA DIBERIKAN KEKUATAN SERTA
DIPILIH UNTUK MENYERTAI BENGKEL TRAIN THE TRAINERS
PROGRAM BUGAR KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN
STRUKTUR PERSEKITARAN TERKAWAL, KOLEJ VOKASIONAL
(PERTANIAN) TELUK INTAN.
BAGI PIHAK MAJLIS DAN SELURUH WARGA KERJA KOLEJ
VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN, KAMI MENGALU-ALUKAN
KEHADIRAN EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI SELAKU PENCERAMAH
JEMPUTAN PADA HARI INI
UNTUK MAKLUMAN SEMUA PESERTA, BENGKEL INI TELAH
MENGGARISKAN BEBERAPA OBJEKTIF YANG CUKUP JELAS DALAM
MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TENAGA
PENGAJAR UNTUK MENGUASAI PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP) SECARA TEORI DAN AMALI BAGI MELAHIRKAN
PELAJAR YANG KOMPETEN.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH
TANGAN, MENGAMINKAN BACAAN DOA, BAGI MEMOHON
KEBERKATAN DARI ILAHI. OLEH ITU MAJLIS DENGAN INI
MEMPERSILAKAN EN MUHAMMAD MURSYID BIN MUHAMAD ZAWAWI
UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN
# BACAAN DOA
AMIN-AMIN YA RABBAL’ ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH KEPADA EN MUHAMMAD MURSYID BIN MUHAMAD
ZAWAWI ATAS BACAAN DOA ITU TADI. SEMOGA PERBENGKELAN
PADA HARI INI, BERJALAN DENGAN LANCAR DAN DILIMPAHI BERKAT.
HADIRIN SEKALIAN
POHON DELIMA DI TEPI HALAMAN
HINGGAP UNGGAS DI HUJUNG DAHAN
BENGKEL BERMULA UCAPAN ALUAN
SEPATAH KATA BUAT RENUNGAN.
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN OTSMAN
BIN AHAMED KHATIDIN, KETUA JAMINAN KUALITI MERANGKAP
PENGERUSI PROGRAM TRAIN THE TRAINERS UNTUK MEMBERIKAN
UCAPAN. DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA EN OTSMAN
BIN AHAMED KHATIDIN, ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN
SEBENTAR TADI.
SEBELUM BENGKEL BERMULA, UNTUK MAKLUMAN DAN PERHATIAN
KEPADA SEMUA PESERTA, DISINI SAYA BACAKAN TENTATIF
BENGKEL PADA HARI INI,
BACA TENTATIF RUJUK HELAIAN EDARAN
MOHON KEPADA SEMUA PESERTA UNTUK SENTIASA CAKNA DAN
MENEPATI MASA MENGIKUT TENTATIF YANG DIBERIKAN.
PARA PESERTA SEKALIAN
SEBELUM SAYA MENYERAHKAN BENGKEL TRAIN THE TRAINERS
PROGRAM BUGAR KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN
STRUKTUR PERSEKITARAN TERKAWAL PADA HARI INI KEPADA
PENCERAMAH, IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR
BELAKANG BELIAU.
EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI MERUPAKAN GRADUAN BACELOR
PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DAN
LULUSAN DLKM PENGURUSAN TEKNOLOGI TANAMAN.
MEMPUNYAI PENGALAMAN YANG LUAS DALAM BIDANG FERTIGASI
DAN HIDROPONIK BERMULA DARI TAHUN 2007 DI BAWAH BIMBINGAN
TUAN HAJI MOHAMMAD JAAFAR BIN SAHARI.
KURSUS-KURSUS DALAM PERKHIDMATAN YANG PERNAH DIIKUTI
ADALAH SEPERTI KURSUS FERTIGASI GM PELADANG, KURSUS
LANJUTAN FERTIGASI JABATAN PERTANIAN, KURSUS PENANAMAN
SECARA AUTOPOT ANJURAN CITY FARM, KURSUS AUTOMASI
HIDROPONIK MARDI DAN KURSUS PENGHASILAN FORMULASI BAJA
ANJURAN YARA.
PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN BELIAU ADALAH MENJADI PANEL
PEMBANGUNAN NOSS DKM KAWALAN OPERASI TEKNOLOGI
FERTIGASI, PANEL PENILAI PUSAT BERTAULIAH PROGRAM
TANAMAN DAN FERTIGASI, SERTA MENJADI PENASIHAT PROJEK
PENANAMAN ROCK MELON DI BAWAH SELIAAN PPK KUALA
KANGSAR.
KINI EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI SEDANG MENYAMBUNG
PENGAJIAN SEPENUH MASA DI PERINGKAT SARJANA DALAM
PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
TANPA MELENGAHKAN MASA, SAYA MENJEMPUT YANG DIHORMATI
EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI UNTUK MEMULAKAN BENGKEL PADA
HARI INI.
DIPERSILAKAN.
MAJLIS PENUTUP
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
YANG BERUSAHA
EN NOR AZMAN BIN MARJUKI
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
PUAN FAUZIAH BINTI KAMARUDDIN
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
EN SHAMSANI BIN TIMAN @ HAJI SALLEH
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
EN OTSMAN BIN AHAMED KHATIDIN
KETUA JAMINAN KUALITI
MERANGKAP PENGERUSI PROGRAM
PUAN NORMASNIRA BT MAT HASSAN
KETUA JABATAN AGROINDUSTRI
YANG DIHORMATI
EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI
SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN
BARISAN PENSYARAH DAN PESERTA BENGKEL SEKALIAN.
ALHAMDULILLAH BENGKEL TRAIN THE TRAINERS PROGRAM BUGAR
KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN STRUKTUR
PERSEKITARAN TERKAWAL PADA HARI INI SUDAH SAMPAI KE
PENGHUJUNGNYA. PELBAGAI ILMU YANG DIPELAJARI OLEH KITA
SEMUA MELALUI PERKONGSIAN YANG DIBERIKAN OLEH
PENCERAMAH JEMPUTAN HARI INI SECARA TEORI DAN AMALI
BAIKLAH TANPA MELENGAHKAN, SAYA DENGAN INI MENJEMPUT
DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN NOR AZMAN BIN
MARJUKI, PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK
INTAN UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN SETERUSNYA MERASMIKAN
PENUTUPAN BENGKEL TRAIN THE TRAINERS PROGRAM BUGAR
KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN STRUKTUR
PERSEKITARAN TERKAWAL PADA HARI INI.
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGARAH KOLEJ
VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN ATAS UCAPAN SEBENTAR
TADI.
HADIRIN
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG
TIDAK TERHINGGA DARIPADA PIHAK KOLEJ, SAYA DENGAN INI
MENJEMPUT YANG BERUSAHA EN NOR AZMAN BIN MARJUKI
DIIRINGI OLEH EN OTSMAN BIN AHAMED KHATIDIN UNTUK TAMPIL KE
HADAPAN BAGI SESI PENYAMPAIAN CENDERAMATA. DIPERSILAKAN.
MAJLIS MENJEMPUT EN SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI UNTUK
MENERIMA SIJIL DAN CENDERAHATI. DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGARAH DAN KETUA
JAMINAN KUALITI ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN SESI
PENYAMPAIAN CENDERAHATI ITU TADI.
DENGAN BERAKHIRNYA SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI ITU TADI
MAKA BERAKHIR SUDAH PROGRAM KITA HARI INI. SAYA MEWAKILI
PIHAK KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENCERAMAH
JEMPUTAN, BARISAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM DAN
PESERTA-PESERTA PADA HARI INI.
PIHAK MAJLIS MEMOHON SERIBU KEMAAFAN JIKA WUJUD
KEKURANGAN SEPANJANG PERBENGKELAN INI DIJALANKAN.
SEKIAN TERIMA KASIH
TEKS
MAJLIS MENANDA TANGANI NOTA KERJASAMA (NoU
INTAN DENGAN REXIL
PERKARA Hadirin sekalian, di sini terdapat
PENGUMUMAN bermula iaitu:
1.Tuan-tuan dan puan-puan diinga
kecuali apabila ingin bercakap sup
Kerjasama yang diberikan diucapk
MAKLUMAN AWAL 5 Mohon perhatian,
MINIT Majlis akan dimulakan sebentar sa
SALUTASI Ke Pekan Langkap membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
S MC
U) ANTARA KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK
L AGRO (M) SDN. BHD.
KATA-KATA ALUAN
beberapa pengumuman dan ingatan sebelum majlis ini
atkan untuk memastikan semua mikrofon sentiasa tertutup
paya tidak mengganggu kelancaran majlis.
kan terima kasih.
ahaja lagi.
a,
h
9
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi w
Yang Berusaha Encik Nor Azman b
Pengarah,
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
Puan Fauziah binti Kamarudin,
Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
Encik Sham Sani bin Timan @ Haj
Timbalan Pengarah Sokongan Aka
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
Encik Otsman bin Ahamed Khatidin
Ketua Jaminan Kualiti,
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
Puan Normasnira binti Mat Hassan
Ketua Jabatan Agroindustri,
Yang Dihormati
Kapten (bersara) Pui Seng Tai,
Ketua Pengarah ReXil Agro (M) Sd
wabaraktuh. Salam sejahtera.
bin Marjuki,
k Intan,
k Intan,
ji Salleh,
ademik,
k Intan,
n,
k Intan,
n,
dn. Bhd.
10
KATA ALUAN Encik Simon Pui Shio Min
Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd
Barisan staf pengurusan ReXil Agr
En. Norulazam bin Saharudin
Ketua-ketua Program
Serta para pensyarah sekalian.
Lenggang bertapak seni memanda
Silat sendeng menyusun jari
Salam kasih selamat datang
Sudi tuan puan bersama kami
Alhamdulillah, marilah sama-sam
dengan izin serta limpah rahmat N
menjayakan Majlis Menandatang
(Pertanian) Teluk Intan dengan Re
Untuk makluman hadirin dan hadir
d.
ro (M) Sdn. Bhd.
ang
ma kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
Nya kita diberikan kelapangan masa untuk Bersama-sama
gani Nota Kerjasama (NoU) antara Kolej Vokasional
eXil Agro (M) Sdn. Bhd.
rat sekalian,
11
Pada hari ini, kita akan menyaksi
Program Agroindustri Tanaman da
Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis, marilah sa
bagi memohon keberkatan dari
Muhammad Mursyid bin Muhamad
Dipersilakan.
BACAAN DOA #bacaan doa
SELESAI BACAAN Amin-amin ya rabbal’ alamin
DOA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
Mursyid bin Muhamad Zawawi at
berjalan dengan lancar dan dilimpa
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
ikan satu Nota Kerjasama yang akan ditandatangani bagi
an Program Akuakultur dengan Kerjasama di antara Kolej
n dengan ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
ama-sama kita menadah tangan, mengaminkan bacaan doa,
Ilahi. Oleh itu majlis dengan ini mempersilakan Encik
d Zawawi untuk memimpin bacaan doa.
i penghargaan dan terima kasih kepada Encik Muhammad
tas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini,
ahi berkat.
12
Jemput memohon kata aluan.
Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, saya in
Yang Berusaha, Encik Nor Azman
Intan, untuk menyampaikan ucapa
UCAPAN PENGARAH #Ucapan Pengarah
SELESAI UCAPAN Terima kasih diucapkan kepada En
PENGARAH sebentar tadi.
Surat dititip wakili kalam,
Kalam utusan baginda sultan,
Tuan rumah menghulur salam,
Giliran tuan membuat sambutan.
Seterusnya, majlis menjemput,
Kapten (bersara) Pui Seng Tai, Ke
Encik Simon Pui Shio Min, Pengar
untuk memberi sepatah dua kata. M
UCAPAN REXIL #Ucapan Rexil Agro (M) Sdn. Bh
AGRO (M) SDN. BHD.
ngin menjemput,
n bin Marjuki, Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
an. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
ncik Nor Azman bin Marjuki atas ucapan yang disampaikan
etua Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd. /
rah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
Majlis mempersilakan.
hd.
13
SELESAI UCAPAN Terima kasih diucapkan kepada
REXIL AGRO (M) SDN. Kapten Pui Seng Tai, Ketua Penga
BHD. Encik Simon Pui Shio Min, Pengar
di atas ucapan yang diberikan sebe
Lafaz doa sudah dipanjatkan,
Alu-aluan telah disampaikan,
Tibalah saat tinta dititiskan,
Tanda ikatan sebuah perjanjian.
Bunga seroja jual di pekan,
Menjadi hiasan di meja lama,
Tibalah masa yang dinanti-nantika
Bersama saksikan tandatangan No
Majlis diteruskan lagi dengan me
(Pertanian) Teluk Intan dengan R
bersetuju untuk menjalinkan hubu
Intan bagi program Agroindustri Ta
Bagi menyempurnakan majlis, m
Kamarudin, Timbalan Pengarah A
menjadi saksi bagi Yang Berusaha
(Pertanian) Teluk Intan dan Encik
Simon Pui Shio Min, Pengarah ReX
arah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd. /
rah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
entar tadi.
an,
ota Kerjasama
enanda tangani Nota Kerjasama antara Kolej Vokasional
ReXil Agro (M) Sdn. Bhd. dari Subang Jaya yang telah
ungan industri dengan Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
anaman dan Akuakultur.
majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Fauziah binti
Akademik, Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan untuk
a Encik Nor Azman bin Marjuki, Pengarah Kolej Vokasional
k Norulazam bin Sharuddin, sebagai saksi kepada Encik
Xil Agro (M) Sdn. Bhd.
14
Tuan-tuan dan puan-puan diing
sepanjang majlis berlangsung.
UPACARA TANDA #tandatangan NoU
TANGAN NoU
SEMASA TANDA Majlis pada hari ini akan menyaks
TANGAN NoU belah pihak.
Nota Kerjasama yang bertukar tan
SELESAI TANDA Majlis merakamkan jutaan terima k
TANGAN NoU serta wakil dari syarikat ReXil Agr
dimeterai pada hari ini dapat mem
memperkasakan lagi industri perta
Dengan ini sempurnalah sudah Ma
Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
Seterusnya adalah sesi fotografi be
/ Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bh
Tuan-tuan dan puan-puan diingatka
SESI FOTOGRAFI #sesi fotografi
gatkan untuk memastikan semua kamera telah dibuka
sikan penandatanganan Nota Kerjasama antara kedua-dua
ngan menandakan kesepakatan telah dicapai.
kasih kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik
ro (M) Sdn. Bhd. Diharapkan agar jalinan usahasama yang
mberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan dapat
anian dalam kalangan komuniti setempat.
ajlis Menanda Tangani Nota Kerjasama (NoU) antara Kolej
n dengan ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
ersama dengan Ketua Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
hd.serta barisan staf pengurusan ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
an sekali lagi untuk memastikan semua kamera telah dibuka.
15
PENUTUP Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Gunung pantai tinggi mengawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu
Saya, bagi pihak penganjur, merak
tuan dan puan-puan yang hadir
datangnya dari Allah, dan segala y
Sekian, terima kasih.
kamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-
menjayakan majlis pada hari ini. Segala yang baik itu
yang buruk itu datang dari kelemahan pihak kami sendiri.
16
Teks Ucapan Tuan Pengarah KVPTI Tn Nor Azman bin Marjuki
Perasmian /Penutup Program Train The Trainers : Bugar Kompetensi Formulasi
Baja Tanaman Struktur Perlindungan terkawal
Terima Kasih Pengerusi Majlis,
Assalamualaikum WBK.
1. Yang Di hormati En. Suhaimi bin Sobrie, Penceramah Jemputan Program
Train The trainers: Bugar Kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur
Persekitaran Terkawal, Yang Berusaha, Pn. Fauziah binti Kamaruddin(
Timbalan Pengarah Akademik), En. Sham Sani bin Timan @ Hj
Salleh(Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), En. Otsman bin Ahamed
Khatidin, Pengerusi Program Train the Trainers, Pn. Nor Masnira binti Mat
Hassan. Ketua Jabatan Agroindustri, Pn. Nahdzatul Akma binti Mokhtar, Ketua
Program Agroindustri Tanaman, Pn. Sanizah binti Abdul Rahman, Penyelaras
Program Train The Trainers…Ahli Jawatankuasa dan peserta-peserta Program
Train The Trainers .
2. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya
maka dapatlah kita Bersama-sama sepanjang hari ini yang melibatkan sesi
secara online seta diikuti dengan sesi perbengkelan dan kemuncaknya pada
petang ini iaitu majlis perasmian dan penutup Program Train The Trainers :
Bugar Kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur Persekitaran Terkawal.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya
kepada barisan pentadbir sekolah yang memberi sokongan yang terbaik dan
Ahli Jawatankluasa yang berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih juga
kepada pihak PIBG Kolej Vokasional(Pertanian) Teluk Intan atas kerjasama
dari segi kebenaran bagi memenuhi keperluan prosedur kewangan bagi setiap
sumbangan yang diterima untuk menjayakan program ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
3. Pendidikan vokasional merupakan bidang pendidikan penting dalam usaha
untuk bergerak kearah negara perindustrian yang berteknologi tinggi. Untuk itu,
kita memerlukan tenaga manusia yang mahir, fleksibel dan mudah dilatih
supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.
4. Berdasarkan Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional secara jelas
menyatakan salah satu daripada lima(5) strategi utama iaitu membangunkan
institusi pendidikan vokasional yang dapat menghasilkan modal insan yang
berkemahiran untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Usaha ini secara tidak langsung memerlukan setiap institusi
vokasional berupaya menyediakan sistem penyampaian yang baik
17
terutamanya kemahiran guru dalam proses PdPc bertujuan untuk memastikan
jaminan kualiti pendidikan vokasional yang ditawarkan serta mempertingkat
kebolehkerjaan lulusan kolej vokasional.
5. Bagi mencapai hasrat tersebut, penguasaan pengetahuan dan kemahiran
kompetensi tenaga pengajar merupakan elemen utama yang perlu
dibangunkan bertujuan memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan. Saya
dan barisan pengurusan amat berkeyakinan usaha kearah memastikan KVPTI
berupaya menawarkan sistem pendidikan berkualiti kepada pelajar kita dapat
direalisasikan melalui penganjuran program seperti yang tuan/puan ikuti
sepanjang hari ini dan ianya akan memastikan pelajar lepasan KVPTI dapat
menguasai setiap kompetensi dengan cemerlang yang secara tidak langsung
menjadi cerminan kualiti dan kemahiran pensyarah kolej kita adalah yang
terbaik bagi menangani cabaran semasa serta memenuhi keperluan industri
terutamanya industry yang berasaskan pengeluaran pertanian.
6. Penganjuran program pada hari ini merupakan satu usaha bagi memastikan
penguasaan kompetensi kemahiran dapat dikuasai secara menyeluruh dengan
baik dan selari serta seiring dengan tuntutan pihak industri yang pantas
berubah dari masa ke semasa.
7. Diperingkat pengurusan, saya bersama rakan-rakan yang lain, sentiasa
memberi fokus dan sokongan setiap usaha dan program yang menjurus
kearah pembangunan sumber manusia terutamanya penganjuran program
bagi meningkatkan kemahiran kompetensi pensyarah seperti hari ini. Adalah
diharapkan semua peserta yang terlibat dapat mengambil peluang
sepenuhnya menguasai kemahiran formulasi baja tanaman struktur
persekitaran terkawal ini kerana seperti yang kita sedia maklum, kompetensi
formulasi baja ini merupakan salah satu kompetensi yang kritikal dalam aspek
pengurusan tanaman yang dinyatakan dan ianya juga menjadi rahsia yang
tidak didedahkan secara terbuka oleh pihak yang menyediakan produk
formulasi baja tersebut kepentingan perniagaan. Selain daripada itu, melalui
penyertaan dalam kursus ini juga, ianya dapat dijadikan sebagai evidens bagi
permohonan Sijil Kemahiran Malaysia ke tahap yang lebih tinggi yang secara
tidak langsung berupaya mengurangkan beban kewangan diperingkat kolej
apabila tidak perlu menghantar pensyarah mengikuti kursus yang dianjurkan
oleh pihak konsultan bagi memenuhi jurang kompetensi yang perlu dipenuhi
terutamanya dalam NOSS A016-001-5:2016 (Pengurusan Teknologi
Tanaman).
8. Saya, sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah
jemputan program ini, En Suhaimi bin Sobrie dan semua jawatankuasa yang
terlibat. Harapan saya manfaat yang dapat diperolehi oleh oleh semua peserta
melalui program ini dapat melonjakkan kemenjadian pelajar KVPTI ke tahap
seperti yang dihasratkan dalam visi dan misi Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (BPLTV). Dalam kesempatan ini juga , saya menyeru
18
kepada semua peserta menggunakan kemahiran yang diperolehi dalam
program ini untuk memperkembangkan potensi individu melalui penghasilan
samada dalam bentuk produk yang dapat menyokong usaha pemerkasaan
School Enterprise (SE) ataupun berkeupayaan menghasilkan produk inovasi
berkaitan penghasilan formulasi baja tanaman struktur persekitaran terkawal..
Akhir kata, menjadi harapan saya agar semua peserta yang terlibat untuk
meneruskan usaha murni untuk mendidik anak-anak kolej kita yang menjadi
aset penting kita semua pada masa hadapan. Semoga segala daya dan usaha
yang telah kita semua curahkan ini akan mendatangkan kemaslahatan kepada
kita semua serta sentiasa mendapat keredaan Allah SWT. Akhir kata, dengan
lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan dan menutup Program Train
The Trainers: Bugar kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur
Persekitaran Terkawal.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.
19
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA
ENCIK NOR AZMAN BIN MARJUKI
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
SEMPENA
JALINAN USAHASAMA
KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
BERSAMA
ReXil AGRO (M) SDN. BHD.
22 OKTOBER 2021
10.00 PAGI
20
Terima kasih Tuan / Puan Pengacara Majlis.
SALUTASI
Yang Dihormati
Kapten (bersara) Pui Seng Tai
Ketua Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
Encik Simon Pui Shio Min
Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd.
Puan Fauziah Binti Kamaruddin
Timbalan Pengarah Akademik
Encik Sham Sani Bin Timan @ Haji Salleh
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
En. Otsman bin Ahamed Khatidin
Ketua Jaminan Kualiti
En. Norulazam bin Saharudin
Barisan Staf Pengurusan Rexil Agro (M) Sdn. Bhd,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua program serta ahli jawatankuasa yang terlibat.
21
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Dengan keizinan-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi yang mulia ini.
Tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat Jawatankuasa Pelaksana atas penganjuran
JALINAN USAHASAMA KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
BERSAMA ReXil AGRO (M) SDN. BHD. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
2. Terlebih dahulu Selamat Datang diucapkan kepada ReXil Agro (M) Sdn. Bhd. kerana sudi
menerima pelawaan kami dan bertemu secara dalam talian ini. Kami di sini sentiasa
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua sekiranya sudi berkunjung ke
kolej kami pada masa akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Kolej Vokasional
(Pertanian) Teluk Intan sebagai rakan strategik dalam menandatangani jalinan usahasama
(NUO) ini. Kami sememangnya bersyukur kerana pihak tuan dan puan sudi menyumbang
idea dan kepakaran tuan dan puan dalam membantu anak-anak pelajar di sini.
3. Untuk pengetahuan Tuan dan Puan,
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan merupakan antara satu daripada enam kolej
vokasional pertanian di Malaysia yang menawarkan kursus dan program pertanian bagi
peringkat Sijil Vokasional dan Diploma Vokasional Malaysia. Antara kursus yang ditawarkan
di sini ialah Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan, Akuakultur,
Bioteknologi, Pemprosesan Makanan, Senibina Landskap dan Reka Bentuk Flora.
Alhamdulilah, kesemua program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada
pihak MQA. Malahan, untuk pengetahuan semua terdapat pelbagai pencapaian dan
penghargaan yang telah diterima oleh kami dalam usaha mengharumkan nama Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Malaysia dan antarabangsa. Antaranya ialah Juara SME BANK Y-
BIZ Challenge 2021 dengan membawa pulang wang tunai RM 20,000.00 dan tiket
penerbangan bernilai RM 25,000.00, Gold Award Project Based Education – Ternakan
Inovatif Ikan Patin (SUCHI) dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat
Kebangsaan 2021, Gold Medal i2Create 2021 TVET Award di International Innovation,
Creativity and Technology Exhibition 2021, Gold Medal dalam International Inventional
Innovation Competition in Canada (2020), Silver Medal dalam European Exhibition of
Creativity and Innovation “Euroinvent 2019”, Anugerah Emas Menteri Pendidikan (2019), dan
lain-lain lagi.
4. Berbalik kepada matlamat dan objektif kita, sebenar kami di sini sentiasa berlapang dada
dalam mencari pelbagai idea, kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai pihak dan agensi
luar. Bagi kami segala input ini penting dalam memastikan kebolehpasaran graduan kami
dan graduan sentiasa mendapat tempat di hati majikan. Oleh sebab itu, kami berharap agar
NUO dapat mencapai objektif-objektif yang digariskan iaitu
22
i. Menyediakan peluang latihan peningkatan kemahiran bagi pelajar di premis
SYARIKAT mengikut piawaian industri.
ii. Memberi Latihan kepada pensyarah secara Train the Trainers (ToT) di premis
SYARIKAT.
iii. Mengeluarkan surat perakuan menjalani latihan kepada pelajar dan pensyarah.
iv. Menyediakan tenaga pengajar mengikut kepakaran yang diperlukan.
v. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak industri melalui konsep “menang-
menang”
5. Hadirin sekalian,
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kapten (bersara) Pui
Seng Tai (Ketua Pengarah ReXil Agro (M) Sdn. Bhd), Encik Simon Pui Shio Min (Pengarah
ReXil Agro (M) Sdn. Bhd) dan barisan staf pengurusan ReXil Agro (M) Sdn. Bhd kerana sudi
menerima kami sebagai salah sebuah rakan strategik untuk jalinan usahasama ini. Semoga
usahasama ini memberi manfaat yang sepenuhnya kepada semua pihak yang terlibat. Terima
kasih sekali lagi daripada pihak saya.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih
23