The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SABRINA BINTI SAMSUDIN IPG-Pelajar, 2024-04-04 10:39:51

SANG GERGASI DAN PENGHUNI HUTAN (1)

TUGASAN 2: PENGHASILAN KARYA

& PENGHUNI HUTAN SANG GERGASI KARYA NUR SABRINA BINTI SAMSUDIN


Pada suatu petang yang terik, kelihatan Si Rusa berlari-lari hingga ke tebing sungai sambil dikejar oleh Sang Harimau. Si Rusa berhenti di tebing sungai sambil tercungap-cungap dan memandang Sang Harimau yang mengejarnya. “Tolong Sang Harimau. Tolonglah, lepaskan aku pergi. ” Rayu Si Rusa kepada Sang Harimau. Sang Harimau tersenyum dengan licik kerana gembira dia bakal mendapat rusa sebagai santapan dan mengendahkan rayuan Si Rusa. Tolong Sang Harimau. Tolonglah, lepaskan aku pergi.


Tiba- tiba, terdapat gegaran yang sangat kuat sehingga tanah pun bergegar. Pokok-pokok mulai runtuh, burung-burung berterbangan. Sang Harimau mulai ketakutan tentang apakah yang berlaku di dalam hutan mereka. “Alamak, apa yang berlaku ni?” Harimau ketakutan. Rupa-rupanya, hutan mereka dikejutkan dengan kedatangan Sang Gergasi yang besar lagi ganas. Gergasi tersebut mencari Sang Kancil sambil meruntuhkan pokok-pokok. Gergasi itu berhenti kerana terlihat Sang Harimau lalu dia mengangkat Sang Harimau untuk bertanya tentang keberadaan Sang Kancil. “Kau tahu mana Sang Kancil?” gertak Sang Gergasi kepada Sang Harimau. Harimau menggeleng. Kau tahu mana Sang Kancil?


Setelah mendapat jawapannya, Sang Gergasi ingin beredar dari situ tetapi terhenti akibat amukan Sang Harimau “Hoi, kau dah buat rusa aku terlepas! Ganti balik ! Berani kau tidak mengendahkan aku! Aku ini Raja Rimba!” Pada mulanya Sang Gergasi tidak mengendahkan Sang Harimau. Sang Harimau pun berteriak sambil mengeluarkan cakarnya yang tajam untuk menyerang Sang Gergasi namun ditepis sehingga Sang Harimau pun melayang dengan jauh. Sang Gergasi pun ketawa dengan kuat.


Sang Ular yang melihat peristiwa itu terus ketakutan. Sang Ular terus bergerak untuk menyampaikan berita ini kepada penghuni hutan yang lain. Di suatu tempat yang lain pula, Sang Kancil sedang enak menikmati rumput-rumput. Tiba- tiba, dia merasa gegaran yang kuat. Sang Kancil berlari terumbang ambing sehingga berjumpa satu gua.


Di dalam gua tersebut, terdapat juga haiwan-haiwan yang lain seperti Kerbau, Monyet dan Gajah. Sang Kancil hairan mengapakah mereka berkumpul disitu. Tiba-tiba, Ular datang sambil tercungap-cungap. Haiwan-haiwan di gua ketakutan melihat ular tetapi ular tidak mengendahkannya dan terus menceroboh mencari Sang Kancil untuk menyampaikan berita itu. Ular pun menceritakan apa yang dinampaknya sejurus kemunculan Sang Kancil. Haiwan-haiwan lain yang mendengar berita kehilangan Sang Harimau terus bersorak tanpa mengira bencana yang bakal melanda mereka


Sorakan mereka itu terhenti akibat jeritan Sang Ular. “Diam! Ini bukannya masanya untuk kita bergembira. Hutan kita ini sudah tidak selamat. Ada gergasi telah menyerang hutan kita. ” Haiwan-haiwan yang tadinya bergembira mulai resah dan panik. Mereka semua menggesa Sang Kancil yang bijak bestari itu bagi memikirkan caranya untuk menghalau gergasi itu dari hutan mereka. Diam! Ini bukannya masanya untuk kita bergembira. Hutan kita ini sudah tidak selamat. Ada gergasi telah menyerang hutan kita


Setelah seharian bertungkus lumus berfikir, Sang Kancil akhirnya mendapatkan cara untuk menewaskan Sang Gergasi iaitu dengan kerjasama semua penghuni hutan. Setelah mendapat persetujuan semua, Si Kancil pun meneruskan rencananya iaitu mengumpan Sang Gergasi ke gua mereka. “Hei, Gergasi! Ini aku, Sang Kancil yang kau cari-cari. Harini aku datang untuk serahkan diri pada kau.” Sang Kancil menyerahkan dirinya di rumah Sang Gergasi. “Akhirnya, yang dinanti nanti tiba juga, santapanku untuk malam ini.” Sang Gergasi terus mengenggam Sang Kancil dengan tangannya yang besar. Sang Kancil yang panjang akal mulai gerun tetapi tetap meneruskan rencananya untuk mengumpan Sang Gergasi ke arah gua.


“Gergasi, gergasi, kau tahu, di gua hujung sana tu ada satu gergasi yang lagi gerun, lagi besar dan lagi gagah dari kau. Semua penghuni hutan takut akan dia. Dialah raja rimba di sini bukan kau.” Kata Sang Kancil yang banyak akal.”Tidak mungkin ada yang lagi gerun, besar dan gagah dari aku. Tunjukkan aku mana gua itu atau aku makan kau sekarang.” Sang Gergasi enggan berkata sambil mencengkam Sang Kancil dengan lebih erat. Si Kancil ketakutan lalu menunjukkan arah jalan gua itu kepada Sang Gergasi. Gergasi, gergasi, kau tahu, di gua hujung sana tu ada satu gergasi yang lagi gerun, lagi besar dan lagi gagah dari kau. Semua penghuni hutan takut akan dia. Dialah raja rimba di sini bukan kau Tidak mungkin ada yang lagi gerun, besar dan gagah dari aku. Tunjukkan aku mana gua itu atau aku makan kau sekarang


Setibanya di gua, penghuni hutan bekerjasama memulakan strategi mereka untuk menakutkan Sang Gergasi. Sang Kancil meneruskan dengan menerangkan syarat untuk menentang Raja Rimba.“Wahai gergasi, untuk bertemu dan menentang raja rimba kami, kau perlu melengkapkan ketiga-tiga cabaran Raja Rimba. Sekiranya kau menang, Raja Rimba sendiri akan keluar dan beradu tenaga dengan kau. Tetapi sekiranya kau kalah dalam ketiga-tiga cabaran, kamu perlu meninggalkan hutan ini dengan segera.”


Sang Kancil mengemukakan syarat. “Baiklah, apakah cabaran yang pertama?” tanya Sang Gergasi. “Cabaran yang pertama adalah mengukur rambut siapa yang paling panjang.” Sang Gergasi mencabut sehelai daripada rambutnya dan meletakkan di tanah. Bagi pihak Raja Rimba pula, mereka mengeluarkan Sang Ular sebagai rambut. Sang Gergasi yang dungu itu pun percaya bulat-bulat tanpa menyedari itu adalah seekor ular. Sang Gergasi terpengun dengan kepanjangan rambut Raja Rimba. Sang Kancil mengumukan pemenang. “Pemenang bagi pusingan pertama ialah Raja Rimba”. Sang Gergasi membentak. “Ah, ini tidak mungkin! Aku tidak akan kalah untuk cabaran seterusnya. Apakah cabaran yang seterusnya?” Cabaran yang pertama adalah mengukur rambut siapa yang paling panjang.


Sang Kancil meneruskan dengan cabaran kedua. “Cabaran yang kedua adalah mengukur kutu siapa yang paling besar. ” Sang Gergasi pun mencari seekor kutu daripada rambutnya dan melemparkannya. Sang Kancil terpegun dan terkejut kerana kutu itu agak besar. Pasukan Raja Rimba pula mengeluarkan Kura-kura sebagai kutu yang mana jauh lebih besar dari kutu Gergasi. Dengan itu kemenangan berturut-turut bagi pasukan Raja Rimba. “Kamu kalah lagi Sang Gergasi. . Cabaran yang kedua adalah mengukur kutu siapa yang paling besar


Baiklah, untuk cabaran terakhir, kita akan mengukur gigi siapa paling panjang. ” Kata Sang Kancil dengan lagaknya. Sang Gergasi tanpa ragu mencabut sebutir giginya. Pasukan Raja Rimba pula menggunakan gading gajah yang mana jauh lebih panjang dari Sang Gergasi. Ia menandakan kekalahan tiga kali berturut-turut bagi pihak Sang Gergasi Baiklah, untuk cabaran terakhir, kita akan mengukur gigi siapa paling panjang


Sang Gergasi enggan menerima kekalahannya lalu mengamuk. Dia mulai meruntuhkan pokok-pokok dan mencampak barang di sekelilingnya. Sang Gergasi bertekad untuk menyerbu masuk ke dalam gua dan melawan Raja Rimba itu. Haiwan rimba mulai resah kerana Raja Rimba yang direka oleh mereka itu sebenarnya tidak wujud. “ Ah, mustahil aku kalah. Aku percaya aku lebih gagah daripada Raja Rimba kamu! Mana Raja Rimba kamu? Keluarlah!” amuk Sang Gergasi. Ah, mustahil aku kalah. Aku percaya aku lebih gagah daripada Raja Rimba kamu! Mana Raja Rimba kamu? Keluarlah!


Baru sahaja Sang Gergasi ingin melangkah masuk, dia disambut dan ditakutkan dengan ngauman yang kuat daripada Sang Harimau sehingga bergema di dalam gua. Selangkah tapak kaki gergasi singgah di gua itu, dia terlihat pantulan gua yang menggerunkannya. Ia merupakan bayang yang sangat besar, lebih besar dari Sang Gergasi. Bayang-bayang itu merupakan bayangan kesemua haiwan yang saling berlonggokan sehingga menjadi besar dan menggerunkan. Bayang besar itu diiringi dengan ngauman yang sangat kuat oleh Sang Harimau sehingga pokok-pokok bergegar. Air di sungai pun berkocak dengan ngauman itu. Sang Gergasi yang ketakutan segera melarikan diri dan meninggalkan hutan itu. ROAR!!!


Sejurus pemergian Sang Gergasi, haiwan-haiwan keluar dari gua untuk menyambut kemenangan mereka menentang Sang Gergasi. Mereka gembira kerana kerjasama mereka semua berjaya mengalahkan Sang Gergasi. Akhirnya hutan belantara mereka kembali aman dan damai seperti sediakala. Sang Gergasi sudah pergi maka tiada lagi kekacauan dan keributan yang berlaku.


TERIMA KASIH! SEKIAN


TEMA; Cerpen ini bertemakan haiwanhaiwan di dalam hutan bersesuaian dengan kanak-kanak.


nilai: nilai bekerjasama : haiwan-haiwan di dalam hutan bekerjasama memikir cara dan membantu menghalau gergasi dari hutan. nilai tanggungjawab : semua haiwan bertanggungjawab dalam melindungi hutan mereka. nilai prihatin: Sang ular yang ternampak Sang Harimau dipukul oleh Si Gergasi terus memberitahu haiwan lain berkenaan hal itu.


pengajaran: Kita haruslah bekerjasama untuk melaukukan sesuatu kerana dengan bekerjasama sesuatu perkara itu menjadi lebih lancar seperti penghuni hutan yang saling bekerjasama menggunakan kelebihan masing0masing untuk mempertahankan hutan mereka. Kita juga haruslah bertanggungjawab dalam menjaga sesuatu seperti penghuni hutan yang berusaha menjaga tempat tinggal mereka iaitu hutan daripada Sang Gergasi.


Click to View FlipBook Version