The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SHALIZA BINTI SHAFIE KPM-Guru, 2023-03-13 14:08:31

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGURUSAN KOKURIKULUM

81 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM


82 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM GERAK KERJA KOKURIKULUM Aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan diluar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. “Kurikulum Kebangsaan” adalah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua dan kegiatan kokurilum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai dan unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Rujuk Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U (A) 531/97. Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib.{Rujuk seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 Akta 550}. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum disekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 Akta 550} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikan, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan {Rujuk Subseksyen 35(2) Akta 550}.


83 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM MATLAMAT KOKURIKULUM Melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak dan berketrampilan dengan tumpuan kepada mencungkil, memupuk, mengembang dan memantapkan minat, serta bakat yang ada pada setiap individu bagi mengukuhkan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. OBJEKTIF KOKURIKULUM


84 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM STRATEGI KOKURIKULUM Untuk mencapai matalamat yang telah ditetapkan, beberapa strategi pelaksanaan perlu dikuti: 1. Kegiatan Kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang. Aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum. 2. Pihak sekolah dari semasa ke semasa perlu menambah bilangan Persatuan / Kelab / Unit Pakaian Seragam untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan. 3. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu satu daripada persatuan / kelab, satu dari pakaian seragam dan satu daripada sukan/permainan. 4. Setiap persatuan / kelab / Unit Pakaian Seragam perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif dan berfaedah bagi aktiviti yang dijalankan.Aktiviti tersebut perlulah dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan kursus, pertandingan iaitu meliputi aktiviti rutin dan pembangunan. 5. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12/18 kali setahun dan setiap perjumpaan dipenuhi pelbagai aktiviti yang memakan masa ½ jam iaitu 12/18 kali x ½ jam. 6. Setiap penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum tentang perkembangan dan kemajuan serta pencapaiannya perlu dinilai dan direkodkan. Penghargaan hendaklah diberi kepada murid yang aktif dan banyak memberi sumbangan serta mengharumkan nama sekolah sebagai insentif disamping sebagai sumber inspirasi kepada murid yang lain. 7. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 80% atau sekurangkurangnya 10 kali, bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat rekod penglibatan kokurikulum dalam sijil berhenti sekolah/surat akuan. 8. Semua persatuan /kelab dan unit pakaian seragam dikehendaki menjalankan satu aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar/khidmat masyarakat dan kajian luar agar dapat menarik minat murid..


85 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM Kandungan kegiatan kokurikulum di sekolah: Kegiatan kokurikulum disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: Rujuk Subperaturan 3(3) dalam peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U (A) 531/97. Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut: ✓ Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan ✓ Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 ✓ Hobi dan Rekreasi ✓ Sukan dan Permainan ✓ Badan Beruniform ✓ Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan_peraturan Pendidikan (Persatun Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta kerajaan Jil.42 / No. 11 ( tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998. KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM


86 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekuarang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan beruniform, satu kegiatan persatuan dan kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan { Rujuk Sub Perkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 KP(BS)8591/ Jld.11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985} Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. (Rujuk Sub Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985) Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekan Perpaduan Kaum; Ketatanegaraan; moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. ( Rujuk Sub Perkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb Januari 1985) Pelaksanaan kegiatan Kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. (Rujuk Sub Perkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP (BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000} Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP (BS)8591/Jld. 11(41) bertarikh 15 Januari 1986. STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM


87 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum disekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. (Rujuk Sub Perkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985.KP.8591-11(32) bertarikh 3hb Februari 1985. Peruntukan masa untuk kegiartan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil.11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut: PERTAMA : KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN. “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”( Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. KEDUA: Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang- kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)} PERUNTUKAN MASA KEGIATAN KOKURIKULUM DASAR KOKURIKULUM


88 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM KETIGA: Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). KEEMPAT: “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid- murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997} KELIMA: Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000). . DASAR SOKONGAN: . 1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerak kerja-gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}. 2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan


89 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}. . 3. Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.24/1998). 4. Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000). 5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid). Rujukan : • SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998 • Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/200 dan BIL: 1/1995 • Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Luar Kawasan Sekolah Catatan: Sila rujuk Buku Polisi Keselamatan Kokurikulum Sekolah untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci.


90 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM PERANAN MURID • Melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru. • Mengikut arahan guru/jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan. • Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan. • Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan. PERANAN JURULATIH / GURU a. Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui: ✓ Poster ✓ Perhimpunan Mingguan ✓ Ceramah ✓ Bengkel ✓ Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas ✓ Edaran b. Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. c. Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat. d. Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan. e. Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. f. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum. PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA i. Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masingmasing. ii. Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. iii. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalan aktiviti. iv. Menyediakan bahan keperluan anak/jagaan sepanjang aktiviti dijalankan. v. Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah. PERANAN MURID, GURU DAN IBU BAPA


91 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. POLISI a. Memastikan warga SEKAYA adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum. b. Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya. c. Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan sgera mengikut peraturan yang telah ditetapkan. d. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mestilah dibuat kepada pegawai atau sekolah. e. Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (Rujukan : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:3/1995). f. Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga SEKAYA, melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi. g. Semua warga SEKAYA adalah tertakluk kepada polisi ini. 2. LAPORAN KESELAMATAN, KECEDERAAN DAN KEMALANGAN a. Dalam memastikan sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian yang berlaku di sekolah terutama semasa pelaksanaan kokurikulum, serta mudah untuk dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak, sekolah dikehendaki menyediakan pelaporan dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas. b. Guru Penasihat persatuan / kelab perlulah dengan segera membuat pelaporan berhubung sebarang kecederaan yang berlaku semasa aktiviti di dalam buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah sebagaimana yang dinyatakan oleh pekeliling SPI. c. Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan adalah seperti:- ❖ Nama pelajar dan individu yang terlibat ❖ Tarikh, tempat dan masa kecederaan/kemalangan berlaku ❖ Nama guru yang membuat pelaporan ❖ Tahap kecederaan dan kemalangan ❖ Tindakan lanjut oleh guru berkenaan ❖ Tandatangan dokumen pelaporan ❖ Pengesahan pelaporan oleh pengetua / guru besar atau pegawai bertanggungjawab POLISI UNIT KOKURIKULUM


92 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 2. JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH Pengerusi : En. Mohd Firdaus bin Harun Timbalan Pengerusi : En. Fammy Rikzan bin Bokhari Naib Pengerusi I : En. Mohd Rosli bin Noordin Naib Pengerusi II : Pn. Muslihah binti Arbak Setiausaha Ko-Kurikulum : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin PENYELARAS UNIT KOKURIKULUM Penyelaras Sambutan Kemerdekaan : Pn. Nor Azlina binti Mohd Razali Penyelaras 1M1S : Pn. Azwiah binti Mohd Nor Penyelaras Kelab dan Persatuan : Pn. Suraya binti Abd Aziz Setiausaha Sukan : En. Ahmad Zaki bin Tamsir Pengerusi : En. Mohd Firdaus bin Harun Timbalan Pengerusi : En. Fammy Rikzan bin Bokhari Naib Pengerusi I : En. Mohd Rosli bin Noordin Naib Pengerusi II : Pn. Muslihah binti Arbak Setiausaha Sukan SEKAYA : En. Ahmad Zaki bin Tamsir Ahli Jawatankuasa : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin : Pn. Rozita binti Kasban : Pn. Nur Shaliza binti Shafie : Pn. Azwiah binti Mohd Nor JAWATANKUASA KOKURIKULUM


93 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. 1 MURID 1 SUKAN : HOKI a) HOKI LELAKI Jurulatih : En. Mohd Rosli bin Noordin : En. Fammy Rikzan bin Bokhari Guru Penasihat : En. Mohd Rosli bin Noordin : Pn. Rozita binti Kasban : En. Ahmad Zaki bin Tamsir b) HOKI PEREMPUAN Jurulatih : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Pn. Azwiah binti Mohd Nor : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin Guru Penasihat : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Pn. Azwiah binti Mohd Nor : Pn. Nur Shaliza binti Shafie : Pn. Nor Azlina binti Mohd Razali 2. UNIT BERUNIFORM a) PENGAKAP Guru Penasihat : En. Ahmad Zaki bin Tamsir : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Pn. Rozita binti Kasban : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin b) TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS ) Guru Penasihat : Pn. Nur Shaliza binti Shafie : Pn. Nor Azlina bt Mohd Razali : Pn. Normizah binti Madot SENARAI JURULATIH & GURU PENASIHAT


94 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 3. KELAB DAN PERSATUAN a) KELAB DOKTOR MUDA Jurulatih : Pn. Muslihah binti Arbak : En. Ahmad Zaki bin Tamsir Guru Penasihat : Pn. Muslihah binti Arbak : En. Ahmad Zaki bin Tamsir : Pn. Rozita binti Kasban b) PERSATUAN BAHASA Jurulatih Bercerita Tahap 1 & 2 Jurulatih Story Telling L1 & L2 : Pn. Suraya binti Abdul Aziz : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin Guru Penasihat : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Pn. Azwiah binti Mohd Nor : Pn. Nur Shaliza binti Shafie 4. OLAHRAGA DAN RUMAH SUKAN Jurulatih Olahraga : En. Ahmad Zaki bin Tamsir GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN • MARIKH : En. Ahmad Zaki bin Tamsir : Pn. Nur Shaliza binti Shafie • ZUHAL : Pn. Azwiah binti Mohd Nor : Pn. Rozita binti Kasban • NEPTUN : Pn. Suraya binti Abd Aziz : Cik Nur Najwa Asyiqin binti Salehudin • PRASEKOLAH : Pn. Normizah binti Madot : Pn. Noorma binti Mahmood


95 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM


96 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN • Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek). • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang 2 kali setahun. • Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. • Menentukan takwim dan jadual aktiviti. • Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. • Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan. • Memastikan guru mematuhi takwim dan Jadual Kokurikulum. • Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah,Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. • Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. • Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah. • Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan. • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. • Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan pelajar. 2. TUGAS GPK KOKURIKULUM ✓ Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum tercapai. ✓ Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah. ✓ Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum. ✓ Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan. ✓ Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum. PERINCIAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM


97 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM ✓ Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum. ✓ Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. ✓ Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum. ✓ Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha, penolong setiausaha dan penyelaras-penyelaras unit. ✓ Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecermerlangan dalam aktiviti kokurikulum. 3. TUGAS SETIAUSAHA / PENYALARAS KOKURIKULUM ❖ Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. ❖ Membantu Pengetua / Guru Besar dalam pengagihan tugas kepada semua guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. ❖ Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan / kelab / pasukan badan beruniform dan sukan / permainan. ❖ Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. ❖ Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. ❖ Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi. ❖ Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. 4. TUGAS SETIAUSAHA SUKAN ➢ Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. ➢ Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM. ➢ Membantu pengetua / guru besar mengagihkan tugas baru dalam olahraga dan permainan. ➢ Menetapkan pelajar dalam rumah sukan. ➢ Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. ➢ Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. ➢ Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. ➢ Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.


98 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM ➢ Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. ➢ Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. ➢ Sentiasa berbincang dengan Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sekolah. ➢ Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. ➢ Menghadiri kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan ilmu. 5. TUGAS KELAB / PERSATUAN / UNIT BERUNIFORM ▪ Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. ▪ Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. ▪ Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. ▪ Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. ▪ Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. ▪ Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan. ▪ Menguruskan Buku / Kad Kokurikulum – mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan – mengumpul semula daripada guru kelas/tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. ▪ Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: a) Borang penyertaan persatuan b) Borang senarai AJK dan ahli c) Buku laporan aktiviti ▪ Mengumpulkan Rancangan Tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. ▪ Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.


99 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM 6. TUGAS GURU PENASIHAT DAN PEMIMPIN • Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik AJK. • Memastikan ada perlembagaan dan peraturan. • Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. • Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan. • Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. • Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. • Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform / Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan. • Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diuruskan dengan baik. • Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. • Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Sukan / Permainan. • Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. • Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah dalam lawatan dan projek yang dijalankan. • Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. • Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. • Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. • Menentukan Papan Kenyataan digunakan sepenuhnya. • Menentukan tiada undur subversive tersebar dikalangan ahli. • Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. • Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.


100 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM WAKTU KEGIATAN KOKURIKULUM PERANCANGAN UNIT KOKURIKULUM


Click to View FlipBook Version