The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurain07-420, 2022-04-12 00:56:30

AINA DAN ALYA

DRAMA KANAK-KANAK

AINA &
ALYA

Siti Nurain Natasha

SINOPSIS

Drama ini mengisarkan dua orang budak yang bernama Aina dan
Alya. Mereka berumur 12 tahun. Aina merupakan seorang budak
yang miskin, manakala Alya merupakan seorang budak yang kaya.
Pada suatu hari, Aina berpindah ke sekolah elit iaitu sekolah Alya
bersekolah. Semasa Aina masuk ke kelas, tidak ada seorang pun
yang ingin berkawan dengannya disebabkan dia miskin. Namun,
Alya seorang sahaja yang ingin berkawan dengannya kerana Alya
tidak mempunyai kawan. Sejak itu, mereka berdua menjadi kawan
baik, mereka akan pergi kemana-mana bersama-sama. Pada suatu
hari, sekolah mereka mengadakan pertandingan nyanyian, dan
secara kebetulan, Alya mendengar Aina menyanyi semasa mereka
pulang dari sekolah bersama-sama. Selepas itu, Alya bercadang
untuk mengajak Aina untuk memasuki pertandingan itu. Setelah itu,
mereka berdua memasuki pertandingan nyanyian itu. Semasa
pertandingan nyanyian itu, Aina dinobatkan sebagai juara. Namun
begitu, sejak dari peristiwa itu, Aina mula bersikap dingin dan
sombong dengan Alya. Hal ini disebabkan adalah kerana Aina
mulai disukai oleh rakan-rakan lain. Hubungan mereka mulai
menjadi renggang. Sejak itu, Alya tidak mempunyai kawan dan
Alya pergi kemana-mana seorang diri. Pada suatu hari, Aina
mengalami kecelakaan, namun di antara kawan-kawannya itu, tidak
ada seorang pun yang menolongnya. Aina berasa sangat sedih.
Kebetulan, Alya lalu dan melihat Aina yang sedang dalam
kesakitan segera pergi membantunya. Aina mulai rasa serba salah
kerana sebelum ini dia sudah bersikap dingin dengan Alya, tetapi
Alya tetap mahu menolongnya. Sejak itu, Aina menyesal akan
perbuatannya, dan meminta maaf kepada Alya. Akhirnya, mereka
kembali menjadi kawan baik.

WATAK & PERWATAKAN

Aina – Seorang budak yang Alya – Seorang budak yang cantik
dan kaya serta baik hati. Namun,
baik hati. Dia berasal dari dia tidak mempunyai kawan di
sekolah kerana keluarganya
keluarga yang miskin. Dia merupakan orang yang terkenal.
Setelah Aina pindah ke
telah berpindah ke sekolah sekolahnya, Aina lah kawan
baiknya.
Alya, namun dia telah

menjadi lupa diri dan

sombong selepas dinobatkan

sebagai juara dalam

pertandingan menyanyi.

Puan Haliza – Puan Haliza Puan Zalia – Puan Zalia
merupakan ibu kepada Aina. merupakan ibu kepada Alya.
Beliau merupakan ibu tunggal. Beliau merupakan seorang yang
Beliau lah yang menjaga Aina terkenal dan merupakan
sejak kematian suaminya penyumbang terbesar di sekolah
beberapa tahun yang lalu. Alya iaitu yang merupakan
sekolah elit.

Cikgu Jasmin – Cikgu Jasmin merupakan
guru kelas Aina dan Alya. Beliau juga
merupakan guru pembimbing kepada
Aina dan Alya dalam pertandingan
menyanyi.

ika Amir
Umai

Tiga sekawan yang sombong dan berlagak. Mereka
merupakan rakan sekelas Aina dan Alya. Mereka tidak
menyukai Aina kerana Aina budak yang miskin, yakni
tidak setaraf dengan mereka.

BABAK 1

Di sebuah kota raya, terdapat dua orang
budak perempuan. Namanya ialah Aina dan
Alya. Masing-masing berumur 12 tahun. Aina
merupakan seorang budak yang miskin
manakala Alya merupakan seorang budak
yang kaya. Pada suatu hari, Aina berpindah
ke sekolah elit iaitu sekolah yang
menempatkan murid golongan atasan dan ia
juga tempat Alya bersekolah. Seorang cikgu
dan murid masuk ke kelas tahun 6 Aspirasi...

Cikgu Jasmin: Assalamualaikum dan
selamat pagi murid-murid.
Murid-murid: Waalaikumussalam cikgu.
Cikgu Jasmin: Hari ini kelas kita akan
menerima rakan baru. Namanya Aina. Aina
sila perkenalkan diri kamu?
Aina: Hai kawan-kawan! Nama saya Aina.
Selamat berkenalan semua!

Namun begitu, rakan sekelasnya tidak suka
akan kehadirannya memasuki sekolah
mereka kerana Aina berasal daripada
keluarga yang miskin.

Umai:eeeeuww, siapa entah nak
berkenalan dengan dia. (nada meluat)
Ika: Entah, dahlah miskin, busuk pula tu.
(intonasi jijik)
Amir: Tak baikla korang cakap macam tu.
Ika: Eh, eh, eh kau! Kalau kau (Amir) nak
pergi berkawan dengan dia, pergilah! (nada
marah)

Amir terdiam.
Aina berasa sedih kerana tiada seorang pun
yang suka akannya.

Cikgu Jasmin: Aina, sila duduk di tempat
kosong itu. (sebelah Alya)
Aina: Baik cikgu, terima kasih!

BABAK 2

Setelah duduk, Alya menyapa Aina yang
duduk di sebelahnya.
Alya: Hai Aina! Selamat berkenalan! Nama
saya Alya. (nada riang)
Aina: Hai Alya! Selamat berkenalan juga!
(tersenyum)
Aina berasa gembira kerana terdapat juga
rakan yang ingin berkawan dengannya.
Alya: Aina, nanti kita pergi ke kantin sama-
sama nak?
Aina: Nak!

Tiba di kantin…

Umai: Weh Alya, kau tak malu ke berkawan
dengan budak miskin ni? (perli)
Aina menunduk.
Alya: Tak. Kenapa pula aku nak malu
berkawan dengan Aina?
Ika: Yelah, kau kan popular kat sekolah ni,
keluarga kau jugak orang terkenal. Tak kan
la kau boleh berkawan dengan budak
miskin ni.
Alya: Mulut kau tu elok sikit ya Ika! (marah)
Kau, tak baik tau hina orang macam tu.

Aina menunduk dan tidak sangka air matanya
menetes.

Aina: Alya, dahlah, betul apa yang
dikatakan oleh mereka. (memujuk Alya)
Saya okay (senyum)
Alya: Tak Aina. Dia dah melampau, dia tidak
berhak untuk hina awak macam tu.
(marah)
Aina: Takpe Alya. (senyum paksa) Jomlah
kita membeli makanan, nanti rehat dah
nak habis.
Alya: Baiklah. Korang, lagi sekali kau hina
Aina, aku akan bagitau Cikgu Jasmin.
Umai: Hmmm, lantak kau lah. Ada aku
kisah???(menyampah)

Umai dan Ika berlalu dari situ. Aina dan Alya
juga pergi membeli makanan kerana waktu
rehat sudah nak habis.

BABAK 3

Alya mengajak Aina untuk pulang bersama-
sama, semasa perjalanan pulang, Aina
menyanyi…

Aina: *Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku…. *
(menyanyi)
Alya: Wahh! Aina sedapnya suara awak.

Aina tersegan malu.

Alya: Aina nanti sekolah kita akan adakan
pertandingan menyanyi, awak tak nak join
ke?
Aina: Tak nak la saya, saya malu, lagi pun
saya tak layak untuk menyanyi dan suara
saya pun tak lunak. Tambahan, saya mana
ada duit nak bayar yuran pendaftaran tu.
Alya: Ishh, tak ada lah! Semua orang boleh
masuk pertandingan nyanyian tu, lagipun
suara awak merdulah. Alaa Ainaaaaaa,
jomlah. (merayu) Tidak apa, yuran itu saya
akan minta ibu saya tolong bayarkan.
Aina: Tak payah lah Alya, saya taknak
susahkan awak dan keluarga.
Alya: Mana ada menyusahkan la Aina,
kitakan kawan baik. Saya daftarkan nama
awak yer. (semangat)
Aina menggangguk.

BABAK 4

Di rumah Aina….

Aina: Ibu, ibu. Aina dah ada kawan baru kat
sekolah, namanya Alya. (teruja)
Puan Haliza: Yeke? Patutla ibu tengok anak
ibu ni gembira je. (senyum)
Aina: Yer ibu! Keluarga Alya sangat kaya
ibu. Alya sangat baik ibu, rakan lain semua
tak nak kawan dengan Aina sebab Aina
miskin. (menunjukkan riak wajah sedih)
Puan Haliza: Eh, Aina tak baik lah cakap
macam tu nak. Kita kena bersyukur dengan
pemberian Tuhan kepada kita. Kalau Aina
nak tahu, ada lagi yang lebih susah
daripada kita, sampai ada yang tak makan
tau, Aina.
Aina: Ya, ibu. Aina minta maaf.
Puan Haliza: Ya Aina, ibu maafkan anak ibu
ini. Lain kali jangan ulang lagi ya.
Aina: Baik ibu. Lepastu kan Ibu... ibu nak
tahu tak Alya daftarkan Aina dalam
pertandingan menyanyi. Tak sabarnya!!
(teruja)
Puan Haliza: Alhamdulillah, gembiranya
anak ibu.

Puan Haliza menggeleng sambil tersenyum
melihat gelagat anaknya yang teruja dan
gembira itu.

BABAK 5

Pada hari pertandingan, semua peserta sudah


bersedia dan penonton sudah ramai berada di

dalam dewan. Puan Haliza dan Puan Zalia
juga hadir. Cikgu Jasmin masuk ke bilik
menunggu peserta untuk memberi semangat
kepada semua peserta.

Cikgu Jasmin: Aina, Alya, semangat! Jangan
gementar.
Aina & Alya: Baik, cikgu!

Aina dan Alya memandang sesama sendiri
dengan gerakkan tangan menunjukkan

semangat dan menggan
gguk kepala.

Pengacara: Seterusnya, mempersilakan
peserta Aina untuk menyampaikan
nyanyiannya yang bertajuk “Kau Ilhamku”

Beribu bintang di langit kini menghilang
Menggapai aku dalam terang.



Aina menyanyikan lagu tersebut dengan
suara yang sangat merdu. Ramai yang
terpukau dengan suara Aina. Siapa sangka,
kesemua penonton yang hadir memberikan
tepukan gemuruh atas persembahan
tersebut.

Aina berasa sangat terharu. Sebaik sahaja


giliran Aina tamat, pengacara majlis mula

menjemput Alya untuk mempersembahkan
nyanyiannya.

Setelah semua peserta selesai membuat
persembahan, sudah tiba masanya untuk
pengumuman pemenang.

Dummmm.. dummmm.. (bunyi gendang)

pKeinnitatsin. gAgnatlarAainmaedreakna
Alya yang berada di
ialah pemenang bagi

tempat Johan dan Naib Johan.

Pengacara: Nama yang akan saya panggil
ini akan dinobatkan sebagai juara
pertandingan Nyanyian bagi peringkat
sekolah. Manakala nama yang tidak
dipanggil akan secara tidak langsung
berada di tempat Naib Johan.

Penonton sudah mula resah dan gemuruh
untuk menantikan pengumuman pemenang.

Pengacara: Juara acara nyanyian ini
dianugerahkan kepada.... AINAAAAA!


Cikgu Jasmin & Alya menghampiri Aina

Cikgu Jasmin & Alya: Tahniah Aina!
Aina: Terima kasih Cikgu Jasmin dan Alya.

Aina berasa serba salah terhadap Alya kerana
Alya lah yang mengajaknya untuk turut serta.

Alya: Saya tahu saupsaah
yahnagti.aSwaayka fikirkan.
Jangan lah rasa gembira

dan bangga atas pencapaian awak.

Tahniah!

BABAK 6

Keesokkan harinya, di sekolah, Aina mula
dikenali oleh semua orang. Sejak itu, Aina
mempunyai ramai kawan baru. Disebabkan
itu juga, hubungan Alya dan Aina menjadi
renggang kerana Aina selalu diajak oleh
rakan-rakan yang lain. Semasa dalam kelas…

Alya: Ainaaa!
Aina: Ish, kau ni dah kenapa? Pergilah!
Sibuk lah kau ni! Serabut tahu tak!!!!! (nada
marah)
Alya: Aina, kenapa awak mula bersikap
begini, awak bukan macam yang saya
kenal.
Aina: Suka hati aku lah nak bersikap
macam mana!! Sibuk je kau!!! Dah,
berambus kau dari sini!!!

Alya berlalu pergi dengan perasaan yang
kecewa dan sedih.

Tanpa sedar, Aina mula bersikap dingin dan
sombong. Sejak dari peristiwa itu, Alya
sentiasa berseorangan sahaja apabila ke
mana-mana.

BABAK 7

Pada suatu hari, Alya berjalan seorang diri
menuju ke kantin, namun dia terserempak
dengan Aina dan kawan-kawannya.

Alya: Aina! (jerit)

Namun, Aina buat tidak tahu. Alya sedih dan
terus berlalu dari situ.

Keesokkan harinya, Aina jatuh tangga di
sekolah, namun semua kawannya hanya
melihat dan berlalu dari situ, tidak ada
seorang pun yang menolongnya. Secara
kebetulan, Alya melihat Aina jatuh, Alya
dengan cepatnya pergi membantu Aina.

Alya: Aina, awak ok ke? Macam mana awak
boleh jatuh ni? (nada risau)

Aina melihat Alya yang sangat risau akan
dirinya.
Aina: Aku telah sombong kepada Alya, namun
Alya tetap menolongku (monolog dalaman)
Aina memeluk Alya sambil menangis.
Aina: Alya, saya nak minta maaf, saya jadi
lupa diri semenjak saya mempunyai rakan
yang baru (menangis)
Alya: Tidak apalah Aina, saya maafkan
awak.
Aina: Terima kasih.




-TAMAT-


Click to View FlipBook Version