The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM3 MODUL 6NAMBAB - SOALAN KEM AKADEMIK STPM 2023 SMK SIMUNJAN NO 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU TALIP, 2025-11-30 23:24:51

BM3 MODUL 6NAMBAB - SOALAN KEM AKADEMI STPM 2023

BM3 MODUL 6NAMBAB - SOALAN KEM AKADEMIK STPM 2023 SMK SIMUNJAN NO 1

Keywords: Nota STPM Semester 3

1KEM AKADEMI STPM SEMESTER 3 2023JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU BAB 1: WACANA KONSEP WACANAo Satu satuan bahasa yang lengkapo Terdiri daripada sejumlah ayat, bab, siri, dllo Jalinan ayat yang bertautan / utuho Idea yang berkesinambungan*kefahaman sesuatu teks berkait rapat dengan teks lainKohesi - aspek tatabahasa dan aspek leksikal (kosa kata)Koheren - kesinambungan idea (berfokus)KONSEP PENANDA WACANAPerkataan / frasa yang menunjukkan pertalian idea antara ayat dengan ayat.JENIS PENANDA WACANA1. Penanda Penghubung - menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat lain dalam wacanao Tambahan – maklumat tambahan berkaitan dengan ayat sebelumnya( selain itu, antaranya, lebih-lebih lagi, begitu juga, di samping itu)o Tentangan – pertentangan maklumat dengan sebelumnya ( akan tetapi, sebaliknya, walau bagaimanapun, begitupun)o Musabab - sebab berlakunya sesuatu( kerana, oleh hal yang demikian, oleh sebab, oleh itu, dengan itu)CIRIWACANACiri Wacana koherenkohesi maklumat penerimaaninterteks* tujuan


2o Tempoh – urutan masa bagi sesuatu peristiwa ( kemudian, selanjutnya, pendeknya, mula-mula, selepas itu)o Kesimpulan - merumuskan sesuatu yang telah dinyatakan sebelumnya(kesimpulannya, tegasnya, akhirnya, pendek kata2. Penanda rujukan - hubungan antara kata / frasa dengan orang, benda, tempat yang dirujuk.o Kata ganti nama diri (mereka, baginda, kami)o Kata ganti nama tunjuk (ini, tersebut, sana)3. Penanda penggantian - kata / frasa yang menggantikan kata / frasa sebelumnya( Frasa ‘sifat negatif’ menggantikan frasa ‘suka berbohong’)4. Penanda leksikal – pengulangan kata yang tekal dalam ayato kata yang samao kata bersinonim o kata berhiponim ( pen, pemadam, pembaris – alat tulis)o kata berkolokasi ( hidupan laut - ikan, sotong, ketam)5. Penanda elipsis – pengguguran kata / frasa yang sebelumnya( Mereka belajar bersama. Ǿ Bermain bersama)Kesinambungan Idea dalam WacanaCiri Koheren Contoh1. Hubungan sebab + akibat Siti malas belajar. Dia gagal dalam ujian itu.2. Hubungan sebab + tujuan Adik rajin belajar. Adik ingin berjaya dalam peperiksaan.3. Hubungan sebab + hasil Mereka banyak wang. Mereka melancong ke luar negara.4. Hubungan latar + kesimpulan Rumah itu cantik. Rupa-rupanya rumah itu milik Datuk Ali.5. Hubungan syarat + hasil Kita perlu berusaha dengan gigih . Semoga kita berjaya.6. Hubungan perbandingan Aiman pandai melukis. Abangnya lagi pandai melukis.7. Hubungan memperkuat isi Taman bunga itu indah. Banyak bunga yang berwarna-warni.8. Kesinambungan aditif * Perwatakannya menarik. Dia suka menolong rakannya.*maklumat tambahan kepada idea asal


3Contoh SoalanBahagian A 1 Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang konsep wacana?A Set ujaran yang mengandungi keseimbangan idea.B Gagasan idea yang bernas dalam ujaran lisan dan tulisan.C Jalinan unit bahasa dan idea yang sempurna serta berurutan.D Satuan bahasa yang lengkap dari aspek linguistik dan pemikiran.2Apakah jenis penanda wacana P dan Q dalam petikan di atas?P QA Penanda Rujukan Penanda penggantianB Penanda penggantian Penanda RujukanC Penanda Rujukan Penanda RujukanD Penanda penggantian Penanda penggantian3 Definisi wacana yang manakah yang paling tepat?A Wacana ialah bahasa yang melebihi batas ayat.B Wacana ialah makna yang membentuk satu fokus pemikiran.C Wacana ialah pemfokusan pemikiran dalam sesuatu ucapanh atau tulisan.D Wacana ialah satu unit pengucapan atau penulisan yang melebihi batas ayat.4Padanan yang manakah yang betul bagi ciri kohesi dan ciri koheren ?Kohesi KoherenA I dan II III dan IVB I dan III II dan IVC III dan IV I dan IID II dan IV I dan IIIAndika sakit kepala sejak semalam. Hari ini dia pergi mendapatkan rawatan di pKlinik Sentosa. Ramai pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan di situ. QI Hubungan dari aspek tatabahasaII Kesinambungan idea antara unit bahasaIII Pengulangan leksikal atau kosa kata tertentuIV Seluruh teks berfokus kepada satu idea


4Bahagian B 1 Ciri wacanaHuraianXTautan atau hubungan yang gramatis antara unsur yang membina sesebuah teks dan wacana.(a) Apakah ciri wacana yang diwakili oleh X ? ............................................................................................................................................................(b) Bina satu wacana yang mengandungi penanda wacana pengguguran. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 30 patah perkataan. [2]........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................2Setiap insan memiliki cita rasa. Dengannya, manusia dapat memahami orang lain, memahami suara alam, ingin mencintai dan dicintai, memerhatikan dan diperhatikan, menghargai dan dihargai, dan cenderung kepada keindahan.Nyatakan dua jenis penanda wacana yang terdapat dalam petikan di atas dan berikan satucontoh bagi setiap jenis penanda wacana tersebut.Jenis penanda wacana Contoh(a) .........................................................[1] ..................................................................[1](b) .........................................................[1] ..................................................................[1]3Aminah merupakan seorang gadis yang baik. Dia penyayang dan gemar menolong orang.Berdasarkan petikan di atas, selain melebihi batas ayat, nyatakan dua ciri wacana.(a)....................................................................................................................................................[1](b)....................................................................................................................................................[1]


54Jenis penanda wacana• Penanda wacana yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain.• Penanda wacana yang digunakan untuk merujuk sesuatu.• Penanda wacana yang mengandungi pengulangan kata atau kata berkolokasi.Bina satu wacana yang mengandungi ketiga-tiga jenis penanda wacana di atas. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. [4]..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................BAB 2 : RETORIK1) RETORIK PEMERIAN• Tiada penilaian/pandangan/ulasan peribadi• Bahasa secara tersusun, tepat dan jelas• Gaya deskriptif dan informatif• Gambaran yang realistik yang dapat dirasakan oleh pancainderaContoh ; Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya diperbuat daripada bahan yang terpilih dan dihiasi pula dengan gambar burung berwarna-warni.• RETORIK IALAH SENI PENGGUNAAN BAHASA YANG INDAH DARI SEGI LISAN ATAU TULISAN UNTUK MENARIK PERHATIAN PENDENGAR. • TERDIRI DARIPADA LIMA JENIS ;


62) RETORIK PEMUJUKAN• Ada persamaan erat dengan retorik penghujahan• Tujuan untuk mempengaruhi/mengubah khalayak• Mempunyai hujah, cadangan dan Tindakan• Melibatkan unsur emosi dan psikologi• Guna dalam iklan/kempenContoh ; i) Pemujukan RasionalSyarikat Iman Mutiara akan mengadakan lawatan dan belajar ke Timur Tengah selama sebulan. Peserta hanya perlu membayar RM6000 seorang untuk membiayai tiket, visa, penginapan, makanan, pengangkutan dan lawatan sepanjang berada di sana. Tempat terhad. Hubungi 011-7878975 untuk maklumat lanjut. ( Hujah )ii) Pemujukan Tidak RasionalKau janganlah membuat maksiat. Kau janganlah membuat dosa. Ingatlah kepada Tuhan. Buatlah ibadat banyak-banyak. Kau akan selamat dari neraka jahanam, tempat orang-orang kafir. ( Emosi )3) RETORIK PENCERITAAN• Mengandungi mesej tertentu• Bersifat relatif dan imaginatif• Gaya bahasa yang menarik dan indah• Kurang menitikberatkan tatabahasaContoh ; Tiba-tiba ya, dengan tiba-tiba saja, seperti muncul dari perut bumi layaknya, Minah muncul semula. Ia muncul dalam keadaan dan cara yang lain, seolah-olah waktu yang sekian lama ini ia sedang dalam pembentukan, dalam acuan untuk mengubah dirinya dan sifat tabiatnya. Ia muncul dengan tenaga yang lebih banyak dan besar, seolah-olah selama ini ia mengumpulkan segenap tenaganya untuk menghadapi orang-orang dalam masyarakatnya, seolah-olah ia ingin menjeritkan kepada orang-orang di sekelilingnya bahawa ia mencintai hidup dan kebenaran dan ia akan berjuang untuk itu, bukan juga dengan mulutnya saja, bukan dengan sifatnya dan alat tubuhnya sebagai peremuan, tetapi dengan segenap jiwa dan urat darahnya yang ada, yang tinggal sebagai sisa dari hidupan ayahnya, nama Ali dan beberapa lelaki lain yang semuanya disegani oleh orang sekampung baik kerana uang mahupun kedudukannya.


7TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA4) RETORIK PENDEDAHAN• Tujuan memberikan maklumat• Guna teknik pentakrifan dan analisis• Untuk menjelaskan konsep/istilah• Berdasarkan fakta• Hurainnya jelas• Memindahkan maklumat daripada seseorang kepada audiens• Menghuraikan takrifan secara jelas dan disertakan perbandinganContoh ; Minum air panas dengan lemon tanpa gula boleh mencegah kanser kerana air minuman ini dapat membunuh sel-sel kanser. Air lemon sejuk yang hanya mengandungi vitamin C tiada pencegahan terhadap kanser. Air lemon bergula pula tidak membantu melawan kanser malah boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Air lemon panas akan menghancurkan sel-sel malignan dan gnas, serta tidak merosakkan sel-sel yang sihat.5) RETORIK PENGHUJAHAN• Disampaikan dengan jelas, berkesan dan meyakinkan• Teknik penyampaian adalah secara deduksi, induksi dan analogi• Usul yang jelas dan disokong dengan hujah yang bernasContoh ; Sekarang, kita perlu menghasilkan makanan haiwan ternakan kita sendiri untuk mengurangkan kos penternakan. Bagi tujuan itu, kitab oleh memanfaatkan bahan sisa daripada kelapa sawit dan sisa tanaman makanan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengurangkan import bahan tersebut, di samping dapat mengoptimumkan penggunaan bahan sisa organik yang banyak di negara kita.1) Teknik DeduksiContoh ; Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berperlembagaan. (PU) Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Melalui pilihan raya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sewaktu kita Merdeka. Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dibuat oleh parlimen atau Dewan Undangan Negeri mengikut keperluan semasa. (PK)PUPK


82) Teknik InduksiContoh ; Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Melalui pilihan raya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sewaktu kita Merdeka. Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dibuat oleh parlimen atau Dewan Undangan Negeri mengikut keperluan semasa. (PK) Jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berperlembagaan. (PU)3) Teknik Elektik Contoh ; Malaysia merupakan sebuah negara dual-ekonomi. (PU) Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian. Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman, seperti padi dan nanas. Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri berat. Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model. Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara. (PK)Memandangkan kejayaan kita dalam kedua-dua sektor ekonomi itu, dapatlah kita merumuskan bahawa Malaysia merupakan antara negara dual-ekonomi. (PU)PKPUPU PK PU


9Contoh SoalanBahagian A1 Padanan yang manakah yang betul bagi jenis retorik yang menepati ciri I dan ciri II?Jenis retorikI IIA Pendedahan PenghujahanB Penghujahan PemerianC Pemerian PenghujahanD Pendedahan PemerianI Memerlukan pembuktian yang jelasII Mengandungi huraian yang dibuat secara deskriptif dan informatif4) Teknik AnalogiContoh ; Kini ramai penduduk di negara Barat mengalami masalah obesiti. Satu daripada puncanya ialah pengambilan makanan yang banyak mengandungi karbohidrat dan lemak. Bahan-bahan tersebut jika terkumpul dalam badan boleh menyebabkan kegemukan, terutamanya apabila individu tersebut kurang bersenam. Jika kita membiarkan anak-anak kita mengamalkan pemakanan yang sedemikian dan kita tidak menggalakkan mereka untuk bersenam, maka kebarangkalian untuk anak-anak berhadapan denganmasalah obesiti yang tinggi.Teknik Banding dan Beza (BUKAN ANALOGI)Contoh ; Betapa pentingnya guru, dapat kita umpamakan seperti pentingnya saudagar makanan. Guru memberikan makanan yang diperlukan oleh Rohani manusia manakala saudagar makanan berperanan memenuhi sebahagian daripada keperluan biologi manusia. Jadi, amatlah wajar bagi kita memberikan penghargaan kepada guru yang menyebarkan ilmu dan intelek, sebagaimana kita memberikan penghargaan yang tinggi kepada saudagar makanan yang menawarkan makanan untuk membolehkan manusia terus hidup.


102 Yang manakah teknik penyampaian idea deduksi? A Penghuraian idea yang dimulai dengan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan khusus, dan diakhiri oleh pernyataan umum. B Penghuraian idea yang dimulai dengan pernyataan khusus dan diikuti oleh pernyataan umum. C Penghuraian idea dengan memberikan bandingan sesuatu perkara dengan perkara yang lain. D Penghuraian idea yang dimulai dengan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan khusus.3 Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas? A Analogi B Induksi C DeduksiDElektik4Yang manakah bukan tujuan penggunaan retorik pendedahan? A Memberikan takrif tentang sesuatu B Menerangkan cara untuk melaksanakan sesuatu C Memberikan gambaran sebenar tentang sesuatu D Mengemukakan kebaikan atau keburukan tentang sesuatu 5 Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di atas? A Induksi B Deduksi C Elektik D AnalogiPada era teknologi maklumat, pelbagai aplikasi boleh membantu anda untuk membuat jadual perjalanan untuk bercuti. Sebagai contoh, Tripcase.com membolehkan pengguna membuat jadual secara dalam talian dan mengirimkannya secara automatik kepada diri sendiri, rakan, dan keluarga. Aplikasi ini juga membantu anda untuk menyusun perjalanan, menghantar jadual penerbangan, menempah kenderaan, mendaftar hotel, dan sebagainya. Secara tidak langsung, masa yang diambil untuk membuat jadual perjalanan lebih mudah dan efektif. Jelaslah, aplikasi dan laman web memudahkan anda untuk membuat perancangan bercuti.Pemanasan global merupakan punca utama pencairan ais di Kutub Utara dan di Kutub Selatan. Karbon monoksida, karbon dioksida, klorofluorokarbon, metana, dan nitrogen oksida yang dibebaskan olek aktiviti manusia telah meninggalkan kesan kepada suhu dunia. Pemanasan global ini merancakkan pencairan ais di kedua-dua kutub tersebut.


11Bahagian B1 (a) Apakah retorik? [1] ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. (b) Berdasarkan permulaan petikan yang diberikan, bina satu wacana yang menepati ciri retorik di atas. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 50 patah perkataan. [4]Pasar malam di Taman Aman agak besar. …………………………………………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………2 (a) Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di atas? [1]………………………………………………………………………………………………………… (b) Tulis satu pernyataan umum yang terdapat dalam petikan di atas. [1]………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………• Mementingkan ketepatan dalam memperincikan sesuatu• Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasai oleh pancaindera• Bersifat deskriptif dan informatifPembakaran terbuka yang sering dilakukan oleh pihak tertentu merupakan punca pencemaran udara. Sesetengah petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok untuk membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal, seperti yang berlaku di Kalimantan, Indonesia.


123 Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara retorik penghujahan dengan retorikpemujukan.4 Berdasarkan permulaan petikan yang diberikan, bina satu wacana dengan menggunakan teknik penyampaian idea induksi. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 40 patah perkatan [3] Tidur merupakan aktiviti rutin dalam kehidupan kita ……………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...…………………………..………………………………………………………………………………………………………….………………………………...………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………….BAB 3 :VARIASI BAHASAJenis retorik Persamaan PerbezaanRetorik penghujahan dan retorik pemujukan……………………………………………………………………………………………………………………………………… [1]……………………………………………………………………………………………………………………………………… [1]KONSEP VARIASI BAHASA JENIS VARIASI BAHASA DAN CIRINYAPerbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan disebabkan oleh:(a) Pengguna• Ideolek• Dialek daerah• Isoglos(b) Penggunaan• Dialek sosialBerdasarkan kumpulan sosial dan situasi tertentu:(a)Kumpulan sosial:• Kelas sosial• Status pekerjaan• Usia• Jantina(b)situasi • Formal• Tidak formal• Dialek• Idiolek• Bahasa Pijin• Bahasa Kreol• Bahasa Slanga• Bahasa Formal• Bahasa Tak Formal• Bahasa Halus• Bahasa Kasar• Bahasa Istana/Dalam• Bahasa Basahan• Bahasa Baku• Bahasa Mesra• Bahasa Pasar


13ISTILAH PENGERTIANIsoglos Garis pemisah/garis sempadan linguistik antara satu dialek dengan dialek yang lain.• Bentuk dialek-campuran antara dua dialek bagi pengguna yang tinggal bersempadan.• Satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kataDiaglosia Merujuk kepada penggunaan dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa yang sama.Subdialek Satu dialek yang dibahagikan kepada dialek-dialek kecil berdasarkan kawasan tertentu di setiap negeri.Multibahasa Mempunyai kepelbagaian bahasa.Dwibahasa Mengandungi dua bahasa.Dialek Kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, faktor geografi dan faktor sosial dan situasi tidak rasmi.Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan :• Perbezaan pada alat sebutan dan bunyi sebutan(menyengaukan sebutan)• Faktor kewujudan ideolek-perbezaan pada alat sebutan seperti kecacatan, tabiat pertuturan(pengaruh rakan/ahli keluarga)Bahasa Pijin Bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa ( Bahasa A + Bahasa B = Bahasa C)• Tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal• digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi(percampuran kod)• menyalahi hukum D-M: orang itu itu orang• mengabaikan penggunaan penjodoh bilangan• membezakan penggunaan kata ganti nama• kosa kata terhad • sebutan bahasa dipengaruhi oleh bahasa ibunda• penggunaan perkataan punya dan banyakBahasa Kreol Campuran dua bahasa sehingga menjadi bahasa utama dalam komoniti• Faktor geografi: perkahwinan dan perdagangan• Kosa kata/struktur ayat dipengaruhi struktur bahasa Cina• Contoh: lu orang, gua,dllBahasa Slanga Bahasa kutu/rockerCirinya:• Kosa katanya mempunyai makna tersendiri dan hanya difahami oleh kelompok tertentu• Tidak rasmi• Tidak mementingkan tatabahasaBahasa Formal Bahasa surat = bahasa yang digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi,khususnya dalam konteks tulisan.Variasi perbahasaan yang lazim digunakan dalam konteks tulisan, ataubentuk bersurat (bertulis).Termasuk dalam kategori ini: bahasa baku dan bahasa istana.


14Ciri-ciri:• Bahasanya terkawal: Perkataan, frasa dan ayatnya lengkap, tersusun,tinggi, dan halus sifatnya.• Perkataan dalam binaan ayat tidak dipotong-potong• Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang bersifat rasmiBahasa Tak FormalBahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. Bahasa bebas = yang tidak mementingkan peraturan bahasaTerdiri daripada dialek, bahasa slanga, bahasa pasar, dan bahasa basahan, dan sebagainya, yang tidak digunakan dalam keadaan formal.Bertentangan dengan bahasa formal dan bahasa baku.Perkataan disingkatkan.Terdapat percampuran kod atau bahasa bercampur-campur.Bahasa Basahan/KolokialBahasa pertuturan seharian.Tidak mematuhi hukum tatabahasaTerdapat percampuran kodStruktur ayat mudah difahamiMenggunakan unsur singkatan atau kependekanBahasa PasarBahasa kacukan –campuran antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua. wujud akibat pergaulan masyarakat berbilang kaum.bahasa dipermudah apabila berkomunikasi.Penggunaan perkataan punya –khususnya dalam perbualan yangmelibatkan orang Cina dan India.Penggunaan kata ganti nama diri juga berbeza daripada bahasa baku.Pengabaian penggunaan kata penjodoh bilangan.Mengabaikan Hukum D-MSusuk ayatnya tidak mematuhi tatabahasa bahasa MelayuBahasa Mesra Bahasa yang menunjukkan hubungan yang rapat antara penutur dan pendengarGelaran/panggilan tidak lengkapMenggunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama diri orang pertamaKependekan kataPenggunaan partikel -lahBahasa Kasar Bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar, tidak sopan dantidak manis.Terdiri daripada bahasa kasar Perkataan/frasa yang digunakan relatifnya kasar.Kata-kata makian atau cacian, terutama ketika sedang marahKata-kata untuk menghina atau menimbulkan kemarahanBahasa Halus/istanaBahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi.Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai dengan suasana formal dantidak formal.Perkataan dan ungkapan berciri sopan – menunjukkan ketinggian budipenuturnya.Pemilihan bahasa kiasan = bahasa berlapik / bahasa beralasPenggunaan perkataan daripada bahasa Arab – menggambarkankehalusan budi dan hati penutur, berkait dengan Islam yang sentiasamementingkan akhlak yang tinggiPenggunaan unsur pemulukan (Perbuatan menyanjung dan ditujukan kepada raja untuk meletakkan baginda pada taraf yang lebih tinggi.) Contoh: Ke bawah Duli Yanag Maha Mulia.Unsur pendinaan (merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja.) Contoh: patik pacal yang hina


15CONTOH SOALANBAHAGIAN A1Pernyataan yang manakah yang menepati konsep variasi bahasa?I Kelainan bahasa disebabkan oleh formaliti bahasa.II Penggunaan bahasa yang membezakan penggunanya.III Penggunaan bahasa yang berbeza kerana perbezaan sosial dan persekitaran.IV Kelainan bahasa disebabkan oleh pengguna bahasa dan situasi yang berbeza.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV2Yang manakah ciri ideolek?I Wujudnya unsur saling memahami antara penuturII Kekerapan ungkapan yang biasa digunakan oleh individuIII Pertukaran kod yang menjadi kebiasaan seseorang penuturIV Perbezaan pertuturan antara penutur di kawasan yang berbezaA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV3Pernyataan di atas adalah tentang variasi bahasaA pijinB pasarC kreolD basahan• Unsur-unsur bahasanya dinamik• Tatabahasanya lebih kompleks dan mantap• Asas bahasanya daripada percampuran beberapa bahasa


164Apakah jenis variasi bahasa yang digunakan dalam perbualan di atas?A IdeolekB Bahasa halusC Bahasa mesraD Bahasa basahan5Pernyataan yang manakah yang benar tentang variasi bahasa?A Penggunaan bahasa berdasarkan tahap penguasaan B Penggunaan bahasa berdasarkan tahap formaliti sesuatu situasi.C Perbezaan standard bahasa yang mencerminkan kumpulan penutur yang sama.D Perbezaan gaya bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama. Bahasa seseorang penutur.6 Pernyataan yang manakah yang benar tentang idiolek?A Variasi yang dituturkan oleh sekumpulan penutur.B Variasi penggunaan bahasa yang merentas kawasan.C Variasi yang membezakan cara pertuturan seseorang.D Variasi gaya penggunaan bahasa dalam sesuatu kumpulan masyarakat.Situasi: Pejabat sekolah XAhmad: Selamat pagi.Bahar: Selamat pagi. Boleh saya bantu encik?Ahmad: Saya ingin berjumpa dengan tuan pengetua.Bahar: Tuan pengetua sedang bermesyuarat sekarang. Boleh encik tunggu sebentar? Selepas beliau selesai bermesyuarat, saya akan maklumkan kepada encik. Sila duduk dahulu, encik.Ahmad: Terima kasih.


17 7Variasi bahasa Contoh ayatI Bahasa tak formal Nenek yang suruh balik kampung.II Bahasa kreol Anak keturunan Baba Nyonya sangat cantik.III Bahasa halus Beberapa orang warga emas diberikan bantuan.IV Bahasa baku Tunggu di situ sehingga aku datang.Padanan yang manakah yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya?A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV8 Pernyataan yang manakah yang menepati variasi bahasa Pijin?I Bahasa yang bermula akibat hubungan dua atau lebih kumpulan penutur yang menggunakan bahasa yang berbeza.II Bahasa yang digunakan antara penutur dengan pendengar yang berbeza status sosialnya.III Terdapat satu bahasa yang menjadi asas, yang lebih dominan daripada bahasa lain.IV Tatabahasanya lebih kompleks dan mantap.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV


18BAHAGIAN B1Nyatakan istilah yang merujuk kepada setiap pernyataan yang berikut:Pernyataan Istilah(a) Perbezaan pertuturan antara penutur di sesuatu kawasan atau di daerah yang berbeza.………………………………...... [1](b) Garisan dalam peta pembahagian kawasan antara dialek.………………………………...... [1](c) Penggunaan dua variasi bahasa yang berbeza dalam situasi yang berbeza.………………………………....... [1]2(a) Apakah jenis variasi bahasa yang digunakan dalam petikan di atas? [1]…………………………………………………………………………………..(b) Berikan dua ciri variasi bahasa yang digunakan dalam petikan di atas.(i) …………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………. [1](ii) ………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………. [1] /3Dahlah tu mama! Marilah balik. Along dah lapar ni. /3


193 Bina satu wacana yang menepati ciri variasi bahasa X. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. [3]……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………4Asri: Tipulah kalau tak takut. Cerita itu macam cerita legend. Sesapa yang masuk, duduk, atau pernah tinggal di asrama pasti pernah dengar.Mizal: Betul tu. Kalau bercerita di katil, boleh patah katil tu. Dalam pada takut, seronok juga. Sebab ada yang nampak betul-betul takut. Ada yang teruja. Ada juga yang seronok. Seronok nak kenakan orang.(a) Apakah jenis variasi bahasa dalam dialog di atas? [1]………………………………………………………………………………………………….(b) Berikan dua ciri variasi bahasa dalam dialog tersebut.(i) ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………[1] (ii) ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… [1]Ciri variasi bahasa X• Menggunakan kependekan kata• Tidak mementingkan tatabahasa• Terdapat percampuran kod/3 /3


205Senaraikan kosa kata yang menunjukkan dialog di atas menggunakan variasi bahasa kasardan berikan padanannya dalam variasi bahasa halus:Kosa kata bahasa kasar Kosa kata bahasa halus(a)……………………….……….[1] ..…………………………………….[1](b)…………………….………….[1] ..…………………………………….[1](c)….…………………………….[1] …..………………………………….[1]6 Bina satu ayat yang mengandungi setiap unsur yang berikut:(a) Pemulukan [1]………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………(b) Pendinaan [1]……………………………………………………………………………………………..………………………….………………………………………………………………….Rahman: Katanya bini Abu mati semalam.Harun: Ditanam pagi ini atau malam tadi juga? /2 /6


21Laras Bahasa SainsContoh kosa kata: asid nitrik, glukosa, natrium klorida, magnesium oksida (bidang kimia) ekosistem, membran sel, organisma multisel, persenyawaan (bidang biologi), daya tujahan, halaju seragam, kanta cembung, sinar cahaya, sudut pantulan, (bidang fizik)• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan sains dan teknologi• Ciri-ciri:a. Banyak menggunakan kata nama dan ragam ayat pasifb. Penulisannya bersifat saintifik, formal, objektif, dan mementingkan ketepatan maknac. Maklumat berdasarkan kajian, fakta, dan eksperimend. Menggunakan formula atau rumus berkaitan dengan sainse. Banyak menggunakan kata nama dan kurang menggunakan kata adjektiff. Penggunaan perkataannya tepat dan tidak mengandungi unsur lewah • Contoh: Bioteknologi kini menjadi topik dan agenda masyarakat dunia. Ia sering dikaitkan dengan pertanian, perindustrian, pemakanan, perubatan, dan seumpamanya. Bioteknologi ini akan menghasilkan penemuan-penemuan sains mengenai biologi dan teknologi jika diusahakan dengan sebaiknya.Laras Bahasa EkonomiContoh kosa kata: eksport, import, lebihan dagangan, nilai mata wang, pasaran semasa, pemintaan, penawaran, pasaran saham• Digunakan untuk menyatakan hal-hal berkaitan dengan ekonomi.• Ciri-ciri:a. Mengemukakan bukti dalam bentuk data dan statistikb. Maklumat disampaikan secara tersusun, jelas, dan eksplisit (tersurat)c. Banyak menggunakan graf, carta, dan jadual untuk memaparkan maklumat tertentu, contohnya kadar kenaikan dan penurunan harga barangand. Gaya kepengarangannya baik, dengan unsur-unsur kohesi dan koheran jelas dan terkawal• Contoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan menyasarkan pendapatan sebanyak RM24.3 bilion daripada perniagaan francais bagi tahun ini. Sejak diperkenalkan di negara ini 17 tahun lalu, perniagaan tersebut telah menyumbang sebanyak 2.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Laras Bahasa Undang-undangContoh kosa kata: akta, defenden, petisyen,corpus, plaintif, prosiding, seksyen, subseksyen, alibi, habeas• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang• Ciri-ciri:a. Mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincianb. Menggunakan ayat majmuk yang panjang- panjang sehingga tidak begitu mementingkan ketepatan tatabahasac. Menggunakan banyak istilah dan kosa kata bahasa pinjaman, terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa Latin d. Mempunyai cara pembahagian tertentu, seperti seksyen, subseksyen, perkara, fasal, dan sebagainyae. Tiada gambar, graf, unsur metafora, peribahasa, kiasan, dan sebagainyaf. Menggunakan sistem penomboran yang sistematikg. Mempunyai nota tepi atau catatan tepih. Mengandungi rujuk silang• Contoh: Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.• Laras bahasa ialah kelainan bahasa yang digunakan mengikutbidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial• Digunakan dalam bidang ilmu tertentu memperlihatkan beberapaperbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lainBAB 4:LARAS BAHASA


22Laras Bahasa AgamaContoh kosa kata: hadis, afdal, halal, mukmin, alQuran, surah, ibadah, amal, tauhid, sujud• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan agama• Ciri-ciri:a. Menggunakan istilah agamab. Menunjukkan pengaruh bahasa Arab, terutamanya dari segi ayat dan kosa katac. Digunakan untuk membincangkan isu-isu keagamaand. Menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran dan penjelasane. Banyak memberikan tafsiran mengenai sesuatu berdasarkan al-Quran dan hadisf. Menggunakan ayat yang panjang-panjang• Contoh: Allah SWT menjelaskan kewujudan syurga dalam al-Quran melalui surah Ali Imran yang bermaksud \"Dan segeralah menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.Laras Bahasa Sastera • Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan sastera.• Terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman yang menjurus tema, kronologi, dan mesej yang disampaikan.• Mempunyai istilah khusus tentang sastera yang bersifat figuratif, iaitu penyimpangan makna daripada bahasa biasa.• Ciri-cirin:a. Mementingkan penyusunan, pengolahan, dan pemilihan kata yang berkesanb. Kurang mementingkan ketepatan tatabahasac. Menggunakan gaya bahasa yang menarik, kreatif, dan imaginatif (perlambangan, personifikasi, metafora, simile, peribahasa, kiasan, ilusi, dan sebagainya)d. Mesejnya kabur kerana mengandugi makna tersirate. Puitis dan hidup, kerana adanya unsur-unsur monolog, dialog, bunga-bunga bahasa, dan lain-lain.• Contoh: \"Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.\" Pak cik menyudahkan pesannya.Laras Bahasa SukanContoh kosa kata/frasa laras sukan :penalti, reket, bola, tendangan percuma, kotak penalti, perseorangan lelaki,perlawanan akhir, perlawanan suku akhir, gawang gol, takhta kejuaraan, membenam lawan• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan sukan• Menggunakan bahasa yang ringkas, bersahaja & jelas• Ciri-ciri:a. Kurang menitikberatkan aspek tatabahasab. Mementingkan kesan emotif kepada khalayakc. Menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukand. Menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan.• Contoh: Ratu Negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi berazam meraih gelaran ketiga berturut-turut pada kejohanan peringkat antarabangsa. Biarpun sedar bakal menghadapi tugas getir menyambar gelaran hatrik, Zandra tetap berhajat menawan gelanggang Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.Laras Bahasa ResipiContoh kosa kata: cawan, sudu, sebati, gaulkan, tumiskan, toskan, pukul• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan masakan• Bertujuan untuk memberikan maklumat dan tunjuk cara tentang sesuatu masakan kepada khalayak• Ciri-ciri:a. Bahasanya ringkas, tepat, dan jelasb. Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal


23c. Banyak menggunakan ayat perintah d. Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasae. Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakanf. Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan (ketenunan)• Contoh: Mula-mula rebus daging dan semua ramuan sehingga daging lembut. Air rebusan jangan dibuang. Kemudian, daging yang direbus tadi dipotong nipis dan ditumbuk. Buat sampai habis. Goreng daging yang telah ditumbuk seketika.Laras Bahasa Iklan(termasuk laras bahasa pada papan tanda)• Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan pengiklanan• Ciri-ciri:a. Bahasanya ringkasb. Mementingkan ketepatan diksic. Bahasa kreatif & berkesand. Banyak menggunakan kata adjektife. Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa f. Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasig. Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan atau mengubah sikap, dan seterusnya melakukan tindakan• Contoh: Tukang masak diperlukan segera. Tiada kelulusan akademik. Janji pandai masak. Gaji RM2000.00 sebulan. Makan percuma. Tempat tinggal percuma.CONTOH SOALANBAHAGIAN A1Pernyataan yang manakah yang benar tentang konsep laras bahasa? I Gaya penggunaan sesuatu bahasa mengikut situasi pertuturannya. II Penggunaan kosa kata khusus berdasarkan disiplin ilmu yang diperkatakan. III Pemilihan perkataan dalam bahasa yang tepat mengikut makna si penuturnya. IV Cara penggunaan sesuatu bahasa secara menarik berdasarkan tujuan pengujarannya.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV2Yang manakah ciri yang terdapat dalam petikan laras di atas?A Berlaku penyimpangan tatabahasaB Mengutamakan keobjektifan mesejC Maklumatnya berdasarkan kajian dan faktaD Mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kataSetelah saman disampaikan dan tatacara penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.


243 Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang konsep laras bahasa?A Ciri khusus dalam penggunaan bahasa.B Penggunaan bahasa berdasarkan situasi penggunaannya.C Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteks.D Kelainan penggunaan bahasa yang disebabkan oleh faktor penggunanya.4Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah akan turun pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Tottenham Hotspur awal pagi Ahad ini dengan misi memadam episod luka yang melanda dirinya ketika bertemu Real Madrid pada edisi tahun lalu. Penyerang antarabangsa Mesir itu berharap agar dapat mengelakkan mimpi ngeri tersebut berulang lagi dan menebus semula kekecewaannya. Yang manakah ciri laras bahasa yang terdapat dalam petikan di atas? I Mementingkan kesan emotif kepada khalayak II Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata yang berkesan III Menggunakan gaya bahasa yang menarik, kreatif, dan imaginatif IV Menggunakan kosa kata biasa dengan maksud yang menyegarkan A I dan III B I dan IVCII dan IIIDII dan IVBAHAGIAN B1Laras bahasa BDengan penuh cermat, kuali berisi minyak panas dituangkan dalam bekas keluli nipis. Kuali itu kemudiannya diletakkan semula di atas tungku, dengan sisa minyak yang mungkin kurang dari dua sudu. Ketika kuali mula nak berasap, tangan kanannya segera mencampakkan rempah-ratus yang sebentar tadi baru ditumbuk kasar. Harum sekali baunya, memercikkan rasa lapar yang bukan kepalang.(a) Apakah jenis laras bahasa dalam petikan di atas? [1] ………………………………………………………………………………………………..(b) Nyatakan dua ciri laras bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. (i) ..…………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………[1] (ii) .………………………………………………………………………………….............. …………………………………………………………………………………………..[1] 3


252Jenis laras bahasa X• Menggunakan bahasa yang ringkas dan jelas• Banyak menggunakan ayat perintah• Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan(a) Apakah jenis laras bahasa X? [1]…………………………………………………………………………………………………..(b) Bina satu wacana yang menepati ciri laras bahasa X. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. [3] …………………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………….. 4


26BAB 5 : SEMANTIK1. Konsep-konsepIstilah Konsep Semantik Bidang kajian tentang makna sesuatu perkataan, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.Makna denotatif Makna sebenar / makna asal / makna tersurat sesuatu perkataan.Makna konotatif Makna tersirat / makna tambahan sesuatu perkataan.Konsep Bentuk abstrak yang wujud dalam fikiran.Kata / perkataan Sesuatu bunyi ( lisan ) atau lambang ( tulisan ) yang mempunyai makna.Rujukan Perkara atau benda yang dirujuk.Arbitrari Hubungan tidak langsung/ tidak tetap.Sinonim Perkataan yang maknanya sama atau hampir sama.Antonim Perkataan yang berlawanan makna.Hiponim Makna sesuatu ungkapan yang dianggap sebagai sebahagian daripada ungkapan yang lain atau perkaitan dari sudut umum ( superordinat ) dan khusus ( subordinat / hiponim )Homonim Perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan sebutan yang sama tetapi berbeza maknanya.Homograf Perkataan yang sama dari segi ejaan tetapi berbeza dari segi sebutan dan maknanya.Homofon Perkataan yang hampir sama bunyi atau sebutan tetapi berbeza dari segi ejaan dan maknanya.Polisemi Perkataan yang memiliki banyak makna iaitu maknanya berbeza apabila digunakan dalam konteks / ayat yang berlainan.Meronim Perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar atau ahli kepada sesuatu yang dikenali sebagai holonim.Peluasan makna Perubahan makna perkataan yang asalnya memiliki makna yang khusus tetapi diberikan makna lain yang lebih luas atau bersifat umum.PenyempitanmaknaPerubahan makna perkataan yang asalnya memiliki makna umum, tetapi kemudian makna kata itu menjadi lebih khusus atau terhad.


272. Makna Denotatif dan Makna Konotatif3. Konsep, perkataan dan rujukan4. Perkaitan makna dari segi leksikalSegitiga semiotik Ogden & Richards ( 1923)Konsep Rujukan / bendaPerkataan/lambangHubungan tak langsung ( arbitrari)Makna Denotatif= makna sebenar/ makna tersuratContoh : i) sekolah = tempat untuk belajarii) baju = pakaian untuk menutup badaniii) bunga = bahagian pada tumbuhan yang lazimnya berbau harumMakna Konotatif= makna tersirat/ makna tambahanContoh:i) Bunga = gadis / anak daraii) Buaya = lelaki yang suka memikat perempuaniii) Kumbang = lelaki / jejakaSinonim = sama maknaContoh: Cantik = jelitaGemuk = gempalAntonim= berlawanan maknaContoh:Panjang-pendekHalus-kasarHiponim ( subordinat )Contoh:Pakaian ( superordinat)– baju, seluar tudung kemeja( hiponim)Homonim Contoh :Daki = kotoranDaki = perbuatan memanjatHomofon= hampir sama bunyiContoh:Kota -koata , Masa - massaMeronimContoh:Komputer(holonim ) – monitor, CPU, tetikus (meronim )HomografContoh:Rendang -rendangSemak- semakPolisemi= banyak maknaContoh :Kering = i) Tidak berair ii)Tidak basah iii)Tidak berwangPerkaitan makna dari segi LeksikalHubungan tidak langsung


285. Perubahan MaknaCONTOH SOALANBAHAGIAN A 1. Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang semantik?A Kajian makna kata yang digunakan secara lisan.B Kajian makna kata yang digunakan secara bertulis.C Kajian hubungan makna kata dengan perkara yang dirujuk.D Kajian kewujudan makna kata berdasarkan konteks situasi.2. Ayat yang manakah yang frasa berhuruf condongnya mendukung makna denotatif? I Hisham menconteng arang di mukanya untuk latihan itu. II Mulut tempayan di kaki tangga telah retak sejak semalam.III Habis rahsia Fatimah dibongkarkan oleh mulut tempayan itu.IV Akibat perbuatannya, Haris telah menconteng arang di muka bapanya.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV3. Ayat yang manakah yang menggunakan frasa yang mengandungi makna konotatif? I “Gunalah pisau untuk memotong tangkai jering itu,” kata ayah. II “Mula-mula gulung tikar, kemudian sandarkan ke dinding,” kata ibu. III “Dia sukar dihubungi sejak perniagaannya gulung tikar,” kata bekas pekerjanya. IV “Bukan mudah untuk mendapatkan sumbangan daripadanya kerana dia memang tangkai jering,” kata Kamilia.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV4. Pernyataan yang manakah yang benar tentang hubungan konsep, perkataan, dan rujukan?A Hubungan antara konsep dengan perkataan bersifat langsung.B Hubungan antara perkataan dengan rujukan bersifat langsung.C Hubungan antara konsep dengan rujukan bersifat tidak langsung.D Hubungan antara konsep dan rujukan dengan perkataan bersifat tidak langsung.Peluasan makna( makna khusus- umum )Contoh:Klinik , saudara, taman, laman,sesawangPenyempitan makna(makna umum – khusus )Contoh :Khalwat, ustazah, kitab, madrasah, pondokPerubahan makna


295.Apakah perkaitan makna perkataan yang bergaris dalam ayat I dan ayat II di atas?A PolisemiB HiponimC MeronimD Homonim6. Apakah perkaitan makna perkataan dari segi leksikal antara X dengan I, II, III, dan IV dalam rajah di atas? A SuperordinatB MeronimC HiponimD Sinonim7.Padanan yang manakah yang betul bagi perkaitan makna perkataan dalam I dan II di atas?8. Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang mengalami peluasan makna?A Ayah mendapat rawatan di klinik sahabat baiknya.B Klinik Annur dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.C Ilmu penjagaan bayi diajarkan di klinik kepada ibu-ibu mengandung.D Adik menghadiri klinik Matematik yang diadakan pada hujung minggu.I IIA Homonim HomografB Homofon HomonimC Homonim HomofonD Homograf HomonimI Mereka diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan itu.II Pelajar itu telah memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan mereka logo Hari Kebangsaan.XMurai(I)Merpati(II)Kenari(III)Gagak (IV)I • Gunung Kinabalu berjaya kami daki.• Daki pada pakaian Chandran tidak dapat dibersihkan.II • Rendang yang dimasak oleh ibu sungguh enak.• Pokok rambutan itu sangat rendang.


309. Ayat yang manakah yang mengandungi kata yang mengalami penyempitan makna?A Air kumbahan itu perlu dirawat.B Beliau memohon program sarjana bahasa.C Dia berpotensi untuk menjadi seorang dai.D Malaysia telah menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.BAHAGIAN B 1. Berikan maksud bagi setiap yang berikut:(a) Makna denotatif [1]....................................................................................................................................................................................................................................................................................(b) Makna konotatif [1]....................................................................................................................................................................................................................................................................................2. (a) Berikan satu sinonim bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas.........................................................................................................................................[1](b) Bina dua ayat dengan menggunakan perkataan di atas bagi menunjukkan perbezaan maknanya. Perkataan tersebut tidak boleh diberikan imbuhan, atau dijadikan dalam bentuk peribahasa.(i) ........................................................................................................................................................................................................................................................................ [1] (ii) ...................................................................................................................................... ...................................................................................................................................... [1]Dia hampir terjatuh ke lantai apabila ditolak oleh budak itu .badan


313. Bina satu ayat dengan menggunakan frasa “cuci tangan” untuk menunjukkan makna X dan satu lagi ayat untuk menunjukkan makna Y. Frasa tersebut tidak boleh diberikan imbuhan atau digandakan.(a) Makna X : [1]..................................................................................................................................................................................................................................................................................(b) Makna Y : [1]..................................................................................................................................................................................................................................................................................4. (a) Bina rajah segi tiga semiotik ( Ogden dan Richard 1923 ) dan labelkan rajah tersebut untuk menggambarkan hubungkait antara ketiga-tiga aspek di atas. [3](b) Bina dua ayat dengan menggunakan perkataan di atas untuk menunjukkan perbezaan maknanya. Perkataan tersebut tidak boleh diberikan imbuhan, digandakan, atau dijadikan dalam bentuk peribahasa.(i) ................................................................................................................................................................................................................................................................................ [1](ii) ................................................................................................................................................................................................................................................................................ [1]Makna X Makna YMakna sebenar atau makna tersurat Makna tambahan atau makna tersirat• Simbol ( lambang )• Konsep• Rujukan Jatuh


32BAB 6 :PRAGMATIK➢ Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna ujaran berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar.➢ Merangkumi peribahasa, ragam bahasa dan kesantunan berbahasa.➢ Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas, mempunyai makna tertentu, dan mengandungi pengajaran. Terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah,kiasan, simpulan bahasa, kata hikmat dan perbilangan.❖ Peribahasa yang berlapis❖ Perbandingan yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain❖ Mengandungi maksud tersurat dan tersiratPERIBAHASA1. PERUMPAMAANPerumpamaan yang disebutkan perbandingannya(umpama, bagai, bak, seperti dll)contoh:▪ bagai isi dengan kuku▪ umpama cincin dengan permata▪ macam cacing kepanasan▪ bagai tikus membaiki labu▪ terlayang-layang bagai bulu sehelai▪ hidup sandar menyandar, umpama aur dengan tebing▪ Seperti katak di bawah tempurungPerumpamaan yang tidak disebut perbandingannyacontoh:▪ pukul anak sindir menantu▪ layang-layang putus tali▪ ang mengantuk disorongkan bantal▪ Ukur baju di badan sendiri▪ sambil menyelam minum air▪ siapa makan lada dia rasa pedas▪ genggam bara api biar sampai jadi arang▪ belakang parang diasah lagikan tajam


332. PEPATAH❖ Patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata orang lain untuk menerangkan kebenaran yang sukar disangkal. ❖ Mengandungi nasihat tetapi ada juga yang tidak berisi pengajaran.Contoh:▪ Indah khabar dari rupa▪ Alah bias,tegal biasa▪ Hati hendak semua jadi▪ Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh▪ Untung sabut timbul, untung batu tengelam▪ Jauh di mata, dekat di hati▪ Alah membeli, menang memakai3. BIDALAN❖ Pandangan yang bernas, mempunyai nilai dan pengajaran. ❖ Berfungsi untuk memberikan nasihat dan peringatan❖ bahagian yang pertama menyatakan maksud manakala bahagian kedua merupakan pematah bagi maksud tersebutContoh:▪ Buat baik perpada-pada, buat jahat jengan sekali▪ Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya▪ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna▪ Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan4. KIASAN❖ Ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada satu perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.❖ fungsinya untuk menjelaskan sesuatu maksud, menguatkan sesuatu maksud agar dapat memberi kesan, dan sebagai bahasa halus.❖ Mencantikkan bahasa yang digunakan kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan kecantikan❖ Menambahkan kejelasan kepada perkara yang diperkatakan❖ Mengelakkan perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus terang❖ Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat menarik perhatian khalayak❖ Kiasan terbahagi beberapa jenis:A. Kiasan AsalB. Kiasan BerpindahC. Kiasan PermanusiaanD. Kiasan Berkacau✓ Kiasan sandar✓ Kiasan terus✓ Kiasan berangkap✓ Kiasan berbunga✓ Kiasan pemanis✓ Kiasan melompat✓ Kiasan melarat


34JENIS KIASAN BERPINDAHKETERANGANKiasan Sandar • Kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang hendak dikiaskan. Contoh: • Mandi kerbau, tidur ayam, pening lalat, jinak merpati, diam ubi, nyawa-nyawa ikanKiasan Terus • Kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain dan mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata itu.Contoh:• Kutu embun, kacang hantu, mabuk darah, naik darah, puteri lilin, pisau pencukur, harimau berantaiKiasan Berangkap • Kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan perkara yang dikiaskan.Contoh:• Terima kasih daun keladi, kalua boleh hendak lagi• Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula• Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa• Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam• Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebihA. KIASAN ASAL❖ Kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan sesuatu yang lain sebagai perbandingan. Kiasan jenis ini menggunakan kata bandingan, antaranya termasuklah bagai, macam, umpama, laksana, dan lain-lain. Contoh:▪ Pahit bagai hempedu▪ Matanya merah seperti biji saga▪ Hancur bagai kaca terhempas ke batu▪ Mukanya terserlah seperti bulan purnamaB. KIASAN BERPINDAH❖ Kiasan berpindah tidak menggunakan kata bandingan. Kata yang hendak dibandingkan itu terus digandingkan dengan perkara atau benda yang hendak dibuat perbandingan. Kiasan berpindah terbahagi kepada 7 jenis. 1. Kiasan Sandar2. Kiasan Terus3. Kiasan Berangkap4. Kiasan Berbunga5. Kiasan Pemanis6. Kiasan Melompat7. Kiasan Melarat


35Kiasan Berbunga • Kiasan yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan kata-kata yang indah.Contoh:• Canai fikiran, lautan air mata, api peperangan, selimut kemalasan, telah reput dimakan oleh zamanKiasan Pemanis • Kiasan yang digunakan untuk melindungi seseorang daripada mengatakan sesuatu yang kurang manis/tidak elok didengar. (menggunakan bahasa halus)Contoh:• Berbadan dua, ke sungai kecil, orang rumah, meninggal dunia, Pak Belang, Penyakit orang baikKiasan Melompat • Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkataan asalnya kepada perkataan kiasan yang telah terbit itu. Contoh:• Tangan baju, menjahit baju, menanak nasi, mencucuk atap, menggali perigi, menorah getahKiasan Melarat • Perkataan yang digunakan sudah menyimpang jauh daripada maksud asal. Contoh:• Ringan kepala, tubuhnya melidi, badannya membadak, memotong cakap orangC. KIASAN PERMANUSIAAN❖ Kiasan yang memberikan sifat atau ciriciri manusia kepada benda yang bukan hidup. Contoh:▪ Ombak memukul pantai▪ Daun nyiur melambai-lambai▪ Angin senja membelai rambutku▪ Burung-burung menyanyi dengan riang▪ Batu-bata seolah-olah mentertawakannyaD. KIASAN BERKACAU❖ Kiasan yang tidak memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dan dalamnya sering terkandung unsur-unsur yang tidak logik. Contoh:▪ Diam seribu bahasa▪ Jika diikutkan hati, budak itu kutelan hidup-hidup.▪ Ketika terserempak dengan lembaga itu terasa mahu aku masuk ke perut ibuku


366. SIMPULAN BAHASA❖ Simpulan bahasa ialah ungkapan atau rangkaian perkataan yang disusun khas. Ungkapan tersebut membawa pengertian yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang asalnya.❖ Kebanyakan simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan. Walau bagaimanapun, terdapat juga simpulan bahasa yang mempunyai perkataan yang lebih daripada dua, misalnya air mata buaya, musang berbulu ayam, dan lain-lain.❖ Simpulan bahasa mempunyai makna berlapis, iaitu makna tersirat yang berlainan daripada makna tersurat atau makna asal kata yang membentuknya. • Perbandingan atau kiasan daripada cerita yang masyhur atau suatu kejadian yang luar biasa Mat JeninPak PandirBercina butaJadi anak nakhoda kasap• Benda biasa dalam masyarakat Berat mulutBuah mulutKutu embunLipas kudung• Kepercayaan orang ramai Buruk sikuSalah bantalDimakan bulanBunting pelamin• Kebiasaan atau resaman bahasa Ada hatiBeri mukaGila bahasaMulut tempayan-KATA HIKMAT --kata pujangga atau ulama atau ahli bijak Jika dibandingkan dengan peribahasadan simpulan bahasa, kata-kata hikmat atau lidah pendeta kata ini dijadikan pedoman hidup dan digunakan dalam percakapan umum masyarakat. ▪ - Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang dia kata


37Soalan Aneka PilihanCONTOH SOALANBAHAGIAN A1Yang manakah yang menepati konsep pragmatik?I Kajian hubungan lambang dengan rujukan.II Kajian ujaran yang digunakan dalam komunikasi.IIIKajian penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar.IV Kajian makna ujaran berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakatA I dan llB I dan IIIC II dan IVD III dan IV2 Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran.Peribahasa yang manakah yang mendukung maksud di atas? A Jejak selut kaki terbenam B Patah kemudi perahu hanyut C Bagai si buta kehilangan tongkat D Bagai layang-layang terputus talinya7. PERBILANGAN❖ Bentuk strukturnya hampir sama dengan bidalan dan pepatah❖ Perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi❖ Setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu, seperti orang sedang membilang sesuatu❖ Perbilangan banyak memperkatakan soal adat istiadat, undang-undang, atau peraturan hidup masyarakat.Contoh:▪ Biar mati anak, jangan mati adat▪ Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda▪ Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah▪ Hutang darah dibalas darah, hutang nyawa,nyawa padahnya


383 Pernyataan manakah yang menepati konsep pragmatik? A Kajian makna ujaran dalam konteks penggunaan. B Kajian makna perkataan dan ayat secara eksplisit. C Kajian makna perkataan dengan benda yang dirujuk. D Kajian makna kata, frasa, dan ayat dalam lisan dan tulisan. 4 Peribahasa yang manakah yang boleh digunakan untuk memperkatakan perkara-perkara yang negatif secara berkias?I Tebu seruas berulat pulaII Tiada raja menolak tuahIII Yang sehasta takkan jadi sedepaIV Pacat hendak menjadi ular sawa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IVBAHAGIAN B5 (a) Bina satu wacana dengan menggunakan peribahasa di atas bagi menunjukkan maknanya yang tepat. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 30 patah perkataan. [2]…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… (b) Berikan satu contoh peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa di atas. [1]……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………3Seperti ulat lupakan daun


396 (a) Apakah aspek yang perlu diberikan perhatian oleh Ahmad dalam kajiannya? [1]……………………………………………………………………………………………………… (b) Bina satu ayat dengan menggunakan setiap simpulan bahasa yang berikut bagi menunjukkan maknanya yang tepat. (i) Kera sumbang [1]…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..(ii) Batu loncatan [1]…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… (c) Apakah peribahasa yang menepati situasi dalam petikan di aats? [1]……………………………………………………………………………………………………..4Ahmad diberikan tugas untuk membuat satu kajian dalam bidang pragmatik.“Kita perlu bersatu hati dan berpadu tenaga bagi melawan segala anasir jahat yang cuba merobek perpaduan rakyat”, pesan Tok Wira kepada penduduk kampungnya.


40BAB 7 : RAGAM BAHASABentuk bahasa yang digunakan secara lisan atau tulisan untuk menguatkan maksud percakapan atau mempertajam pemahaman pendengar atau pembaca.Jenis Ragam BahasaHuraian Contoh1)Bahasa SindiranUngkapan yang maksudnya tidak disebut dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara lain.Jika orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat dirasakan.“Orang yang baik itu tidak mengkhianati kawannya.”2)Bahasa MenggiatSusunan kata yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan.Tujuan untuk bergurau atau mengusik seseorang sehingga menyebabkan orang berkenaan malu.“Eh,dah jadi orang bandar, tak kan nak balik kampung semula.”3)Bahasa MengejekSusunan kata yang mengata pihak tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan disertai dengan aksi.Tujuan untuk menampakkan kelemahan pihak yang diejek supaya kelihatan bodoh dan menjadi bahan ketawa.“Rupa-rupanya beginilah orang yang memperjuangkan Bahasa!”4)Bahasa Terbalik Susunan kata yang mempunyai maksud bertentangan dengan perkata yang diperkatakan tetapi orang yang berkenaan tetap memahaminya.Mengapa datang awal hari ni? Sekarang baru pukul sebelas!5)Bahasa MerajukSusunan kata yang seakan-akan Bahasa terbalik tetapi maksudnya tidaklah terbalik.Menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati disebabkan sesuatu perkara yang dirasakan menghina dan tidak patut dilakukan.Kita ni melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak berkurang6)Bahasa TempelakSusunan kata yang digunakan untuk menempelak seseorang kerana tidak mahu mematuhi nasihat yang diberikan.Kemudian, perkara tersebut benar-benar terjadi.(Pulang paku buah keras)Inikah suami yang kau kata baik dan bertimbang rasa dulu?7)Bahasa Herdik Susunan kata yang seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya adalah untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga,bukannya kesalahan yang lalu.Inilah muka orang tak tahu malu ! Menipu orang sana sini!8)Bahasa besar / melampauSusunan kata yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebih sehingga sukar diterima akalManis tak terkira-kira seperti lautan air madu.9)Bahasa kecil / merendahSusunan kata yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil.Bertujuan untuk menunjukkan perasaan rendah diri.Naiklah ke pondok hamba yang tidak sepertinya ini.(Sebenarnya rumah, bukanlah pondok)


4110)Bahasa Naik Susunan kata untuk menggambarkan sesuatu peristiwa daripada tahap rendah, naik ke tahap yang tinggi,dan seterusnya ke tahap yang semakin tinggi.Mula-mula dikejarnya pencuri itu, kemudian ditangkapnya.Sesudah itu, dipukulnya pencuri itu bertalu-talu, dan akhirnya dicampakkannya pencuri itu ke tepi longkang11)Bahasa Turun Susunan kata yang menggambarkan sesuatu peristiwa dari tahap puncak, kemudian menurun dari satu tahap ke satu tahap,sehingga ke tahap yang rendahMalang sungguh nasibnya!Mula-mula isterinya mati,kemudian mati pula anaknya,sudah itu rumahnya dimasuki pencuri,kemudian orang gajinya pula berhenti,penghabisan sekali kucingnya lari.12)Bahasa seruan/ keluhanBahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan dengan cara mengeluh.Oh,kalaulah ibuku masih hidup!13)Bahasa BerulangBahasa yang mengulang perkataan, rangkai kata atau ayat untuk menguatkan sesuatu yang hendak ditekankan.Wang! Wang! Ya,wang yang kita perlukan sekarang!14)Bahasa BertimbalSusunan kata yang menghadapkan dua fikiran yang pendek dan dekat-dekat.Dua fikiran tersebut seolah-olah bertentangan atau betulbetul bertentangan.Alah jadi abu, menang jadi arangOrang lari jangan dikejar15)Bahasa Bukan Ragam Bahasa yang menggunakan ungkapan dengan kata nafi bukan.Bertujuan menyatakan maksud yang bertentangannya.Bukan dia tak tahu.(Sebenarnya, dia tahu)16)Bahasa Jenaka Susunan kata yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna untuk berjenaka atau bergurau.Kambing mati engkau makan atau tidak?17)Pertanyaan IngkarSusunan kata yang berbentuk pertanyaan tetapi bukannya disebabkan orang yang bertanya itu tidak tahu.1)Pertanyaan yang tidak dijawab2)Pertanyaan yang dijawab sendiriAdakah jalan lain untuk kita berjaya, sekiranya kita tidak mahu berusaha?


42CONTOH SOALANBAHAGIAN A1. Apakah ragam Bahasa petikan di atas? A Ragam bahasa mengejek B Ragam bahasa menggiat C Ragam bahasa bertimbal D Ragam bahasa merendah2. Apakah jenis ragam bahasa dalam petikan di atas ? A Bahasa naikB Bahasa menggiatC Bahasa bertimbalD Pertanyaan ingkar3. Kedua – dua ayat diatas memperlihatkan ragam A bahasa terbalik B bahasa sindiran C bahasa menggiat D Bahasa mengejek4. Ciri ragam bahasa• Menggambarkan sesuatu secara berlebih – lebihan sehingga tidak logik.• Perbandingan yang dibuat berlebih-lebihan tetapi hanya untuk mengindahkan penggunaan bahasa sahaja ( a ) Apakah ragam bahasa yang menepati ciri di atas? [ 1 ]………………………………………………………………………………………………Kasih mana orang baru, kasih lagi orang lama,Sedap mana kasut baru, sedap lagi kasut lama,Sedih mana tuan yang pergi,sedih lagi kami yang tuan tinggalkan.Kita mungkin selalu berfikir bagaimana orang lain boleh jadi kaya-raya, mempunyai kereta mewah, rumah besar, dan memiliki kehidupan serba mewah. Mengapakah bukan kita ? Tidakkah kita terfikir bahawa mereka juga mempunyai pemikiran yang sama seperti kita sebelum mereka berjaya ? Bezanya hanyalah mereka telah mencuba. Jadi anda bila lagi ?•Ha, kenapa diam, buatlah bising lagi!•wah, cepatnya awak sampai, kaki pun belum lenguh lagi menunggu!


43( b ) Bina satu wacana yang menepati ciri ragam Bahasa di atas. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan. [ 2 ]…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 35. ( a ) Apakah ragam bahasa dalam petikan di atas? [ 1 ] …………………………………………………………………………………………… ( b ) Bina satu wacana yang menepati ragam bahasa tempelak.Panjang wacana mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 36. Ragam BahasaP Susunan kata yang seakan -akan bahasa tempelak tetapi tujuannya adalah untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga.Q Susunan kata yang seakan – akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan ( a ) Apakah ragam bahasa P dan Q diatas? ( i ) P : …………………………………………………………………….. [1] ( ii ) Q : ……………………………………………………………………. [1] Sudahlah tertinggal bas dan terpaksa berjalan kaki, tiba di pekan, kedai yang ingin dituju tutup pula. Semasa berpusing balik, poket seluarnya tercarik paku. Akibatnya, duit syiling habis bertaburan, sehingga diketawakan oleh orang gila yang ada di situ.


44( b ) Bina satu wacana yang menepati ragam bahasa Q.Panjang wacana mestilah tidak melebihi 30 patah perkataan. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… [ 2 ] 4BAB 8 :KESANTUNAN BERBAHASAKONSEP KESANTUNAN BERBAHASA➢ Kehalusan bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan semasa berkomunikasi dengan orang lain sama ada secara lisan atau tulisan.➢ Kosa kata yang sopan, halus, bertatasusila, dan mempunyai nilai-nilai hormat yang tinggi digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.CIRI KESANTUNAN BERBAHASA(a) Penggunaan Ungkapan Bertatasusila- Penggunaan kosa kata yang halus dan sopan- Meliputi bahasa istana atau bahasa dalam- Contoh : meninggal dunia, hamil, buang air kecil(b) Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Biasa/KGND dirajaContoh : KGND 1 - saya, kami/ beta, patik, hambaKGND 2- awak, anda/tuanku, tuan hambaKGND 3 - dia, beliau, mereka/ baginda, duli tuanku(c) Penggunaan Kata Sapaan, Gelaran, dan Rujukan Hormat mengikut Situasi- Bentuk sapaan mestilah berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa demi menjaga kesantunan berbahasa- Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan


45Contoh Gelaran dan Panggilan HormatBil Jenis Gelaran Contoh1 Gelaran kekeluargaan Datuk, nenek, ayah, kakak, abang, besan, ipar, menantu, biras2 Gelaran pergaulan biasa Cik, encik3 Gelaran pergaulan tak bersahaja (formal)Tuan, encik,/cik, puan, saudara, saudari, tetuan4 Gelaran warisan/keturunan Pangeran, Raja, Tengku, Engku, Ungku, Meor, Nik, Syed, Daeng5 Gelaran keagamaan Haji, hajah, tok kadi, tok imam, tok bilal6 Gelaran ikhtisas Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Doktor, Insinyor, Cikgu7 Gelaran kurniaan lain Bapa Kemerdekaan, Bapa Pemodenan, Pendeta, Seniman Agung8 Gabungan gelaran Kekeluargaan + keagamaan (Pak Haji), kekeluargaan + warisan (Mak Engku), kurniaan Kerajaan + ikhtisas +keagamaan + warisan (Tan Sri Dr Haji Tengku X)Contoh Gelaran dan Panggilan HormatBil Gelaran Panggilan hormat1 Sultan dan Sultanah Duli Yang Maha Mulia2 Raja Muda dan Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia3 Yang di-Pertua Negeri Tuan Yang Terutama4 Mufti Sahibus Samahah5 Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua MenteriYang Amat Berhormat6 Menteri, Timbalan Menteri, Yang di-Pertua Dewan, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha ParlimenYang Berhormat7 Ahli Dewan Negara Yang Berhormat Senator8 Ketua Hakim Negara, Hakim Besar, Ketua Hakim Mahkamah SyarieYang Amat Arif9 Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif10 Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara Yang Berbahagia11 Ketua Jabatan Persekutuan, Penyandang Jusa C Yang Berusaha


46Penggunaan intonasi dan gaya (bahasa badan) yang sesuaiIntonasi Gaya (bahasa badan/parabahasa)❖ Turun naik nada suara ketika bertutur❖ Akan menghasilkan makna yang berlainan❖ Dalam ayat BM, intonasi akan membezakan bahagian subjek dan predikat❖ Perbezaan juga dapat dilihat dalam ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang, dan ayat pasif❖ Kajian tentang bunyi sampingan, gerak geri, dan manipulasi suara dan unsur bahasa yang menyertai bunyi-bunyi bahasa dalam pertuturan❖ Gerak geri yang mengiringi pengucapan berfungsi untuk menerangkan hal yang sedang diperkatakan❖ Bahagian-bahagian tubuh yang menjadi alat penerang yang penting ialah tangan dan mata (kontak mata)CONTOH SOALANBAHAGIAN A1Padanan yang manakah yang betul bagi orang yang disapa dengan rujukan kehormatnya?2Jawatan yang manakah yang disandang oleh individu di atas?A Menteri BesarB Timbalan MenteriC Setiausaha ParlimenD Ketua Setiausaha NegaraOrang yang disapaI Toh PuanII Balu golongan kerabatIII Tengku MahkotaIV Ahli Parlimen bergelar TengkuRujukan kehormatP Yang Maha MuliaQ Yang Teramat MuliaR Yang Berhormat MuliaS Yang Amat BerbahagiaI II III IVA S P Q RB P Q R SC S R P QD R Q P SYang Amat Berhormat Mulia Ir. Raja Harith Shah bin Raja Irwan Shah


473Apakah panggilan hormat untuk Encik Aziz?A Yang BerusahaB Yang BerhormatC Yang BerbahagiaD Yang Amat BerbahagiaBAHAGIAN B1 (a)(i) Nyatakan gelaran yang tepat untuk X. ……………………………………………………………………………………….[1](ii) Apakah rujukan kehormat yang sesuai bagi X?……………………………………………………………………………………….[1](iii) Berikan dua gelaran ikhtisas yang diterima oleh X.(a)……………………………………………………………………………[1] (b)……………………………………………………………………………[1](b) Bina satu ayat yang menunjukkan setiap ciri kesantunan berbahasa yang berikut:(i) Penggunaan ungkapan bertatasusila [1]……………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………..(ii) Penggunaan kata rujukan diri yang sesuai dengan situasi [1]…………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………..Encik Aziz merupakan seorang ahli perniagaan yang telah menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.X dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kota Bharu, Kelantan. Dalam bidang akademik, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik dari Universiti Malaya. Pada tahun 1975, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, Amerika Syarikat. Pada tahun 1997, beliau dikurniai Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk. Pada tahun 2002, setelah bersara beliau diberikan penghormatan oleh Universiti Malaya melalui pelantikan sebagai Profesor Emeritus. Sehingga kini, X masih terus menabur bakti dalam perjuangan untuk mengutuhkan bahasa Melayu bukan Sahaja di tanah air malah di seluruh dunia juga. 6


482 (a) Nyatakan rujukan kehormat bagi setiap individu yang menyandang jawatan seperti dalam jadual di bawah.Jawatan Rujukan kehormat(i) Yang di-Pertua Dewan Negara ………………………………………………[1](ii) Mufti ………………………………………………[1](b)Penggunaan ciri kesantunan berbahasa oleh pengacara majlis(i) Majlis mempersilakan ADUN X, Yang Dihormati Raja Zabidin Raja Ahmadi naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan.(ii) Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haizan Zikri dan isteri, Nurmanisha binti Saad.Kenal pasti dua bentuk kesantunan berbahasa yang salah penggunaannya dalam ayat (i) dan ayat (ii) di atas dan buat pembetulan bagi setiap kesalahan tersebut.Kesalahan Pembetulan(i)………………………………………………………………………… [1]…………………………………………..………………………………………….. [1](ii)……………………………………..…………………………………….. [1]…………………………………………………………………………………………. [1]-TAMAT6


Click to View FlipBook Version