The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 495-12-ainsyah, 2022-09-08 20:25:41

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

NUR AINSYAH BINTI MAT YUSOFF
PIMK1

Keywords: BUKU LOG KRS,PORTFOLIO KRS

36

37

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1 Kraf Perkhemahan

Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semula
jadi dalam kegiatan luar.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

Objektif Perkhemahan

.Mengalakkan masyarakat Memahami habitat dan alam Memberi kesedaran kepada
untuk mengaplikasikan semula jadi dan mengetahui masyarakat tentang
kepentingan menjaga
kemahiran dan teknik kraf cara untuk hidup apabila
perkhemahan dalam kegiatan berada di dalam hutan. alamsekitar dengan cara yang
sepatutnya.
luar.

2.1.1 Pengurusan dan Penjagaan Khemah

Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar.

2.1.1.1 Ciri - ciri / Kawasan Khemah

※ Mendapatkan kebenaran dan maklumat
※ Kemudahan asas seperti bekalan air.
※ Kawasan lapang
※ Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan

2.1.1.2 Pemilihan Tempat Untuk Mendirikan Khemah

※ Tanah yang rata (selesa untuk berbaring)
※ Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
※ Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang
lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
※ Berlawanan dengan arah tiupan angin
※ Mempunyai pandangan persekitaran yang menarik. (seronok, lapang danterhibur apabila
melihatnya)
※ Mempunyai hubungan dengan trek supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan
kecemasan

38

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.1.3 Jenis-jenis Khemah
Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:

RIDGE TENT

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilihat.

FRAME TENT

Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel
Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah
dan sebagainya

DOME TENT

Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga
Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

39

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.1.3 Jenis-jenis Khemah

RIDGE TENT

Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan
khemahjenis“DOME”.

2.1.1.4 Penjagaan Khemah

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul
Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi
bahan kimia.
Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman
haiwan perosak dan ditempat yang kering.
Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkapkan
sebelum ia disimpan.

2.1.2 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
2.1.2.1 Tujuan Membuat Gajet

Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan

keselesaan.

Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.

Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.

Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan

dandipraktikkan.

Semangat pertandingan yang sihat.

Dapat melahirkan idea-idea yang baru.

“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.

Meninggikan mutu perkhemahan.

Mengisi K.M.L./S.T.A semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet

yang berfaedah. 40

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.2 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
2.1.2.1 Tujuan Membuat Gajet

Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaiandan
maklumat di tapak perkhemahan.
Melindungi makanan dari tercemar.
Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

2.1.2.2 Faedah Membuat Gajet

Tidak mencemarkan alam sekitar
Menjimatkan kos
Memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya.
Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Memanfaatkan sumber alam semula jadi dengan sebaiknya.

Kegunaan Gajet
Mercu tanda perkhemahan iaitu pintu gerbang dan tiang bendera
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
Penanda kawasan sempadan dan kawasan keselamatan

2.1.3 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaanya
2.1.3.1 Gajet Kawasan Pintu (Pintu Gerbang)

Terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:

※ Bahagian Pintu Hadapan
Variasi-variasi pintu hadapan:
a. Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
b. Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type)
c. Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis

41

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.3 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaanya
2.1.3.1 Gajet Kawasan Pintu (Pintu Gerbang)

※ Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan kemas dan teratur serta
adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar
dan menggunakan batang kayu.

※ Bahagian Pintu Belakang

2.1.3.2 Gajet Kawasan Dapur
Buat daripada bahan semula jadi
Selain membuat gadjet-gadjet dapur, boleh juga membuat gadjet –gadjet sampingan di
dapur seperti:
Jenis Gajet:
※ Rak pinggan mangkuk
※ Rak alatan tajam seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain
※ Meja makan
※ Penyangkut cawan / gelas
※ Rak penyimpan kayu api / tong gas
※ Penyangkut periuk dan cerek untuk memasak
※ Tempat menyimpan bahan-bahan masakan
※ Gajet gerobok (camp larder)
※ Gajet lubang basah dan kering

Kegunaan Gajet
Melindungi makanan daripada tercemar
Memudahkan kerja-kerja memasak dan meghidangkan makanan
Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
Peralatan dapur tersusun rapid dan kemas

42

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.3.3 Gajet Kawasan Tempat Basuhan
Jenis Gajet:
※ Tempat meletak besen air
※ Tempat menyimpan alat pergigian
※ Tempat menyimpan sabuh
※ Tempat menggantung tuala mandi
※ Kawasan tempat basuhan

Kegunaan Gajet
Memudahkan penyimpanan dan penyusunan

2.1.3.4 Gajet Kawasan Tempat Tinggal
Semua gadjet yang dibuat hendaklah diataur / disusun dengan baik, di samping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti:

Jenis Gajet:
※ Rak kasut
※ Rak beg
※ Rak peralatan
※ Meja tulis
※ Kerusi
※Papan kenyataan
※ Buaian
※ Penyangkut lampu
※ Penyapu
※ Fitting room dan lain-lain

Kegunaan Gajet
Tempat menyimpan, menyusun, dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan
Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
Kekemasan dan keselamatan terjamin

43

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1.3.5 Gajet Kawasan Pengering
Jenis Gajet:
※ Ampaian pakaian
Kegunaan Gajet

Menyidai pakaian
Menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan

2.1.3.6 Gajet - gajet Lain
Jenis Gajet:
※ Tiang Bendera
※ Menara pemerhati
※ Gendang/Kantung kem
※ Gadjet pembawa barang (Indian Travois)
※ Gadjet pondok lalang (tempat berteduh)

2.1.3.7 Penempatan Gadjet Dalam Kawasan Perkhemahan
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubangbasah
dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajamseperti kapak,
gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tonggas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak
bukudantempat letak tongkat.

44

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.2 Ikhtiar Hidup

Teknik yang digunakan dalam keadaan yang membahayakan (natural disaster)
untukmenyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain.

Tujuan Ikhtiar Hidup
Menyediakan keperluan asas kehidupan manusia (air, makanan, tempat tinggal, habitat)
Keupayaan untuk berfikir
Memberi isyarat
Mengembara dengan selamat
Mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang
Menyembuhkan apa-apa kecederaan

2.2.1 Masakan Solar/ Rimba/ Kelompok
2.2.1.1 Masakan Rimba

Memasak tanpa peralatan
Gantian: daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat / lumpur

Kaedah Masakan Rimba
※ Memasak menggunakan makanan sebagai bekas

Ubi kentang, bawang besar, capsium, tomato, labu, nanas dipotong dan isi dikeluarkan,
bahagian atas digunakan sebagai penutup
Bekas makanan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalambaraapi
Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda

※ Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan (ayam& ikan)
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak / bara api
Daun yang boleh digunakan: daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kubis dan kulit
jagung

※ Memasak menggunakan ranting dan dawai
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang
Ranting tidak boleh berasal dari pokok beracun
Dawai / penyangkut baju boleh dibentuk mengikutkeperluan bagi memanggangmakanan

45

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.2.1 Masakan Solar/ Rimba/ Kelompok
Kaedah Masakan Rimba

※ Memasak menggunakan kepingan batu
Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
Api dihidup atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit
Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya
Bersihkan permukaan batu dengan kain
Boleh menggoreng telur dan ikan

※ Memasak menggunakan buluh
Buluh sesuai digunakan sebagai bekas memasak
Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang

2.2.1.2 Masakan Solar
Menjadi tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif
Menggunakan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya
kebakaran, keracunan asap dan gas
Masakan solar sesuai digunakan di negara beriklim panas dan membuat aktiviti gerak kerja
luar
Cara Menyediakan Dapur Solar

※ Bahan yang diperlukan:
- 1 tin cat sembur yang sesuai untuk bermukaan aluminium
- Panci / periuk nipis
- Pelekat kertas
- Keranjang aluminium
- Kotak besar

46

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.2.1.2 Masakan Solar

Ukuran Dapur Solar

Menu Dapur Solar
※ Telur Sosej (Campuran semua dalam potongan kecil)

3 batang sosej, 6 biji telur, 1 batang lobak merah,1 paha daging ayam (dicincang), 1 labu
bawang besar dan sedikit garam

※ Kek Lobak Merah
1 kotak tepung kek Nona (3 cawan), 4 biji telur, 1 cawan mentega, 3 batang lobak merah

※ Puding Roti
1 paket santan serbuk, 1 tin susu pekat, 2 kotak kecil kismis, 1 paket gula kastor, 1 buku roti,
4 sudu marjerin

2.2.2 Membuat Perangkap
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

PERANGKAP ATAU JERAT PELANDUK
※ Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
※ Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : (i) kayu pelentik; (ii) tali pesawat yang kuat
dengan ukuran panjang yang sesuai; (iii) kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-
dua belah hujungnya; (iv) kayu pesawat; dan (v) alas pemijak.
※ Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun- daun juga
digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan

47

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.2.2 Membuat Perangkap
PERANGKAP ATAU JERAT AYAM HUTAN

※ Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat danjerat sentak yang
dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak. Di antara bahan- bahan yang digunakan ialah:
(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii) dua batang kayu yang bercabang;
(iii) tali pesawat;
(iv) dua batang kayu pelepas;
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
(vi) beberapa batang kayu pemijak.

※ Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan.

PERANGKAP ATAU JERAT HEMPAP DAN JERUT
※ Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang.

※ Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang
perlu disediakan ialah:
i. tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
ii. umpan;
iii. tali pemberat tambahan;
iv. batang kayu penghempap;
v. dua batang kayu penghalang hadapan;
vi. dua batang kayu penghalang belakang;
vii. kayu pesawat;
viii. dua batang kayu pelepas; dan
ix. beberapa batang kayu pemijak

※ Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untukmendapatkan
kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap
serta kayu pemberat tambahan

48

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.2.2 Membuat Perangkap
PERANGKAP ATAU JERAT KURUNGAN

※ Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup

※ Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa
yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan
bagi membuat perangkap jenis ini ialah :
(i) Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu alang, tiang pintu dan
sebagainya;
(ii) umpan;
(iii) gelang rotan;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) tali pesawat.

※ Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikanperangkap atau
jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

2.2 Kebudayaan
Definisi
Merupakan suatu aktiviti yang membolehkan ahli-ahli kadet untuk mempersembahkan bakat
ataupun kebolehan mereka dalam perkhemahan. Memahami kebudayaan adalah salah satu
elemen dalam aktiviti KRS. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kebudayaan
kebangsaan. Matlamatnya ialah melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental,
mempunyai daya tahan, berpotensi, berketerampilan dan mampu menghindarkan diri
daripada gejala sosial yang buruk.

Objektif
Memupuk, mencungkil bakat dan menggalakkan potensi yang sediaadadan mampu
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan masalahsecara bijaksana.

Kebaikan /faedah Kebudayaan
Mengenal asal-usul, adat resam dan kebudayaan kaum di Malaysia
Mempertahankan kebudayaan kebangsaan.
Menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional

49

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.3.1 Nyanyian/ Lagu Perkhemahan

2.3.1.1 Tujuan
Bersuka ria sesama ahli Kadet setelah seharian bekerja dalam perkhemahan.
Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli Kadet
Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu KRS dengan baik.

2.3.1.2 Panduan Mengajar Menyanyi
Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek, mudah
difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
Melodi irama dan lirik yang menarik senang diingati.
Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelummengajar
kepada para kadet.
Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
Nyanyikan dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para kadet supayamereka dapat
memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannyawalaupun
menggunakan Bahasa lain atau dialek daerah.

2.3.1.3 Contoh Nyanyian Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Rasa Sayang Rasa Cik Mamat Parang Tajam
Rasa sayang, hey! Cik Mamat si parang tajam.
Rasa sayang sayang, hey! E-I-E-I-O
Hey, lihat nona jauh, Rasa sayang sayang, hey! Parang tajam siapa punya?
Buah cempedak di luar pagar, E-I-E-I-O
Ambil galah tolong jolokkan; Cik Mamat di mana diam?
Saya budak baru belajar, E-I-E-I-O
Kalau salah tolong tunjukkan. Kampung Baru tempat tinggalnya.
Rasa sayang, hey! E-I-E-I-O
Rasa sayang sayang, hey!
Hey, lihat nona jauh, Rasa sayang sayang, hey! Aduhai Cik Mamat,
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam,
E-I-E-I-O
Aduhai Cik Mamat
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam.

50

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.3.1.3 Contoh Nyanyian Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Are you Sleeping Kadet Remaja Sekolah Row row row your boat
(KRS) Row, row, row your boat
Are you sleeping, are you sleeping Gently down the stream
Brother John, Brother John? Merrily merrily, merrily, merrily
Morning bells are ringing Life is but a dream
Morning bells are dinging Row, row, row your boat
Ding-dang-dong, ding-dang-dong Gently down the stream
Frère Jacques, Frère Jacques Merrily merrily, merrily, merrily
Dormez-vous, dormez-vous? Life is but a dream R
Sonnez le matines, sonnez le matines ow, row, row your boat
Ding-dang-dong, ding-dang-dong Gently down the stream
Are you sleeping, are you sleeping Merrily merrily, merrily, merrily
Brother John, Brother John? Life is but a dream
Morning bells are ringing Row, row, row your boat
Morning bells are dinging Gently down the stream
Ding-dang-dong, ding-dang-dong Merrily merrily, merrily, merrily
Life is but a dream

2.3.2 Permainan

Maksud
Satu aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan.
Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat
kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada
ahli.

API UNGGUN

※ Api Unggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka
※ Api unggun dinyalakan waktu malam.
※ Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu tersebut
dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar
※ Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah dibakar,
duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.

51

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.3.2 Permainan

TARIK TALI

※ Pertandingan melibatkan dua regu dengan 5 atau lebih peserta.
※ Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua pesertamemegang erat seutas
tali. Di tengah-tengah terdapat garisan.
※ Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang
berlawanan melepasi garis batasan.
※ Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah
※ Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan Tarik dan pertahanan
tumpuan kaki di tanah.
※ Biasanya, pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali untuk
menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

“BALOO” DI MANA KAMU / PERMAINAN NENEK SI BONGKOK

※ Ahli membuat satu bulatan dan duduk
※ Mowgli diberikan surat khabar yang berulang untuk dijadikan sebagai pemukul dan
matanya ditutup dengan skaf
※ Alatan: Senaskan surat khabar yang diikat dan digulung
※ Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanp apengetahuan
Mowgli.
※ Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu”
dan juga hanya boleh menggunakan gulungan surat khabar untuk memukul sebanyak 3
kali sahaja.
※ Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli.
※ Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya

LAKONAN BISU

※ Alatan: Kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu
dilakukan oleh ahli)
※ Satu patrol menghantar seorang wakil dan wakil tersebut dikehendaki mencabut satu
kertas.
※ Setelah membaca kandungannya, wakil tersebut hendaklah beraksi di hadapan
patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

52

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.3.2 Permainan

HARTA TERSEMBUNYI

※ Ahli Kadet disuruh keluar mencari beberapa objek/ benda yang telah ditentukan oleh
pemimpin seperti daun, rumput- rampai, buah-buahan dan lain-lain.
※ Pemimpin akan memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari.
※ Setiap ahli akan mencari benda yang tersembunyi itu mengikut ciri-ciri
yangdinyatakan
※ Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap
pemenang

MALAM KEBUDAYAAN

※ Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan,iaitu
di dalam acara temasya unggun api.
※ Amalan kebudayaan merupakan malam yang amat ditunggukan oleh setiap Kadet
Remaja Sekolah.
※ Ia diadakan di waktu malam ketika sekumpulan kadet sedang duduk dalam satu
bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang
menyala.
※ Malam kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi faedah
kepada perkembangan jiwa ahli-ahli KRS.

2.3.2.1 Tujuan Permainan
Dapat mencungkil bakat kadet dari segi lakonan,nyayian dan lawak jenaka.
Melatih kadet supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan
kebolehan dan bakat mereka.
Bersuka ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan kegiatan-kegiatan lain
Menerangi kawasan di waktu malam,dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas
di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit.

2.3.2.1 Tempat
Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakanatau merbahaya
kepada tanah,harta benda dan alam semula jadi.
Jauh dari tempat-tempat orang ramai seperti masjid, hospital, balai raya dan sebagainya.
Jika tempat atau kawasan itu basah, letakkan zink kemudian bubuh sedikit tanah atau di
atasnya. Kemudian baru nyalakan unggun api (jika dibuat di hutan).
Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada ,boleh gunakan elektrik di
kawasan tanah lapang.

53

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.4 Jalan Lasak dan Pandu Arah

2.4.1 Tujuan
Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dan sebagainya)
Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
Untuk menikmati keindahan alam di hutan
Menambahkan pengetahuan, pengalaman, ilmu, kemahiran dan mematangkan diri.
Mendisiplinkan diri dan patuh kepada arahan
Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan

2.4.2 Peraturan dan Persediaan

SEBELUM AKTIVITI

Menentukan tujuan pengembaraan dan persediaan yang diperlukan.
Mendapatkan kebenaran daripada pihak seperti ibu bapa atau penjaga dan sekolah
Memaklumkan kepada pihak berkuasa
Mengambil kira kesesuaian aktiviti dengan musim semasa
Membuat senarai semak bagi barang yang perlu dibawA
Penggunaan beg Ransel / haversack untuk memuatkan barang-barang keperluan

Cara Mengisi Barang Dalam Ransel / Haversack
※ Berat, tidak mudah pecah dan lambat digunakan simpan di bahagian bawah
※ Bahan tajam dibalut dengan teliti atau dimasukkan ke dalam sarung
※ Baju dan kain dilipat dua lalu digulung kecil untuk menjimatkan ruang (Travel light
menjadi petua)
※ Melengkapi diri dari segi kemahiran, latihan dan stamina (cergas dari segi fizikal dan
mental)

SEMASA AKTIVITI

Pengembara harus berhati-hati sepanjang aktiviti terhadap persekitaran dengan
menggunakan deria
Memastikan peti kecemasan lengkap dengan ubat-ubatan dan dibawa sepanjang
pelaksanaan aktiviti
Memakai topi yang sesuai dan membawa bekalan air dan makanan yang mencukupi
Menunjukkan disiplin dan kerjasama yang tinggi
Jaga tingkah laku, jangan bising / menjerit / bergurau belebihan sepanjang aktiviti
Berpakaian sopan dan selesa

54

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

SEMASA AKTIVITI
Isyarat dan Pandu Arah Semasa Mengembara
※ Isyarat dan pandu arah digunakan untuk memberitahu pengembara lain laluan yang
dilalui dan menentukan arah perjalanan
※ Untuk membuat isyarat, guna bahan yang mudah diperoleh di sekitar laluan seperti batu
dan ranting.
※ Arah mata angin utama iaitu utara, selatan, timur barat boleh ditentukan berpandukan
unsur semula jadi seperti matahari, bayangan dan bulan.

SELEPAS AKTIVITI
Membuat laporan dan refleksi diri serta post mortem

55

MEMBACA KOMPAS/GLOBALPOSITIONING

SATELITE (GPS)

TUJUAN
Untuk menentukan arah perjalanan
Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala
tujudi dalam hutan
Untuk mendapatkan arah yang tepat daripada sesak jalan semasa
kembara

JENIS KOMPAS Kompas Mata Angin :
Kompas Bearing Sudut : Berpandukan empat mata angin yang
Diukur mengikut arah pusingan jarum utama iaitu utara, selatan, barat dan
jam dan jumlah sudut adalah 360 darjah.
timur.

Mata Angin Pokok Mata Angin Sekunder

Mata Angin Tertier

56

PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi
memastikan arahnya betul dan tepat.
Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya dapat terus
menghala kearah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya,
pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di
sekitar

LANGKAH MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT DI
ATAS PETA

i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata
ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya,
misalnya A dan B
iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan
dengan melukis garisan selari dengan mana-mana garisan gred yang
berhampiran.
iv. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut
arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-
dua titik tersebut

57

KOMUNIKASI RADIO AMATUR /
UHF VHF

Maksud Radio Amatur
- Radio Amatur atau ‘Ham Radio’ ialah hobi berkenaan
berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio
Amatur saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh
dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah

ditetapkan.

TUJUAN RADIO AMATUR
Radio amatur atau dikenali sebagai ham radio merupakan
penggunaan spektrum frekuensi radio khas untuk tujuan rekreasi
persendirian, pertukaran mesej bukan kormersial, eksperimen-
eksperimen wayerles, latihan dan komunikasi kecemasan.
Istilah “amatur” digunakan untuk menunjukkan individu yang
berminat dalam teknik radio semata-mata untuk tujuan peribadi dan
tanpa kepentingan kewangan dan bagi membezakan ia daripada
penyiaran komersial, keselamatan awam seperti polis dan bomba
atau perkhidmatan profesional radio dua hala. (ARRL, 1914)

VHF (Kekerapan Sangat Tinggi)
Julat frekuensi radio 30 – 30 MHz
Kegunaan umum (sinaran radio FM, siaran televisyen, stesen
bergerakdarat seperti kecemasan, perniagaan dan ketenteraan).
Kurang terjejas oleh gangguan dari peralatan elektrik daripada
frekuensi yang lebih rendah.

UHF (Frekuensi Ultra Tinggi)
Gelombang elektromagnet dengan frekuensi antara 300 MHZ dan 3000MHz.
Digunakan secara meluas oleh agensi-agensi perkhidmatan awam.
Mengawas dan mengawal rangkaian pengagihan kuasa.

CIRI-CIRI RADIO AMUTUR
Komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang
efektif selain dari telefon bimbit dan internet
Lebih 3 juta pengendalian berpeluang berhubung antara satu sama lain
Ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan
RadioAmatur atau RAE
Umur minimum bagi peperiksaan tersebut adalah 14 tahun.

58

STATISTIK RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Komunikasi 2 Hala

Peraturan Yang Dibenarkan
※ Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.
※ Berkomunikasi menggunakan radio VHF/ UHF.
※ Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
※ Perbuatan radio, pancaran, penerimaan dan antenna.
※ Menjalankan kajian berkaitan.
※ Hantar gambar menggunakan faksimili.
※ Mengambil pertandingan radio amatur.
※ Aktiviti mencari dan menyelamat.

Kelebihan Radio Amatur
※ Dihargai oleh orang ramai kerana sifatnya mudah didekati dan mesra.
※ Masyarakat merasakan komuniti radio sentiasa dapat memberi info yang
berguna.
※ Pendengar amatur radio tidak memerlukan celik huruf.
※ Banyak responder boleh dicapai dan mendapatkan maklumat
dalammasayang dinyatakan.
\※ Masyarakat luar Bandar tanpa elektrik dan telefon dapat
menggunakannya untuk menjalankan komunikasi penting yang berkaiatan
dengan kehidupan harian mereka

Kelemahan Radio Amatur
※ Ada negara mengehadkan pengeluaran.
※ Lesen atau proses permohonan rumit.
※ Ada negara yang mengharamkan penggunaan radio amatur.
※ Ada negara mengehadkan kepada tentera sahaja.
※ Kepakaran teknikal operasi dan penyiaran yang diperlukan
mungkin tidak disediakan.

 Perkara yang dilarang
※ Untuk tujuan politik, keagamaan dan unsur-unsur lucah
※ Menyinggung perasaan orang atau pengendalian radio amatur lain
※ Sabotaj individu, negeri dan negara
※ Tiada lesen ※ Salah guna frekuensi

59

MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN

PETA TOPOGRFI

Peta topografi ialah peta yang menggambarkan pandang darat fizikal
dan pandang darat budaya sesuatu kawasan yang tertentu.

KEGUNAAN

Mengenal pasti rupa dan bentuk muka bumi tersebut.
Membuat persediaan peralatan yang perlu mengikut bentuk muka bumi.
Memberi perhatian terhadap bentuk cerun yang bahaya supaya
memastikan keselamatan ahli kumpulan.
Menyelesaikan masalah kesesatan di kawasan tersebut dengan ilmu
pengetahuan memerhati bentuk muka bumi kawasan dengan membaca
peta topo.

Kontur

Garisan yang dilukis pada peta topografi atau peta lakar untuk
menggambarkan dan menyambungkan poin-poin yang sama
ketinggian dari aras laut.
Garisan kontur yang rendah ialah 15m, 30m, 45m dan seterusnya.
Garisan kontur yang tinggi ialah 50m, 100m, 150m dan seterus

60

Cerun curam
Digambarkan di dalam peta topografi dan
peta lakar dengan garisan kontur yang
susunan dan jaraknya ang rapat di antara satu
sama lain.
.

Cerun landai
Digambarkan dengan garisan kontur yang
susunan dan jaraknya yang jarang di antara
satu sama lain di dalam peta topografik.

Cerun bertangga
Digambarkan dengan garisan kontur yang
susunan dan jaraknya yang berselang seli
antara rapat dan jarang.

Dataran tinggi
Susunan konturnya rapat di tepi tetapi tiada
garisan kontur di bahagian tengah.
Bersesuaian dengan bentuk bumi dataran
tinggi yang rata di tengah dan bercerun curam
di pinggirnya.

Tebing tinggi
Cerun yang sangat curam pinggirnya. Garisan
konturya rapat dan ada sebahagiannya yang
bertindih terutamanya di bahagian garisan
kontur yang lebih rendah.

Lurah
Susunan garisan konturnya berbentuk V.
Bersesuaian dengan bentuk lurah yang
merupakan lekunya dalam atau kawasan
rendah antara dua tanah tinggi

61

MENGESAN TANDA DAN SIMBOL

Tanda dan simbol



Tanda dan simbol yang digunakan semasa penggembaraan di dalam hutan
atau mendaki bukit. Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam

hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya ahli lain dapat menjejaki
dengan mudah. Isyarat boleh dibuat dengan menggunakan batu, rumput,

ranting kayu pada tanah

62

LAPORAN PENGEMBARAAN



Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang
disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan

menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat
pengembaraan. Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman
video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku log

pengembaraan.



PERSEDIAAN PERJALANAN



Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang
terlebih dahulu.

Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan
kerompok kecil, penempatan orang asli dan tempat-tempat yang memberi

cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua, Ketua
hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan

pengurusan pengembaraan itu mengikut cara KRS.
Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan.



PERKARA PENTING YANG WAJIB ADA



Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.

Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
Projek yang dikehendaki perlu dinyatakan dengan projek, lokasi, penyertaan

masyarakat, masalah, kejayaan.
Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan

sebagainya.
Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko).



PERINGATAN
Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu kumpulan di antara 2
hingga 4 orang sahaja.
Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran pesuruhjaya Daerah serta pihak
berkuasa (Polis, Jabatan Hutan) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan.
Calon hendaklah sentiasa menjaga imej KRS dan juga menunjukkan contoh

teladan



KAJIAN CUACA
Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang
pengembaraandengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca
semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian jenis awan dan lain-

lain yang berkaitan dengannya.
63

KHIDMAT KESUKARELAWAN

Definisi

Sikap sukarela / kehendak sendiri.

Matlamat

Melahirkan masyarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan
berlumba-lumba melakukan kerja.

Objektif

Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan
masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan
hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat.
Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab
sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan
empati dalam kehidupan seharian.

Khidmas

Mengeratkan ikatan silaturahim sesama pelajar.
Menanam sifat penyayang.
Memupuk semangat bekerjasama.
Hormat menghormati antara pelajar dengan masyarakat.
Menyediakan pelajar sebagai golongan yang aktif dalam masyarakat.
Mengurangkan jurang perbezaan antara warga tua dan muda .

Contoh Khidmat Kesukarelawan

1. Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, surau dan masjid tanah
perkuburan dan sebagainya.
2. Lawatan dan ziarahi ke rumah kebajikan, anak-anak yatim dan rumah
orang tua, hospital, perkampungan Orang Asli Pondok atau pusat
pengajaran dan sebagainya.

64

MINGGU KERJA ( Takwim Dan Rancangan Aktiviti)
RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS

65

66

67

BANTUAN BENCANA

※ Untuk membantu mangsa bencana alam, kemalangan dan mangsa
peperangan.
※ Jenis bantuan: Menyediakan makanan dan minuman, pakaian, kewangan,
kesihatan, perubatan dan sebagainya.

MASYARAKAT PENYAYANG

※ Bantu-membantu orang lain
※ Mengeratkan hubungan
※ Majlis kenduri, memindahkan rumah

HARI PERINGATAN

1. Sambutan Ulang Tahun Penubuhan KRS

※ Upacara pelancaran KRS- 20 Jun 1995
※ Memakai pakaian rasmi KRS
※ Aktiviti : Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, sukaneka dan
sebagainya
※ Objektif: Untuk mengingat balik jasa tokoh

2. Sambutan Hari Kemerdekaan

※ Objektif : Untuk memupuk dan menyemai semangat patriotism dan cinta
akan negara
※ Mengadakan perbarisan bersama-sama dengan unit beruniform yang lain

3. Pertandingan Kawad Kaki KRS

※ Rasional: Berpeluang untu menonjolkan minat terhadap aktiviti
kokurikulum
※ Matlamat: Memberi pendedahan
※ Objektif: Melahirkan semangat bekerjasama

68

ALAM SEKITAR
Alam Sekitar

1.Menghayati alam sekitar
2. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam

sekitar
3.Memelihara alam sekitar
Contoh Aktiviti Alam Sekitar

Aktiviti ‘Bersih dan Hijau’
Membersihkan pantai, sungai, taman dan hutan simpanan
Membersihkan jalanjalan awam dan menjaga pokok-pokok
Menanam pokok dan penanaman semula hutan
Membina tanam, mengumpul dan menyemai benih serta merumput
Berkempen untuk alam sekitar
Menggalakkan kanakkanak terlibat dan mendapat penerangan
tentang alam semula jadi dan alam sekitar

69

SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN
Teknik ikatan sangatlah penting semasa perkhemahan dan

pengembaraan.
Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya
Digunakan untuk mengikat kasut, bungkusan mahupun memulakan

jahitan
SIMPUL MANUK (CLOVE BITCH

Sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu.
Mengikat tali pada tiang atau balak .
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke
tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat
silang gunting dan lilit kacang / ular.

70

SIMPUL BUKU SILA (REE KNOT)

Kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama
besarnya.
Tegap dan tidak boleh terlucut.
Mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil
dan ringan seperti bungkusan.
Digunakan untuk mematikan simpulan dalam balutan (bandage)
Digunakan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau bagi
mengikat layar.

71

SIMPUL TINDIH KASIH (BOWLINE)

Sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada
pinggang si malang. Kemudian, si malang akan ditarik ke tempat yang selamat.
Digunakan semasa menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Digunakan untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan
membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke
atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.
Untuk membuat ikatan yang pantas serta sesuai digunakan untuk menaikkan atau
menurunkan mangsa.

SIMPUL BUNGA GETI (COMMON BEND)

Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama
besar saiznya
Contoh kegunaan ialah untuk menyambung tali perahu
dengan tali kapal.
Ia juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul.

72

SIMPUL BALAK (THE TIMBER HITCH)

Ikatan ini digunakan bagi mengikat hujung tali pada kayu, tiang atau batang
yang besar dengan mudah supaya tidak licin atau mudah digerak- gerakkan.
Menarik balak atau kayu
Memulakan ikat serong
Sebagai ikatan sementara dan guna untuk mengangkat dan turun barang dari
tempat tinggi.

SIMPUL BELIT

Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk
mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara begini
mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya.
Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar.
Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada
mata kail.

73

IKATAN



Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya

Terdapat 3 jenis ikatan: Ikatan seraya, Ikatan serong, Ikatan lilit kacang
SERAYA

Digunakan semasa membina jambatan, Menara dan aktiviti
pioneering.
Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat.
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua batang buluh yang
bersilang

74

SERONG

Digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan aktiviti pionneering.
Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat
serong digunakan.
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk.
LILIT KACANG

Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gajet

75

ASAS KAWAD KAKI

BAHASA HUKUMAN



1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….

3. Rehatkan diri…..
4. Scout….

5. Luruskan barisan,
6. Scout,

7. Buka barisan, Gerak…,
8. Ke kanan lurus,

9. Pandang depan….,
10. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
11. Menghadap ke hadapan, kiri Sing…,

12. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
13. Menghadap ke hadapan, kanan Sing…,
14. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
15. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,

16. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
17. Tutup barisan, Gerak…,
18. Keluar……….Baris

76

KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK
SEDIA
Hukumannya : "Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki
kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat
dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan
tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu
tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama
rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ;
pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari
lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit
daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

Kesalahan Biasa
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

ingatan: Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
77

SENANG DIRI

Hukuman : "Senang ..................Diri

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan
letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari
bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan
keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti
tegap dan tidak bergerak.

Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

78

REHATKAN DIRI
Hukuman : "Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang
dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat )
Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan : Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan
melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat
perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

79

MASUK BARIS

Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam
tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap
orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah
dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah
30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah
sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih

80

MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman:
" Ke kanan ........... Lurus"

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan
dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua
tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1).
Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor
satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan
hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota
di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas
mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri,
(2- 1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan
lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan
tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar
menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah
berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah
barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:

Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk

serentak dengan pantas 81

Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda
berada di sebelah kiri. Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus
kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri.
Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor sama
ada dari kiri atau kanan.

Kesalahan Biasa :
1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke
depan semasa meluruskan barisan;
3. ”Pinggang lemah” semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,

cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak

betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan

muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang

hendaklah mengikuti anggota hadapan. 82

NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya
menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan
memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu
kedudukannya dalam skuad.

Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan :
Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari
kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang
lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.

Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing

Ingatan :
Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman
"Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.

83

BUKA / TUTUP BARISAN

Hukumannya: Perbuatannya :

"Buka Barisan .................Gerak". Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah

kaki kanan kehadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian

angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada

kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah

kebelakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat

kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan

Kesalahan biasa : sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1)

1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan

2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan

dan ke belakang

3. Tangan dan bahu bergerak

4. Mata pandang ke bawah

5. Badan tidak tegak

Hukumannya:
"Tutup Barisan.......Gerak"

Perbuatannya :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan

Ingatan : barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan.
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka
ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan Barisan......Gerak".

diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan

tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan

belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau

hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah

sebaliknya.

84

BERPUSING KE KANAN /
KIRI / BELAKANG

Hukumannya: Perbuatannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit
Kesalahan biasa : kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat
1. Tangan tidak rapat ke badan hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
4. Lutut bengkok menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Hukumannya: Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing"
hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.

Ingatan : Perbuatannya :
1. Tangan tidak rapat ke badan Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
2. Hentak kaki tendang kuda. berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri
3. Membongkok dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri
4. Lutut bengkok dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak
5. Angkat peha melebihi 45 darjah kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki
kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat
kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas

kepada kedudukan sedia.

Hukumannya: Perbuatannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing" berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu
kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
Kesalahan biasa : mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila
1. Tangan tidak rapat ke badan sampai kehala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
2. Hentak kaki tendang kuda. menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua
3. Membongkok lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan
4. Lutut bengkok badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
5. Angkat peha melebihi 45 darjah. sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
6. Badan melonjak ketika berpusing

85


Click to View FlipBook Version