The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LukyyzFlip, 2022-06-05 07:34:57

RUKUN NEGARA

KUMPULAN 5

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN :

RUKUN
NEGARA

NAMA PELAJAR
LUKMAN BIN ILYAS (26DRT21F2026)

DANIEL REDZWAN BIN AHMAD DIDIK SUSILO (26DRT21F2024)

NUR ALYAA AINA BINTI ABDULLAH (26DRT21F2013)

SITI UMAIRAH BINTI MOHD HISHAMUDDIN (26DRT21F2015)

NAMA PENSYARAH : EN. WAN MOHD SABRI

ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
4
PENGENALAN RUKUN NEGARA 5
SEJARAH RUKUN NEGARA 6
OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA 7-12
MAKSUD-MAKSUD RUKUN NEGARA ;
Ø KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 13
Ø KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 14
Ø KELUHURAN PERLEMBAGAAN 15
Ø KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 16
Ø KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT
KESIMPULAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur dan Alhamdulillah kehadrat Ilahi
kerana memberi peluang kepada kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya,
kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah MPU21032
Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Encik Wan Mohd Sabri diatas tugasan yang
diberikan kepada kami dan dorongan yang baik sepanjang tugasan ini
berlangsung .Selain itu, kami juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih dan
memohon maaf kepada mereka yang turut membantu kami melaksanakan tugasan ini
secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, kami berjaya melakukan tugasan ini
dengan baik.

3

RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos
1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat memelihara cara hidup demokratik
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Lima Prinsip Rukun Negara Harus Menjadi Cara Hidup Kita Bukan Sekadar Ikrar Sahaja Sekali Sekala Dibaca
Semata Lima Prinsip Rukun Negara Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara Tanpa
Mengira Agama Dan Bangsa.

4

SEJARAH RUKUN NEGARA

Rukun negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Dipertuan Agong pada 31 Ogos 1970.Selain
itu ia diperkenalkan sebagai pengikat dan Pembina perasaan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat
kita.Dalam erti kata lain juga rukun negara diwujudkan sebagai mengukuhkan bentuk perpaduan di negara
kita.Prinsip-prinsip yang terkandung dalam rukun negara menekankan kunci perpaduan kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta
ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang merupakan satu bukti berlakunya
permusuhan kaum yang sangat dasyat suatu ketika dahulu.Permusuhan dan perbalahan ini berlaku akibat ketidak
adilan layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum.Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran
daripada peristiwa 13 Mei ini supaya negara terus dalam keadaan aman dan makmur. Oleh itu adalah penting bagi
rakyat Malaysia berpegang teguh kepada prinsip rukun negara yang telah ditetapkan.

5

PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA

OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Rukun negara dibentuk dengan tujuan utama untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-

prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum
demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Ia terbahagi kepada dua bahagian :

BAHAGIAN PERTAMA BAHAGIAN KEDUA

MENGGARISKAN OBJEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA YANG INGIN DIBENTUK MENGGARISKAN LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA YANG BERIKUT

Mencipta masyarakat yang adil Kepercayaan kepada tuhan
Membina sebuah masyarakat yang progresif Kesetiaan kepada raja dan Negara
Membentuk sikap yang liberal Keluhuran perlembagaan
Mencapai perpaduan yang lebih erat Kedaulatan undang-undang
Memelihara cara hidup yang demokratik Kesopanan dan kesusilaan

6

MAKSUD RUKUN NEGARA

• Prinsip dalam rukun
negara yang perlu dijiwai
oleh setiap rakyat
Malaysia ialah

7

1. KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN

Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal
Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadiaan seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

8

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA

Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.

9

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan 10
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. lanya juga adalah sumber
rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat.

4. KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG

Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap
rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya.
Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-
undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Menerusi kewujudan
undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang
teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan. Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Hak-hak kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

11

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. lanya 12
bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu
dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.

KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat. 13

Ø Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua lapisan masyarakat perlulah menanam cita-cita yang positif bagi
membentuk satu bangsa dan negara supaya kekal lama.Sebagai contoh, pada masa kini iaitu dilanda covid-19,semua
masyarakat mestilah bersatu padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19.Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat
mengurangkan kes.

2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil.

Ø Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.Hal ini demikian kerana
masyarakat yang adil akan wujudkan negara yang stabil dan masyarakat yang aman.Contohnya,kerajaan mestilah
membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua masyarakat tanpa mengira berbilang kaum.

Ø Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing .Malaysia dikenali di seluruh negara kerana
mempunyai kekayaan dalam pelbagai kaum.

3. Membina sebuah masyarakat progresif.

Ø Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memerlukan masyarakat yang progresif terhadap kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini.Masyarakat yang progresif terhadap kemajuan
sudah tentu memberi banyak manfaat kepada Negara, contohnya dalam bidang ekonomi.

4. Memelihara satu cara hidup demokratik.

Ø Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan
tidak melanggar undang-undang negara.Umum mengetahui, sistem pemerintahan di Malaysia dijalankan secara demokrasi,
contohnya semasa pilihan raya.

KESIMPULAN RUKUN NEGARA

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. la penting 14
kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam
sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua,
bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga - mencurigai
antara satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat
membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik
dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai 'internal
cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif
dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian
rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali.

LAMPIRAN

15

RUJUKAN

1. http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-
rukun-negara.html?m=1

2. https://www.bharian.com.my/amp/rencana/lain-
lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-pembinaan-
negara-bangsa

3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

16

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version