The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LukyyzFlip, 2022-11-28 10:40:46

Keyakinan Tidak Dapat Dihilangkan Dengan Keraguan

TUGASAN:
E-FOLIO

(KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)
SESI: 1 2022/2023
KURSUS:
MPU23072

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIKS
26DRT21F2026
NAMA PELAJAR 26DRT21F2024
LUKMAN B. ILYAS 26DRT21F2003
DANIEL REDZWAN B. AHMAD DIDIK SUSILO 26DRT21F2025
HADRIPUTERA B. MOHD DZULRILA
MUHD IQMAL HAZIQ B. ZAINAL ABIDIN

DISEMAK OLEH:

NAMA PENSYARAH
PN. DINA BT. ABDUL KHALIK

BIL PERKARA

1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF

4. HURAIAN:

- Menjelaskan maksud keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
- Perbezaan antara situasi syak dan yakin.
- Punca adanya perasaan syak dalam kehidupan.

5. KESAN BURUK SYAK
6. PERBEZAAN YAKIN, SYAK, ZANN DAN WAHAN
7. APLIKASI KAEDAH FIQH
8. CARA MENGATASI MASALAH

9. KESIMPULAN

10. SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kami kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan
tugasan E-Folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Pn.Dina binti Abdul Khalik , Pensyarah
Matapelajaran Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam di atas
kesudian beliau memberi dorongan dan bimbingan sepanjang kami
menjalankan tugasan ini. Beliau sangat mengambil berat serta sudi
membantu menjawab persoalan pelajar-pelajarnya sepanjang
tugasan ini dijalankan.

Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
kumpulan yang banyak berkorban masa dan tenaga serta
mencurahkan idea untuk menjayakan tugasan ini. Kerjasama yang
ditunjukkan oleh ahli kumpulan ternyata membuahkan hasil dengan
kejayaan menyiapkan tugasan yang diberikan. Tanpa bantuan dari
semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.

PENDAHULUAN

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,

Pemanis kalam selamat bermalam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak kerana ia menjelaskan
bahawa tiap-tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan terbatal
dengan sebarang keraguan yang datang kemudian. Hal ini bermaksud
sesuatu perkara yang pada asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu
hukum itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab syak atau ragu-ragu
tentang perkara yang diperselisihkan.

Oleh itu, keyakinan terhadap sesuatu perkara atau hukum tidak boleh
diubah atas sebab keraguan yang timbul. Jika seseorang itu telah yakin
akan sesuatu perkara dan hukumnya, kemudian timbul pula syak dan
ragu-ragu terhadap keyakinan tadi, maka keyakinan yang asal itu tidak
boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan adanya keyakinan
baharu yang dapat menghindarkannya.



HURAIAN

➢ Keyakinan ialah sesuatu yang dipercayai benar pada hukum manakala syak
pula bermaksud ketidakyakinan terhadap sesuatu perkara. Kaedah fiqh
bertindak menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh
berubah dengan sewenang-wenangnya oleh keraguan yang belum pasti
sejauh mana kebenarannya.

➢ Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W yang
bermaksud, “Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyang iya
tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukan sama ada tiga atau
empat, maka ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan”

1) Maksud keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan:-
‫ال َي ِقين َلا يُ َزا ُال بِال َّشكا‬

❖ Keyakinan

Maksud keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan:-

❖ Syak

Dalam mensyarahkan makna kaedah ini sebahagian ulama berkata:

Sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian
dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau
tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu.
Maka sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan.

A. Apakah itu kaedah fiqh? Kaedah fiqh diguna pakai sebagai suatu
panduan umum untuk membuat hukum-hukum Islam bagi
menyelesaikan suatu masalah tersebut. Hukum masalah yang timbul
dapat diselesaikan dengan mudah melalui prinsip umum dengan
merujuk kepada sumber-sumber hukum lain. Untuk mengeluarkan
pecahan atau cabang hukum dalam Islam, kaedah fiqh dijadikan
sebagai panduan. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kaedah
fiqh juga digunakan sebagai sumber hukum dan hujah sokongan.

Segi Bahasa Kaedah Fiqh
Istilah Syarak

Merupakan gabungan dua perkataan bahasa Hukum yang terpakai secara umum
Arab, dimana perkataan tersebut adalah kepada sebahagian besar masalah-

‘Qawaid’ dan ‘Fiqh’. Qawaid merupakan suatu masalah cabang ialah ‘Fiqh’.
kata jamak daripada Qaidah. Perkataan

Qawaid bermaksud asas, tapak atau prinsip.
Manakala perkataan Fiqh atau Fiqah
bermaksud kumpulan kaedah untuk

menentukan hukum suatu permasalahan.



2) Perbezaan situasi Syak Syak ialah sesuatu keraguan dalam hati
antara syak dan yakin Yakin seseorang apabila ketiadaan bukti kukuh atau

mempunyai bukti yang tidak meyakinkan.

Contohnya, syak ketika takbir, syak terhadap niat
solat yang dilakukan. Jikalau bersyak dalam waktu
yang lama maka terbatal solat yang dilakukan. Tetapi
jikalau syak dalam waktu yang singkat lalu ia berubah

kepada keyakinan maka sah solat tersebut.

Yakin adalah suatu perasaan dalam hati
seseorang apabila bukti kukuh atau mempunyai

bukti yang tidak meyakinkan.

Contohnya, apabila seseorang itu selesai
mengambil wudhuk, kemudian beliau terpijak
tahi cicak dan beliau yakin jikalau terpijak tahi

cicak itu akan membatalkan wudhuk maka
wudhuknya akan terbatal.

3) Punca adanya perasaan syak dalam kehidupan seharian :-

- Dalam kehidupan seharian sebagai manusia kita tidak terlepas
dengan perasaan syak atau perasaan was-was terhadap sesuatu
perkara. Antara punca seseorang itu berperasaan syak ataupun
perasaan was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan. Terdapat
berberapa ayat dalam al-Quran yang menyatakan bahawa bisikan
syaitan boleh meragui seseorang manusia.

➢ Firman Allah S.W.T
‫ال َّش ْي َطانُ َي ِعدك ُم ا ْل َف ْق َرُ َويَأْمرك ْمُ ِبا ْلفَ ْح َشا ُِء‬
(Surah Al-Baqara : 268)

Maksudnya: “Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan
menyuruh kamu berbuat kejahatan.

Riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ فَ ِإ َذا َذ َك َرُ اللَُ َخ َن َُس َوإِ َذا َغفَ َُل َو ْس َو َُس‬، ‫ال َّش ْي َطانُ َجا ِثُم َعلَى قَ ْل ِبُ ا ْب ُِن آ َد َُم‬

(Kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614)

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan
membisikkan kejahatan.”

Al-Tibi menjelaskan: Lafaz ini merupakan majaz iaitu tipu daya syaitan dan bisikannya
berjalan pada manusia sebagaimana darah berjalan pada salurannya. Syaitan ini sentiasa
memperdayakan jiwa manusia, dan sentiasa meniupkan bisikan dan was-was pada hati dan
jiwa manusia dengan menggunakan kemarahan dengan menggunakan darah (dalam diri
manusia) dan menggunakan kekuatannya. Cara merawatnya adalah dengan lapar dan
berpuasa kerana ianya dapat menghalang hawa nafsu dan juga syahwat yang merupakan
senjata syaitan. Kekenyangan membawa kepada dosa, kekurangan iman dan juga gangguan
fikiran.

4) Kesan buruk syak:-

➢ Jika seseorang itu timbul perasaan syak ketika melakukan solat, seseorang itu terlupa di
rakaat keberapakah seseorang itu sedang berada maka solatnya tidak akan menjadi
khusyuk.

➢ Seseorang itu telah pun berada di dalam solat tetapi timbulnya perasaan syak yang
membuatkan seseorang itu berfikir sudah berniat ataupun belum berniat solat yang
dilakukan maka menyebabkan seseorang itu melakukan semula solatnya.

➢ Perasaan syak boleh merosakkan akidah apabila perasaan ragu tersebut menguji
keimanan seseorang. Sekiranya beliau memilih melayan bisikan syaitan ia akan
mengakibatkan iman seseorang itu terbatal. Punca menjadi keraguan di minda adalah
kuasaan serta keesaan Allah S.W.T.

➢ Jiwa seseorang individu itu tidak tenang akibat kerap mempunyai perasaan syak
menyebabkan individu itu kurang keyakinan diri. Hal ini, akan meninggalkan tekanan akibat
individu itu rasa tidak berguna dan berputus asa kerana tidak dapat melakukan hal yang
sepatutnya dengan sempurna.

5) Perbezaan yakin, syak, zann dan wahan

1.Yakin ➢ Al-Jawhari: Suatu ilmu dan lenyapnya syak. Ibn Mansur: Ilmu
dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara.

➢ Abu al-Baqa’: Pegangan yang kukuh, mantap dan tetap serta
menepati kenyataan.

➢ Al-Suyuti: Beliau berpendapat bahawa yakin merupakan
sesuatu yang tetap dan pasti, dapat dibuktikan melalui
penelititan dan pembuktian yang kukuh dan berupaya
mendukungnya.

Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu
yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil.
Maknanya, kepercayaan adalah 100% tanpa sedikitpun syak.

Perbezaan yakin, syak, zann dan wahan

2.Syak ➢ Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap
sesuatu perkara atau dimaksudkan sesuatu yang setara
antara dua perkara yang tidak dapat ditentukan.

➢ Keraguan tidak dapat ditarjihkan (memberatkan), mana satu
yang lebih kuat.

➢ Tidak diterima dalam hukum Fiqh.

3.Zann ➢ Al-Hamawiy dalam karyanya Syarh al-Asybah ialah
seseorang yang berada dalam situasi antara dua perkara
yang dia mampu membuat keputusan dan dapat
mentarjihkan (memberatkan) salah satu antara keduanya.

➢ Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada
kebenaran, namun tidak mencapai tahap yakin dan
ghalabah al-Zan.

Perbezaan yakin, syak, zann dan wahan

4.Wahan ➢ Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara
keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah
atau tidak kukuh.

➢ Suatu bayangan atau lintasan pada hati diri seseorang yang
dikira sebagai sangkaan meleset atau salah.

➢ Tidak diterima dalam hukum Fiqh.

CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH FIQH

1) Dalam menyediakan makanan kepada tetamu, pengusaha hendaklah memastikan
ianya ialah halal. Oleh itu, tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah cukup
untuk diyakini akan status halalnya. Sebarang andaian atau syak yang datang, tidak
dapat mengubah hukum.

2) Jika diketahui terdapat sesuatu yang haram pada harta seseorang peniaga, tetapi tidak
diketahui secara jelas salah satu daripada bahagian harta yang haram dan jumlah
bahagian yang haram, muka dalam situasi ini kita tidak diharamkan untuk bermuamalat
atau berurusniaga dengan penjual tersebut kerana ketidakpastian, sama ada
berurusniaga dengan harta yang haram ataupun tidak.

3) Jika diketahui terdapat harta haram atau harta dirampas atau dicuri di
sebuah kedai, namun demikian tidak dikenalpasti di bahagian mana, kita
diharuskan untuk menjalankan urusan jual beli di kedai tersebut kerana
barang yang hendak diurusniaga hanya disyaki haram dan keyakinan asal
iaitu ia adalah halal tidak terhapus dengan syak tersebut.

4) Seseorang yang membeli baju dan mensyaki kesuciannya tidak perlu
membasuh baju tersebut kerana pada asalnya baju itu suci dan ia tidak akan
menjadi najis dengan syak semata-mata.

5) Pinggan atau bekas yang digunakan di hotel atau seumpamanya harus
digunakan oleh orang Melayu iaitu Islam walaupun ianya pernah digunakan
oleh kaum lain/ bukan Islam.

CARA MENGATASI MASALAH

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap perkara sama ada dalam urusan duniawi mahupun akhirat,
seseorang itu hendaklah berpegang dengan hukum asal yang diyakini dengan
menghilangkan syak yang mengganggu fikiran. Kaedah ini menjelaskan bahawa ianya
menjadi satu tuntutan kepada setiap individu untuk meninggalkan segala keraguan dan
syak dalam kehidupan kepada keyakinan yang menenangkan seperti usaha gigih para
fuqaha membina kaedah-kaedah fiqh sangat bernilai dan sewajarnya dihargai oleh
masyarakat muslim. Ia mempermudahkan seseorang untuk mengetahui hukum fiqh
kerana penguasaan terhadap semua masalah fiqh yang banyak adalah sukar. Di
samping itu juga, ia mampu membentuk kemahiran fiqh yang kuat dan baik sekaligus
dapat membantu untuk meneroka pelbagai isu fiqh semasa dengan penyelesaian yang
tepat dan baik. Pengetahuan yang baik mengenai kaedah ini juga boleh menjadi asas
yang kukuh untuk mempelajari hukum-hukum fiqh. Seterusnya, bagi seseorang yang
tidak mengetahui ilmu fiqh, maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk
mempermainkan keraguannya dan pemikirannya. Oleh sebab itu, kaedah ini beserta
kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan
seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari menghadapi situasi-situasi yang
sukar.

SUMBER RUJUKAN

1. Irsyad Usul Al-Fiqh Siri ke-43 : Makna Dan Aplikasi Kaedah ‘Keyakinan Tidak Hilang
Dengan Syak’ December 26, 2019.

2. 50 Kaidah Dalam Islam Fiqih Islam, Karya Ustadz Abu Muslim Nurwan Darmawan,
B.A hafizhahullah. Diterbitkan oleh Griya Ilmu.

3. http://suriaterang.blogspot.com/2008/02/kaedah-fiqh-keyakinan-tidak-
dihilangkan.html

4. https://anyflip.com/abghl/dbcn/basic

5. https://coggle.it/diagram/YEA_L6W-yoK7Zxmm/t/kaedah-fiqh-2-dengan-syak


Click to View FlipBook Version