MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
ALOR SETAR, KEDAH
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
2021
KAJIAN TENTANG GUNA TANAH
(PETEMPATAN) DI MERGONG,
KEDAH
NAMA : AMANINA BADRISYA BINTI ABDUL HAMID
TINGKATAN : 3 HASANAH
NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1. Jadual Kerja 3
2. Penghargaan 4
3. Pendahuluan 5
4. Objektif Kajian 6
5. Kawasan Kajian 7
Kaedah Kajian
6. i. Kaedah Pemerhatian 8
ii. Kaedah Temubual
iii. Kaedah Rujukan
7. Hasil Kajian 10
Latar belakang kawasan kajian
Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah
Mengenalpasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam
sekitar yang telah dikaji
Tiga cadangan usaha - usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
8. Rumusan 13
9. Rujukan 14
10. Lampiran 15
2
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
Dalam waktu PDPR
Menerima tugasan dan panduan pelaksanaan kajian.
Luar waktu PDPR
1. 7/9/2021 Tajuk : Kajian Guna Tanah di Kawasan Mergong.
Luar Waktu PDPR
Taklimat tentang kajian daripada guru mata pelajaran
geografi. Dalam waktu PDPR
Mengumpul dan mencari maklumat berkaitan guna tanah di Luar waktu PDPR
Luar waktu PDPR
internet. Luar waktu PDPR
2. 9/9/2021 Luar waktu PDPR
Mula Maranga isi kandungan, penghargaan, jadual kerja dan
pendahuluan.
Merangka objektif kajian.
3. 20/9/2021 Membuat pemerhatian di kawasan kajian dan mengambil
beberapa keping gambar sebagai bukti lampiran selepas
waktu PDPR.
Guru menerangkan semula tentang cara membuat bentuk
pendahuluan dan kawasan kajian.
4. 28/9/2021
Mengumpul dan menulis maklumat tentang kawasan kajian
serta melukis peta lakar.
Menentukan dan membuat kaedah kajian dan hasil kajian.
Menghuraikan dan menentukan jenis guna tanah utama di
5. 23/10/2021 kawasan kajian, faktor guna tanah, kesan – kesan terhadap
alam sekitar serta cadangan untuk mengatasi masalah guna
tanah di kawasan kajian.
Membuat rumusan serta menyediakan beberapa keping
6. 1/11/2021 gambar untuk dijadikan sebagai lampiran.
7. 4/11/2021 Membuat penambahbaikan
8. 5/11/2021 Menghantar kerja lapangan Geografi kepada guru.
3
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T diatas limpah izin serta rahmatnya, dapatlah
saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun tidak dapat bersemuka
dengan guru dan rakan - rakan sekelas.
Saya, Amanina Badrisya binti Abdul Hamid ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pengetua Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton binti Ismail yang telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Puan Asiah binti
Asmuni atas segala bimbingan, tunjuk ajar teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah
banyak menolong saya dan rakan – rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu, saya amat terhutang budi kepada ibu bapa saya iaitu Encik Abdul Hamid binti
Ismail dan Puan Masitah binti Zain yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat – maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan sekelas saya Alya Iman
dan Nur Azeemah Insyeerah kerana telah memberi banyak pendapat dan idea kepada saya
sepanjang kajian ini dijalankan.
Tanpa sokongan semua pihak yang terlibat memungkinkan saya menyiapkan kajian
seperti ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha,
buah fikiran dan wang ringgit.
4
PENDAHULUAN
Kerja kursus ini telah diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk dijalankan oleh semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3. Untuk
subjek Geografi ini, tajuk kajian saya adalah Kajian Guna Tanah (Petempatan).
Saya, Amanina Badrisya pelajar tingkatan 3 dari sekolah Maktab Mahmud Alor Setar telah
melakukan kajian di kawasan sekitar Mergong.
Antara sebab utama saya memilih kawasan sekitar Mergong ini sebagai kawasan kajian
kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat
kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan
kawasan ini dan memudahkan saya mendapat data - data yang berguna untuk direkodkan
dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini telah saya
manfaatkan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.
Sepanjang saya melakukan kajian guna tanah di kawasan sekitar Mergong, saya telah
menemu ramah beberapa responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat.
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden yang telah memberi
kerjasama yang baik dan saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang
diberi.
5
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian yang telah saya buat ini adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang ciri fizikal
dan budaya yang ada di kawasan sekitar Mergong.
2. Melukis sebuah peta lakar berasaskan peta topografi yang menunjukkan taburan guna
tanah di kawasan sekitar Mergong.
3. Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan sekitar Mergong.
4. Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan seterusnya
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.
5. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah kediaman terhadap alam sekitar di
kawasan sekitar Mergong.
6. Mencadangkan usaha-usaha dan langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi kesan
guna tanah kediaman di kawasan sekitar Mergong.
6
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah di sekitar kawasan Mergong Kedah. Negeri
Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu negeri Kedah.
Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Pada tahun 2020, daerah Kota Setar
menjadi salah satu daerah yang tertinggi dalam jumlah tempat kediaman sebanyak 107,430 unit
pada tahun 2020.
Salah sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah mukim Mergong. Jika
dikecilkan lagi mukim Mergong ini, terdapat sebuah kawasan yang dinamakan kawasan
Mergong. Kawasan Mergong adalah sebuah kawasan yang terkenal dan menjadi tumpuan
penduduk. Ia juga adalah sebuah kawasan petempatan. Sebelum pembinaan kawasan
petempatan ini, kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk dan kawasan ini dipenuhi
dengan hutan yang tebal. Namun, pada zaman sekarang, banyak projek – projek kediaman yang
dilakukan di kawasan ini dan penebangan hutan dilakukan secara berleluasa. Petempatan di
kawasan Mergong ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana padat.
Jarak mutlak dari kawasan ini ke pusat bandar ialah kira – kira 12 kilometer. Jarak relatif pula
lebih kurang 10 minit.
Faktor petempatan di kawasan ini dapat dikaitkan dengan bentuk muka bumi iaitu tanah pamah
yang sesuai dijadikan kawasan perumahan. Antara ciri - ciri pandang darat fizikal yang ada di
kawasan ini ialah sungai dan hutan. Manakalah ciri – ciri pandang darat budaya yang terdapat
di kawasan ini pula seperti masjid, jalan raya dan jambatan dan sekolah.
Secara keseluruhannya, guna tanah di kawasan Mergong adalah lebih kepada guna tanah
petempatan. Kebanyakan kawasan di kawasan Mergong ini diliputi oleh tempat kediaman dan
perumahan. Petempatan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan tempat tinggal dan
menetap kepada penduduk setempat.
7
KAEDAH KAJIAN
Terdapat empat kaedah kajian yang telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan
tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta mahupun
maklumat yang tepat. Antaranya :
1. PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan Mergong bagi mengenalpasti
guna tanah kediaman, ciri – ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan Mergong.
Maklumat yang diperoleh itu membantu saya untuk melukis dan mentafsir peta lakar di
kawasan kajian tersebut.
2. RUJUKAN
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah satu
gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Saya telah
memperolehi banyak maklumat dan info untuk kerja lapangan saya. Saya juga dapat
memuat - turun bahan berkaitan kajian atau tugasan ini untuk dijadikan rujukan
tambahan. Dengan keadaan dunia yang dilanda andemik Covid – 19 ini, kerja – kerja
mencari info dan melakukan pemerhatian agak sukar untuk dilaksanakan. Jadi dengan
melayari internet dapat memudahkan dan mempercepatkan kajian ini disiapkan.
3. Bimbingan Guru
Dengan bimbingan guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Asiah binti Asmuni,
saya dapat melaksanakan kerja lapangan ini dengan mudah dan teratur.
8
Peta Lakar di Kawasan
Mergong
9
HASIL KAJIAN
Faktor Mempengaruhi Guna Tanah Petempatan
Jenis guna tanah yang utama di Kawasan Mergong ini ialah guna tanah petempatan. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan di Kawasan ini iaitu : -
• Bentuk Muka Bumi
Jenis kawasan tanah pamah yang menjadi pilihan penting untuk pembinaan rumah
berbanding di kawasan tanah tinggi atas faktor kos dan juga kemudahan untuk
membina jalan raya dan bangunan serta penghantaran barangan yang mudah.
• Infrastruktur
Kemudahan sedia ada di sesuatu kawasan yang mempengaruhi pembangunan guna
tanah kediaman seperti jalan raya, taman permainan, lampu isyarat, hentian bas dan
lain - lain. Kemudahan asas juga mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman
seperti bekalan air dan elektrik.
• Keselamatan
Faktor keselamatan juga merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan dimana
rumah kediaman yang dibina berdekatan dengan balai polis, balai bomba dan agensi
lain adalah lebih selamat. Kawasan kejiranan yang tersusun juga dapat memastikan
keselamatan lebih terjamin.
10
Kesan Guna Tanah Petempatan Terhadap Alam Sekitar
• Peningkatan Suhu
Peningkatan suhu bumi disebabkan oleh banyak rumah yang dibina dengan pesat
terutamanya di kawasan bandar sehingga terpaksa menebang pokok - pokok. Contohnya,
penebangan pokok bagi membina rumah untuk petempatan penduduk.
• Hakisan
Pemotongan bukit dan dan pembersihan hutan di lereng - lereng bukit untuk tujuan
petempatan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis masalah hakisan tanah. Contohnya,
pembinaan jalan raya yang menyebabkan cerun ditarah dan dipotong menyebabkan struktur
tanah dan kestabilan cerun terganggu.
• Kepupusan Kepelbagain Biologi
Kemusnahan kepelbagain biologi atau kepelbagaian spesies haiwan berlaku apabila hutan
di kawasan pinggir bandar ditebang untuk dijadikan kawasan petempatan. Penebangan
hutan memusnahkan habitat haiwan dan mengganggu rantaian yang terdapat di dalam
ekosistem hutan. Contohnya, aktiviti penyahhutanan menyebabkan haiwan - haiwan
kehilangan habitat dan sumber makanan dan terjadilah kepupusan spesies.
11
Cadangan Usaha Mengenai Kesan Guna Tanah Petempatan
Berikut adalah di antara cadangan dalam mengatasi atau mengurangkan kesan guna tanah
petempatan : -
• Aktiviti Gotong - Royong
Untuk mengurangkan masalah seperti perparitan tersumbat, banjir kilat, sampah,
nyamuk aedes dan banyak lagi perkara, aktiviti gotong - royong bersama penduduk
perlu dilakukan sekurang - kurangnya sekali dalam seminggu.
• Menaiktaraf Infrastruktur
Melakukan pelebaran jalan, pembinaan jambatan dan pembinaan parit.
• Konsep Bandar dan Pekan Yang Selamat
Program pengawalan rapi oleh pihak tertentu di kawasan petempatan seperti rukun
tetangga, rela dan polis dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes
jenayah.
12
RUMUSAN
Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Mergong ini telah memberi pengalaman yang
sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah di
kawasan Mergong.
Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa disebalik definisi dan
maksud guna tanah. Begitu kajian mengenai faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan
di kawasan Mergong. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui
dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di kawasan kajian iaitu di kawasan Mergong.
Selepas mengumpulkan segala maklumat, saya dapat memberikan beberapa usaha - usaha dan
cadangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang sedang dan telah
berlaku di kawasan Mergong.
Akhir kata, marilah kita bersama - sama sebagai penduduk di kawasan Mergong menjalankan
aktiviti guna tanah dengan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah -
masalah yang boleh menjejaskan flora dan fauna akibat daripada tindakan kita sendiri.
Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian kerana mereka
mempunyai kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan kualiti
kehidupan mereka. Saya berharap usaha penduduk dan responden di kawasan kajian tersebut
dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.
13
RUJUKAN
• Buku Teks Geografi Tingkatan 3
• Orang Sumber
Abdul Hamid bin Ismail, 52 tahun, 222 Taman Mergong Jaya, Fasa 1, Alor Setar,
Kedah
• Internet
https://www.permohonan.my/faktor-yang-mempengaruhi-guna-tanah-di-kawasan-
kajian/
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html
https://www.infodweb.my/mengatasi-kesan-guna-tanah.jsp
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-guna-tanah.html
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/
https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-tanah/
14
LAMPIRAN
Gambar menunjukkan beberapa kawasan perumahan di kawasan Mergong
15