The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hairun Alif Ariffin bin Hairun Anuar, 2023-03-01 01:09:49

BUKU PERATURAN

BUKU PERATURAN

TADIKA JAIM TAMAN MERBOK


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK PAKAIAN SERAGAM TADIKA Pakaian seragam bagi murid lelaki dan perempuan. • ISNIN , RABU DAN JUMAAT


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK PAKAIAN SUKAN TADIKA. Pakaian sukan tadika bagi murid lelaki dan perempuan. • SELASA DAN KHAMIS


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK BUKU PERATURAN TADIKA JAIM TAMAN MERBOK VISI MELAHIRKAN PELAJAR BERIMAN, BERAKHLAK DAN CEMERLANG MISI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG MOTO BERILMU, BERIMAN, BERAKHLAK


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK PRINSIP RUKUN NEGARA • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN IKRAR TADIKA رضين باهللا ربا وبااالسالم دينا وبمحمد نبيا ورسوال KAMI REDHA ALLAH ITU TUHAN KAMI DAN ISLAM ITU AGAMA KAMI DAN MUHAMMAD ITU NABI DAN RASUL KAMI


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK Peraturaan Menghantar Dan Mengambil Anak Dari Tadika Jaim Taman Merbok(TJTM) 1.1 PERMULAAN 1.1.1 peraturan menghantar dan mengambil anak dari tadika jaim taman merbok ini diujudkan sebagai panduan kepada ibu bapa/penjaga kanak-kanak di TJTM. 1.1.2 Peraturan ini perlu dibaca, difaham dan dipatuhi oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak di TJTM. 1.1.3 Peraturan ini adalah penting untuk dipatuhi bagi memastikan pelaksanaan operasi program-program di TJTM berjalan lancar selain memberi perhatian terhadap perkembangan dan disiplin kanak-kanak di TJTM. 2.0 MASA OPERASI 2.1 semua ibu bapa/ penjaga adalah diminta memberi perhatian dan mematuhi masa operasi program-program yang ditawarkan oleh tadika jaim taman merbok (TJTM) seperti berikut: PROGRAM JADUAL OPERASI TADIKA ➢ 8.00 pagi -12.10 tengahari(isnin- khamis) ➢ 8.00pagi-11.30 pagi (jumaat) ➢ 8.20 pagi pagar akan ditutup untuk tujuan keselamatan. ➢ Operasi tadika adalah 11 bulan sahaja iaitu dari januari hingga november. ➢ Cuti semester dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti cuti umum persekutuan.


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK ➢ Cuti peristiwa yang diambil akan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga. ➢ Pihak sekolah TJTM tidak membenarkan ibu bapa mengambil anak lewat 12.45tengahari (isninkhamis),11.30 pagi(jumaat) jika lewat akn dikenakan denda atas faktor keselamatan dan perkembanga sosio emosi kanak-kanak dan juga penjaga. Kelewatan yang kerap akan diberi notis/peringatan. 2.2 pihak TJTM berhak membuat penutupan operasi sekiranya berlaku apa-apakes bencana alam atau penularan penyakit berjangkit sama ada sebelum atau selepas mendapat arahan dari Jabatan Kesihatan Malaysia sebagai keselamatan. 3.0 MENGHANTAR ANAK 3.1 ibu bapa/penjaga dikehendaki menghantar anak mengikut jadual operasi yang telah ditetapkan oleh pihak TJTM. 3.2 ibu bapa/ penjaga perlu memastikan anak dihantar terus guru yang bertugas. 3.3 ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak-anak ke dalam bagi membiasakan diri anak-anak belajar berdikari. 3.4 tidak dibenarkan menghantar anak terlalu awal dari masa operasi yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan anak. Pihak TJTM tidak menerima akan-anak yang dihantar awal dan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak semasa tempoh tersebut.


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK 3.5 tidak dibenarkan menghantar anak lewat dari masa yang ditetapkan kerana perkara ini akan menganggu sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru juga perlu berulang-alik keluar dan terpaksa meninggalkan kanak-kanak lain dalam jagaan yang sudah berada dalam kelas. 3.6 denda lewat mengambil anak akan direkodkan oleh guru bertugas dan jumlah denda akan dikumpul dalam tempoh sebulan dan perlu dibayar semasa pembayaran yuran bulanan. 3.7 jangan sesekali mewakilkan tugas menghantar anak kepada orang lain (selain yang dinyatakan dalam borang kebenaran menghantar dan mengambil anak) tanpa makluman kepada pihak TJTM bagi mengelak timbulnya sebarang masalah. 3.8 jika ibu bapa/penjaga ingin memohon cuti dan memberhentikan anak, sila kemukakan surat makluman / notis bertulis dalam sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari sebelum kepada pihak TJTM. 3.9 pihak TJTM akan membuat pemeriksaan kesihatan setiap pagi sebelum membenarkan kanak-kanak masuk ke kelas. Pihak TJTM berhak untuk tidak menerima kanak-kank yang mempunyai simpotom-simptom penyakit yang memerlukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu bagi mengelak kes jangkitan kepada kanak-kanak lain. Pengesahan doktor dari hospital/ klinik perlu dikemukakan kepada pihak TJTM untuk makluman mengenai penyakit yang dihadapi. 3.10 ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak ke TJTM sehingga benar-benar sembuh bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit terutama jenis penyakit berikut: ➢ Mums(beguk) ➢ Chicken pox( cacar air) ➢ Measles(campak) ➢ Conjuncitivitis (sakit mata) ➢ Tangan,kaki dan mulut (HFMD) ➢ Berkutu ➢ Difteria


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK ➢ Penyakit-penyakit lain yang boleh ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit. 3.11 semasa menghantar anak ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi. 3.11.1 ibubapa/penjaga dikehendaki memaklum secara lisan keadaan kanak-kanak sekiranya mereka tidak sihat pada hari itu.(selain daripada menulis dalam buku log harian kanak-kanak) 3.11.2 anak perlu dihantar dalam keadaan bersih dan kemas. Pihak TJTM tidak boleh dipertanggungjawabkan membersihkan telinga dan memotong kuku kanak-kanak. 3.11.3 ibubapa hendaklah memastikan anak memakai pakaian seragam lengkap seperti yang telah ditetapkan. 3.11.4 jadual pemakaian baju seragam TADIKA adalah pada setiap hari isnin,rabu dan jumaat. Pakaian sukan pada setiap hari selasa dan khamis dan semasa aktiviti lawatan. 3.11.5 semua kanak-kanak TADIKA diwajibkan memakai kasut putih/hitam dan stoking. Selipar dan kasut yang tidak sesuai untuk kanak-kanak adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dan berlaku kemalangan. 3.11.6 kanak-kanak TADIKA tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Kanak-kanak yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli. 3.11.7 kanak-kanak lelaki hendaklah memakai songkok dan tidak dibenarkan berambut panjang dan berfesyen. Rambut depan tidak melebihi 6 inci panjang. Pihak TADIKA berhak mengarahkan kanak-kanak yang tidak mematuhi peraturan ini untuk menggunting semula rambut mereka.


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK 3.11.8 bagi kanak-kanak perempuan hendaklah memakai tudung tadika yang telah dibekalkan bersama pakaian seragam. 4.0 MENGAMBIL/MENJEMPUT ANAK 4.1 pihak TJTM hanya akan menyerahkan anak kepada ibubapa/penjaga yang sah 4.2 sekiranya ibubapa terpaksa mewakilkan orang lain untuk mengambil anak mereka disebabkan masalah tertentu, ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak TJTM terlebih dahulu dan wakil mesti datang beserta surat perwakilan yang telah ditandatangani oleh ibu bapa. 4.3 semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) ibu bapa hendaklah memastikan: I. Anak tidak mengalami sebarang kecederaan II. Jika ada tanda-tanda tercedera,sila bertanya terus kepada guru yang bertanggungjawab menjaga anak berkenaan. III. Kasut ada pada anak dan tidak tertukar dengan kanakkanak lain. 4.4 sekiranya anak sakit(demam panas,muntah kerap,mengalami alahan atau cirit birit) semasa berada di TJTM ,pihak TJTM akan menghubungi ibubapa/penjaga untuk mengambil anak mereka bagi mendapatkan rawatan/pemerisaan lajut di klinik /hospital dengan segara.pihak TJTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atas kegagalan ibubapa/penjaga mengambil anak mereka.


TADIKA JAIM TAMAN MERBOK 5.0 PERUNTUKAN AM 5.1 lembaga pengelola TJTM mempunyai kuasa membenarkan apaapa pengecualian yang difikirkan sesuai daripada kehendakkehendak dalam peraturan ini dari semasa ke semasa. 5.2 sebarang perubahan peraturan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa 6.0 TARIKH KUATKUASA 6.1 garis panduan ini berkuatkuasa mulai tarikh diluluskan oleh pihak Lembaga Pengelola TJTM iaitu pada 1 Januari 2015. 6.2 pihak TJTM berhak untuk mengenakan apa-apa tindakan terhadapi ibu bapa/penjaga yang tidak mematuhi garis panduan ini. Penting: Pihak ibubapa/penjaga adalah digalakkan mengamalkan komunikasi/hubungan yang baik dengan guru dan pihak TJTM bagi menjaga keselamatan serta membantu perkembangan awal kanakkanak.


Click to View FlipBook Version