The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA : NURUL ANIS QISTINA BINTI MOHD SABRI
NAMA PANGGILAN : ANIS Q
UMUR : 16 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BENTONG, PAHANG
HOBI : MEMBACA, MENGEMAS RUMAH DAN MELANCONG
CITA-CITA : PENSYARAH
ADIK BERADIK : 7 ORANG (ANAK KE-5)
SEKOLAH : SMA PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
KELAS : 4 BUKHARI
GURU SEJARAH : USTAZ ABDUL SAMAT BIN HASHIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anaksoleh10, 2021-09-07 00:54:58

TOKOH KEMERDEKAAN

NAMA : NURUL ANIS QISTINA BINTI MOHD SABRI
NAMA PANGGILAN : ANIS Q
UMUR : 16 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BENTONG, PAHANG
HOBI : MEMBACA, MENGEMAS RUMAH DAN MELANCONG
CITA-CITA : PENSYARAH
ADIK BERADIK : 7 ORANG (ANAK KE-5)
SEKOLAH : SMA PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
KELAS : 4 BUKHARI
GURU SEJARAH : USTAZ ABDUL SAMAT BIN HASHIM

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA PRIHATIN

MALAYSIA PRIHATIN

Buku Skrap Sejarah ini memberikan pengajaran kepada saya tentang perjuangan tokoh
kemerdekaan negara. Saya berharap dengan penyediaan buku skrap ini akan menjadikan diri saya
lebih menghargai perjuangan mereka. Di samping itu, saya memperolehi banyak pengetahuan
tentang peristiwa sejarah negara dan memahami sejarah tamadun awal pembinaan negara bangsa.

Melalui peluang keemasan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru
sejarah saya iaitu Ustaz Abdul Samat bin Hashim kerana telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar dalam mempelajari sejarah negara kita. Saya berbangga menjadi anak Malaysia.

MALAYSIA PRIHATIN

NAMA : NURUL ANIS QISTINA BINTI MOHD SABRI
NAMA PANGGILAN : ANIS Q
UMUR : 16 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BENTONG, PAHANG
HOBI : MEMBACA, MENGEMAS RUMAH DAN MELANCONG
CITA-CITA : PENSYARAH
ADIK BERADIK : 7 ORANG (ANAK KE-5)
SEKOLAH : SMA PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
KELAS : 4 BUKHARI
GURU SEJARAH : USTAZ ABDUL SAMAT BIN HASHIM

MALAYSIA PRIHATIN

Nama sebenar Dato’ Maharajalela Pandak Lam ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tok
Mahmud. Beliau merupakan seorang penghulu di Pasir Salak dan juga seorang Pembesar Berlapan di
Perak. Dato’ Maharajalela memegang gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja Tun Jana Putera.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran “Dato’ Maharajalela Tan LeLa” dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Dato’ Maharajalela
merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan
bangsanya sendiri. Beliau Bersama pembesar-pembesar yang lain menentang J.W.W Birch di Perak. Beliau meninggal
dunia pada tanggal 20 Januari 1877.

MALAYSIA PRIHATIN

Saya memilih Dato’ Maharajalela sebagai tokoh kemerdekaan negara kerana keberanian dan
semangat juang yang tinggi menentang British. Pada November 1874, Perak telah menerima Residen British
iaitu J.W.W birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, Sultan
dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama
dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (Dato’ Sagor) dan Ngah
Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh J.W.W Birch. Keputusan itu diluluskan oleh
mesyuarat di Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-
pembesar lain. Pandak Indut dan Seputum menawarkan diri untuk membunuh Birch. Mereka berazam
menghalau British keluar dari bumi Perak.

MALAYSIA PRIHATIN

J.W.W Birch telah Berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Peristiwa pembunuhan
J.W.W Birch ini yang melibatkan Dato’ Maharajalela merupakan detik bermulanya kebangkitan Orang-orang
Melayu di Tanah Melayu. Orang melayu bangkit menentang penjajah British yang melampau batas mengikut
peraturan mereka dan tidak menghormati adat serta budaya orang melayu.

Penglibatan Dato’ Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch mendapat
sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu sendiri yang melaporkan
kepada British tentang pembunuhan tersebut. Akhirnya Dato’ Maharajalela ditangkap dan dibicarakan secara
tidak adil oleh mahkamah. Pahlawan berani negeri Perak ini dijatuhi hukuman gantung bersama- sama Dato’
Sagor dan Seputum manakala pembesar lain dibuang negeri ke Pulau Sychelles. Beliau merupakan seorang
pejuang bangsa Melayu yang berani mati untuk mempertahankan tanah air tercinta dari belenggu penjajah.

MALAYSIA PRIHATIN

➢ Seorang Ulama’ - Mempertahankan agama Islam. J.W.W Birch telah
mencabul kesucian agama Islam dengan membawa budaya minum arak
dalam kalangan orang Melayu dan menyimpan hamba perempuan di
rumahnya. Perkara ini menjadi kemarahan Dato’ Maharajalela.

➢ Pejuang tanah air yang berani – Beliau sanggup menggadai nyawa demi
mempertahankan negara tercinta.

➢ Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa

➢ Cinta akan negara – Beliau mempunyai semangat jati diri yang kuat untuk
menghalau penjajah keluar dari negeri Perak.

➢ Tata setia kepada Raja dan Negara – beliau patuh kepada arahan Sultan
Abdullah

MALAYSIA PRIHATIN

Dato’ Maharajalela mempunyai kreadibiliti yang sangat tinggi untuk menentang British
kerana British telah mengambil hak mengutip cukai dengan cara memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharan mengambil hak mengutip cukai pada 24 Julai 1875. Sultan
Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan tersebut.

Penentangan seterusnya berlaku kerana Birch telah mencabar ketuanan Melayu. Pada
2 Oktober 1875, Sultan Abdullah didesak menandatangi pengisytiharan penyerahan kuasa
kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Dengan ini Birch berkuasa
melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik pembesar. Perkara ini merupakan puncak
kemarahan Sultan dan Dato’ Maharajalela.

MALAYSIA PRIHATIN

Dato’ Maharajalela turut menentang pengenalan cukai baru yang diperkenalkan oleh
British. Birch bertindak sesuka hati memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap,
senjata dan bayaran permit untuk membalak. Selain itu, setiap isi rumah dikehendaki membayar
2 Dolar sebagai cukai kelamin.

Kedatangan British di Perak telah mencabuli adat resam dan agama Islam. Birch
dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan
penghambaan yang menjadi adat resam orang Melayu. Selain itu, Birch menyimpan hamba-
hamba perempuan di rumahnya. Dato’ Maharajalela dan pengikut-pengikutnya membunuh J.W.W
Birch.

MALAYSIA PRIHATIN

Dato’ Maharajalela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu. Perjuangan Dato’ Maharajalela Pandak Lam
menetang British merupakan satu perjuangan yang suci dan murni. Perjuangannya penuh strategi dan berjaya
mempertahankan sistem tradisional di Perak yang diganggu gugat oleh British melalui Sistem Residen.

Beliau merupakan tokoh yang berwibawa dan dihormati oleh penduduk. Beliau sangat prihatin dalam membela
nasib rakyat dan berjaya menghalang gangguan British. Strategi penentangan beliau bukan sahaja mendapat sokongan
orang Melayu malahan juga orang asli, iaitu Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W Birch.

Dato’ Maharajalela mempunyai darah kepahlawan Bugis yang mengalir dalam dirinya . Beliau pantang
berundur dan akan mengotakan janji. Beliau mempunyai pengetahuan agama dan keperibadian yang tinggi.
Perancangan beliau yang licik sehingga segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

MALAYSIA PRIHATIN

Nama Dato’ Maharajalela sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati dan
dikenang kerana keberanian menentang penjajah British. Perjuangan beliau dapat dijadikan
iktibar dan semangat jati diri yang kuat kepada orang Melayu. Orang Melayu mesti bersatu
padu, taat dan patuh kepada raja serta berani berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version