The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Produk Teknologi Hijau menangani isu pengurusan sisa pepejal.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 858-1-ng, 2022-04-26 12:13:25

Tugasan 3 Penulisan - Ng Xin Yi_PALS1012

Produk Teknologi Hijau menangani isu pengurusan sisa pepejal.

PALS1012
Produk Biodegradasi

Disediakan
oleh:

Ng Xin Yi (RBT B)

Isi Kandungan Muka Surat
Perkara i
Biodata ii
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan Teknologi Hijau 1
1.1 Definisi Teknologi Hijau 1
1.2 Kriteria Teknologi Hijau 2
1.3 Dasar Teknologi Hijau di Malaysia 3
2.0 Pengenalan Pengurusan Sisa Pepejal 4
3.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 5
4.0 Pengenalan kepada Produk Teknologi Hijau 6
4.1 Pengenalan Produk Biodegradasi 7
4.2 Contoh Produk Biodegradasi 8
5.0 Analisis 8
5.1 Konsep Produk Biodegradasi 9
5.2 Fungsi Produk Biodegradasi 10
5.3 Kelebihan 11
5.4 Kelemahan 11
5.5 Cadangan Penambahbaikan 12
5.6 Analisis SWOT 13
6.0 Kesimpulan 14
Rujukan 17
Lampiran

Biodata

NAMA : NG XIN YI
NO KAD PENGENALAN : 031208-14-0662
ANGKA GILIRAN : 2021232310330
KURSUS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
PROGRAM/ KUMPULAN : 2 PPISMP RBT B
AMBILAN : JUN 2021
SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 1
EMAIL : [email protected]

i|PALS1012

Penghargaan
Salam sejahtera saya ucapkan……

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana sentiasa memberi kepercayaan dan
keberanian ketika saya menghadapi masalah. Saya juga amat bersyukur kepada Tuhan
kerana berjaya menyiapkan kerja kursus tersebut dalam masa yang ditentukan. Tambahan
pula, saya amat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Perlis (IPGKPs) kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan
kerja kursus Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau (PALS1012) ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Dr. Shuhairi Bin Abdul Razak kerana sentiasa
memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kerja kursus ini
dengan mengikut kriteria yang ditetapkan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana mereka
selalu memberikan sokongan dan keyakinan kepada saya. Lantaran itu, tanpa sokongan
mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Hal Ini demikian kerana
kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, dan buah fikiran.
Mereka sentiasa memberi dorongan dan sokongan terhadap saya ketika saya menghadapi
masalah.

Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya. Mereka
selalu memberikan bantuan kepada saya apabila saya mengalami masalah. Mereka telah
memberikan kesabaran dan keyakinan kepada saya. Dengan ini, saya beryakin kerja kursus
ini akan disiapkan walaupun mengalami pelbagai masalah.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
orang yang pernah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

ii | P A L S 1 0 1 2

1.0 Pengenalan Teknologi Hijau
1.1 Definisi Teknologi Hijau
Definisi teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara serta memulihara alam sekitar dan alam semula jadi
dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Pembangunan mampan merupakan teras kepada teknologi alam sekitar yang
bermaksud semua penyelesaian perlu mengambil kira daripada aspek sosial, ekonomi
dan alam sekitar. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih
celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar (Iskandar Hasan
Tan Abdullah, 2015). Dengan ini, rakyat akan hidup dengan sihat dan mudah dengan
ada teknologi hijau. Hal ini demikian kerana teknologi hijau sangat membantu dalam
aktiviti harian masyarakat.

1.2 Kriteria Teknologi Hijau
Kriteria teknologi hijau adalah meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. Hal

ini demikian kerana kualiti persekitaran yang baik dapat memberikan suasana yang
bahagia dan segar kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, teknologi hijau
mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah. GHG yang rendah
dapat mengurangkan pencemaran udara. Seterusnya, teknologi hijau yang dihasilkan
harus melalui amalan 5R dan boleh dikitar semula. Selain itu, teknologi hijau mestilah
dikajikan sebelum dikeluarkan supaya memastikan ia selamat digunakan. Tambahan
pula, kriteria teknologi hijau adalah menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan. Teknologi hijau yang baik akan memberikan persekitaran yang
bersih, baik dan sihat kepada semua hidupan seperti tumbuh-tumbuhan, hidupan liar,
hidupan akuatik dan manusia. Di samping itu, teknologi hijau menjimatkan tenaga dan
sumber asli. Oleh hal yang demikian kerana kegunaan terlalu banyak tenaga dan
sumber asli akan merosakkan alam semula jadi. Teknologi hijau juga menggalakkan
sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti sumber hutan, sumber tanih, sumber
suria, sumber udara dan sumber air.

1|PALS1012

1.3 Dasar Teknologi Hijau di Malaysia
Malaysia telah melaksanakan empat tonggak dasar teknologi hijau supaya

memastikan teknologi hijau sentiasa dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Antaranya, dasar tenaga, dasar alam sekitar, dasar ekonomi dan dasar sosial. Dasar
tenaga adalah mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga. Dengan ini, masyarakat mengetahui bahawa menjimatkan tenaga adalah
sangat penting. Seterusnya, dasar alam sekitar yang memulihara dan meminimumkan
kesan kepada alam sekitar. Alam semula jadi akan menjadi indah dengan dasar ini
serta hidupan dapat hidup dengan selesa. Di samping itu, teknologi hijau dapat
meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
Pelbagai inisiatif diperkenalkan ke arah merealisasikan pelaksanaan perolehan hijau
kerajaan dalam menyokong hala tuju Malaysia ke arah pembangunan lestari (Md Asrul
Nasid Masrom, 2020). Dengan ini, kita mengetahui bahawa negara kita telah berusaha
dalam bidang teknologi hijau supaya dpat mencapai dasar ekonomi. Selain itu,
teknologi hijau meningkatkan kualiti hidup untuk semua tidak kira apa hidupan. Oleh
itu, semua hidupan akan lebih sihat dengan kualiti hidup yang baik.

2|PALS1012

2.0 Pengenalan Pengurusan Sisa Pepejal
Pengurusan sisa pepejal menjadi isu utama pencemaran alam sekitar sejak

negara mencapai kemerdekaan dan membangun dengan pesat (Ibrahim Komoo, 2016).
Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-
kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu (Suhaila Shahrul Annuar, 2019).
Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosioekonomi manusia yang
mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah
antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun
(Hasnah, et. al, 2012). Manakala Seow et. al, (2016) mentakrifkan sisa pepejal sebagai
sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai
ekonomi sebelum ia melalui proses akhir.

Sejajar dengan itu, sisa pepejal dikategorikan kepada lapan jenis iaitu sisa pepejal
isi rumah, sisa pepejal import, sisa pepejal pembinaan, sisa pepejal komersial, sisa
pepejal institusi, sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal khas dan sisa pepejal awam.
Contoh sisa pepejal isi rumah ialah plastik, kayu, kaca, sisa makanan dan sisa taman.
Tamsilnya, salah satu pencemaran daripada pengurusan sisa pepejal iaitu pencemaran
plastik juga telah menjadikan isu global. Lantaran penggunaannya yang berleluasa telah
menyebabkan plastik menjadi penyumbang utama pencemaran di lautan (Rosmidzatul
Azila Mat Yamin, 2018). Walaupun negara telah membina banyak perkhidmatan di
Malaysia tetapi isu-isu sisa pepejal turut tidak dapat diselesaikan.

3|PALS1012

3.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Data Penjanaan Kutipan Sampah di Malaysia pada tahun 2012 hingga 2022.
Antaranya, isu pengurusan sisa pepejal ialah penjanaan sampah berterusan.

Penjanaan sampah berterusan telah berlaku setiap tahun. Hal ini demikian kerana rakyat
Malaysia tidak dapat mengawal diri sendiri daripada mengurangkan perlaksanaan
sampah kerana kebanyakan daripada rakyat kekurangan ilmu pengetahuan terhadap
kesusahan pengurusan sisa pepejal. Dengan ini, isu penjanaan sampah berterusan telah
menjadi semakin kritikal kerana penjanaannya meningkat dari semasa ke semasa.
Tambahan pula, penghasilan sisa pepejal dalam kalangan rakyat Malaysia berlaku pada
kadar yang membimbangkan di mana proses penjanaan sisa pepejal berlaku dengan lebih
pantas berbanding proses degradasi bahan buangan (Aslina et. al., 2015). Oleh itu,
masyarakat perlulah mengawalkan diri daripada menghasilkan banyak sampah supaya
proses penjanaan sisa pepejal dapat dilakukan dengan lancar.

Selain itu, ketidakcekapan Syarikat Konsesi juga merupakan isu pengurusan sisa
pepejal di Malaysia. Syarikat Konsesi telah berlaku ketidakcekapan dalam pemprosesan
sisa pepejal kerana penjanaan sisa pepejal yang terlalu cepat. Justeru, pengutipan sisa
pepejal tidak dapat dilaksanakan pada jadual yang ditetapkan. Sekiranya sampah tidak
dioperasikan dengan betul dan sempurna, risiko pencemaran memberi kesan negatif
kepada alam sekitar dan kehidupan akan terus berlaku (Kamaruddin Shah, 2016).
Sehubungan dengan itu, penggunaan kenderaan yang tidak sesuai dalam menampung
sisa-sisa pepejal turut akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini demikian

4|PALS1012

kerana keciciran sisa akan berlaku semasa kenderaan tersebut beroperasi untuk
memproseskan sisa pepejal tersebut. Dengan ini, air larut sisa pepejal akan meleleh di
sepanjang jalan dan menimbulkan bau busuk lalu akan mempengaruhi perasaan dan
kehidupan penduduk setempat.

Tambahan pula, isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia ialah kekangan tapak
pelupusan. Tapak pelupusan merupakan tempat terakhir pemprosesan sisa pepejal.
Walau bagaimanapun, Malaysia telah mengalami masalah kekurangan tanah kerana
terdapat banyak sampah. Oleh itu, pemprosesan sisa pepejal susah dijalankan kerana
kekurangan tanah malah sampah pula banyak. Malaysia yang terlalu bergantung dengan
tapak pelupusan menyebabkan sisa pepejal tidak dapat diuruskan. Tapak pelupusan
sampah boleh menyebabkan pencemaran bahan kimia berbahaya yang memberi kesan
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar (Razif Rosli, 2018). Oleh hal ini demikian,
pihak kerajaan perlulah meyediakan cara-cara lain untuk menguruskan sisa-sisa yang
terlalu banyak supaya pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

4.0 Pengenalan kepada Produk Teknologi Hijau

Pembangunan pesat sering dikaitkan kemusnahan alam sekitar terutama
kemerosotan kualiti air sungai, penurunan kualiti udara, masalah pengurusan sisa pepejal,
pelupusan haram sisa terjadual, kepupusan spesis flora dan fauna dan kemusnahan
sumber asli serta ekosistem (Tuan Ibrahim Tuan Man, 2021). Jadi, produk teknologi hijau
adalah sangat penting dan ia telah dihasilkan untuk melindungi serta memelihara alam
sekitar. Hal ini demikian kerana produk teknologi hijau yang mempunyai kriteria yang tepat
dapat mengurangkan alam sekitar.

Antaranya, produk teknologi hijau telah dihasilkan dan dibahagikan kepada empat
teras utama. Empat teras utama termasuk tenaga, ekonomi, alam sekitar dan sosiai.
Produk teknologi hijau telah dihasilkan untuk keempat-empat teras tersebut. Sejajar
dengan itu, produk teknologi hijau bagi teras tenaga adalah mempromosikan kecekapan
guna tenaga supaya dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Misalnya, contoh
produk bagi sumber tenaga ialah kereta hibrid, kereta elektrik dan kereta gas asli NGV.
Seterusnya, produk teknologi hijau yang canggih dan berteknologi dibinakan untuk
meningkatkan ekonomi negara seperti industri fotovolta. Selain itu, produk teknologi hijau
dihasilkan supaya kesan negatif terhadap alam sekitar dapat diminimumkan. Hal ini
demikian kerana produk tersebut dihasilkan adalah berharap pencemaran alam sekitar
dapat dikurangkan. Contoh produk teknologi hijau untuk memelihara alam sekitar ialah
produk biodegradasi dan baja kompos. Akhir sekali, produk teknologi hijau seperti

5|PALS1012

penggunaan bekas makanan ubi kayu dan penggunaan pengangkutan awam adalah
untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

4.1 Pengenalan Biodegradasi
Menurut seorang ahli eco-industri yang amat terkenal, Roland Geyer, seluruh

dunia telah menghasilkan sebanyak 8.3 bilion tan plastik sejak tahun 1950 sehingga
ke tahun 2019 dan hanya 9% sahaja yang dikitar semula daripada jumlah itu. Justeru,
biodegradasi amat diperlukan. Biodegradasi merupakan proses pemecahan kimia
bahan-bahan di persekitaran fisiologi oleh organisma hidup. Contoh mikroorganisma
yang boleh urai bahan-bahan tersebut ialah bakteria dan kulat. Produk-produk
biodegradasi dapat diurai dengan proses biodegradasi apabila bakteria dan kulat
makan bahan organik. Dengan ini, bakteria dan kulat akan melepaskan produk
biodegradasi dengan karbondioksida dan air ke atmosfera. Walau bagaimanapun,
bahan-bahan tersebut juga dapat diurai dengan faktor suhu, sinaran UV dan oksigen.

Tujuan biodegradasi adalah untuk mengubah polutan organik menjadi
metabolit berbahaya atau mineral polutan menjadi karbon dioksida dan air. Seiring
dengan itu, penghasilan produk biodegradasi akan melalui beberapa proses iaitu
proses pengasingan, proses pelembapan dan pengeringan bentuk, pembasmian
kuman ultraungu serta proses pengesanan bahan logam. Proses biodegradasi bukan
sahaja penting dalam produk mesra alam, proses ini juga penting dalam bidang
bioperubatan, pengurusan sisa dan juga kelestarian ekologi (Astro Awani, 2017). Oleh
itu, produk biodegradasi telah dihasilkan supaya isu pengurusan sisa pepejal dapat
dikurangkan dengan produk ini.

6|PALS1012

4.2 Contoh Produk Biodegradasi

Produk-produk Biodegradasi
Antaranya, contoh produk biodegradasi ialah pinggan mangkuk, plastik
sampah, beg plastik, sudu, garpu, sarung tangan, kertas palet, panel solar dan bekas
makanan. Produk-produk biodegradasi ini adalah dihasilkan daripada jagung, ubi kayu,
hampas tebu, daun palma dan kanji kentang. Hal ini demikian kerana penggunaan
bahan-bahan ini dapat memudahkan proses biodegradasi. Semua produk
biodegradasi tidak lagi seperti produk yang biasa yang tidak dapat diurai dan akhirnya
menjadikan sampah serta menyebabkan pencemaran alam sekitar. Produk tidak
biodegradasi seperti plastik dan polistirena memerlukan masa beratus-ratus tahun
untuk terurai malah produk biodegradasi ini memerlukan tempoh sebulan sahaja untuk
terlupus. Lantaran itu, bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan produk
biodegradasi adalah sangat selamat dan kitar semula. Isu pengurusan sisa pepejal
dapat dikurangkan dengan penggunaan produk biodegradasi dengan meluas-luaskan.
Hal ini demikian kerana produk biodegradasi yang dapat dilupuskan dengan cepat
akan mengurangkan sampah-sarap negara lalu kekurangan tanah pelupusan dapat
diselesaikan. Tamsilnya, beg plastik yang dihasilkan dengan menggunakan proses
biodegradasi adalah lebih mesra alam kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak
mempunyai konsep kitar semula serta mereka tidak membawa beg sendiri untuk
meletakkan barangnya apabila di pasar raya, pasar, kedai runcit dan sebagainya.

7|PALS1012

5.0 Analisis
5.1 Konsep Produk Biodegradasi

Keadaan Produk Biodegradasi Terurai
Konsep produk biodegradasi dihasilkan adalah untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana produk ini dapat diurai
oleh organisma, persekitaran cahaya, kelembapan dan suhu. Seiring dengan itu,
konsep produk biodegradasi dihasilkan dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal atau
sampah di tapak pelupusan sampah selain membantu pertanian. Sisa sampah yang
diurus tanpa piawaian akan mengakibatkan derita yang ditanggung oleh bumi beratus-
ratus tahun lamanya (Team Hygiene DJKL, 2019). Produk biodegradasi ini dapat
diuraikan dengan cepat lalu tapak pelupusan sampah akan terdapat tempat untuk
memproseskan sampah lain. Tambahan pula, produk biodegradasi dapat
menghasilkan tenaga dan produk yang baru. Misalnya, baja kompos dapat dihasilkan
dengannya. Baja kompos ini membekalkan nutrien yang berterusan kepada tanaman
(Izham Alias, 2020). Hal ini dapat menunjukkan bahawa produk biodegradasi ini dapat
memasukkan semula ke dalam kitaran hidup produk. Dengan ini, konsep kitar semula
juga dapat dilaksanakan.
Selain itu, produk-produk biodegradasi ini mempunyai tanda produknya.
Antaranya, produk biodegradasi terdapat dua tanda dan tanda-tanda tersebut adalah
menerangkan produk dari segi biodegradasi. Tanda tersebut ialah produk
biodegradasi dan 100% produk biodegradasi. Tanda-tanda ini menunjukkan
kebolehan produk diurai dalam masa yang tidak sama.

8|PALS1012

5.2 Fungsi Produk Biodegradasi
Sebenarnya, produk biodegradasi ini mempunyai fungsi yang mudah sahaja.

Produk biodegradasi berfungsi sebagai benda yang menguraikan sesuatu bahan
seperti plastic, kertas dan tin dengan menjalankan proses mikroorganisma supaya
dapat memecahkan struktur kimia di dalam produk tersebut. Proses memecahkan
struktur kimia ini akan memisahkan bahan asal yang besar tersebut kepada bahan
yang lebih kecil dengan mengikut keperluan ekosistem tertentu. Lantaran itu, produk
biodegradasi ini dapat mengembalikan kepada elemennya yang lebih ringkas selepas
diurai dengan keadaan yang panas. Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan atau
suasana yang panas tersebut dapat menjalankan prosesnya dengan lebih lancar dan
cepat.

Masyarakat yang menggunakannya tidak perlu mempunyai apa-apa teknik.
Hal ini demikian kerana produk biodegradasi ini dapat diuraikan dengan bakteria,
persekitaran yang sesuai dan suhu. Oleh itu, produk ini sangat mudah digunakan oleh
masyarakat. Dengan ini, masyarakat dinasihatkan selalu menggunakan produk
biodegradasi supaya sisa pepejal di Malaysia dapat dikurangkan. Masyarakat perlulah
mempunyai kesedaran bahawa sisa pepejal telah mencemarkan imej negara kita.
Sehubungan dengan itu, fungsi produk biodegradasi adalah melindungi alam semula
jadi. Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan sahaja menyebabkan pencemaran,
malah menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta
dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser (Siti Salmiah A Hamid, 2018).
Justeru, fungsi produk ini amat meluas dengan menjaga alam semula jadi, kesihatan
masyarakat dan sebagainya.

9|PALS1012

5.3 Kelebihan

BIL KELEBIHAN PENERANGAN

1. Memelihara dan melindungi alam • Dapat mencegah pencemaran

sekitar tanah, sungai atau tapak

pelupusan.

• Dapat mengurangkan sampah.

• Mengurangkan pelepasan karbon

dioksida.

• Mengurangkan kadar pencemaran

udara.

2. Mudah kompos • Produk biodegradasi tidak
bertoksik.

• Tindakan mikroorganisma yang
menjadikan produk tersebut
sebagai baja kompos.

• Diuraikan oleh bakteria semula
jadi.

3. Dapat dikitar semula • Produk biodegradasi seperti
plastik konvensional boleh dikitar
semula agar membawa produk
kembali ke kitaran hidup berguna.

• Produk biodegradasi tidak
mengandungi sebarang bahan-
bahan kimia dan racun berbanding
dengan produk yang lain seperti
plastik, bekas polisterin dan straw

4. Bahan penghasilan mudah didapati • Kos bahan penghasilan adalah
rendah kerana ia hanya
memerlukan bahan seperti jagung,
ubi kayu, hampas tebu dan daun
palma.

• Bahan penghasilan adalah organik
dan mesra alam.

10 | P A L S 1 0 1 2

5.4 Kelemahan

BIL KELEMAHAN PENERANGAN
1. Kejuruteraan. • Kekurangan pakar dalam bidang

2. Masyarakat tidak dapat kejuruteraan.
• Terdapat risiko kesalahan
membezakan produk biodegradasi
penghasilan produk biodegradasi
dengan produk lain. kerana kekurangan teknologi.
• Susah untuk pihak pemprosesan
3. Memerlukan suhu tinggi untuk produk biodegradasi memisahkan
terurai. dengan produk lain jika
masyarakat mencampurkannya.
• Mungkin akan mengalami
pencemaran yang berlebihan.
• Masa produk biodegradasi diurai
akan menjadi panjang sekiranya
suhu dalam suasana tersebut
rendah.

5.5 Cadangan Penambahbaikan
Pertumbuhan bandar yang semakin pesat telah menggalakkan peningkatan

aktiviti dan fungsi sesebuah bandar (Ethel Sebastian Daraup et. al., 2020). Oleh itu,
pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan perlulah menambahbaikan produk
biodegradasi kerana ia memang terdapat banyak kelebihan. Malah, produk ini juga
ada kelemahan. Dengan ini, kita mengetahui bahawa produk biodegradasi ini perlu
ditambahbaikan. Antaranya, pihak kerajaan perlulah menambahkan pakar untuk
membuat kajian dengan produk biodegradasi apabila kita mengetahui bahawa
kejuruteraan merupakan kelemahannya. Lantaran itu, pihak kerajaan perlulah
mengadakan kempen tentang produk biodegradasi supaya masyarakat mengetahui
produk ini. Hal ini dikatakan demikian kerana produk biodegradasi terdapat tanda logo
sendiri. Justeru, masyarakat akan memisahkan produk biodegradasi dengan produk
yang lain apabila mereka mengetahui bahawa logo tersebut merujuk kepada produk
biodegradasi. Akhir sekalu, masa terurai produk biodegradasi perlu ditingkatkan.
Walaupun masa terurai produk biodegradasi pada masa kini telah amat pendek
berbanding dengan produk biasa tetapi masa yang lebih pendek adalah lebih baik
kepada alam sekitar. Hal ini kerana alam semula jadi dapat dipelihara kerana

11 | P A L S 1 0 1 2

kekurangan sampah dan sisa pepejal dengan menggunakan produk biodegradasi
secara meluas.

5.6 Analisis SWOT Penerangan
Faktor Dalaman ➢ Produk biodegradasi dapat diurai dengan bakteria
Kekuatan
(Strengths) dengan mudah.
➢ Produk biodegradasi ini dapat melindungi alam
Kelemahan
(Weaknesses) sekitar.
➢ Produk biodegradasi tidak mengandungi sebarang
Faktor Luaran
Peluang bahan kimia.

(Opportunities) ➢ Masa produk biodegradasi diurai agak panjang iaitu
memerlukan masa tiga bulan.
Ancaman
(Threats) ➢ Kekurangan bahan mungkin akan berlaku.

Penerangan
➢ Inovasi produk biodegradasi boleh dilakukan kerana

ia amat diperlukan pada masa kini dan depan.
➢ Nilai komersial produk biodegradasi amat tinggi.
➢ Dapat menarik warga asing membeli hak cipta

teknologi produk.
➢ Teknologi yang digunakan perlu canggih dan

mantap.
➢ Masyarakat tidak mengetahui produk biodegradasi.

12 | P A L S 1 0 1 2

6.0 Kesimpulan
Ketika dunia diancam pemanasan global, teknologi dan amalan gaya hidup hijau

menjadi solusi terbaik untuk menyelamatkan bumi daripada terus tercemar sehingga
menyebabkan penipisan ozon, pelbagai pencemaran dan sebagainya (Syed Ahmad,
2020). Dengan ini, kita mengetahui bahawa produk teknologi hijau mestilah digunakan
secara meluas supaya produk ini dapat digunakan dengan baik oleh semua orang.
Antaranya, pelbagai produk teknologi hijau telah membantu dalam pelbagai sektor. Malah,
alam semula jadi telah semakin terjejas pada masa kini. Apabila alam semula jadi
tercemar malah kehidupan masyarakat juga terjejas. Oleh itu, kita perlulah memberikan
tumpuan terhadap produk teknologi hijau, misalnya produk biodegradasi.

Seterusnya, produk biodegradasi adalah mesra alam dan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar yang semakin teruk pada arah
globalisasi ini adalah sangat memerlukan produk biodegradasi supaya sesetangah
pencemaran alam sekitar dapat diselesaikan. Selain mengurangkan pencemaran alam
sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan plastik dan polistirena, ia mengurangkan
kos pelupusan serta sistem pepejal plastik (Hartini Mohd Nawi, 2017). Sehubungan
dengan itu, produk biodegradasi ini telah mengurangkan isu sisa pepejal di Malaysia. Hal
ini disebabkan kerana produk biodegradasi telah terurai tanpa pemprosesan pihak-pihak
yang berkaitan. Sisa-sisa pepejal yang banyak di Malaysia adalah kerana semua sisa-sisa
tersebut tidak dapat merurai sendiri. Sisa pepejal tersebut perlulah diruruskan oleh pihak
yang berkaitan dengan cara yang mencemarkan alam semula jadi manakala pihak-pihak
tersebut juga mengalami ketidakcekapan menguruskan sisa pepejal kerana terdapat
terlalu banyak sisa pepejal di Malaysia.

Konklusinya, produk biodegradasi merupakan produk yang amat baik untuk
menyelesaikan isu pengurusan sisa pepejal. Walaupun produk ini belum lagi sempurna
malah ia telah berfungsi dengan baik. Dengan ini, alam sekitar dapat dipelihara dengan
baik. Kita juga berharap produk ini dapat ditambahbaikan supaya ia lebih berfungsi untuk
menyelamatkan alam sekitar.

13 | P A L S 1 0 1 2

Rujukan

Aidil Qayyim. (2020, Mac 13). Teknologi hijau di Malaysia dan di dunia [Video]. Youtube.
https://youtu.be/-yCgm6eW2DI

Alysa Maisara. (2021, September 1). Contoh produk teknologi hijau [Video]. Youtube.
https://youtu.be/DEtJ6HQxcTw

Astro Awani. (2017, Ogos 15). Fakta anda perlu tahu tentang biodegradasi. Berita Awani.
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/fakta-anda-perlu-tahu-tentang-biodegradasi-
152443

Ethel Sebastian Daraup, Mohammad Tahir Mapa, Abdul Hair Beddu Asis, Fionna George &
Molia Sebi Anak Dinggai. (2020). Pengurusan sisa pejal bandar: penelitian ke atas
kerjasama swasta dan awam di Kuching, Sarawak. Jurnal Kinabalu Bil. 26(2), 63-80.

Faisal Md Noor. (2017, Ogos 4). Biodegradasi [Video]. Youtube. https://youtu.be/iElDc-rd34M

Green Purchasing Network Malaysia. (2010). Green impact: Low carbon green growth.
Kementerian Tenaga.

Hartini Mohd Nawi. (2017, September 16). Ambil masa singkat untuk terurai. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untuk-
terurai

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. (2012).
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysian Journal of Society and
Space. 8(5):64-75.

Ibrahim Komoo. (2016, Ogos 30). Pengurusan sisa pepejal negara perlu dipertingkat. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/188022/pengurusan-
sisa-pepejal-negara-perlu-dipertingkat

Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2015, Mac 13). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu

ekonomi negara. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-

tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

Izham Alias. (2020). Kebaikan kompos sebagai baja organik yang bagus.
https://kebunbandar.com/kompos-baja-organik-untuk-tanah/

Kamaruddin Shah & Muhammad Suhaib Mohd Shapiee. (2016, Disember 18). Tapak
pelupusan tidak patuhi syarat punca pencemaran laut. Berita Harian.

14 | P A L S 1 0 1 2

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/12/224882/tapak-pelupusan-tidak-
patuhi-syarat-punca-pencemaran-laut

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. (2011). Dasar teknologi hijau negara. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Malaysian Youth Upcycle Challenge 2020. (2021, Januari 21). Green technology [Video].
Youtube. https://youtu.be/MIrKJWTCGno

Md Asrul Nasid Masrom. (2020, Ogos 14). Usaha perkasa pembinaan hijau. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/721224/usaha-perkasa-pembinaan-
hijau

Muhammad Saufi Hassan, Nor Asyikin Mat Hayin, Muhamaad Razis Ismail & Nurul Husna
Mahmud. (2021, Julai 20). 14 juta tan sampah pada 2022. My Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022

Razif Rosli. (2018, Julai 10). Negara ke arah sifar tapak pelupusan sampah. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447488/negara-ke-arah-sifar-
tapak-pelupusan-sampah

Rosmidzatul Azila Mat Yamin. (2018, Disember 13). Ancaman pencemaran plastik. Sinar

Harian. https://www.ikim.gov.my/index.php/2018/12/13/ancaman-pencemaran-

plastik/

Seow T. W. & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2016). Sikap Mayarakat terhadap program kitar
semula: Kajian kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-Social 9(5). 75-86.

Siti Salmiah A Hamid. (2018, November 19). Sasar produk biodegradasi 100 peratus

menjelang 2020. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/499778/sasar-produk-

biodegradasi-100-peratus-menjelang-2020

Sivasubramanian V. (2020). Environmental sustainability using green technologies. CRC
Press Publisher.

Suhaila Shahrul Annuar. (2019, Jun 16). Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-
malaysia-hasil-37890-tan-sisa-setiap-hari

Syuhada Malek. (2021, November 2). Produk teknologi hijau [Video]. Youtube.
https://youtu.be/MQ9PXXziRUU

15 | P A L S 1 0 1 2

Team Hygiene DJKL. (2019). Biodegradasi, bumi dan kita.
https://www.malaysiakini.com/letters/482559

Teknologi Hijau. (2022, Mac 30). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

Tuan Ibrahim Tuan Man. (2021, Mac 14). Tingkat kesedaran, tanggungjawab pulihara alam

sekitar. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796037/tingkat-kesedaran-

tanggungjawab-pulihara-alam-sekitar

16 | P A L S 1 0 1 2

Lampiran

Sisa pepejal yang tidak dapat diuruskan.

Contoh produk teknologi hijau.
Jenis penggunaan produk biodegradasi.

17 | P A L S 1 0 1 2


Click to View FlipBook Version