The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA_ASSIGNMENT 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabiatul hanif, 2023-06-08 09:46:10

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA_ASSIGNMENT 1

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA_ASSIGNMENT 1

TUGASAN MPU 3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA SEMESTER FEBRUARI 2023 Tajuk : Bincangkan kesan negatif ideologi sekularisme dan kemukakan kaedah menanganinya mengikut perspektif Islam. DISEDIAKAN OLEH: NAMAAHLI KUMPULAN NO.MATRIK RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HANIF 54214122081 MARIA NAJIHAH BINTI MOHD SALLEH 54214122030 SITI SARAH SYAHADAH BINTI MOHD ZAHARI 54220122001 FATIN FATIHAH BINTI MAT DESA 54211122006 MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE


MAKLUMAT AHLI KUMPULAN Nama Pelajar : Rabiatul Adawiyah binti Mohd Hanif No. ID : 54214122081 Kursus : BET Mechanical Design Nama Pelajar : Maria Najihah binti Mohd Salleh No. ID : 54214122030 Kursus : BET Mechanical Design Nama Pelajar : Siti Sarah Syahadah binti Mohd Zahari No. ID : 54220122001 Kursus : BET Mechanical Design Nama Pelajar : Fatin Fatihah binti Mat Desa No. ID : 54211122006 Kursus : BETA Mechanical


ISI KANDUNGAN NO. KANDUNGAN MUKASURAT 1. Pendahuluan 1 - 2 2. Definisi - Ideologi Sekularisme 3 3. Perkembangan ideologi sekularisme 4 - 5 4. Kesan ideologi sekularisme kepada umat Islam 6 - 8 5. Cadangan menangani ideologi sekularisme 9 6. Kesimpulan 10 7. Bibliografi (Rujukan) 11


1 1. 0 PENDAHULUAN Sekularisme ialah konsep kerajaan ataupun entiti lain yang harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan masing-masing. Sekularisme juga membawa maksud pemisahan antara agama dan urusan dunia. Menurut Waber, sekularisme merupakan suatu proses yang berlanjutan dan terbuka di mana nilai-nilai pandangan diperbaharui sesuai dengan perdaran zaman. Sekularisme menganggap bahawa agama tidak ada kena mengena dengan kehidupan. Lebih buruk lagi, fahaman itu menganggap agama menyebabkan kemunduran dan memberi kesan kepada hidup seseorang. Pengaruh fahaman ini begitu kuat masuk dan mempengaruhi ke dalam pemikiran umat Islam sehingga ia berjaya menguasai mereka. Lebih jauh daripada itu ia turut sama membina dan mencorakkan budaya serta cara hidup masyarakat malah sehingga menggugat akidah dan kepercayaan mereka. la menjadi suatu ‘sindrom’ yang sedang meresapi minda dan budaya umat Islam, sekaligus telah mencetuskan kemelut pemikiran yang mencemari nilai dan budaya Islam yang bersumberkan wahyu llahi. Dalam pemikiran sekularisme Barat sekular, agama dianggap sebagai satu budaya. la dicipta oleh manusia purba. Pencipta alam tidak wujud dan tidak mewahyukan sebarang hukum hakam kepada manusia. Pemikiran sekularisme kini menjadi masalah global kerana hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sistem sekularisme iaitu memisahkan hal ehwal negara daripada nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah, tuhan semesta alam. Sekularisme kini menjadi penghalang besar kepada manusia untuk mendapat manfaat yang banyak daripada keadilan dan kesempurnaan hukum hakam dan perundangan Allah S.W.T. Islam mampu untuk menyelesaikan masalah sosial yang menjadi-jadi. Islam mempunyai


2 formula yang berkesan untuk menyatupadukan pelbagai bangsa, budaya dan bahasa. Pengkaji-pengkaji di Barat mendapati bahawa ada kuasa pemodal elit antarabangsa ‘llmuniat’ yang mendapat manfaat daripada keruntuhan moral, keluarga, dan perpecahan di antara satu bangsa dengan bangsa lain malah antara satu kelas dengan kelas yang lain. Sekularisme sebagai suatu fahaman induk melahirkan fahaman materealisme, emfermisme dan humanisme.


3 2.0 DEFINISI IDEOLOGI SEKULARISME Sekularisme, berdasarkan etimologinya berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat. Perkataan saeculum memberi maksud ‘masakini di sini’, yang mana ‘masakini’ merujuk kepada masa sekarang dan ‘di sini’ pula merujuk kepada di dunia ini. Menurut al-Attas (2019), sekularisme adalah satu fahaman pemisahan antara yang bersifat agama (sacred) dan yang bersifat dunia (profane) yang saling dapat dipertemukan (Ugi Suharto, 2002, Al-Attas, 2019). Seawal tahun 1846, George J. Holyoake telah mula mempersoalkan tentang agama dan memperkenalkan doktrin sekularisme dalam majalah Reasoner di England. Beliau memberikan penumpuan untuk mengasaskan masyarakat sekular demi menangani pengaruh institusi agama (David Paterson. 2001). Seterusnya Harvey Cox (1965), seorang ahli teologi Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Secular City di mana beliau menghuraikan tentang proses sekularisasi sebagai pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizik daripada aqal dan bahasanya (Harvey Cox, 1965 dalam nota kaki al-Attas, 2019).


4 3.1 PERKEMBANGAN IDEOLOGI SEKULARISME Sudah difahami bahawa sekularisme adalah satu ideologi. Ini kerana ideologi berasal daripada perkataan idea yang bererti pemikiran dan logik berasal dari perkataan ‘logos’ yang bererti ilmu yang menerbitkan istilah ini. Sekularisme juga agama ciptaan manusia atau agama budaya. Ini kerana ia berasaskan spekulasi akal dan meditasi kejiwaan, bukannya berdasarkan wahyu dan kitab-kitab sebagai panduan. Kitab-kitab panduan mereka dihasilkan oleh para intelektual mereka sendiri yang boleh dikatakan jahiliah moden. Sekularisme bermula di Barat yang bermatlamat untuk menegakkan kuasa pemerintahan dengan penekanan kepada manusia dan duniawi sehingga manusia didewakan dan Tuhan pula dimanusiakan. Semasa serangan orang Gasar pada permulaan zaman Pertengahan yang juga dikenali sebagai zaman Gelap maka telah lahir institusi agama yang menjadi penyelamat tamadun Eropah sehingga Maharaja Constantine (tahun 313 Masihi) menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi bagi seluruh empayar Rome. Perlu dijelaskan, Eropah melalui pelbagai zaman untuk mencapai kepada pensekularan yang abadi dalam kehidupan. Sejarah Eropah boleh dilihat dari zaman Helenistik, Pax Romana, Zaman Gelap dan kemuncak Zaman Pertengahan bagi asal-usul zaman moden di Eropah membawa kepada Renaissance terus berkembang hingga sekarang. Ternyata terdapat unsur- unsur sekular terutaman selepas Zaman Kebangkitan atau Pencerahan di Eropah. Oleh itu, kita akan lihat pelbagai jenis pensejarahan yang melibatkan semua aktiviti manusia sehingga mewujudkan sekularisme dan pelbagai aliran serta tokoh yang berkenaan. Seterusnya ia dapat memperlihatkan kepada kita latar belakang masyarakat dan permasalahan nya ketika itu. Sejarah sekularisme timbul akibat ketidakpuasan masyarakat Eropah terhadap pihak gereja yang berkuasa secara mutlak dalam segala lapangan hidup. Kebanyakan orang yang berpendidikan adalah golongan agama kerana mereka perlu membaca dan mentafsirkan Kitab Injil untuk disebarkan kepada orang ramai. Paus pula dianggap mewakili Tuhan sampaikan segala keputusan dan perintahnya perlu dihormati dan dipatuhi. Malah ia berhak dalam menentukan siapa yang harus menjadi raja dan boleh mengampunkan dosa seseorang. Kegiatan ilmu pengetahuan pula didapati berada di bawah pengawasan dan persetujuan mereka. Tegasnya, apabila terjadi perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan di dunia Islam yang merebak ke Eropah bermulalah perubahan dalam pemikiran mereka. Perubahan ini melahirkan tokoh-


5 tokoh dan aliran-aliran serta pernyataan bantahan terhadap gereja yang menindas kegiatan ilmiah dan kebebasan individu. Akhirnya muncullah gagasan sekular iaitu pemisahan kuasa keagamaan dan duniawi. Ini bermakna golongan sekular bertindak menggunakan akal dalam urusan keduniaan tanpa terikat dengan kehendak agama. Untuk itu, Marsilio Padua iaitu seorang ahli falsafah terkenal zaman Kemuncak Pertengahan terlibat dalam pertikaian antara golongan pemerintah dan gereja melalui bukunya Defensor Pacis. Beliau menganjurkan supaya hak menggubal undang-undang dan hak memerintah diberi kepada kerajaan pusat dan pihak gereja tidak harus melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Ini bermakna telah wujud idea pemisahan tersebut oleh ahli falsafah walaupun mendapat kritikan hebat dari institusi gereja. Menurut Qasim Ahmad “Revolusi Perancis juga dikatakan sebagai peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan dan pemikiran.” Malah pergerakan ini juga disifatkan sebagai satu revolusi intelektual.


6 4.1 KESAN POLITIK TERHADAP MASYARAKAT ISLAM Pemikiran Ia dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat islam mula mempertikaikan hal- hal agama terutamanya yang berupa metafizika dan tidak logik pada pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat dan sebagainya. Sosial Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala- gejala seperti dadah, arak, AIDS, lesbian, homoseks dan bohsia semakin berleluasa peningkatannya.


7 Politik Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di negara-negara Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada dasarnya, matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik Islam yang memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khallifah Allah. Begitu juga, apabila berkuasa, hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah, tanggungjawab dan kebajikan kepada masyarakat. Ekonomi Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.


8 Pendidikan Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Sistem pendidikan dualisme telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Perundangan Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem perundangan barat menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Kerajaan Mesir umpamanya telah menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di dalam struktur mahkamah sivil negara.


9 5.1 CADANGAN MENANGANI IDEOLOGI SEKULARISME Antara cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi isu sekularisme ini ialah Ulama Islam perlulah mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan berusaha memberi gambaran sebenar kepada umat Islam dalam pelbagai cara seperti penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan sebagainya tentang bahayanya sekularisme ini dan mengajar mereka agar dapat menguasai segala ilmu dan prinsip-prinsip Islam supaya mereka tidak jahil tentang ilmu agama Islam. Umat Islam mestilah menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan menzahirkan keunggulan Islam, bersatu menolak dan mengkritik para intelektual sekular agar fahaman mereka tidak menular dalam fikiran umat Islam. Pihak berkuasa mestilah mengharamkan segala media yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat Malaysia dengan menukarkan kepada alternatif yang bermanfaat agar dapat mendidik dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang berpekerti mulia agar dapat melahirkan masyarakat yang maju berdasarkan syariat Islam. Media-media yang berunsur hiburan semata-mata dan yang merosakkan akidah seperti konsert atau rancangan televisyen yang tidak bermanfaat hendaklah disekat agar masyarakat Malaysia tidak terpengaruh dengan perkara-perkara tersebut. Hiburan barat seperti filem yang berunsur lucah juga hendaklah ditapis agar masyarakat Malaysia bebas daripada maksiat tersebut dan perbuatan lucah tidak dinormalisasikan di Malaysia.


10 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, ideologi sekularisme ini merupakan agenda barat yang ingin menghancurkanumat dan kekuatan Islam. Kesan penjajahan budaya begitu mendalam sehingga menggugat identiti jati diri yang sedia ada pada sesebuah masyarakat. Manusia akan terus mengejar dunia semata-mata dan terus melupakan urusan akhirat. Sama ada kita mahu atau tidak, itu hakikatnya. Identiti diri masyarakat yang asal termasuklah perkara-perkara yang amat penting seperti akidah keagamaan akan hilang tanpa kefahaman yang sebenar terhadap maksud terselindung di sebalik falsafah yang disebarkan ini.


11 7.0 Bibliografi (Rujukan) I. https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/philosophy-and- current-issues/kesimpulan/44813132 Universiti Teknologi Mara (falsafah and current issue) II. https://ijm.unishams.edu.my/images/pdf_file/2020/sub_folder/all_journal_IJM-162- 173_-Sekularisme_Faktor_dan_Kesan.pdf UNISHAM (sekularisme dan faktor) III. http://journalarticle.ukm.my/11753/1/16264-45569-1-PB.pdf UKM (journal article about isu-isu agama)


Click to View FlipBook Version