The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

We reach out first with love and trust, an be an energy GIVER.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by el Qubais, 2022-02-28 04:38:39

Peranan Pekerja Sosial

We reach out first with love and trust, an be an energy GIVER.

PERANAN
SEORANG
PEKERJA SOSIAL

Shaib Ismail ©®
2022

1

2

PERANAN
SEORANG PEKERJA SOSIAL
Perlu difahami bahawa seorang pekerja sosial itu
mempunyai peranan yang amat luas di dalam usaha
membantu klien mencapai tahap kefungsian sosial
tertentu.

3

Dalam konteks pekerja sosial yang berkhidmat di
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, beberapa
peranan berikut boleh difokus.

1. Enabler
Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal
pasti masalah, meneroka pelbagai strategi
penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi
serta membangunkan potensi klien supaya mereka
berupaya mengendalikan masalah dengan lebih
berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi
kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan
perubahan

2. Orang Tengah (Broker)
Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan
terutamanya mereka yang tidak tahu untuk
mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-
sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu
mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber
dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam
proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga
haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan
dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan,
kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan
komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga
haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti
memahami apakah perkhidmatan yang ditawarkan,

4

kualiti perkhidmatan tersebut, syarat-syarat kelayakan
dan kos perkhidmatan. Di sini, pekerja sosial juga akan
berperanan sebagai rujukan di mana mesti melibatkan
aktiviti susulan iaitu pekerja sosial memeriksa untuk
memastikan perkaitan pelanggan dengan sumber yang
memenuhi keperluan klien. Pekerja sosial juga akan
bertindak sebagai sistem perkhidmatan rangkaian iaitu
memerlukan interaksi bahawa pekerja sosial
memudahkan urusan berterusan antara pelbagai
segmen sistem penyampaian perkhidmatan. Pekerja
sosial juga akan bertindak sebagai pemberi maklumat
di mana menyampaikan maklumat kepada klien,
kumpulan, komuniti atau lain-lain berkaitan dengan
polisi yang wujud

3. Peguam Bela (Advocate)
Bertindak sebagai advokasi pelanggan atau kes
dengan memastikan perkhidmatan atau sumber-
sumber yang ingin disampaikan kepada klien diterima
oleh klien. Pekerja sosial juga akan mengumpul
maklumat dan menetukan sama ada klien berhak
untuk mendapatkan perkhidmatan atau sumber yang
diingininya. Pekerja sosial juga akan bertindak sebagai
advokasi kelas iaitu berperanan sebagai peguam bela
bagi klien atau sesetengah populasi yang mempunyai
masalah yang bertujuan untuk menghapuskan segaal
halangan atau halangan yang menyekat sekumpulan
orang daripada merealisasikan hak-hak sivil mereka

5

atau mereka menerima manfaat atau perkhidmatan.
Pekerja sosial juga akan menjadi penyokong kepada
klien dan membantu klien yang tidak dapat layanan
yang sewajarnya daripada pihak yang menyediakan
perkhidmatan

4. Aktivis
Mengambil berat perkara-perkara yang berkaitan
dengan ketidaksamaan dan ketidakadilan sosial.
Strategi adalah melalui konfrontasi, perundingan dan
membentuk konflik yang boleh menjana matlamat
yang dikehendaki. Matlamatnya adalah untuk
mengubah persekitaran sosial agar menjadi lebih baik
dan bersesuaian dengan keperluan manusia. Pekerja
sosial akan melibatkan diri dalam usaha untuk mencari
fakta, menganalisis keperluan komuniti, penyelidikan
serta penyebaran maklumat, mobilisasi dan usaha lain
dengan mempromosi kesedaran awam serta sokongan
terhadap program sosial yang sedang dan telah
dijalankan

5. Perantara (Mediator)
Pekerja sosial akan bertindak sebagai perantara jika
klien menghadapi konflik dengan orang lain agar dapat
mencari kata sepakat dan mewujudkan persefahaman.
Pekerja sosial menggunakan orientasi nilai dan
kemahiran dalam proses memberi bantuan sebagai
perantara. Sebagai perantara, pekerja sosial perlu

6

bersikap adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak
serta pekerja sosial juga perlu memahami kedudukan
dan situasi pihak yang terlibat. Pekerja sosial akan
menjadi pihak tengah dalam sesuatu urusan,
perbalahan, perselisihan dengan matlamat untuk
menghapuskan segala halangan atau rintangan yang
membantutkan proses-proses ke arah proses bantuan.
Cth: menjadi perantara antara suami dan isteri yang
bergaduh

6. Perunding (Consultant)
Pekerja sosial akan berusaha untuk mencapai kata
sepakat atau persetujuan. Pekerja sosial akan
memastikan semua pihak yang terlibat akan mendapat
faedah masing-masing. Pekerja sosial yang berperanan
sebagai perunding akan berpihak kepada salah satu
pihak. Perunding antara klien dengan organisasi. Cth:
kes kemalangan seperti insurans dan juga kesihatan

7. Pendidik (Educator/Teacher)
Pekerja sosial akan bertindak sebagai pendidik yang
mengajar kemahiran hidup harian dan sosial iaitu
bagaimana untuk menyelesaikan konflik, menguruskan
kewangan, penggunaan pengangkutan awam,
bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan
baru, penjagaan peribadi serta kebersihan, cara
berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, pekerja
sosial juga akan memudahkan perubahan tingkah laku

7

melalui pendekatan pengajaran seperti role model,
penerangan tentang nilai, pengubahsuaian tingkah
laku dalam mengajar klien tentang tingkah laku
interpersonal yang efektif. Pekerja sosial juga akan
bertindak sebagai pencegahan primer iaitu
menyediakan kaunseling sebelum perkahwinan,
mengajar kemahiran keibubapaan, menawarkan
maklumat mengenai perancangan keluarga dan
memaklumkan orang ramai tentang cara-cara
menangani masalah sosial

8. Inisiator
Pekerja sosial perlu berusaha mengenal pasti masalah
dan isu yang boleh diketengahkan. Pekerja sosial juga
harus menyelidik masalah yang mungkin akan timbul.
Walaubagaimanapun, mereka selalunya tidak
bertanggungjawab menyelesaikannya. Pekerja sosial
juga memerlukan kemahiran yang pelbagai. Pekerja
sosial akan mencetuskan idea-idea baru

9. Empowerer
Pekerja sosial akan bertindak sebagai empowerer yang
akan membantu klien meningkatkan kefungsian
personal, interpersonal, sosioekonomi dan politikal.
Pekerja sosial akan bertindak mempengaruhi klien
untuk memperbaiki keadaan melalui organisasi dan
pembelaan, mengagihkan sumber secara sama rata
dalam kalangan kumpulan yanb berbeza gender, kaum,

8

agama dan lain-lain. Pekerja sosial juga akan
mempengaruhi klien untuk mengubah diri sendiri,
meningkatkan keupayaan klien untuk menyelesaikan
masalah sendiri

10.Penyelidik
Pekerja sosial akan berperanan sebagai penggunaan
penyelidikan. Sebelum seseorang pekerja sosial
melibatkan diri dalam amalan pengetahuan perpandu
atau menambah maklumat baru kepada asas
pengetahuan profesion, dia perlu mempunyai
kemahirand dan pengetahuan yang sedia ada. Pekerja
sosial perlu pandai untuk menggunakan pengetahuan
yang sedia ada seperti teori berkaitan dengan tingkah
laku manusia, data kaji selidik iaitu kualitatif dan
kuantitatif. Dalam penilaian amalan pula, pekerja sosial
dijangka akan terlibat dalam penilaian semasa bekerja
sama ada berkaitan dengan kerja sosial secara inidividu
dan keluarga, kumpulan atau komuniti serta program
yang mereka ssampaikan. Penilaian amalan berterusan
perlu mengukur perubahan pelanggan berdasarkan
kes demi kes ini memerlukan kemahiran dalam
pemilihan dan menggunakan individu serta alat-alat
yang bertetapan untuk mengukur perubahan. Bagi
penilaian pula, pekerja sosial perlu memantau dan
menilai program-program yang diberikan oleh agensi-
agensi serta mengumpul data supaya dapat membuat
pengubahsuaian untuk meningkatkan program-

9

program tersebut. Dalam penghasilan penyelidikan
pula, keperluan profesion untuk menghasilkan pekerja
sosial yang tahu untuk mengendalikan penyelidikan
yang berkaitan dengan pratik kerja sosial kerana
praktis kerja sosial adalah berlainan daripada sosiologi
dan psikologi
11. Fasilitator
Pekerja sosial akan memainkan peranan sebagai ketua
dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan akan berusaha
untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar
matlamat dapat dicapai. Pekerja sosial juga perlu
menangani pelbagai bentuk personaliti,
mempermudah upaya pencapaian tujuan sihat dengan
cara menyediakan atau memberikan kesempatan dan
fasilitator yang diperlukan oleh klien untuk mengatasi
masalahnya, menyelesaikan masalah dan
mengembangkan potensi yang dimilikinya dengan cara
seperti mendampingi klien dalam setiap tindakan,
memberikan sokongan emosi serta berupaya
membantu klien mengatasi masalah yang dihadapinya.
12. Public Speaker
Dalam situasi tertentu seorang pekerja sosial juga
memainkan peranan (ad-hoc) sebagai jurucakap-
awam dalam memberikan penerangan, penjelasan
dan pencerahan dalam satu satu perkara atau isu

10

yang dihadapi oleh klien mahupun sesuatu
komuniti itu.

13. Co-ordinator
Tugas-tugas penyelarasan juga sering dilaksanakan
oleh pekerja sosial di dalam situasi tertentu.
Persefahaman, kelancaran aktiviti, koordinasi dan
pembahagian tugas yang cekap akan menjamin
pencapaian matlamat intervensi yang disasarkan.

14. Negotiator
Sudah pasti dengan wujudnya percanggahan dan
pertembungan atau konflik kepentingan akan
menyulitkan lagi perancangan pemulihan dan
pemerkasaan klien. Sehubungan dengan itu seorang
pekerja sosial boleh bertindak sebagai pihak yang
berkecuali dan adil di dalam membimbing pihak pihak
terlibat di dalam mencapai kesepakatan.

Shaib Ismail ©®
2022

11


Click to View FlipBook Version