The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by el Qubais, 2022-03-09 22:35:27

IcejadE

IcejadE

Prinsip UMUM Kerja
Sosial

ICEJADE
&

KOD ETIKA

Pekerja
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Prinsip UMUM Kerja Sosial

ICEJADE

1. Keindividuan

@ individuality/ ideal (I)

Sifat harga diri semula jadi, penghargaan,
ketelusan kehormatan individu. Kita
mengindividukan seseorang. Setiap
manusia adalah unik. Kita memberi
pandangan atau gambaran kepada klien
bahawa kita sebagai mahkluk Tuhan
yang khas. Setiap manusia mempunyai
nilai-nilai, norma-norma yang tertentu
yang mereka percayai. Hal ini
membuatkan setiap manusia adalah
berbeza dan mempunyai pandangan dan
prinsip tersendiri. Pekerja sosial tidak
boleh mengganggap setiap manusia

mempunyai masalah yang sama serta
tidak boleh mencampur adukkan
masalah seseorang dengan masalah
orang lain. Bagi klien, masalahnya adalah
unik dan tersendiri. Oleh itu, setiap
individu serta masalahnya adalah
berbeza daripada individu yang lain.

2. Kerahsiaan

@ confidentiality (C)

Maklumat yang disampaikan oleh klien
adalah sulit dan perlu dirahsiakan.
Pekerja sosial juga percaya yang klien
mereka berhak untuk merahsiakan
tingkah laku mereka. Apa yang
diberitahu oleh klien kepada pekerja
sosial adalah berdasarkan kepada sikap
saling mempercayai antara mereka. Ia

merupakan rahsia di antara klien dan

pekerja sosial dalam konteks tugas rasmi.

Klien tidak akan menceritakan segala-

galanya dengan jujur jika mereka tidak

mempercayai pekerja sosial tersebut.

Sebaik-baiknya pekerja sosial

mempunyai bilik yang berasingan untuk

membolehkan klien meluahkan segala

masalahnya serta perasaannya tanpa rasa

curiga apa yang dikatakan oleh mereka

itu didengari oleh orang lain. Sebagai

pekerja sosial, kita perlu sedar bahawa

klien yang datang kepada kita dengan

kepercayaan yang tinggi, mereka akan

menceritakan segala rahsia kepada kita.

Tetapi, sejauh manakah “kerahsiaan” itu

perlu dipatuhi? Bagi kes kes tertentu dan

mendesak seperti dalam kes klien yang

ingin membunuh diri, pekerja sosial

tidak sepatutnya merahsiakan hal
tersebut kerana ia melibatkan nyawa.

3. Penglibatan Emosi Yang Terkawal

@ controlled emotional
involvement/ professional

boundaries (E)

Klien yang datang bertemu pekerja sosial
akan mencurahkan segala perasaan atau
emosi yang sudah lama terpendam. Hal
ini akan menyebabkan segala emosi
dicurahkan.

Walaubagaimanapun, pencurahan emosi
mestilah dikawal dan digunakan dengan
bertujuan. Pekerja sosial haruslah bijak
mengawal emosi diri daripada terjebak
ke dalam situasi yang diistilahkan

sebagai bersama

klien. Hal ini kerana penglibatan emosi

yang berlebihan boleh mengurang

justeru mengganggu kecekapan mereka

berfungsi secara rasional dan efektif.

Oleh itu, pengawalan perasaan yang

bijak amat penting supaya ia tidak

melampaui batas profesional seorang

pekerja sosial sehingga menyebabkan

dirinya terbawa-bawa oleh perasaan yang

boleh menjejaskan fokus dan daya

pemikiran untuk memberi petunjuk yang

bijak. Cth : kes keganasan rumah tangga,

pekerja sosial haruslah pandai mengawal

emosi mereka sendiri walaupun ia berasa

sangat sedih atau marah apabila

mendengar klien meluahkan perasaan

mereka supaya pekerja sosial dapat

memberi petunjuk yang rasional serta

bersesuaian kepada klien. Dalam erti

kata lain empati adalah pilihan utama
berbanding simpati!

4. Sikap Tidak Menghukum

@ non-judgemental /

labelling (J)

Sikap tidak menentukan sesuatu secara
melulu atau melabel klien tanpa usul
periksa. Kita janganlah memandang
rendah terhadap klien. Fungsi kerja
sosial adalah untuk membantu klien dan
bukannya menghukum klien atau
menentukan sama ada perbuatannya
betul atau salah. Pekerja sosial hanya
perlu membantu klien untuk
menyelesaikan masalah mereka dengan
cara yang bersesuian dengan situasi dan
keupayaan sistem sokongan yang ada

pada diri dan eko-sistem persekitaran
klien.

5. Penerimaan Tanpa Syarat

@ acceptance (A)

Pekerja sosial seharusnya dapat
menerima setiap klien mereka tanpa
syarat. Hal ini adalah kerana berdasarkan
kepada kepercayaan yang manusia pada
asalnya adalah baik, suci dan patut
dilayan dengan baik. Kita tidak boleh
berprasangka negatif terhadap klien kita.
Klien diterima sebagai diri mereka
seadanya tanpa mengira perkara-perkara
yang telah dilakukan oleh mereka.
Namun pada masa yang sama, pekerja
sosial percaya bahawa setiap individu
sepatutnya bertanggungjawab terhadap

setiap tindakannya dan juga terhadap
orang lain. Penerimaan di sini tidak
bermaksud kita menerima perbuatan
jahatnya tetapi kita menerima dirinya.
Kita menerimanya semata-mata untuk
memahami perasaan yang dilahirkan dan
mendapat kerjasama dan kepercayaan
daripada klien.

6. Penentuan Kendiri

@ self determination (D)

Prinsip ini mengiktiraf keperluan klien.
Pekerja sosial hanya membantu klien
untuk mengenal pasti keperluan yang
diperlukan untuk klien menyelesaikan
masalahnya sendiri. Klien mempunyai
hak dan kebebasan untuk menentukan
keputusan dan pilihannya. Pekerja sosial

juga haruslah menghormati hak klien,
mengakui kehendak-kehendak itu serta
menyedarkan dan menolong membina
segala kebolehannya. Pekerja sosial tidak
akan mengarah, merayu atau memujuk
klien untuk menerima sesuatu keputusan
yang ditentukannya. Pekerja sosial perlu
membantu klien mereka untuk
mendapatkan semula keyakinan serta
mempercayai kebolehan mereka untuk
menyelesaikan masalah sendiri. Pekerja
sosial boleh menjelaskan masalah-
masalah dan mencadangkan cara-cara
atau tindakan alternatif tetapi mereka
tidak boleh memaksa klien untuk
menerima cadangan tersebut.

7. Melahirkan Perasaan Dengan
Bertujuan

@ self expression (E)

Pekerja sosial telah dilatih untuk
membina kepercayaan @

bagi menggalakkan setiap klien
mencurahkan perasaan mereka dengan
lebih selesa. Setiap orang yang
mempunyai masalah ingin mencurahkan
segala perasaan serta masalah mereka
kepada orang lain yang mereka percayai.
Hal ini juga adalah sama dengan klien.
Apabila klien berhadapan dengan
pekerja sosial, mereka ingin meluahkan
perasaannya sebebas yang boleh dengan
bertujuan. Apabila klien meluahkan
perasaan mereka, pekerja sosial perlulah
mendengar dengan berhati-hati dan
tidak mencemuh, mengejek atau

mentertawakannya. Pekerja sosial dapat
memahami masalah klien dengan lebih
mendalam dan akan menjadi lebih
sensitif terhadap keperluan mereka.

Seandainya prinsip prinsip umum
pekerja sosial di atas dihayati dan
dipraktikkan dengan betul, ianya
akan memudahkan setiap pekerja
sosial di dalam proses membantu
klien mencapai kefungsian sosial
mereka.

KOD ETIKA

Pekerja
Jabatan Kebajikan Masyarakat

1. Menghormati klien jabatan sebagai
seorang manusia tanpa menira
kedudukan, keturunan dan agama.

2. Memberi perkhidmatan yang
berkualiti dan sama rata kepada semua
klien jabatan.

3. Mengutamakan kepentingan klien
jabatan dalam usaha mencapai objektif
jabatan.

4. Menentukan kerahsiaan klien agar
tidak dihebahkan kepada pihak-pihak
yang tidak berkaitan.

5. Sentiasa sedar tentang hak mutlak
klien jabatan dalam menentukan
keperluannya.

6. Tidak boleh menggunakan kekerasan
atau keganasan dalam apa bentuk atau
situasi sekalipun terhadap klien.

7. Bersopan santun dan berbudi bahasa
setiap masa terhadap klien jabatan.

8. Patuh kepada arahan dan
melaksanakan tugas dengan bersih,
cekap dan amanah.

9. Menghormati nilai dan sikap,
pengetahuan dan kemahiran rakan
sekerja serta menjauhkan diri daripada
perbuatan yang boleh mencemarkan
peribadi orang lain.

10. Harus sentiasa membantu dan
bekerjasama dengan rakan sekerja.

Shaib Ismail ®©
2022


Click to View FlipBook Version