The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by el Qubais, 2022-02-24 04:21:11

TEORI TEORI KERJA SOSIAL

TeoriSW

BERIKUT ADALAH BEBERAPA TEORI YANG

BOLEH DIJADIKAN PANDUAN DAN

PEDOMAN BAGI MELAKSANAKAN

ASSESSMENT DAN INTERVENSI KE ATAS

KLIEN DI DALAM KERJA SOSIAL.

NAMUN BEGITU KITA DIINGATKAN AGAR
TIDAK TERLALU OBSES DAN JUMUD DI
DALAM MERUJUK TEORI TEORI
TERTENTU.

DALAM MASA YANG SAMA TIDAK JUGA
KITA BOLEH MENYANGKAL SEWENANG
WENANGNYA TEORI TEORI TERTENTU
KERANA IA TERTEGAK DI ATAS DISIPLIN
KAJIAN DAN PENTA’AKULAN YANG
AKADEMIS DAN EMPIRIKAL.

TEORI HIERARKI KEPERLUAN
MASLOW

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah
dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang
ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943
melalui bukunya "A Theory of Human
Motivation" di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap individu
terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi
seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan
diri dan pencapaian hasrat diri.

Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang
seterusnya akan menjadi satu keperluan atau
keutamaan seterusnya. Setiap individu akan
memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi
terlebih dahulu sebelum berusaha untuk
memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

Lima (5) keperluan tersebut adalah:

1) . Peringkat ini merupakan
keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah
penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi
manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa
yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang
seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.

2)Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam
keperluan ini adalah keselamatan peribadi,
keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan
menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3) Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia
untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”.
Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka
diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di
dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan
ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan
pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4) Keperluan Penghargaan Diri (Esteem).
Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan
pekerja untuk dihormati dan diberi peluang
menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang
boleh memberi mereka peluang untuk memberi
sumbangan. Ini akan meningkatkan
“penghormatan diri” (self-esteem).

5) Keperluan Hasrat Diri. Keperluan ini berkaitan
dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri
sendiri mengikut potensi seseorang manusia
(pekerja).

Maslow membahagikan lima keperluan kepada
dua (2) kategori, iaitu:

a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial,
penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan
keselamatan.





PERSPEKTIF SOSIAL-BEHAVIORISTIK
ALBERT BANDURA

Pengenalan Terdapat beberapa teori yang dapat
menghuraikan tentang tingkah laku berisiko.
Antara teori yang digunakan ialah :- Teori
Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) Tingkah
laku agresif tidak dapat dinafikan merupakan
sebahagian daripada tingkah laku berisiko
khasnya para remaja. Teori Pembelajaran Sosial
yang diperkenalkan oleh Albert Bandura sangat

relevan dengan penyelesaian masalah tingkah
laku agresif dan keganasan.

Menurut Bandura (1977), Teori Pembelajaran
Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran
yang berlaku dengan memerhati orang lain
melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang
sebagai model tingkah laku. Ini bererti
persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan
akan mempengaruhi tingkah laku.

Bandura (1977) juga menyatakan seseorang
individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku
daripada orang lain yang signifikan dengannya
dan menyimpan maklumat yang diperhatikan
secara kognitif dan seterusnya
mempersembahkan tingkah laku tersebut.

Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari
daripada persekitaran sosial seperti interaksi
dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan
konsep kendiri individu (Mahmood, 2001). Di
dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977),

beliau telah membuat analisis yang menyatakan
bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian.
Pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk
dan memadan.

Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak
akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada
perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada
orangorang yang signifikan dan persekitaran.
Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan
mencontohi tingkah laku agresif selepas
menonton filem yang berunsurkan aksi agresif
(Eron, 1982). Menurut Maarof (2003), Bandura
(1977), menekankan bahawa manusia belajar
dengan cara memerhatikan tingkah laku orang
lain.

Pembelajaran pemerhatian, yang dinamakan juga
sebagai pemodelan, terhasil apabila manusia atau
anak-anak memerhatikan tingkah laku orang lain
atau mereka yang signifikan dan mencatatkan
konsekuen tingkah laku tersebut. Kebanyakan
pola percakapan, gaya pakaian, tingkah laku

negatif dan agresif dan pelbagai tingkah laku
dipelajari melalui pemodelan.

Anak-anak remaja biasanya menjadikan ibu bapa,
pelakon filem, ahli sukan, guru dan seumpamanya
sebagai model yang menjadi ikutan. Ini
menjelaskan kepada kita mengapa tingkah laku
berbeza-beza mengikut masyarakat dan budaya.
Albert Bandura(1977), menganggap pemodelan
merupakan demonstrasi yang penting tentang
peranan kognitif dalam pembelajaran.

Namun, tidak semestinya semua tingkah laku
model ditiru. Anak-anak cenderung meniru
tingkah laku yang diberikan peneguhan positif
berbanding dengan tingkah laku yang diberikan
hukuman. Sementara itu, sekiranya tidak
diketahui peneguhan dan hukuman yang
diperolehi, anak-anak atau remaja cenderung
meniru tingkah laku model yang berstatus tinggi,
menarik, yang disukai, dan berjaya atau malahan
mereka mengandaikan bahawa tingkah laku
mereka itu sering membawa kepada peneguhan.

Bandura (1977), telah menjalankan satu kajian,
hasilnya beberapa orang kanak-kanak pra sekolah
telah ditunjukkan adegan seorang dewasa yang
memukul patung bernama Bobo. Kemudian,
apabila kanak-kanak tadi dibiarkan bersendirian
dengan patung tadi, mereka telah memukul
patung tersebut sebagai mana telah dilakukan
oleh orang dewasa tadi. Kadar tingkah laku
agresif adalah sama seperti apa yang telah
dilakukan oleh orang dewasa pada sebelumnya.
Ini menunjukkan bahawa amat mudah bagi
kanak-kanak meniru sesuatu perlakuan tanpa
mengetahui apakah perlakuan tersebut wajar
atau tidak. Dalam satu kajian lain, Bandura (1977),
membuat perbandingan antara tingkah laku ibu
bapa yang mempunyai anak yang terlalu agresif
dan anak yang terkawal. Teori Bandura(1977),
mengatakan bahawa tingkah laku anak
sepatutnya selari dengan tingkah laku ibu bapa.
Kajian tersebut mendapati ibu bapa yang
mempunyai anak yang terkawal terdiri daripada
ibu bapa yang tidak agresif dan boleh mengawal
tingkah laku mereka, manakala ibu bapa yang

mempunyai anak yang terlalu agresif adalah
terdiri daripada mereka yang juga bersikap agresif.

Teori pembelajaran sosial menekankan kepada
proses peniruan sebagai bertanggung jawab
kepada pembelajaran tingkah laku. Pemerhatian
tingkah laku orang lain merupakan sebagai proses
peniruan yang akan membentuk tingkah laku
devian seseorang. Peniruan melalui pemerhatian
merupakan satu proses pembalajaran tanpa
penglibatan pengalaman lepas secara langsung
(Renfrew, 1997).

Skinner (1977 ) memfokuskan penelitian tentang
perilaku dan menghabiskan karirnya untuk
mengembangkan teori tentang Reinforcement.
Dia percaya bahawa perkembangan keperibadian
seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah
sebagai akibat dari respond terhadap adanya
rangsangan dari luaran. Dengan kata lain, kita
menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana
mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan
tersebut.

Bagi Skinner (1977 ) hal yang paling penting untuk
membentuk keperibadian seseorang adalah
melalui hasil dan hukuman. Pendapat ini tentu
saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti
emosi, pikiran dan kebebasan untuk memilih
sehingga Skinner menerima banyak kritik.
Menurut teori behavioristik, belajar adalah
perubahan tingkah laku sebagai akibat dari
adanya interaksi antara stimulus dan respon.

Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila
ia mampu menunjukkan perubahan tingkah laku.
Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk
perubahan yang dialami oleh siswa dalam hal
kemampuannya untuk bertingkah laku dengan
cara yang baru sebagai hasil interaksi antara
rangsangan dan respon. Menurut teori ini yang
terpenting adalah masuk atau input yang berupa
rangsangan dan keluaran atau output yang
berupa respon. Sedangkan apa yang terjadi di
antara rangsangan dan respon dianggap tidak
penting kerana tidak boleh dinilai.

Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran
behavioristik adalah faktor penguatan
(reinforcement) adalah apa saja yang dapat
memperkuat timbulnya respon. Bila penguatan
ditambahkan (positive reinforcement) maka
respon akan semakin kuat. Begitu juga bila
penguatan dikurangi (negative reinforcement)
respon pun akan tetap dikuatkan.

Pengkaji behavioris menjelaskan bahawa belajar
sebagai suatu proses perubahan tingkah laku
dimana penguat dan hukuman menjadi
rangsangan untuk merangsang individu dalam
berperilaku.



TEORI PELAZIMAN KLASIK
IVAN PAVLOV (1849-1936)

Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov.
Beliau lahir pada 14 September 1849 di Ryazan,
Rusia Tengah. Beliau meniggal dunia pada 27
Februari 1936 di Leningrad. Beliau mendapat
pendidikan di Sekolah Seminari Teologi
seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti St.
Petersburg dalam bidang kimia dan fisiologi.
Pavlov mendapat gelaran doktor pada tahun 1879.
Beliau dianugerahkan hadiah “Nobel” dalam

bidang Psysiology or Medicine kajian “Proses
Penghadaman” pada tahun 1904.

Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu
menurut beliau proses asas pembelajaran ialah
pembentukan perkaitan antara rangsangan dan
gerak balas. Rangsangan merupakan agen
persekitaran yang menimbulkan gerak balas
manakala gerak balas pula ialah tingkah laku
yang timbul akibat rangsangan.

Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu
organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada
“hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli
falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau
mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma
akan teringat sesuatu kerana sebelum ini
organisma berkenaan telah mengalami sesuatu
yang berkaitan”.



PSIKOLOGI EGO PSIKOANALISIS
ERIK ERIKSON

Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson

berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah

melalui yang

berkembang dari tahap ke tahap seterusnya

dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-

tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-

kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal

dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan

diatasi untuk perkembangan seterusnya.

Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah
individu merupakan individu yang dinamik dan
bukan statik dan dia mempunyai identiti
tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama
Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah
kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan
dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang
menjaganya.

Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti
mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih
sayang, dia akan memperoleh harapan untuk
terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan
akan tidak dapat mempercayai orang di
sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan
cuba melindungi dari persekitaran yang tidak
memberangsangkan nya. Ini bercanggah dengan
pendapat Jean Piaget di mana beliau
berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap
mempunyai perkembangan tertentu

Jadual 2: Teori Eric Erickson dan Tahap Psikososial
Tahap Keadaan Sosial Ekoran Psikososial

1. Lahir hingga 1 tahun Sokongan, pemberian
keperluan asas, ada kesinambungan hidup.
Kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten.
Mempercayai Tidak mempercayai
2. 2 hingga 3 tahun Mengendalikan sendiri dan
sokongan. Perlindungan yang berlebihan,
kekurangan sokongan dan keyakinan Kebebasan
Keraguan
3. 4 hingga 5 tahun Galakan, peluang sendiri,
bertanya Tiada peluang, perasaan negatif Inisiatif
Perasaan bersalah
4. 6 hingga 11 tahun Kemahiran diri, pendidikan
yang cukup dan produktif, menjadi model yang
baik Kurang latihan, arah dan sokongan. Kerajinan
Rendah diri
5. 12 hingga 19 tahun Kestabilan dalaman yang
berterusan, kefahaman mendalam mengenai
model seks, mendapatkan maklum balas positif.
Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang

jelas, kurang memahami ekspektasi. Identiti

Kekeliruan peranan

6. Awal 20 hingga 35 Meluaskan kemesraan,

persefahaman, mempercayai. Kesunyian

Kemesraan Pengasingan

7. 36 hingga 55 tahun Tujuan hidup, produktiviti

Kekurangan perkembangan diri Kebolehan

menghasilkan sesuatu Terhenti

8. 55 tahun ke atas Perasaan mesra, perpaduan,

berarah Kurang kesempurnaan,

ketidakpuashatian. Kesempurnaan hidup atau

putus harapan

Erikson mempercayai warga emas boleh memiliki
, suatu keadaan di mana

mereka boleh menyumbang kepada kebajikan
generasi muda dan dalam masa yang sama
kepada perkembangan diri sendiri dalam
memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa
yang telah berusia dan banyak berpengalaman.
Justeru, aktiviti dan sumbangan kepada
masyarakat semasa seseorang masih muda

hingga ke pertengahan usia akan mempengaruhi
kehidupan seseorang apabila tua nanti.

… lagi pencerahan berkaitan tori oleh Erikson:

Erik Erikson adalah ahli psikologi ego yang

membangunkan salah satu teori pembangunan

yang paling popular dan berpengaruh. Walaupun

teorinya terpengaruh oleh karya psikoanalis

Sigmund Freud, teori Erikson berpusat pada

perkembangan psikososial

daripada pembangunan psikoseksual . Tahap-

tahap yang membentuk teorinya adalah seperti

berikut:

 Peringkat 1 - Kepercayaan vs
Ketidakpercayaan

 Tahap 2 - Autonomi vs. Shame and Doubt
 Peringkat 3 - Inisiatif vs. Guilt
 Peringkat 4 - Industri vs Kekurangan
 Peringkat 5 - Identiti vs Kekeliruan
 Peringkat 6 - Keintiman vs Pengasingan
 Peringkat 7 - Generativiti vs Stagnasi
 Peringkat 8 - Integriti vs Kemunduran
Mari kita lihat lebih dekat latar belakang dan
pelbagai peringkat yang membentuk teori
psikososial Erikson.

Apa itu Pembangunan Psikososial?

Jadi apa sebenarnya teori pembangunan
psikososial Erikson? Sama seperti Sigmund Freud ,
Erikson percaya keperibadian itu berkembang
dalam beberapa peringkat. Tidak seperti teori
psikoseksual Freud, teori Erikson menggambarkan
kesan pengalaman sosial di seluruh umur. Erikson
berminat bagaimana interaksi sosial dan
hubungan memainkan peranan dalam
pembangunan dan pertumbuhan manusia.

Setiap peringkat dalam teori Erikson dibina pada
peringkat sebelumnya dan membuka jalan untuk
mengikuti perkembangan masa.

Di setiap peringkat, Erikson percaya orang
mengalami konflik yang berfungsi sebagai titik
perubahan dalam pembangunan. Di pandangan
Erikson, konflik ini berpusat pada sama ada
membangunkan kualiti psikologi atau gagal
membangunkan kualiti itu. Sepanjang masa ini,
potensi untuk pertumbuhan peribadi adalah
tinggi tetapi begitu juga potensi kegagalan.

Jika orang berjaya menangani konflik itu, mereka
muncul dari peringkat dengan kekuatan psikologi
yang akan menolong mereka dengan baik
sepanjang hayat mereka. Sekiranya mereka gagal
menangani konflik dengan berkesan, mereka
mungkin tidak dapat mengembangkan kemahiran
penting yang diperlukan untuk rasa diri yang kuat.

Erikson juga percaya bahawa rasa kompetensi
memotivasi tingkah laku dan tindakan. Setiap
peringkat dalam teori Erikson bimbang akan
menjadi kompeten dalam bidang kehidupan. Jika
tahap itu ditangani dengan baik, orang itu akan
merasakan rasa penguasaan, yang kadang-kadang
disebut sebagai kekuatan ego atau kualiti ego.
Jika peringkat diuruskan dengan buruk, orang itu
akan muncul dengan rasa tidak mencukupi dalam
aspek pembangunan.

Psikososial Peringkat 1 - Kepercayaan vs
Ketidakpercayaan

Tahap pertama dari teori perkembangan
psikososial Erikson terjadi antara kelahiran dan

usia satu tahun dan merupakan peringkat paling
mendasar dalam kehidupan.

Kerana bayi sangat bergantung, membangun
kepercayaan adalah berdasarkan kepada
kebolehpercayaan dan kualiti penjaga anak. Pada
masa ini dalam perkembangan, kanak-kanak ini
bergantung sepenuhnya kepada penjaga dewasa
untuk segala yang diperlukan untuk terus hidup
termasuk makanan, cinta, kehangatan,
keselamatan, dan pemeliharaan.

Semuanya. Sekiranya pengasuh tidak
memberikan penjagaan dan cinta yang
mencukupi, kanak-kanak itu akan merasakan
bahawa dia tidak boleh mempercayai atau
bergantung kepada orang dewasa dalam
hidupnya.

Sekiranya seorang anak berjaya membangunkan
kepercayaan, dia akan merasa selamat dan
selamat di dunia. Pengasuh yang tidak konsisten,
emosional tidak tersedia, atau menolak
menyumbang kepada rasa tidak percaya pada
anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka.

Kegagalan untuk membangunkan kepercayaan
akan mengakibatkan ketakutan dan kepercayaan
bahawa dunia tidak konsisten dan tidak dapat
diprediksi.

Sudah tentu, kanak-kanak tidak akan membangun
rasa aman 100 peratus atau 100 peratus
keraguan. Erikson percaya bahawa pembangunan
yang berjaya adalah mengenai keseimbangan
antara kedua-dua pihak yang bertentangan.

Apabila ini berlaku, anak-anak memperoleh
harapan, yang Erikson digambarkan sebagai
keterbukaan untuk mengalami marah dengan
beberapa kebaikan yang bahaya mungkin hadir.

Psikososial Peringkat 2 - Autonomi vs. Shame
and Doubt

Tahap kedua teori perkembangan psikososial

Erikson berlaku pada masa kanak-kanak awal dan

berfokus pada kanak-kanak yang

mengembangkan rasa kendali peribadi yang lebih

besar.

Pada masa ini dalam perkembangan, kanak-kanak
baru mula mendapat sedikit kemerdekaan.
Mereka mula melakukan tindakan asas sendiri
dan membuat keputusan mudah mengenai apa
yang mereka suka. Dengan membenarkan kanak-
kanak membuat pilihan dan mendapat kawalan,
ibu bapa dan penjaga dapat membantu kanak-
kanak mengembangkan rasa autonomi.

Seperti Freud, Erikson percaya bahawa latihan
tandas adalah bahagian penting dalam proses ini.
Walau bagaimanapun, penalaran Erikson agak
berbeza daripada Freud. Erikson percaya bahawa
pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh
seseorang membawa kepada perasaan kawalan
dan rasa kemerdekaan.

Acara penting lain termasuk mendapatkan lebih
banyak kawalan terhadap pilihan makanan,
pilihan mainan, dan pemilihan pakaian.

Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap
ini berasa selamat dan yakin, sementara mereka
yang tidak dibiarkan dengan rasa tidak mencukupi
dan keraguan diri. Erikson percaya bahawa

mencapai keseimbangan antara autonomi dan
rasa malu dan keraguan akan membawa
keinginan, iaitu kepercayaan bahawa kanak-kanak
boleh bertindak dengan niat, dalam sebab dan
batas.

Psikososial Peringkat 3 - Inisiatif vs. Guilt

Peringkat ketiga perkembangan psikososial
berlaku pada tahun-tahun prasekolah.

Pada masa ini dalam perkembangan psikososial,
kanak-kanak mula menegaskan kuasa dan
kawalan mereka ke atas dunia melalui
mengarahkan permainan dan interaksi sosial yang
lain.

Kanak-kanak yang berjaya pada peringkat ini
berasa mampu dan dapat memimpin orang lain.
Mereka yang gagal memperoleh kemahiran ini
ditinggalkan dengan rasa bersalah, keraguan diri,
dan kurang inisiatif.

Apabila keseimbangan ideal inisiatif individu dan
kesanggupan untuk bekerja dengan orang lain
dicapai, kualiti ego dikenali sebagai tujuan muncul.

Psikososial Peringkat 4 - Industri vs Kekurangan

Peringkat psikososial keempat berlaku pada
tahun-tahun awal sekolah dari kira-kira umur 5
hingga 11 tahun.

Melalui interaksi sosial, kanak-kanak mula
membina kebanggaan dalam pencapaian dan
kebolehan mereka. Kanak-kanak yang digalakkan
dan dipuji oleh ibu bapa dan guru
membangunkan perasaan kecekapan dan
keyakinan terhadap kemahiran mereka. Mereka
yang menerima sedikit atau tidak galakan dari ibu
bapa, guru, atau rakan sebaya akan meragui
kebolehan mereka untuk berjaya.

Berhasil mencari keseimbangan pada tahap
perkembangan psikososial ini membawa kepada
kekuatan yang dikenali sebagai kecekapan, di
mana kanak-kanak membangun kepercayaan

keupayaan mereka untuk mengendalikan tugas-
tugas yang ditetapkan di hadapan mereka.

Psychosocial Peringkat 5 - Identiti vs Kekeliruan

Peringkat psikososial kelima berlaku semasa
zaman remaja yang sering bergelora. Tahap ini
memainkan peranan penting dalam
membangunkan identiti peribadi yang akan terus
mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan
untuk sepanjang kehidupan seseorang.

Semasa remaja, kanak-kanak meneroka
kemerdekaan mereka dan mengembangkan
perasaan diri. Mereka yang menerima dorongan
dan peneguhan yang betul melalui penerokaan
peribadi akan muncul dari tahap ini dengan
perasaan diri sendiri dan perasaan kemerdekaan
dan kawalan. Mereka yang masih tidak yakin
dengan kepercayaan dan keinginan mereka akan
merasa tidak selamat dan keliru tentang diri
mereka dan masa depan.

Apabila ahli psikologi bercakap tentang identiti,
mereka merujuk kepada semua kepercayaan,

cita-cita, dan nilai-nilai yang membantu
membentuk dan membimbing tingkah laku
seseorang. Menyelesaikan tahap ini berjaya
membawa kepada kesetiaan, yang dikatakan oleh
Erikson sebagai keupayaan untuk menjalani
standard dan harapan masyarakat.

Walaupun Erikson percaya bahawa setiap
peringkat perkembangan psikososial adalah
penting, beliau meletakkan penekanan khusus
pada perkembangan identiti ego. Identiti Ego
adalah rasa sedar diri yang kita usahakan melalui
interaksi sosial dan menjadi tumpuan utama
semasa identiti berbanding tahap kekeliruan
perkembangan psikososial.

Menurut Erikson, identiti ego kami sentiasa
berubah kerana pengalaman dan maklumat baru
yang kami peroleh dalam interaksi harian kami
dengan orang lain. Seperti yang kita ada
pengalaman baru, kita juga mengambil cabaran
yang boleh membantu atau menghalang
perkembangan identiti.

Identiti peribadi kami memberikan setiap diri kita
satu perasaan bersepadu dan kohesif yang dapat
bertahan hidup. Rasa identiti peribadi kami
dibentuk oleh pengalaman dan interaksi kami
dengan orang lain, dan ini adalah identiti yang
membantu memandu tindakan, kepercayaan, dan
tingkah laku kami semasa kami berumur.

Psikososial Peringkat 6 - Keintiman vs
Pengasingan

Tahap ini merangkumi tempoh dewasa dewasa
apabila orang menjelajah hubungan peribadi.

Erikson percaya adalah penting bahawa orang
membangun hubungan rapat dengan orang lain.
Mereka yang berjaya pada langkah ini akan
membentuk hubungan yang kekal dan terjamin.

Ingat bahawa setiap langkah membina kemahiran
yang dipelajari dalam langkah-langkah terdahulu.
Erikson percaya bahawa rasa identiti peribadi
yang kuat adalah penting untuk membangun
hubungan intim. Pengajian telah menunjukkan

bahawa mereka yang mempunyai perasaan diri
sendiri cenderung mempunyai hubungan yang
kurang berkomitmen dan lebih cenderung untuk
mengalami pengasingan emosional, kesepian ,
dan kemurungan.

Resolusi yang berjaya tahap ini menghasilkan
kebaikan yang dikenal sebagai cinta. Ia ditandai
dengan keupayaan untuk membentuk hubungan
yang kekal, bermakna dengan orang lain.

Psikososial Peringkat 7 - Generativiti vs Stagnasi

Semasa dewasa, kita terus membina kehidupan
kita, dengan fokus pada kerjaya dan keluarga kita.

Mereka yang berjaya dalam fasa ini akan merasa
bahawa mereka menyumbang kepada dunia
dengan aktif di rumah dan komuniti mereka.
Mereka yang gagal mencapai kemahiran ini akan
merasa tidak produktif dan tidak terlibat dalam
dunia ini.

Penjagaan adalah kebajikan yang dicapai apabila
tahap ini ditangani dengan jayanya. Dengan

berbangga dengan pencapaian anda, menonton
anak-anak anda berkembang menjadi orang
dewasa, dan mengembangkan rasa perpaduan
dengan pasangan hidup anda adalah pencapaian
penting dalam tahap ini.

Psikososial Peringkat 8 - Integriti vs Kemunduran

Peringkat psikososial terakhir berlaku semasa usia
tua dan memberi tumpuan kepada
mencerminkan kehidupan.

Pada masa ini dalam pembangunan, orang
melihat kembali peristiwa kehidupan mereka dan
menentukan sama ada mereka gembira dengan
kehidupan yang mereka hidup atau jika mereka
menyesali perkara yang mereka lakukan atau
tidak lakukan.

Mereka yang tidak berjaya pada peringkat ini
akan merasakan bahawa kehidupan mereka telah
dibazirkan dan akan mengalami banyak
penyesalan. Individu akan ditinggalkan dengan
rasa kepahitan dan keputusasaan.

Mereka yang bangga dengan pencapaian mereka
akan merasakan rasa integriti. Berhasil
menyelesaikan fasa ini bermakna melihat kembali
dengan sedikit penyesalan dan rasa kepuasan
umum. Individu-individu ini akan
mencapai kebijaksanaan, walaupun ketika
menghadapi kematian.


Click to View FlipBook Version