PdP di rumah bermaksud PdP yang dilaksanakan di rumah,
pusat komuniti atau mana-mana lokasi yang bersesuaian sama
ada dalam talian atau luar talian.
PdP di rumah boleh berlaku dalm dua situasi iaitu :;
a. PdP berlaku di rumah sepenuhnya di mana murid tidak
boleh hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu
dengan kelulusan pihak yang berkenaan .
b. PdP perlu berlaku di rumah walaupun murid hadir setiap
hari kesekolah disebabkan kekangan waktu persekolah. PdP di
rumah berperanan untuk melengkapkan jam minimum
kurikulum.
Modul PDPR Bahasa Melayu yang di hasilkan adalah sejajar
dengan buku teks dengan matlamat DSKP Bahasa Melayu
Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (Semakan 2017), iaitu untuk
membina murid berpengetahuan dan mengamalkan nilai
murni.
Pentaksiran Sekolah adalah sebahgian daripada pendekatan
pentaksiran yang merupakan satu proses yang dirancang,
dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan untuk
melaporkan perkembangan murid . Proses ini berlaku secara
berterusan. Modul ini membantu melancarkan lagi proses
pentaksiran dimasa PKPB pendemik Covid-19
Oleh itu dengan bantuan Modul PDPR ini adalah di harapkan
agar murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah dengan
lebih mudah .