JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 2 (INDIVIDU) SEMESTER : 1 TAHUN : 4 KOD KURSUS BMMB 3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar ONG TIAN YUAN Angka Giliran 2020172340056 Kumpulan/Unit PS1T4-8 Nama Pensyarah DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:
1.0 PENGENALAN Pertembungan budaya yang wujud dalam masyarakat Malaysia adalah seperti adat resam, pakaian, makanan dan perkahwinan. Walaupun wujudnya kepelbagaian budaya, masyarakat Malaysia mampu hidup dengan harmoni tanpa persengketaan dan dapat mewujudkan masyarakat yang unik dan berbilang. 2.0 PROSES PEMBUDAYAAN 2.1 PROSES AKOMODASI Bagi proses akomodasi, ia merupakan proses yang memupuk semangat hormat-menghormati dalam setiap kumpulan etnik tetapi mempertahankan budaya hidup masing-masing. Buktinya, aspek pakaian dan adat resam telah mengalami proses akomodasi. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia suka memakai pakaian tradisional untuk menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Sebagai contohnya, perempuan orang Cina memakai baju kurung dan lelaki orang Cina memakai baju melayu semasa menyertai majlis menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bukan itu sahaja, individu bukan Islam juga perlu menutup aurat dengan memakai pakaian yang mematuhi etika pemakain dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata untuk menjaga kehormatan terhadap masyarakat Islam. Berdasarkan aspek adat resam pula, proses akomodasi berlaku apabila sesuatu kalangan etnik menghormati pantang larang kalangan etnik lain. Buktinya, masyarakat Cina tidak boleh menerima bentuk jam kerana dalam bahasa Cina 'menghadiahkan jam' membawa maksud 'ritual pengebumian'. Manakala masyarakat India, mereka tidak memakan daging lembu kerana amalan agama Hindu yang diamalkan. Menurut Muhammad Wa’iz Md Norman (2020), lembu merupakan satu anugerah daripada Tuhan kepada manusia kerana lembu membantu petani dan pesawah ketika membajak tanah dan mengangkut barangan. Bagi masyarakat Melayu pula, memakan daging babi merupakan perbuatan yang diharamkan dalam agama Islam kerana ia berdosa (Senin,2021). Oleh itu, masyarakat lain haruslah menyediakan makanan halal supaya tidak menyebabkan tercicir hati masyarakat melayu dan tidak mengakibatkan mereka melanggar hukum dalam agama Islam. Dengan itu, sikap hormat-menghormati antara setiap masyarakat adalah amat penting dalam proses akomodasi supaya tidak menyinggung perasaan antara sama lain dan dapat memupuk semangat perpaduan dengan memahami kebudayaan setiap masyarakat.
2.2 PROSES AMALGAMASI Dalam proses amalgamasi pula, ia merupakan satu proses yang wujud apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru seperti perkahwinan campur atau silang antara dua pihak yang berlainan agama dan bangsa. Contohnya, menurut Amirah Atiqah (2013), ramai imigran Cina datang ke tanah melayu pada pertengahan abad ke-19, dengan itu, masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkembang dan ras baharu terbentuk melalui asimilasi apabila masyarakat Cina berkahwin dengan orang tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai imigran Cina yang datang untuk menjalankan perniagaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukan itu sahaja, aspek makanan juga telah mengalami proses amalgamasi. Contohnya, makanan tradisional masyarakat Baba dan Melayu iaitu ayam pongteh yang dimasak dengan ayam, ubi kentang, taucu dan gula Melaka. Bukan itu sahaja, terdapat juga acar ikan nyonya yang dibuat daripada sayur-sayuran dan ikan sebagai bahan utama. Kedua-dua resipi makanan tersebut merupakan penciptaan oleh masyarakat baba dan nyonya kerana kedua-dua makanan tersebut tidak boleh didapati dalam resipi makanan orang cina dan melayu. Jelaslah bahawa, kewujudan kaum baba dan nyonya yang telah mengalami proses amalgamasi telah melahirkan Malaysia yang unik dengan kepelbagaian budaya. 2.3 PROSES ASIMILASI Proses asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial (Mansor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainudin, 2007). Contohnya, pakaian dan makanan telah mengalami proses asimilasi. Bagi aspek pakaian, proses asimilasi boleh dilihat dalam masyarakat Chetti Melaka. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat Chetti Melaka memakai pakaian serupa dengan pakaian masyarakat Melayu. Contohnya, perempuan memakai baju kebaya dan sarung manakala lelaki memakai baju melayu kain sarung. Jelaslah bahawa, masyarakat Chetti Melaka telah membuat adaptasi berdasarkan masyarakat melayu yang merupakan kalangan majoriti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jika melihat kepada aspek makanan pula, nasi lemak merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu merupakan kalangan dominan di Malaysia. Dengan itu, proses asimilasi berlaku apabila nasi lemak menjadi makanan yang diterima oleh masyarakat Cina dan India. Menurut Ibrahim Majdi Mohamad Kamil. (2023), nasi lemak kini boleh didapati di kedai makanan masyarakat Melayu, Cina, India dan hampir kebanyakan etnik lain yang telah membuat dan menjual nasi lemak. Tuntasnya, proses asimilasi ini akan menyebabkan titik
pertemuan antara kaum di Malaysia semakin meluas dan boleh mewujudkan nilai hidup bersama. Jelaslah bahawa, masyarakat majmuk proses asimilasi ini biasa berlaku bagi mewujudkan perpaduan antara kaum majoriti dan minoriti. 2.4 PROSES AKULTURASI Jika melihat kepada proses akulturasi, ia merupakan satu proses untuk menerima unsur kebudayaan dalam sesuatu kalangan yang mengamalkan kebudayaan yang berbeza. Antara aspek yang mengalami proses tersebut, iaitu adat resam dan perkahwinan. Bagi aspek adat resam, orang Cina yang telah berkahwin akan memberikan sampul berisi wang iaitu angpau yang berwarna merah kepada kanak-kanak atau individu yang belum kahwin. Menurut Apolinaris Ladat (2022), sampul yang berwarna merah melambangkan tuah atau nasib yang baik dan melambangkan kebahagiaan. Masyarakat Melayu juga terpengaruh dengan budaya duit raya yang diadaptasi daripada masyarakat Melayu. Buktinya, masyarakat Melayu akan memberi sampul yang berwarna hijau yang mempunyai duit raya kepada anak-saudara atau anak tetamu yang berkunjung ke rumah pada Hari Raya. Walaubagaimanapun bagi masyarakat Melayu, budaya memberi duit raya bukanlah satu kewajipan dan ia bergantung kepada kemampuan individu untuk memberikan duit raya (Hmetro, 2019). Bagi adat perkahwinan masyarakat Melayu pula, proses akulturasi juga telah berlaku dengan mencontohi budaya masyarakat India seperti adat berinai. Buktinya, upacara berinai akan dijalankan sebelum upacara persandingan. Upacara persandingan tersebut juga meliputi upacara tepung tawar yang bertujuan untuk memberi doa kepada pasangan pengantin. Dalam sejarahnya, tradisi tepung tawar merupakan sebuah tradisi yang berasal dari agama Hindu (Sarra Jastika Bohari & Mohamad Maulana Magiman, 2020). Bukan itu sahaja, menurut Muhammad Wa’iz Md Norman (2020) , daging khinzir atau babi adalah diharamkan dan telah lama dinyatakan dalam Al-Quran. 3.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, proses-proses pembudayaan tersebut berjaya mewujudkan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah menghormati adat resam antara satu sama yang lain supaya dapat mewujudkan negara Malaysia yang aman dan damai.
SUMBER RUJUKAN Amirah Atiqah (2013). Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka. https://www.academia.edu/8940566/Asimilasi_Dalam_Kalangan_Masyarakat_Baba_Dan_Ny onya_di_Melaka Apolinaris Ladat. (2022). Angpau’ suatu keberkatan dan nasib sepanjang tahun. Borneo Daily Bulletin. https://www.borneodailybulletin.com/angpau-suatu-keberkatan-dan-nasib-sepanjang-tahun/ Hmetro (2019). Budaya ‘duit raya’ https://www.hmetro.com.my/hati/2019/06/462665/budaya-duit-raya Ibrahim Majdi Mohamad Kamil. (2023). Asimilasi budaya sebagai satu proses integrasi sosial di Malaysia. https://klikweb.dbp.my/?p=18218 Mansor, Abdul Rahman & Mohamad Ainudin (2007). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Wa’iz Md Norman (2020). Bukan hanya Al-Quran, tetapi Bible juga melarang makan daginf babi https://udakwah.com/kenapa-babi-haram-dimakan/ Muhammad Wa’iz Md Norman. (2020). Anda perlu tahu, ini sebab mengapa masyarakat India tidak makan daging lembu!. https://udakwah.com/pantang-larang-kaum-india/ Sarra Jastika Bohari & Mohamad Maulana Magiman (2020. Simbol Dan Pemaknaan Ritual Adat Tepung Tawar Dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu Sarawak. Jurnal Komunikasi Borneo, 8, 22-37. Siti Nurshahidah Sah Allam (2019). Asimilasi seni khat, Jawi satukan budaya Malaysia. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/08/596973/asimilasi-seni-khat-jawi-satukan-buda ya-malaysia