The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku peraturan ini boleh diguna pakai sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan kebakaran di sekolah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PI2-0620 Muhamad Afif Zikri Bin Mohd Sabri, 2024-05-13 20:24:35

Peraturan Latihan Kecemasan Dan Kebakaran SK Desa Tasik

Buku peraturan ini boleh diguna pakai sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan kebakaran di sekolah.

JAWATANKUASA KESELAMATAN & BENCANA PERATURAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN SK DESA TASIK


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN Peraturan Am Isyarat kecemasan/ loceng kebakaran akan dibunyikan pada bila-bila masa bagi menandakan latihan kecemasan dan kebakaran dijalankan. Isyarat tersebut merupakan bunyi loceng panjang secara tiga kali atau bertalu-talu. 1 1.1 Semua penghuni bangunan diwajibkan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan yang telah dinyatakan seperti berikut: 1.1.1 Pastikan semua bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu ditutup rapat sebelum ditinggalkan. 1.1.2 Padamkan semua suis lampu dan kipas 1.1.3 Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang penting sahaja (wang, barang kemas dan sebagainya yang senang dibawa) 1.1.4 Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap dan pantas. 1.1.5 Semua penghuni dikehendaki berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan seperti pelan kecemasan yang dilampirkan. 1.1.6 Jangan berkeliaran di bangunan Kecuali petugas khas yang dipertanggungjawabkan berbuat demikian. 1.1.7 Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 2 Tugas Murid 2.1 Masukkan kerusi di bawah meja. 2.2 Tidak dibenarkan membawa beg. 2.3 Matikan suis lampu dan kipas. 2.4 Beratur di luar bilik darjah dan berjalan secara pantas (Jangan Berlari) dalam barisan ke tempat berkumpul dengan senyap dan pantas. 2.5 Beratur mengikut tahun di tempat berkumpul seperti kedudukan semasa perhimpunan.


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 3 Tugas Guru Dalam Bilik Darjah 3.1 Membantu guru/guru kelas mengatur perjalanan murid ke tempat berkumpul. 3.2 Memastikan semua suis lampu dan kipas ditutup. 3.3 Memastikan pintu bilik darjah ditutup.


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 4 Tugas Guru Di Makmal Sains/Bengkel RBT 4.1 Menamatkan eksperimen/kerja pertukangan dengan serta merta dan tenangkan murid-murid. 4.2 Padamkan semua api, matikan semua suis kipas serta tanggalkan plug dari soket. 4.3 Arahkan semua murid untuk memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar yang telah ditetapkan dengan senyap dan pantas. 4.4 Tutup tingkap dan pintu dengan rapat sebelum meninggalkan bangunan (sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat sedemikian)


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN Guru Di Pusat Sumber, Pengguna Perpustakaan, Makmal Komputer Dan Bilik Khas 5 5.1 Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal. 5.2 Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug peralatan dari soket yang berkenaan. 5.3 Arahkan semua murid untuk memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar yang telah ditetapkan dengan senyap dan pantas. 5.4 Tutup tingkap dan pintu dengan rapat sebelum meninggalkan bangunan (sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat sedemikian)


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 6 Semua Guru 6.1 Memastikan tiada murid yang tercicir dalam Kumpulan atau merayau-rayau. 6.2 Memastikan keselamatan murid terjamin ketikan di tempat berkumpul. 7 Pejabat/Kakitangan Pejabat 7.1 Menutup semua tingkap. 7.2 Mengunci laci dan rak dengan kemas. 7.3 Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug perlatan dari soket. 7.4 Meninggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. 7.5 Pastikan pintu pejabat ditutup dan dikunci (sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian)


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 8 Bilik Pekerja 8.1 Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. 8.2 Ketua pekerja perlu memastikan bahawa semua suis lampu dan kipas sudah dimatikan 8.3 Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan. 9 Kantin 9.1 Memberhentikan kerja memasak dan menjual dengan serta-merta. 9.2 Arahkan semua pelanggan berhenti makan dan berjalan ke tempat berkumpul mengikut laluan yang telah ditetapkan. 9.3 Ketua kantin perlu memastikan semua suis lampu, kipas, peti sejuk dan peralatan dimatikan serta mencabut plug dari soket. 9.4 Pastikan semua makanan ditutup dan menutup semua tingkap dan kunci dengan segera sebelum meninggalkan bangunan.


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 10 Ketua Peronda/Peronda Yang Dilantik 10.1 Melakukan rondaan ke setiap bangunan/ kawasan sekolah dan membuat laporan. 11 Orang Yang Menghubungi Bomba 11.1Merupakan orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau guru besar)


PELAN LALUAN KECEMASAN SK DESA TASIK


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik Sekian, Terima Kasih JAWATANKUASA KESELAMATAN & BENCANA SK DESA TASIK


Click to View FlipBook Version