The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ms. Denensse J.Luyoh, 2023-04-23 08:16:59

BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH (1)

BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH

Keywords: peraturan,disiplin

BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH SK KELURU TENGAH, BEKENU Nama : _____________ Kelas : _____________


PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin di Sekolah Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah,(School Rules)yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – LampiranC Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberitauladan budi pekertidan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.


ISI KANDUNGAN UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Rukun Negara........................................................................................................................................ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ....................................................................................................... Misi Sekolah.......................................................................................................................................... Visi Sekolah .......................................................................................................................................... Ikrar Pelajar.......................................................................................................................................... Disiplin.................................................................................................................................................. a. Definisi Disiplin ............................................................................................................................... b. Matlamat Disiplin ........................................................................................................................... c. Prinsip-prinsip Asas Disiplin ............................................................................................................ Etika Pelajar ........................................................................................................................................ a.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri .................................................................................. b.Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga .................................................................................... c.Tanggungjawab pelajar terhadap rakan ......................................................................................... d.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah ...................................................................................... e.Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat ................................................................................ f.Tanggungjawab pelajar terhadap agama ........................................................................................ g.Tanggungjawab pelajar terhadap negara ....................................................................................... Penguatkuasa Peraturan ..................................................................................................................... Panduan Peraturan Sekolah ............................................................................................................... Keselamatan ....................................................................................................................................... Tidak hadir ke sekolah dan kelas ........................................................................................................ Ketua Murid dan Pengawas ................................................................................................................ Waktu Persekolahan ............................................................................................................................ Latihan Kebakaran dan Kecemasan .................................................................................................... Kerosakan Harta Benda Sekolah ......................................................................................................... Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum) .................................................................................. Kategori Kesalahan -Kesalahan Ringan .............................................................................................. Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas ......................................................................................................... Pengakuan Setia Pelajar .................................................................................................................... Pengakuan Ibu Bapa/ Penjaga ........................................................................................................... 1 2 3 4 5 5 6 11 12 13 13 13 14 14 14 19 20 20 1 1 1 3 3 3 4 4 4 4 5 5


RUKUN NEGARA UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. MISI SEKOLAH "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" VISI SEKOLAH "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" 1


IKRAR PELAJAR UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH BAHAWA KAMI, murid-murid SK Keluru Tengah berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang masa. Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara 2


DISIPLIN UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” A. DEFINISI DISIPLIN B. MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplindiri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN keadilan dan layanansama rata pertimbangan minat dan keperluan pelajar kebebasan – tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan negara Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : 3


ETIKA PELAJAR UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental. Bersopan santun, jujur dan amanah. Menghargai masa dan menepatimasa Berjimat cermat Bersifat sederhana dan tidak sombong Sabar dan bertolak ansur Menghormati hak asasi oranglain Berani dan cekal hati Bersikap dedikasi Bersifat berdikari Bersifat rajin dan berusaha 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral Menjaga nama baik sekolah 1. 2. 3. 4. C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan Menghormati rakan Tolong menolong antararakan 1. 2. D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah Menghormatiguru-guru Belajar dengan bersungguh-sungguh Menaikkan imej sekolah Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi Bekerjasama di antara satu sama lain Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 4


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Tolong menolong dan bekerjasama Menghormati orang-orang yang lebih tua Boleh bertolak ansur Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain Bersifat sederhana dan tidak sombong Rasa kesefahaman dan sabar Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama Taat kepada perintah Allah (Tuhan) Mempertahankan kesucian agama Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari 1. 2. 3. G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara Mematuhi undang-undang Mengamalkan konsep Rukun Negara Menjaga kemudahan-kemudahan awam Menjaga dan menaikkan imej negara 1. 2. 3. 4. 5. PENGUATKUASA PERATURAN Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturanperaturan sekolah. 1. 5


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH PANDUAN PERATURAN SEKOLAH 1. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 1. 2. 1.1.1 Baju (a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja. (b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. (c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. (d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI 1.1.2 Seluar (a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna biru tua . (b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang. (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. 1.1.3 Kasut dan stoking (a) Semua pelajar berkasut kanvas putih atau hitam/kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat. (b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. (c) Jika berstokin, hendaklan stoking putih/hitam sahaja dibenarkan. 1.1.4 Tanda Nama (a) Semua pelajar dikehendaki memakai tanda nama sepanjang masa. (b) Tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas poket atau di dada sebelah kiri baju. (c) Tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 6


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH 1.1.5 Tali Pinggang (a) Tali pingganyang dibenarkan ialayang berukuran 3cm berwarna gelap atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas. (b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak. (c)Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali. 1.1.6 Barang Kemas / Perhiasan a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah. 1.2.1 Baju kurung a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru gelap. b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai . 1.2.2 Tudung a) Setiap pelajar diwajibkan memakai tudung berwarna putih tanpa berenda, bersulam atau berfesyen. b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung. c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis. (d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung. PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN 1.2.3 Kasut dan stoking a) Sama seperti 1.1.3 1.2.4 Tanda nama a) Sama seperti 1.1.4 1.2.5 Barang kemas / perhiasan a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan. 7


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH a) Baju berwarna putih, vest merah tua dan seluar berwarna biru tua bagi lelaki. b) Baju kurung berwarna putih, vest merah tua, kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tudung berwarna biru tua bagi pengawas perempuan . c) Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam. Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di sekolah. Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai. 1.4 PAKAIAN PENGAWAS Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar. 1.5 BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA 1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek. 1.5.2 Pendidikan Jasmani Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua. Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih. 1. 2. 1.5.3 Latihan Sukan dan Permainan Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua. Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih. 1. 2. 1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 1. 8


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk. Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah) 1. 2. 2.0 PENGAWAS 2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI 3.0 PERHIMPUNAN Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi. Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan. Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan. Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat 1. 2. 3. 4. 4.0 KEBERSIHAN DIRI Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri. Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. Pelajar tidak dibenarkan bersolek. 1. 2. 3. 5.0 KAWASAN SEKOLAH Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas. Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah memaklumkan kepada guru kelas. Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar atau penolong kanan dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 9


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua kelas. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 1. 2. 3. 4. 6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 7.0 KEBERSIHAN Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. 1. 2. 3. 7.1 TONG SAMPAH Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi. 1. 2. 3. 4. 7.2 BILIK DARJAH Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 1. 2. 3. 7.3 TANDAS Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997 10


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas. Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke manamana tempat. 1. 2. 3. 8.0 KESELAMATAN 8.1 Beratur Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002 8.2 Waktu balik Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan. Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 8.3 Bilik-bilik khas Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bilik buku teks dan pusat sumber tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. 1. 2. 3. 4. 8.4 Pelawat Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan. Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 1. 2. 3. 4. 5. 11


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut. Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut. Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Guru Besar atau Penolong Kanan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 9.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS 10.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar dengan kerjasama guru-guru. Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. Sifat-sifat Kelayakan: bertanggungjawab dengan sepenuhnya berwibawa dan bekerjasama rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan jujur dan berakal menepati masa 1. 2. 3. 4. 5. Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. Lain-lain kelayakan : 12


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, bilik Pendidikan Jasmani, bilik buku teks supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. 1. 2. 3. 4. 10.1 Tugas-tugas pengawas 11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN Waktu mula persekolahan : 7.30 pagi Waktu rehat : 10.00 pagi -10.20 pagi Waktu balik : Tahap 1 Jam 1220 (Isnin - Khamis) Tahap 2 Jam 1250 (Isnin, Selasa, Khamis) Tahap 1 Jam 1220 (Rabu) , Tahap 1 & 2 Jam 1120 (Jumaat) 12.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain. Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ. Guru Kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelas. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 13


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik Tandas hendaklah diguna dengan betul Cermin tingkap jangan dipecahkan Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir Alatan pendidikan jasmani, sumber, Muzik, Seni dan Sains hendaklah digunakan dengan baik. 1. 13.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 14.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) Setiap pelajar diwajibkan menyertai : satu pasukan berunifom satu persatuan/kelab atau lebih satu kegiatan sukan /permainan atau lebih. Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai. Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 1. 2. 3. 4. 5. 15.0 KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN RINGAN Menyimpan misai, janggut dan jambang. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 14


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH 8. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel. 9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 10. Makan dan minum di dalam bilik darjah. 11. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 14. Lewat ke sekolah. 15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 20. Mengganggu kawan. 21. Mengganggu guru. 22. Lewat masuk kelas. 23. Mengotorkan kelas. 24. Tidak duduk setempat. 25. Berada dalam kawasan larangan. 26. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 27. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.. 28. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 29. Membuang sampah merata-rata. 30. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 31. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 32. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 33. Memakai cermin mata berfesyen. 34. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah . 35. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar 36. Membawa telefon bimbit. 15


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. Menconteng pada harga benda sekolah. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. KESALAHAN SEDERHANA KESALAHAN BERAT Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. Memeras ugut guru / pengawas / murid. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. Mencabul kehormatan guru / murid. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. Mengintai murid lelaki / perempuan. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 16


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH 22. Membawa atau menggukanan bahan letupan. 23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu: TINGKAH LAKU JENAYAH Mendera dan mencederakan. Bertindak ganas dan mencederakan. Memeras ugut. Bergaduh. Mencuri. Menipu atau memperdayakan. Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar. Menyalahgunakan dadah. Khalwat. Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. Menyertai kumpulan kongsi gelap. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 17


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH TINGKAHLAKU LUCAH Mencarut. Berdua-duaan. Becumbu-cumbuan. Melihat / membaca bahan lucah. Melukis / menujlis bahan lucah. Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. Besubahat dalam perbuatan sumbang. Berpakaian tidak senonoh. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL Tidak mahu bergaul. Merosakkan hartabenda individu / sekolah. Membuat bising. Menjerit-jerit tidak tentu pasal. Mengganggu orang lain. Menulis dan menconteng bangunan. Membuang sampah merata-rata. Mendendam / hasad dengki / cemburu. Memaki hamun. Sombong, bongkak dan biadap. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR Meniru dalam ujian dan peperiksaan. Meniru tandatangan orang lain. Bercakap bohong. Mengubah markah yang dicatat oleh guru. Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. Menganiaya sesama rakan. Tidak amanah. Mengampu. Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. Mengambil barang orang lain tanpa izin. Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. Berdolak-dalik. Membuat kerja tanpa keikhlisan diri. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 18


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN Berbahasa kasar. Tidak menghormati guru. Menghisap rokok. Berambut panjang. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Lalai dan cuai terhadap pelajaran. Mempermain / memperlekehkan guru. Selalu lewat. Suka bertengkar. Pakaian tidak sesuai. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil. 12/1978 SPI Bil. 14/1976 SPI Bil. 3/1983 SPI Bil. 8/1985 SPI Bil. 3/1992 SPI Bil. 6/1993 SPI Bil. 2/1993 SPI Bil. 9/1975 Pakaian Seragam : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. SPI Bil. 2/1982 SPI Bil. 6/1998 Kesihatan Murid : 1. 2. SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah : 1. SPI Bil. 8/1988 SPI Bil. 8/1999 SPI Bil. 7/2000 Keselamatan : 1. 2. 3. SPI Bil. 4/1989 SPI Bil. 1/1996 Kesihatan : 1. 2. SPI Bil. 6/1995 Ponteng : 1. SPI Bil. 4/2002 Sekolah Selamat : 1. SPI Bil. 7/2003 Kuasa Merotan : 1. SPI Bil. 9/1975 Disiplin/Peraturan Sekolah: 1. SPI Bil. 13/2007 Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan : 1. SPI Bil. 1/2006 Larangan Membawa Telefon Bimbit : 1. SPI Bil. 2/1976 Potongan Rambut Murid : 1. SPI Bil. 4/1997 Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok : 1. SPI Bil. 8/1968 SPI Bil. 6/1968 SPI Bil. 11/1972 SPI Bil. 9/1975 Peraturan Tatatertib : 1. 2. 3. 4. Penyalahgunaan Dadah : SPI Bil. 7/1975 SPI Bil. 1/1983 Kempen Anti Merokok : 1. SPI Bil. 8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa : 1. SPI Bil. 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah : 1. 19


UNIT HAL EHWAL MURID SK KELURU TENGAH PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya ____________________________________________ murid SK KELURU TENGAH telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturanperaturan tersebut. Tandatangan murid, ------------------------- ( ) PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya _______________________________ ibu bapa / penjaga murid yang bernama __________________________________________ yang belajar di SK KELURU TENGAH telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga _________________________ ( ) 20


Click to View FlipBook Version