The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mayu880924, 2024-04-21 05:34:19

Dasar Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan

KKM

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia Adalah menjadi dasar, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerja dan pelanggan berada di dalam persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melalui rundingan dan kerjasama berterusan. DASAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberi keutamaan yang seimbang dengan pencapaian dan produktiviti organisasi. Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat kerja yang sihat, selesa dan selamat dengan mengambil kira kehendak undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan dan tata amalan yang diluluskan. Menggalakkan penyertaan anggota dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Menekankan usaha berterusan untuk mencegah pendedahan kepada hazard dan mengurangkan risiko kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Memastikan aktiviti pencegahan penyakit tidak berjangkit dilaksanakan dalam kalangan anggotaanggota Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengutamakan dan menambah baik aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua projek, operasi dan pembelian. Memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Melaporkan dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang boleh dan telah menyebabkan kecederaan atau penyakit-penyakit pekerjaan. Memastikan semua anggota mendapat rawatan dan tindak susul yang sepatutnya bagi kemalangan dan penyakit pekerjaan yang dialami termasuk rehabilitasi dan penilaian ketidakupayaan. Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan diri. Memastikan semua kontraktor yang menjalankan kerja sentiasa mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan. Dan Mengkaji semula dasar ini dari semasa ke semasa. Kementerian Kesihatan Malaysia yakin kecemerlangan dan kejayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat dalam kalangan pekerjanya. DATO' SRI NORAZMAN AYOB b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia 25 Julai 2023


Langkah- Langkah Keselamatan Dan Larangan Jika Terperangkap Di Dalam Lif (1)Jangan cemas. Harap bertenang (2) Tekan loceng kecemasan dan tunggu sehingga bantuan tiba (3) DILARANG MEMBUKA LIF SECARA PAKSA (4) Sila hubungi pihak bomba jika nombor tertera tidak dapat dihubungi Terima Kasih 03-92365311/03-92365225


Click to View FlipBook Version