MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA MAJLIS KAUNSELOR PERINGKAT ZON KEDAH DAN PERLIS
BIL.1 TAHUN 2020
Tarikh : 13 Januari 2020 | Isnin
Masa : 0900 - 1350
Tempat : Bilik Mesyuarat Perdana Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
Pengerusi : Ruzaina binti Ahmad @ Abdul Razak
Kehadiran : 23 Orang
Hadir :
BIL NAMA KAUNSELOR JAWATAN INSTITUSI
1 Ruzaina binti Ahmad @ Abdul Pengerusi KV Sg. Petani 2
Razak KV Alor Setar
Timbalan Pengerusi SMT Alor Setar
2 Wan Hasbullah bin Wan Ibrahim Setiausaha KV Arau
Timbalan Setiausaha KV Sg. Petani 2
3 Mariham binti Aziz Bendahari KV Sg. Petani 1
KV Alor Setar
4 Nor Hazwani binti Othman Timbalan Bendahari KV Sg. Petani 1
KV Arau
5 Noraini binti Mohamed Noor Ketua Biro Latihan KV Sg. Petani 2
Ketua Biro Program KV Langkawi
6 Mohamed Noor Azeem bin Ketua Biro Kebajikan KV Langkawi
Rahim Ketua Biro Penajaan KV Langkawi
Ketua Biro Multimedia KV Arau
7 Mastura binti Nordin Biro Latihan KV Kangar
Biro Latihan KV Kangar
8 Janagi A/P Muniandy Biro Program KV Alor Setar
Biro Program KV Sg. Petani 1
9 Haslinda binti Khairudin Biro Kebajikan KV Kulim
Biro Kebajikan KV Kulim
10 Syed Azali bin Tn. Hazam Biro Penajaan SMT Alor Setar
Biro Penajaan
11 Norkhalilah binti Abd Razak KV Arau
Biro Multimedia
12 Nur Fatin Hanani binti Shahimi SMT Alor Setar
Biro Multimedia
13 Nur Fasihah binti Roslan
14 Noor Nadia binti Hamid
15 Asmadi bin Abdan
16 Nurul Hanisah binti Zulkifli
17 Basri bin Mahmood
18 Mohd Fauzi bin Abd. Razak
19 Nur ’Ashikin binti Ahmad
20 Halimaton Sadiah binti Mohd
Rosli
21 Mohd Faruhi bin Johari
Hadir Bersama : Pengarah,
1 Mohd Jelani bin Yaacob Merangkap Pengerusi Majlis
Pengarah/Pengetua Kolej
2 Salmi binti Rafie Vokasional/Sekolah Menengah
Teknik Zon Kedah/Perlis.
Pengetua
1
Tidak Hadir : Biro Penajaan KV Kangar
1 Siti Fauziah binti Yahaya Biro Latihan KV Kulim
2 Muhamad Zambri bin Zainol
Setiausaha : Mariham binti Aziz
2
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PUAN SALMI BINTI RAFIE, PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran Encik Jalani bin Yaacob, Pengarah
Kolej Vokasional Arau merangkap Pengerusi Majlis Pengarah/Pengetua
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon Kedah/Perlis dan
semua kaunselor.
MAKLUMAN
1.2 Mesyuarat dapat dijalankan dengan baik dan mengharapkan semua
kaunselor terus memainkan peranan sebagai agen utama perubahan dan
kemenjadian murid di institusi masing-masing.
MAKLUMAN
2.0 UCAPAN OLEH ENCIK JALANI BIN YAACOB, PENGARAH KOLEJ
VOKASIONAL ARAU MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS
PENGARAH/PENGETUA KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK ZON KEDAH/PERLIS
2.1 Sesi temuduga perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bagi mencapai Key
Performance Indicator (KPI) agar setiap kursus dipenuhi.
MAKLUMAN
2.2 Kaunselor perlu membimbing murid secara berterusan terutama murid
yang menghadapi masalah akademik dan disiplin.
MAKLUMAN
2.3 Kaunselor perlu bergerak lebih aktif dalam mendepani isu murid
berpindah ke sekolah lama.
MAKLUMAN
2.4 Kebolehpasaran kemahiran murid di pasaran kerja merupakan cabaran
dalam menentukan kemenjadian murid lepasan kolej berkerjaya dalam
kursus yang dipelajari.
MAKLUMAN
2.5 Etika dan personaliti kaunselor senantiasa ditambahbaik untuk
peningkatan profesionalisma.
MAKLUMAN
2.6 Setiap kolej vokasional perlu ada kemudahan One Stop Centre.
MAKLUMAN
2.7 Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan
akan bergabung dengan Unit Pakaian Seragam yang akan diadakan di
Melaka.
MAKLUMAN
3
2.8 Kolej vokasional dan sekolah menengah teknik perlu memastikan
penglibatan murid di dalam Program Malaysia Future Leaders School
merupakan program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysian dan
Kementerian Belia dan Sukan.
MAKLUMAN
2.9 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal ditingkatkan untuk membantu
rakan sekerja dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
MAKLUMAN
2.10 Penjawat Awam tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral
di media sosial.
MAKLUMAN
3.0 PERUTUSAN PENGERUSI
3.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.
MAKLUMAN
3.2 Mesyuarat mengambil maklum tentang isu kebolehpasaran murid kolej
vokasional 95%.
MAKLUMAN
4.0 JAWATANKUASA MAJLIS KAUNSELOR KOLEJ VOKASIONAL/SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK ZON KEDAH/PERLIS TAHUN 2020-2022
4.1 Mesyuarat mengambil maklum perlantikan jawatankuasa baru tahun
2020 dan diharapkan mampu bergerak dengan lebif aktif dan efisyen.
MAKLUMAN
5.0 LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2019
4.1 Pengerusi membentangkan laporan kewangan berakhir 31 Disember
2019 berbaki Ringgit Malaysia Satu Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh
Lima (RM1795.00) sahaja dan diserahkan kepada Bendahari Tahun
2020.
MAKLUMAN
6.0 DAFTAR ONLINE CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD)
6.1 Kaunselor digalakkan untuk menambah mata CPD dengan melayari
laman web rasmi : lembagakaunselor.gov.my
MAKLUMAN
7.0 KEBERHASILAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PBPPP) DAN PENGURUSAN KAUNSELING (E2pk)
7.1 Keberhasilan PBPPP berdasarkan kepada 05 bidang yang merangkumi
12 item.
MAKLUMAN
7.2 E2pk-Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling melibatkan 05 teras.
MAKLUMAN
4
7.3 Mesyuarat mengambil maklum tentang perkara berikut :
7.3.1 Fail Meja
7.3.2 Keberhasilan PBPPP
7.3.3 Sistem Fail
7.3.4 Bahan Pemantauan/Penyeliaan
7.3.5 Sistem Kaunseling E2pk
MAKLUMAN
8.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL/SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK ZON KEDAH PERLIS 2020
8.1 Tajuk : Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej
Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon Kedah/Perlis
Tahun 2020.
MAKLUMAN
8.2 Dibentangkan oleh Puan Ruzaina binti Abdul Razak dari Kolej
Vokasional Sungai Petani 2.
MAKLUMAN
8.3 Tujuan utama adalah untuk menyelaras tugas dan peranan MPP agar
lebih berketrampilan dan berimpak.
MAKLUMAN
8.4 Mesyuarat memutuskan :
8.4.1 Tarikh Progam adalah pada 04-06 Februari 2020 | Selasa-
Khamis
MAKLUMAN
8.4.2 Tempat : Kem Wawasan Negara, Kaki Bukit, Perlis.
MAKLUMAN
8.4.3 Kos untuk setiap KV/SMT adalah Ringgit Malaysia Satu Ribu dan
Lapan Ratus Sahaja (RM1800.00).
MAKLUMAN
8.4.4 Pengesahan saiz T-Shirt untuk peserta dan urusetia pada
14.01.2020 sebelum jam 2.00 petang.
MAKLUMAN
8.4.5 Aktiviti murid sepanjang kem berlangsung tidak melibatkan baju
koperat rasmi KV/SMT.
MAKLUMAN
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Kemenjadian graduan daripada KV/SMT boleh dibuktikan melalui
Success Story yang didokumentasikan melalui wall of fame.
MAKLUMAN
5
9.2 Bilik bimbingan dan kaunseling hendaklah kondusif, teraputik dan
berimpak tinggi.
MAKLUMAN
9.3 Mengaktifkan aktiviti yang melibatkan penghargaan dan pengiktirafan
yang mampu meninggalkan kesan yang baik terhadap self-esteem warga
KV/SMT.
MAKLUMAN
9.4 Program yang dijalankan berdasarkan Analisis Soal Selidik Keperluan
Murid.
MAKLUMAN
9.5 Surat makluman dan pengesahan daripada pengarah/pengetua untuk
Rancangan Tahunan 2020 dan Laporan Program 2019 hendaklah
dihantar kepada Encik Khairi bin Zakaria, Bahagian Pendidikan dan
Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.
MAKLUMAN
10.0 PENUTUP
10.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kiffarah
dan Surah Al-Asr.
MAKLUMAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
(MARIHAM BINTI AZIZ) (RUZAINA BINTI ABDUL RAZAK)
Setiausaha, Pengerusi,
Majlis Kaunselor KV/SMT Zon Kedah/Perlis. Majlis Kaunselor KV/SMT Zon Kedah/Perlis
6