The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanqushairi04, 2022-05-25 12:00:06

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dr Mahfuzah Mohammed Zabidi

• MUHAMMAD AIMAN QUSYAIRI BIN MUZAL 2021821662
• MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN BAHARUDDIN 2021833452
• MUHAMMAD HADI BIN AZLEE 2021856922
• MUHAMMAD AZHAD HAZIQ BIN HAMLY YADY 2021852226

PENGENALAN

Menurut Wikipedia, alam sekitar merupakan segala benda bukan hidup dan benda
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian
daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama antaranya ialah unit
landskap sebagai system semula jadi tanpa adanya penglibatan manusia, termasuklah
haiwan, batu-bata, tumbuhan dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai umat manusia
atau khalifah di muka bumi ini hendaklah sentiasa menjaga alam sekitar supaya
kecantikan dan keindahannya dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.
Akan tetapi, selepas melakukan penyelidikan dan mengenal pasti masalah-masalah
yang wujud, kumpulan kami yang terdiri dari empat orang telah mendapati bahawa
alam
sekitar
yang kita
diami
adalah
semakin
merosot.
Hal ini
terjadi
kerana

disebabkan sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab yang datang dari manusia-
manusia yang tidak memikirkan kesan-kesan buruk yang akan mendatang pada bumi
kita ini. Disebabkan itu, timbullah pelbagai persoalan yang ligat berputar dalam kotak
fikiran kita tentang cara-cara pemulihan alam sekitar dan punca-punca berlakunya
keburukan pemandangan alam sekitar kita.Persoalannya, apakah masalah-masalah
lain yang menjadi punca keadaan alam sekitar kita semakin merosot? Andai kata kita
tidak menangani isu ini, apakah yang akan terjadi kepada benda yang hidup dan bukan
hidup ini? Segala persoalan ini akan dihurai secara lebih mendalam dalam
perbincangan seterusnya.

ANTARA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

• PEMBAKARAN HUTAN
• PEMBUANGAN SAMAPAH MERATA-RATA
• PEMBUANGAN SISA TOKSIK KE SUNGAI
• PEMBALAKAN HARAM

KENAL PASTI MASALAH

Pencemaran alam sekitar ini berlaku
disebabkan sikap segelintir masyarakat yang
hanya mementingkan diri sendiri dan tidak
mengambil kira keburukan atau akibat daripada
perbuatan mereka dapat memberikan kesan
yang buruk terhadap Kawasan sekliling. Selain
itu, pembuangan sisa toksik atau sisa industri
ke dalam sungai mengakibatkan populasi
hidupan akuatik semakin terjejas dari hari ke
hari.
Kerajaan juga pada masa kini, perlu
mengenakan -tindakan udang-undang yang
berat kepada pesalah laku yang ditangkap membuat perkara yang boleh merosakkan alam sekitar. Hal ini
bertujuan untuk memberikan peringatan kepada seluruh masyarakat bahawa alam sekitar adalah sesuatu
yang amat penting bagi menjamin kesejehteraan hidup.

Penjagaan hutan juga amat penting, hutan menjadi rumah kepada pelbagai habitat. Sekiranya
hutan ditebang dengan tidak terkawal, perkara ini boleh menyebabkan banyak haiwan hilang
tempat perlindungan, tempat mencari sumber makanan dan sebagainya. Jika perkara ini dibiarkan
berlarutan, saya risau Kawasan manusia akan diancam oleh kamasukan haiwan-haiwan yang tidak
diingini. Sebagai contoh, beruang, harimau, monyet dan banyak lagi.

ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kini, pencemaran alam sekitar telah menjadi sesuatu perkara yang telah dinormalisasi di khalayak
ramai. Perkara ini perlu dikuwatiri kerana
pencemaran alam sekitar adalah sesuatu
perkara yang boleh menyebabkan
kemusnahan generasi yang akan datang. Hal
ini kerana sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab. Sikap yang tidak
bertanggungjawab ini terjadi apabila
seseorang itu tidak mempunyai pegangan
agama yang kukuh. Islam sering mengingati
kita bahawa kebersihan kepada diri
seseorang itu amatlah penting kerana ia
memupuk sikap berdisiplin dan menunjukkan adab yang baik. Ahli filosofi yang terkenal iaitu
Hippocrates pernah berkata,“Kesihatan adalah anugerah manusia yang perlu dihargai”. Selain itu,
pencemaran berlaku adalah disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang amat lemah. Makin
hari, peranan pihak berkuasa sering dipandang endah dan pemantauan yang tidak konsisten telah
menyebabkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab mengendahkan undang-undang yang telah
dilaksanakan. Perkara ini mungkin berlaku akibat daripada tekanan ekonomi yang dihadapi dan
individu yang tidak bertanggungjawab menawarkan wang haram
untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang
seperti rasuah. Seterusnya, penggunaan sumber alam sekitar
yang mencemarkan alam sekitar seperti diesel dan bahan
bakar lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang
bergantung pada bahan bakar petrol dan diesel menyumbang
kepada pencemaran. Gas-gas yang dilepaskan di udara oleh
kenderaan seperti kereta, motosikal, bus secara berlebihan telah
menyebabkan kualit kebersihan udara mencapai tahap yang membimbangkan. Kita boleh melihat
negara-negara yang maju menghandali perkara seperti di Norway yang menggalakkan penggunaan
kereta berkuasa elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui. Mereka juga

memberikan pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersbut
sekaligus menggurangkan pelepasan gas -gas yang merbahaya. Maka, pendekatan teknologi dan
system yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat Bersama-sama mencegah pencemaran
ini daripada menjadi lebih berleluasa. Jadi, pelbagai punca dapat kita rangkumi. Pelbagai pihak
perlulah berganding bahu meningkatkan tahap kesedaran sivik sekeliling tentang pentingnya
pemeliharaan alam sekitar. JIka setiap pihak mengambil langkah yang betul, sudah pasti kemelut ini
dapat diatasi dengan jayanya. Semoga mereka dapat merasai keindahan alam sekitar yang sebenar.

CARA MENANGANI

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan , pihak swasta dan masyarakat di Malaysia untuk
menangani isu pencemaran alam sekitar.Usaha yang telah dilakukan telah mendatangkan hasil tetapi
hasilnya tidaklah berkesan seperti yang diharapkan bak kata pepatah indah khabar dari rupa.Hal ini
dikatakan demikian kerana , mempunyai banyak kelemahan dan kekangan bagi mengelakkan isu
pencemaran alam sekitar ini daripada terus berleluasa.Oleh hal yang demikian,pihak kerajaan , pihak
swasta serta masyarakat di Malaysia perlu bersatu padu bagai aur dengan tebing menambahbaik usaha-
usaha untuk mengatasi pencemaran ini menjadi lebih teruk pada masa hadapan.Terdapat banyak cara
yang boleh dilakukan untuk menambahbaik usaha-usaha tersebut.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk menambahbaik usaha-usaha dalam mengatasi isu pencemaran
alam sekitar adalah dengan menghijaukan balik kawasan yang botak disebabkan penebangan hutan
secara haram oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan
serta pokok kayu-kayan perlu dilakukan untuk menghijaukan balik sesuatu kawasan tersebut.Hal ini
bukan sahaja dapat menghijaukan sesuatu kawasan tersebut malah dapat mengutip hasil buah pada
masa hadapan dan dapat dijual atau diimport keluar dari Malaysia untuk menambahkan hasil
pendapatan negara.Selain itu,kandungan karbon dioksida dalam udara juga dapat dikurangkan dan dapat
meningkatkan kandungan gas oksigen di udara.Sebagai contoh,pokok-pokok seperti durian,mata kucing
dan pokok cempedak serta pokok meranti boleh dijadikan sebagai pokok yang ditanam di tanah terbuka
tersebut.

Selain itu ,pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang bagi mengatasi pencemaran alam
sekitar.Pihak kerajan perlu menghukum individu atau organisasi yang telah melakukan pencemaran alam
sekitar secara terang-terangan.Pihak berkuasa seperti Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak
berkenaan.Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh
mereka.Hal ini dikatakan demikian kerana,apabila hukuman yang dikenakan keras dan berat , ini dapat
menimbulkan rasa takut dalam diri seseorang individu tersebut untuk tidak melakukan pencemaran alam
sekitar bak kata pepatah melayu sebelum nasi menjadi bubur.

Seterusnya,pihak sekolah perlu melakukan pendidikan alam sekitar kepada murid sekolah sejak kecil lagi bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Hal ini dikatakan demikian kerana,ia dapat membentuk
sikap positif dalam diri murid dan menjadikan mereka lebih memahami perihal pencemaran alam sekitar.Dengan
adanya ilmu pengetahuan yang mendalam tentang alam sekitar sejak kecil lagi , mereka akan lebih menghargai
alam sekitar.Selain itu,pihak sekolah juga boleh melakukan kempen kesedaran .Hal ini dikatakan demikian
kerana,kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang efektif yang penting bagi mengurankan
pencemaran alam sekitar.Oleh itu,pihak sekolah boleh melakukan kempen-kempen seperti kempen Cintailah
Sungai Kita,kempen Kitar Semula,kempen Sayangi Hutan Kita.Kempen-kempen ini dapat memberikan kesedaran

tentang alam sekitar dan kepentingannya dalam diri murid-murid.

KESIMPULAN

Perbincangan ini telah sampai ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam alam sekitar atau flora
fauna hendaklah dijaga keindahannya oleh kita iaitu manusia yang mampu berfikir dengan
warasnya bagaimana menggunakan manfaat alam sekitar tanpa merosotkan keadaannya. Oleh itu,
demi memastikan keadaan alam sekitar tidak dicemari dengan tangan kotor para-para manusia
yang tidak bertanggungjawab ini kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang seperti
menghadkan pembinaan kilang-kilang yang dibina berdekatan sungai agar pencemaran sungai
dapat diminimumkan apabila setiap kali industri perkilangan beroperasi. Selain itu, kita sebagai
manusia yang sentiasa menjaga kebersihan mestilah bijak dalam membuang sampah seperti
mengasingkan kategori-kategori sampah yang boleh dikitar semula dan tidak bole dikitar semula
bagi mengurangkan pembaziran penggunaan alam sekitar seperti kertas dan kayu yang diperolehi
dari pokok. Manusia yang berkembang baik akan sentiasa berusaha menjadi tulang belakang dalam
memastikan keadaan sekitarnya dalam keadaan indah dan harmoni.Oleh itu, marilah kita memikul
tanggungjawab bersama-sama untuk memastikan suasana alam sekitar dalam keadaan tenteram
tidak kira di mana jua kita berada supaya generasi yang akan datang juga dapat menikmati niah
indahnya alam kita ini


Click to View FlipBook Version