The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9675098, 2024-06-24 08:33:13

TEKS UCAPAN PERASMIAN SUKSES 2024

TEKS UCAPAN PERASMIAN SUKSES 2024

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SUKSES MADANI 3.0 PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2024 25-26 JUN 2024 POLITEKNIK KOTA BHARU KELANTAN. Teks Ucapan Perasmian Penutupan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA, DAN SALAM MALAYSIA MADANI. 1. Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izinNYa saya serta hadirin hadirat sekalian dapat berkumpul di Dewan Politeknik ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Karnival Pendidikan Kerjaya SUKSES Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024. 2. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kerja jawatankuasa Program Karnival Pendidikan Kerjaya SUKSES Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan kerana berjaya menganjurkan program ini selama 2 hari bermula 25 - 26 Jun 2024. 3. Program SUKSES ini mendapat kerjasama bersepadu dari pelbagai pihak melalui permuafakatan dan kerjasama antara KPM, KPT, JPN, Politeknik, MGKK dan Eish Aghnia Global Resources. 4. Program ini sebagai satu medium yang dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menyebar luas maklumatmaklumat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya dalam pelbagai bidang pengkhususan di IPT yang berbeza.


Hadirin yang saya hormati sekalian, 5. Objektif program ini sebagai pusat sehenti(one stop centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM atau setaraf dan STPM atau setaraf diperingkat pengajian program asasi, diploma, ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta sijil dan diploma kemahiran Malaysia di ILK. 6. Objektif seterusnya, program membangkitkan minat pelajar tentang kepentingan maklumat kerjaya dalam menetapkan matlamat dan halatuju hidup. Ia juga dapat membimbing murid mengumpul maklumat kerjaya dalam pelbagai bentuk media. 7. Pendedahan tentang peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran yang terdapat di Universiti Awam dan Universiti Swasta di negara ini. 8. Mengenalpasti bidang-bidang khusus di institusi pengajian tinggi yang bersesuaian dengan cita-cita, minat, keperluan dan pencapaian pelajar. 9. Maklumat yang secukupnya daripada pihak Universiti semasa pameran atau taklimat yang diadakan sebelum mengisi permohonan ke IPT nanti. 10. Menzahirkankan kecaknaan warga pendidik khususnya guru bimbingan dan kaunseling sekolah dalam membimbing para pelajar membuat perancangan kerjaya masa hadapan.


Hadirin yang saya hormati sekalian, 11.Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak JPN Kelantan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SUKSES KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN pada kali ini. Besar harapan kami agar tahun hadapan kita dapat berjumpa lagi dan menjalankan kerjasama seperti hari ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, dengan ini saya merasmikan KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SUKSES KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2024. Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version