MELESTARIKAN POLIMER
MESRA ALAM
KIMIA 47
AKTIVITI 5
Objektif
Menghasilkan bioplastik menggunakan bahan polimer semula jadi.
Latar Belakang
Kesan bahaya penggunaan dan pembuangan bahan polimer sintetik menjadi cabaran yang sangat
besar dalam usaha melestarikan alam sekitar. Isu pencemaran alam hasil daripada pembuangan
polimer sintetik yang tidak terkawal telah menjadi isu sejagat yang tidak boleh diambil mudah.
Maka, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa bagi kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui
Amalan Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam dipilih dalam usaha mencari alternatif baru
bagi menggantikan polimer sintetik. Polimer semula jadi akan dijadikan bahan asas dalam
pembuatan bioplastik. Polimer semula jadi yang digunakan adalah bahan yang mudah diperoleh
dan merupakan bahan mesra alam TH.
Glosari
Amalan Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam - Penggunaan bahan alternatif bagi
plastik atau polisterin.
Biodegradasi – Proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan, kertas,
daun dan sebagainya secara semula jadi oleh mikroorganisma seperti bakteria.
Bioplastik – Plastik yang dibuat daripada bahan semula jadi.
Monomer – Berasal daripada perkataan Yunani mono “satu” dan meros “bahagian”. Monomer
merupakan molekul kecil yang boleh terikat secara kimia dengan monomer lain untuk membentuk
polimer.
Pempolimeran – Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia
untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.
Polimer – Sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) seperti kanji, politena dan
lain-lain yang terdiri daripada molekul kompleks yang terbentuk daripada gabungan unit-unit kecil
(ringkas) yang serupa.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Sintetik – Sesuatu benda yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan iaitu bukan
daripada sumber semula jadi.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
48 KIMIA
Bahan dan Peralatan
i. 15 g Tepung jagung
ii. 100 ml Air
iii. 10 ml Cuka
iv. 10 g Gliserin atau gliserol (boleh didapati di farmasi atau kedai menjual bahan kek)
v. Pewarna makanan
vi. Kerajang aluminium
vii. Bikar 500 ml
viii. Spatula
ix. Penunu bunsen
x. Dawai kasa
xi. Tungku kaki tiga
xii. Penitis (dropper)
Nota
Gliserin berfungsi untuk memberi sifat fleksibel pada plastik yang dihasilkan dan pada masa yang
sama menjadikan plastik tersebut lebih kukuh.
Kaedah
i. Permulaan
• Perhatikan video Bird Island-Plastic Vs Nature:
https://www.youtube.com/watch?v=5s3b2wMf1KY
• Bincang soalan berikut:
o Bagaimanakah masalah ini boleh bermula?
o Daripada video yang ditayangkan, bincangkan kesan penggunaan plastik terhadap
alam sekitar dan hidupan laut.
o Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh meningkatkan kualiti hidup
masyarakat tanpa perlu bergantung kepada polimer sintetik?
o Bagaimanakah TH membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi?
ii. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan dengan enam orang murid dalam setiap kumpulan.
• Pastikan kumpulan anda mempunyai kepelbagaian bangsa dan jantina.
iii. Pelan Projek
• Anda perlu berbincang dan menyenarai pembahagian tugas dalam kalangan ahli
kumpulan.
• Anda perlu berbincang untuk merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan menggunakan TH.
• Anda perlu berbincang untuk merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bioplastik
dengan bimbingan guru.
• Anda perlu berbincang untuk merangka pelan tindakan bagi menguji ketahanan
bioplastik yang menggunakan polimer semula jadi yang berbeza.
• Anda perlu berbincang untuk merangka hipotesis.
• Anda perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.
iv. Tugasan Projek
• Anda perlu berbincang untuk menghasilkan bioplastik dengan menggunakan polimer
semula jadi.
KIMIA 49
• Anda perlu berbincang untuk melakukan ujian ketahanan terhadap bioplastik yang
dihasilkan.
• Anda perlu berbincang untuk membuktikan hipotesis.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Anda perlu berbincang untuk menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format
berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
Anda perlu melakukan pemerhatian seperti :
+ Ketebalan lapisan yang dihasilkan.
+ Proses pengeringan lapisan yang dihasilkan sekurang-kurangnya 2 hari.
+ Tempat pengeringan bukan di tempat yang mempunyai kesan langsung cahaya
matahari (bukan di tepi tingkap).
o Analisis Pemerhatian
+ Ketebalan bagi setiap polimer semula jadi yang digunakan.
+ Ketahanan bagi setiap bioplastik yang dihasilkan daripada polimer semula jadi
yang berbeza.
+ Sifat fizikal bioplastik.
o Kesimpulan
• Setiap ahli di dalam kumpulan perlu mengambil peranan dalam membentangkan
produk yang dihasilkan.
Pemerhatian
i. Perhatikan ketahanan bioplastik yang dihasilkan sama ada mudah rapuh atau tidak.
ii. Perhatikan ketahanan bioplastik yang dihasilkan untuk membawa beban.
iii. Bandingkan bioplastik yang dihasilkan dengan plastik polimer sintetik yang telah ditanam.
iv. Rekodkan pemerhatian dalam jadual.
Soalan Perbincangan
i. Nyatakan sifat fizikal plastik yang terhasil daripada tepung jagung.
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bioplastik berbanding plastik
sintetik?
iii. Bagaimanakah kita boleh mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian
melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan Alternatif untuk Filem
Plastik / Bekas Stirofoam dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa?
iv. Berdasarkan video yang telah ditayangkan, bagaimanakah cara untuk meningkatkan
kesedaran awam terhadap TH dan menggalakkan penggunaan meluas dalam TH untuk
melestarikan alam sekitar?
v. Berdasarkan kualiti dan ciri plastik yang dihasilkan, apakah penambahbaikan yang boleh
dilakukan kepada aktiviti ini? Jelaskan.
50 KIMIA
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat kaitkan dengan aktiviti ini. Kaitkan aktiviti ini
dengan konsep polimer dan TH .
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Penyelia Operasi (Industri Pengeluaran Plastik)
• Usahawan (Industri Pembuatan Produk Plastik)
• Pakar Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Produk
Sumber Rujukan
i. Buku Teks Kimia Tingkatan 4, ms 162- 163
ii. Bird Island-Plastic Vs Nature.
https://www.youtube.com/watch?v=5s3b2wMf1KY
iii. Glycerine in Bioplastic: Do you need it? What are Alternatives? What Is It For?
http://green-plastics.net/posts/433/glycerine-bioplastic-it-alternatives-for/
iv. Make it and Break It: Bioplastic From Plant Starch.(Contoh Kaedah Untuk Menguji
Ketahanan Plastik)
http://csp.umn.edu/wp-content/uploads/2015/03/Starch-to-Plastics-Lab
March_26_2015.pdf
v. Make Your Own Algae Bioplastic.
http://green-plastics.net/posts/39/how-to-make-algae-bioplastic/
vi. Make Your Own Bioplastic.
https://www.youtube.com/watch?v=5M_eDLyfzp8
vii. Malaysia’s Bioplastic Transformation.
http://www.sirim.my/document/Case%20Study/SIRIM%20Bioplastic%20White%20
Paper-v6-highres.pdf
viii. The difference between degradable, biodegradable and Compostable.
http://green-plastics.net/posts/85/the-difference-between-degradable-biodegradable-
and-compostable/
ix. USM Pelopori Kampus Tanpa Plastik.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
KIMIA 51
AKTIVITI 6
Objektif
Menghasilkan penebat mesra alam menggunakan bahan polimer semula jadi.
Latar Belakang
Suhu di dalam rumah boleh diturunkan dengan penggunaan kipas atau penghawa dingin.
Walau bagaimanapun, sifat tidak kalis haba pada struktur bangunan menyebabkan agak sukar
untuk mengekalkan suhu rendah di dalam rumah. Situasi ini mengakibatkan peningkatan kadar
penggunaan tenaga elektrik. Kategori Sampul Bangunan melalui kaedah Penebat bagi Sektor
Bangunanakan diaplikasikan dalam aktiviti ini. Maka, bahan yang diperbuat daripada polimer
semula jadi akan digunakan sebagai bahan penebat bangunan.
Glosari
Monomer – Berasal daripada perkataan Yunani. Mono bermaksud “satu“ dan meros bermaksud
“bahagian“. Monomer merupakan molekul kecil yang boleh terikat secara kimia dengan monomer
lain untuk membentuk polimer.
Pempolimeran – Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia
untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang.
Polimer – Sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) seperti kanji, politena
dan lain-lain yang terdiri daripada molekul kompleks yang terbentuk daripada gabungan unit-unit
kecil (ringkas) yang serupa.
Penebat Haba – Bahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang pemindahan
haba.
Sampul Bangunan – Merupakan komponen bangunan yang mengawal pergerakan tenaga
diantara permukaan luar bangunan dengan permukaan dalam bangunan. Ia memainkan peranan
penting dalam melindungi pengguna dan bangunan itu sendiri. Sebuah sampul bangunan yang
baik mestilah menyeimbangkan suhu, haba termal dan kelembapan pada waktu siang dan malam.
Sektor Bangunan – Mengguna TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
52 KIMIA
Bahan dan Peralatan
i. Botol plastik (500 ml)
ii. Termometer
iii. 500 ml Air
iv. 4 sudu Besar tepung ubi kayu / tepung kanji
v. Sabut kelapa (telah dicarik halus atau dihancurkan menjadi serbuk)
vi. Bikar 500 ml
vii. Ais (Ais perlu dihancurkan sehingga boleh dimasukkan melalui mulut botol)
viii. Spatula
ix. Berus cat kecil
x. Gam UHU
xi. Kapas
xii. Penunu Bunsen
xiii. Tungku kaki tiga
xiv. Dawai kasa
xv. Kerajang aluminium
Nota
Sabut kelapa boleh didapati daripada kedai runcit yang menjual barangan mentah harian atau
kilang yang menjual bahan fertigasi (pertanian).
Kaedah
i. Permulaan
• Bincangkan soalan berikut:
o Pada pendapat anda, bagaimanakah TH dapat diaplikasikan sebagai sumber utama
dalam pembuatan struktur binaan yang dapat bertindak sebagai penebat?
o Bagaimanakah Sektor Bangunan dengan menggunakan kategori Sampul Bangunan
melalui Penebat dapat membantu melestarikan alam sekitar?
o Mengapakah penebat perlu dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mesra
alam?
ii. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk dengan enam orang murid dalam setiap kumpulan.
• Pastikan kumpulan anda mempunyai kepelbagaian bangsa dan jantina.
iii. Pelan Projek
• Anda perlu berbincang dan menyenarai pembahagian tugas dalam kalangan ahli
kumpulan.
• Anda perlu berbincang untuk merangka pelan tindakan bagi menghasilkan penebat dalam
usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan TH.
• Anda perlu berbincang untuk merangka pelan tindakan untuk menguji sifat kalis haba
penebat yang dibina.
• Anda perlu berbincang untuk merangka hipotesis.
• Anda perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.
iv. Tugasan Projek
• Anda perlu berbincang untuk menghasilkan penebat dengan menggunakan bahan
yang disediakan.
KIMIA 53
• Anda juga perlu berbincang kaedah untuk melakukan ujian keberkesanan penebat
dengan membandingkan perubahan suhu air bagi botol yang mempunyai penebat
dengan botol tanpa penebat.
• Anda perlu berbincang untuk membuktikan hipotesis.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Anda perlu berbincang untuk menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format
berikut :
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
Anda perlu melakukan pemerhatian seperti:
+ Lapisan penebat yang dibina.
+ Perubahan suhu.
o Analisis Pemerhatian
+ Lapisan penebat yang dibina.
+ Perbezaan perubahan suhu air bagi botol yang dibina penebat dengan botol tanpa
penebat.
o Kesimpulan
• Setiap ahli kumpulan mengambil peranan membentangkan produk yang dihasilkan.
Pemerhatian
i. Apakah peranan tepung kanji dalam aktiviti ini?
ii. Bandingkan perubahan suhu ais dalam botol tanpa penebat dengan botol yang mempunyai
penebat.
iii. Perhati dan catatkan bacaan suhu ais mengikut sela masa tertentu selama 30 minit dalam
jadual. Bina jadual mengikut kreativiti anda.
Soalan Perbincangan
i. Apakah bahan lain yang dapat berfungsi sebagai penebat yang menepati ciri kategori
Sampul Bangunan dalam Sektor Bangunan? Terangkan justifikasi pemilihan bahan.
ii. Mengapakah sabut kelapa sesuai dijadikan sebagai penebat dalam Sektor Bangunan?
iii. Nyatakan peranan tepung kanji dalam aktiviti ini. Berikan sebab kepada jawapan yang
diberikan.
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang dapat anda kaitkan dengan aktiviti ini. Kaitkan aktiviti ini
dengan konsep polimer dan TH.
54 KIMIA
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Juruteknik Kawalan Kualiti (Industri Polimer)
• Pengurus Kualiti Bahan
• Jurutera Kawalan Mutu
Sumber Rujukan
i. All About Fibers
https://en.wikipedia.org/wiki/Fiber
ii. Buku teks Kimia Tingkatan 4, ms 162- 163
iii. Building Insulation Materials
https://en.wikipedia.org/wiki/Building_insulation_materials
iv. Environmental Considerations of Building Insulation National Park Service-Pacific
West Region
https://www.doi.gov/sites/doi.gov/files/migrated/greenin g/buildings/upload/
iEnvironmentalConsiderations-of-Building-Insulation-National-Park-Service-insulation.pdf
v. Insulation material
http://www.sustainablebuild.co.uk/InsulationMaterials.html
vi. Insulation Materials And Their Properties.
http://www.greenspec.co.uk/building-design/insulation-materials-thermal-properties/
vii. Kajian Pemindahan Haba Dalam Ruang Yang Menggunakan Syiling Berpenebat Fiber
Sabut Kelapa
http://eprints.uthm.edu.my/2389/1/ALINAH_BINTI_SULAIMAN.pdf
viii. Natural Polymers.
http://www.pslc.ws/macrog/natupoly.htm
ix. The Building Envelope.
http://www.greenbuildingadvisor.com/green-basics/green-enclosures-do-four-things
KIMIA 55
MINYAK
MASAK TERPAKAI
KE ARAH KELESTARIAN
56 KIMIA
AKTIVITI 7
Objektif
Menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai.
Latar Belakang
Pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai lebih mesra alam kerana tidak meninggalkan
bahan kimia dalam ekosistem. Sabun yang dihasilkan ini mengaplikasikan kategori Pencegahan
dan Pengurangan melalui Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih Bersih dalam Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa. Penghasilan sabun daripada minyak terpakai melibatkan proses saponifikasi.
Selain itu, murid juga boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan sabun yang
berlainan aroma dan bentuk.
Glosari
Hasil Lebih Bersih – Mengurangkan sisa pelepasan dan memaksimumkan output produk yang
bersih.
Kitar Semula Sisa – Sisa diguna semula untuk tujuan yang berbeza.
Minyak Masak Terpakai – Lebihan minyak masak yang diperoleh khususnya selepas menggoreng
makanan. Boleh dikumpulkan daripada restoran, hotel, industri dan juga isi rumah. Minyak masak
terpakai ini perlu ditapis untuk mengasingkan sisa makanan yang terperangkap didalamnya.
Pengeluaran yang Lebih Bersih – Mengurangkan sisa pelepasan dan memaksimumkan output
produk.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Pencegahan Sisa Makanan – Sisa makanan dikurangkan pengeluarannya.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.
Saponifikasi – Tindak balas antara ester dengan alkali untuk menghasilkan sabun dan gliserol.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi supaya dapat meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
KIMIA 57
Bahan dan Peralatan
i. 60 ml Minyak masak terpakai
ii. 10 g Serbuk / butiran Natrium hidroksida (NaOH)
(Pastikan bekas NaOH sentiasa tertutup kerana NaOH bersifat hygroscopic
– mudah meresap kelembapan daripada persekitaran)
iii. 50 ml Air suling
iv. 2 sudu Garam
v. Sarung tangan
vi. Gogal (goggles)
vii. Penutup hidung dan mulut (masks)
viii. 2 unit Bikar 100 ml
ix. Bikar 250 ml
x. Alat pengacau (hand mixer/electric stirrer/magnetic stirring plate)
xi. Acuan pelbagai bentuk (jika perlu)
xii. Kertas lilin (wax paper)
xiii. Indikator pH
xiv. Spatula
xv. Ais
xvi. Pandan
xvii. Termometer
Kaedah
i. Anda perlu membentuk kumpulan iaitu 4 orang / kumpulan.
ii. Perhatikan video yang dipaparkan.
iii. Nyatakan pandangan dan perasaan anda terhadap video yang dipaparkan dan kaitkan
dengan kesan tumpahan minyak terhadap sistem perparitan dan hidupan laut. Penerangan
anda haruslah berpandukan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan kategori Pencegahan
dan Pengurangan melalui Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih Bersih.
iv. Bagi anda yang pernah menggunakan sabun DIY semula jadi atau membuat sabun di
rumah, anda perlu berkongsi pengalaman anda bersama rakan sekelas dan kaitkan dengan
kaedah Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih Bersih.
v. Bincangkan dalam kumpulan dan rancangkan pelan aktiviti untuk menghasilkan sabun
dengan menggunakan bahan yang disediakan (minyak masak terpakai, air dan serbuk /
butiran NaOH).
vi. Nyatakan proses kimia yang terlibat dalam pembuatan sabun dan kenal pasti langkah
berjaga-jaga dalam aktiviti pembuatan sabun.
vii. Sebelum aktiviti bermula, kongsikan langkah berjaga-jaga yang perlu diberi perhatian
semasa aktiviti pembuatan sabun.
viii. Anda dikehendaki bekerjasama membuat sabun dalam kumpulan anda di bawah bimbingan
dan seliaan guru.
ix. Perlu diingatkan, anda perlu melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku kepada guru.
x. Anda perlu memberi laporan ringkas tentang aktiviti pembuatan sabun. Contohnya, dari segi
tekstur, nilai pH dan sebagainya.
xi. Anda juga perlu mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan anda tentang nilai pH
campuran sabun serta cara bagi meningkatkan nilai komersial sabun yang dihasilkan
dengan memberi rasionalnya. Kaitkan dengan TH.
58 KIMIA
Lakarkan rajah yang menunjukkan langkah-langkah pembuatan sabun
ARAHAN daripada minyak masak terpakai berdasarkan bahan-bahan yang dibekalkan.
KIMIA 59
Pemerhatian
i. Ukur dan catatkan nilai pH campuran sabun.
Soalan Perbincangan
i. Apakah jangkaan nilai pH campuran sabun yang dihasilkan? Bandingkan nilai pH jangkaan
dengan nilai pH sebenar. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan sabun yang
dihasilkan sesuai digunakan?
ii. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sabun yang dihasilkan terlalu beralkali?
iii. Bagaimanakah anda boleh menjadikan sabun yang dihasilkan daripada minyak masak
terpakai mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi? Justifikasikan dengan Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa Pencegahan melalui Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih
Bersih.
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti pembuatan sabun dan kaitkan
dengan TH.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Pereka Industri
• Pengusaha / Pengeluar (Industri Pembuatan Sabun)
Sumber Rujukan
i. JooSoap; Eco Soap Studio
www.joosoap.org
ii. Kriti Saraswat. (2015, December 03). Reusing oil -- why is it dangerous for your
health?
http://www.thehealthsite.com/fitness/reusing-oil-why-is-it-dangerous-for-your-health/
iii. NCTCOG E&D. (2012, Jun 21). Grease down the drain?
https://www.youtube.com/watch?v=1wywhEuEztQ
iv. Super Easy Soap for Beginners. (2013, April 03)
https://www.youtube.com/watch?v=qGfXLznJJY0
v. Soap Making In Chemistry Class
http://sanmccarron.blogspot.my/2012/01/soapmaking-in-chemistry-class.html
vi. TheBlueSeals. (2010, May 17. )The Truth about the Exxon Valdez Oil Spill
https://www.youtube.com/ watch?v=UsBYe68PHqg
vii. Virtogil. (2009, June 11). Soap with used cooking oil
http://www.instructables.com/id/Soap-with-used-cooking-oil/step2/Soap-recipe-and-
fabrication/Soap with used cooking oil.
60 KIMIA
AKTIVITI 8a
Objektif
Menghasilkan biodiesel daripada minyak masak terpakai.
Latar Belakang
Minyak masak terpakai boleh digunakan untuk menghasilkan biodiesel dengan mengaplikasikan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula melalui Kitar Semula Sisa dalam Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa. Biodiesel semakin popular untuk digunakan sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu.
Secara teorinya, biodiesel membebaskan kandungan karbon yang lebih rendah berbanding dengan
diesel. Masyarakat mengharapkan produk yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di
samping tidak mencemarkan alam sekitar. Selain biodiesel, gliserol merupakan hasil sampingannya.
Gliserol yang terhasil ini boleh dirawat dan diproses untuk dijadikan sabun.
Glosari
Biodiesel – Sumber bahan api yang seakan sama dengan diesel tetapi boleh dihasilkan daripada
minyak tumbuhan, lemak haiwan atau minyak terpakai. Pembakaran biodiesel tidak membebaskan
bahan kimia yang berbahaya terhadap persekitaran.
Kitar Semula Sisa – Sisa diguna semula untuk tujuan yang berbeza.
Minyak Masak Terpakai – Lebihan minyak masak yang diperoleh khususnya selepas menggoreng
makanan. Boleh dikumpul daripada restoran, hotel, industri dan juga isi rumah. Minyak masak
terpakai ini perlu ditapis untuk mengasingkan sisa makanan yang terperangkap didalamnya.
Pengasingan dan Kitar Semula – Mencegah dan meminumkan penghasilan sisa buangan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Transesterifikasi – Proses transformasi molekul kimia trigliserida yang besar untuk menjadi
molekul yang lebih kecil. Struktur molekul ini akan kelihatan sama atau hampir serupa seperti
molekul yang terkandung dalam bahan bakar diesel.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi supaya dapat meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
KIMIA 61
Bahan dan Peralatan
i. 60 ml Minyak masak terpakai
ii. 14 ml Etanol
iii. 0.5 g Serbuk / butiran Natrium hidroksida (NaOH)
iv. Silinder penyukat 25 ml
v. Silinder penyukat 100 ml
vi. Bikar 500 ml
vii. Bikar 250 ml
viii. Corong pemisah
(Alternatif: Menggantikan corong pemisah dengan botol kaca tetapi tunggu sehingga gliserol
membeku. Kemudian asingkan dengan menggunakan pipet.)
ix. Termometer
x. Sarung tangan
xi. Gogal (goggles)
xii. Penutup hidung dan mulut (mask)
xiii. 1 ml Air garam
xiv. 1 g Natrium sulfida kontang
Kaedah
Pastikan aktiviti ini dijalankan di tempat yang lapang.
i. Anda perlu membentuk kumpulan iaitu 4 orang / kumpulan.
ii. Fikirkan produk hijau yang boleh dihasilkan daripada minyak masak terpakai selain
daripada sabun yang turut mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Produk ini berkaitan
dengan kategori Pengasingan dan Kitar Semula.
iii. Berdasarkan pengalaman membuat sabun dalam Aktiviti 7, tentukan perbezaan bahan yang
digunakan untuk menghasilkan sabun dan biodiesel.
iv. Dalam kumpulan, berkerjasama dengan rakan anda untuk mencari langkah-langkah
penghasilan biodiesel. Perhatikan perbezaan bahan yang digunakan, perbandingan
langkah-langkah penghasilan sabun dengan biodiesel, dan seterusnya pilih pelarut yang
sesuai.
v. Lakukan aktiviti penghasilan biodiesel berdasarkan dapatan anda. Asingkan biodiesel serta
gliserol yang terhasil. Simpan biodiesel untuk Aktiviti 8b.
vi. Untuk gliserol, rancang aktiviti untuk menghasilkan sabun atau produk lain dengan merujuk
Aktiviti 7 secara berkumpulan. Kaitkan aktiviti ini dengan konsep Kimia dan TH yang
diaplikasikan.
vii. Sediakan jawapan bertulis untuk soalan dalam pemerhatian dan perbincangan. Jawapan
anda perlu mengaitkan pengetahuan Kimia atau TH dengan menggunakan Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
62 KIMIA
Lakarkan rajah yang menunjukkan langkah-langkah pembuatan biodiesel
ARAHAN daripada minyak masak terpakai berdasarkan bahan-bahan yang dibekalkan.
KIMIA 63
Pemerhatian
i. Catatkan perubahan warna campuran dari awal sehingga biodiesel dan gliserol terbentuk.
ii. Berapa lapisan yang boleh diperhatikan dalam corong pemisah? Apakah yang diwakili oleh
setiap lapisan berkenaan?
iii. Apakah nisbah biodiesel kepada gliserol yang terhasil?
Soalan Perbincangan
i. Apakah tujuan mengoncang botol dengan kuat selepas ethoxida (NaOH dan etanol)
dicampurkan dengan minyak masak terpakai?
ii. Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa biodiesel telah terbentuk?
iii. Nyatakan sebab / rasional perlu menukarkan gliserol kepada produk yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian. Kaitkan dengan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
iv. Senaraikan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada gliserol. Kaitkan dengan kategori
Pengasingan dan Kitar Semula melalui Kitar Semula Sisa.
v. Apakah tujuan mencuci biodiesel yang terhasil dengan air garam?
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pemerhatian anda dan kaitkan
dengan konsep TH.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Usahawan Teknologi Hijau (Biodiesel)
• Penyelidik Teknologi Hijau
• Saintis (Industri Sawit)
• Jurutera Kimia
• Operator Loji Biodiesel
64 KIMIA
Sumber Rujukan
i. Biodiesel Learn How To Make Your Own Biodiesel From Vegetable Oil (2009,
January 15).
https://www.youtube.com/watch?v=9-SaPRccSDE
ii. Biodiesel-Using renewable resources.
http://www.umsl.edu/~biofuels/Biodiesel%20activites/Lab-Workshop-BIODIESEL
microscale- 07.pdf
iii. John Carr. (2009, July 31).How to Make BioDiesel #5 Draining Glycerine.
https://www.youtube.com/watch?v=CXTmZECsKBU&t=122s
iv. John Carr. (2009, July 31) .How to Make BioDiesel#6The Wash.
https://www.youtube.com/watch?v=XolFY8wFWMA
v. Making Biodiesel in the Chemistry Classroom.
http://www.coloradoscienceconference.org/userfiles/Making%20Biodiesel%20in%20
the%20 Chemistry%20Classroom.pdf
vi. Making Glycerin Soap from Biodiesel By-Products.
http://www.permaculture.com/node/535
vii. Zhiyou Wen, Christopher Bachmann, Robert Grisso, Jactone Arogo & David Vaughan.
Making Your Own Biodiesel.
https://biology.mit.edu/sites/default/files/Make_Biodiesel.pdf
KIMIA 65
AKTIVITI 8b
Objektif
i. Membandingkan kandungan karbon yang dibebaskan antara biodiesel dan diesel.
ii. Membandingkan keberkesanan penjanaan tenaga antara diesel dan biodiesel.
Latar Belakang
Penggunaan biodiesel yang terhasil ini melibatkan kategori Pungutan dan Pemindahan melalui
Penjadualan dan Rutin-Penggunaan Biodiesel dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Maka dalam hal ini, murid menggunakan biodiesel sebagai bahan api alternatif. Secara teorinya,
biodiesel membebaskan kandungan karbon yang lebih rendah berbanding dengan diesel.
Masyarakat mengharapkan produk yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di
samping tidak mencemarkan alam sekitar. Melalui aktiviti ini, murid diharap dapat membuat
perbandingan antara diesel dan biodiesel dari segi pembebasan karbon dan penjanaan tenaga
seterusnya membuat justifikasi dalam memilih sumber bahan api yang sesuai pada masa akan
datang.
Glosari
Bahan Api Alternatif – Penggunaan bahan api alternatif yang menggantikan petroleum seperti
biobahan api. Pembakaran biodiesel tidak membebaskan bahan kimia yang berbahaya terhadap
persekitaran.
Biodiesel – Bahan api yang diperbuat daripada minyak tumbuhan, lemak haiwan atau minyak
terpakai.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan
penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi supaya dapat meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. Penitis (dropper)
ii. Kayu lidi
iii. Mancis
iv. Mangkuk pijar
v. Kertas penapis (filter paper)
vi. Biodiesel (daripada Aktiviti 8a)
vii. Diesel
viii. Bikar kuprum / tin aluminium
ix. 70 ml Air suling
x. Silinder penyukat 100 ml
66 KIMIA
xi. Silinder penyukat 10 ml
xii. Termometer
xiii. Tungku kaki tiga
xv. Sumbu pelita
xvi. Bongkah kayu
xvii. Penghadang
Kaedah
i. Anda perlu membentuk kumpulan iaitu 4 orang / kumpulan.
ii. Berdasarkan objektif Aktiviti 8b, kaitkan biodiesel dengan sektor dan kategori dalam TH.
iii. Tentukan hipotesis eksperimen berdasarkan objektif aktiviti melalui perbincangan dalam
kumpulan.
iv. Anda boleh menjadikan eksperimen dalam sukatan pelajaran Kimia Tingkatan 5 sebagai
panduan merancang eksperimen.
v. Rancang dua eksperimen untuk menguji hipotesis yang dinyatakan berdasarkan bahan dan
alat radas yang dibekalkan serta kenal pasti pemerhatian yang perlu direkodkan.
vi. Berdasarkan data yang diperoleh, bincangkan kandungan karbon yang dibebaskan dan
kaitan dengan keberkesanan pembakaran. Selain itu, bincangkan keberkesanan penjanaan
tenaga diesel dan biodiesel berdasarkan pengiraan data.
vii. Bincangkan pemilihan antara biodiesel dan diesel sebagai sumber bahan api berdasarkan
kesimpulan eksperimen. Kemudian, nyatakan kesimpulan yang diperoleh dan kaitkan
dengan kategori dan sektor dalam TH.
Pemerhatian
i. Bandingkan jumlah jelaga yang dibebaskan oleh biodiesel dan diesel semasa pembakaran.
ii. Catat tempoh masa yang diambil untuk meningkatkan suhu sebanyak 30oC dan
bandingkan dengan tenaga haba yang dibebaskan. Bincangkan keberkesanan diesel dan
biodiesel berdasarkan pemerhatian dan kiraan yang diperoleh.
Soalan Perbincangan
i. Apakah kesan karbon terhadap persekitaran?
ii. Mengapakah biodiesel menghasilkan jelaga yang kurang jika dibandingkan dengan diesel?
iii. Bincangkan pemilihan antara diesel dan biodiesel sebagai sumber api yang berkesan
daripada aspek kesannya terhadap persekitaran dan juga tenaga yang dapat dijanakan
berdasarkan analisis eksperimen yang dilakukan. Kaitkan dengan Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa.
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pemerhatian anda. Kaitkan dengan
konsep TH.
KIMIA 67
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Pengurus Tenaga
• Pengurus Tenaga Boleh Baharu
Sumber Rujukan
i. Biodiesel-Using renewable resources.
http://www.umsl.edu/~biofuels/Biodiesel%20activites/Lab-Work shop-BIODIESEL
microscale- 07.pdf
ii. Haluzan, N. (n.d.). Renewables-info.com.
http://www.renewablesinfo.com/interesting_energy_articles/biodiesel_and_standard_
diesel_comparison.html
68 KIMIA
KIMIA DAN TEKNOLOGI
HIJAU
KIMIA 69
AKTIVITI 9
Objektif
Mengenal pasti sektor-sektor TH yang sedang dibincangkan di dalam negara mahupun
antarabangsa dengan menggunakan keratan akhbar dan bahan internet.
Latar Belakang
Murid dikehendaki mencari keratan akhbar dan bahan internet yang berkaitan dengan tiga
sektor TH iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan dan Sektor Pengangkutan. Bahan-
bahan ini termasuklah sebarang berita, imej, video, aktiviti sekolah, kempen dan sebagainya yang
dilaporkan oleh media massa. Bahan-bahan ini hendaklah mempunyai perkaitan dengan TH serta
pengetahuan Kimia yang sedang dibincangkan di dalam negara mahupun antarabangsa.
Segala maklumat yang diperoleh perlu dibincangkan bersama guru di dalam kelas dengan
mengaitkannya dengan sektor dan kategori TH yang bersesuaian. Antara sektor yang diberi
perhatian adalah Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan serta Sektor Pengangkutan. Sebagai
contoh, maklumat dalam Lampiran (a) menekankan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui kaedah
Biotenaga bagi Sektor Bekalan Tenaga manakala maklumat dalam Lampiran (b) menekankan
Sektor Bangunan yang mengaplikasikan kategori Pencahayaan Siang. Sektor Pengangkutan yang
mengaplikasikan kategori Pengangkutan melalui penggunaan Bahan Api Alternatif-Kenderaan
Elektrik ditekankan dalam Lampiran (c). Bahan-bahan maklumat yang dikumpulkan boleh
dipaparkan pada papan kenyataan Sains di sekolah semasa minggu Sains.
Glosari
Biotenaga – Biotenaga adalah sumber Tenaga Boleh Baharu yang diperoleh daripada sumber
Biologi.
Biojisim – Biojisim adalah sumber Tenaga Boleh Baharu yang merujuk kepada jirim organik iaitu
tenaga yang dihasilkan daripada tumbuhan.
Pencahayaan Siang – Penggunaan cahaya semula jadi untuk mengurangkan dan menjimatkan
penggunaan tenaga.
Pencahayaan Semula Jadi – Menggunakan cahaya secara efektif dalam reka bentuk bangunan
supaya dapat memaksimumkan visual dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Pengangkutan Jalan – Penggunaan kenderaan awam seperti kereta di jalan raya.
Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.
Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan
bangunan.
Sektor Pengangkutan – Memasukkan elemen TH dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan
khususnya biobahan api dan pengangkutan awam.
70 KIMIA
Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat manusia.
Contohnya seperti tenaga solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biotenaga dan tenaga ombak.
Bahan Api Alternatif-Kenderaan Elektrik – Penggunaan kereta yang menggunakan tenaga
elektrik. Kereta digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik di mana elektrik disimpan di dalam
bateri yang boleh dicas semula atau peranti penyimpanan tenaga.
Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem yang memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dengan cara meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
Maklumat daripada keratan akhbar dan bahan internet.
Kaedah
i. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan seramai 5 orang. Pastikan setiap kumpulan mempunyai
kepelbagaian jantina dan bangsa.
• Setiap kumpulan perlu memilih Sektor TH yang disukai untuk dibincangkan.
• Anda perlu melantik ketua kumpulan, penolong ketua kumpulan, pencatat,
pembentang dan sebagainya.
ii. Mengemukakan Masalah
• Anda dikehendaki membincangkan masalah sumber asli yang semakin berkurang, isu
longgokan sampah yang semakin membimbangkan serta masalah pencemaran yang
disebabkan oleh kenderaan.
o Bagaimana masalah ini diatasi? Berikan justifikasi anda.
iii. Mengenal pasti Masalah
• Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti masalah
sampah-sarap di Malaysia.
iv. Mencari Alternatif Penyelesaian
• Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan dalam usaha mencari jalan penyelesaian
bagi masalah tersebut dengan mengaplikasikan kategori dan sektor TH yang
sesuai.
v. Menilai Alternatif Penyelesaian Masalah
• Setiap kumpulan perlu membentangkan dan menilai alternatif penyelesaian masalah
yang dihasilkan. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memberi cadangan kepada kumpulan
lain dalam mendapatkan alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
vi. Membuat Refleksi Penyelesaian Masalah
• Setiap kumpulan membuat refleksi hasil daripada pembentangan dan memberi
maklum balas tentang cadangan penyelesaian masalah yang terbaik.
KIMIA 71
Pemerhatian
i. Anda perlu menggunakan bahan keratan akhbar dan internet untuk mencari jalan alternatif
menyelesaikan masalah.
ii. Anda perlu berbincang dan berbahas dalam kumpulan mengenai jalan penyelesaian
dengan menggunakan sektor dan kategori TH yang sesuai.
Soalan Perbincangan
i. Sejauh manakah sumbangan TH seperti Sektor Bekalan Tenaga melalui kaedah Biojisim,
Biotenaga dan Angin dalam kelestarian bumi kita?
ii. Sejauh manakah TH seperti Sektor Bangunan dengan menggunakan kategori
Pencahayaan Siang di kawasan penempatan anda boleh diaplikasikan?
iii. Sejauh manakah anda dapat mengaplikasikan TH seperti Sektor Pengangkutan yang
melibatkan kategori Pengangkutan Jalan melalui kaedah Bahan Api Alternatif-Kenderaan
Elektrik di bandar yang anda tinggal?
iv. Sebagai generasi muda, jelaskan peranan anda dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat setempat tentang ketiga-tiga sektor TH yang telah dipelajari di sekolah.
Kesimpulan
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini dan kaitkan dengan konsep
TH.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Pakar Perancang Bandar
• Arkitek Landskap
• Pengurus Persekitaran
Sumber Rujukan
i. All Electric Vehicles
http://www.afdc.energy.gov/vehicles/electric_basics_ev.html
ii. Aplikasi Grafin-Hasilkan Elektrik Dari Tumbuhan
http://www.majalahsains.com/aplikasi-grafin-hasilkan-elektrik-dari-tumbuhan/
iii. Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil
http://www.majalahsains.com/biodiesel-ganti-bahan-api-fosil/
iv. Careers in Sustainability & Green Jobs
www.environmentalscience.org/careers/sustainability-and-green-jobs
v. Construction of the Largest Wind Farm in Southeast Asia
www.youtube.com/watch?v=b7_ix42ghCQ
vi. How does a Biogas Plant Work?
www.youtube.com/watch?v=3UafRz3QeO8
72 KIMIA
vii. Kelebihan Teknologi Hijau
http://www.slideshare.net/kelebihan-teknologi-hijau
viii. Kelebihan Pencahayaan Semula Jadi
http://www.archlighting.com/technology/the-benefits-of-natural-light_o
ix. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
www.kettha.gov.my/portal/index.php?
x. Looking for a Career in the Green economy?
https://www.hmc.edu/hcsed/2016/10/31/looking-career-green-economy/
xi. Mengintegrasikan HVAC Dan Lampu Kawalan Untuk Kecekapan Tenaga
http://facilityexecutive.com/2014/10/benefits-of-integrating-lighting-and-hvac-controls
xii. Pencemaran Alam Sekitar Sisa Pepejal
www.youtube.com/watch?v=frHSi96KpGk
xiii. Sayangilah Bumi Kita
www.youtube.com/watch?v=ScDRHehygyo.
xiv. Tenaga dan Masa Depan
http://www.majalahsains.com/tenaga-dan-masa-depan-2/
xv. Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara
http://www.bharian.com.my/node/40615
xvi. Tenaga Lestari Afrika
http://www.sustainable.org.za/
xvii. What is Biomass?
www.youtube.com/watch?v=dQ-cIVJuDks
KIMIA 73
Lampiran (a)
74 KIMIA
Lampiran (b)
KIMIA 75
Lampiran (c)
76 KIMIA
PANEL PENULIS
1. Dr. Nooraida Yakob Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM
2. Nurul Iliani Mustapha SMK Pondok Upeh, Pulau Pinang
3. Dr. Salwati Yaakub Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
4. Tay King Eng Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
TURUT MENYUMBANG
1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Universiti Sains Malaysia (USM)
Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM
4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM
5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik, USM
KIMIA 77
PENGHARGAAN
1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon (BKK)
3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,
4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Kejuruteraan dan Matematik,
5. Puan Zalina Kamis Bahagian Pembangunan Kurikulum
6. Puan Norhashimah Ismail (BPK)
7. Puan Suriani Ngatiman
8. Encik Kasdi Kamin Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK
9. Puan Norfadhillah Yusoff
10. Encik Anandan a/l Kanniapan Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
11. Puan Nor’Aidah Nordin Vokasional, BPK
Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik
dan Teknologi, BKK
Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK
Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK
Penolong Pengarah Unit Sains
Menengah, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
78 KIMIA
KIMIA 79
80 KIMIA