MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN BEAUTIFUL, CLEAN GREEN & SAFE
BULETIN
ASPIRASI
KONGSI REZEKI- PROGRAM KESEDARAN LAN DAFTAR DAPATKAN
PANTRI KOMUNITI COVID VAKSIN ANDA
04-05 06-09 10
Majlis Perbandaran Kota Samarahan [email protected] 082-671023
Buletin Edisi Januari-Disember 2021
©2022 Bahagian Korporat Majlis Perbandaran Kota Samarahan,
Bahagian Samarahan
94300 Kota Samarahan, Sarawak,
Malaysia.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or
transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical,
including photocopy or any information storage and retrieval system,
without permission in writing from the publisher.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN ii
KANDUNGAN
01 PERUTUSAN WALIKOTA
PERUTUSAN SETIAUSAHA
02 QURAN HOURS
KONGSI REZEKI-PANTRI KOMUNITI- KEPAYAHAN ANDA
KAMI RASAI, KESUDIAN ANDA KAMI HARGAI
03
PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI
KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB SERTA AMALAN
NORMA BAHARU DALAM KEHIDUPAN KOMUNITI SARAWAK-
04-05 MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA "KOMUNITI NIAGA
YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA SELESA”
PROGRAM JERAYAWARA LAN DAFTAR DAPATKAN VAKSIN
ANDA DAN HENTIKAN CORONAVIRUS COVID-19 PERINGKAT
06-09 PIHAK BERKUASA TEMPATAN SARAWAK 2021
JOM BACA BERSAMA SELAMA 10 MINIT
PROGRAM BENGKEL MOTIVASI BANGKIT BERSAMA
MEMBINA HARAPAN CABARAN ENDEMIK COVID-19 PESERTA
1 AZAM & KIOSK PEMBASMIAN KEMISKINAN MAJLIS
PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA
SESI PERKONGSIAN KEPIMPINAN KOMUNITI BESTARI -
10 MENDEPANI CABARAN ENDEMIK COVID-19 DALAM
KOMUNITI SIRI 1,2,3 & 4 TAHUN 2021
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 MAJLIS PERBANDARAN
KOTA SAMARAHAN & AKUSTIKA MAYA SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 MAJLIS PERBANDARAN
11 KOTA SAMARAHAN
MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS MAKAN TAHUNAN KELAB
REKREASI MPKS
12
HARI BERSAMA KOMUNITI KE ARAH PENJANAAN EKONOMI
SURIRUMAH DALAM MENDEPANI FASA ENDEMIK COVID 19-
DEMO KEK LAPIS PREMIUM SARAWAK
KUIZ DCC- NATIONAL GEOGRAPHIC KIDS
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR 2021-
13 BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF
HEALTHY CITY PROJECT
14-16
17-18
19
20
21-23
24
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN iii
PENA EDITOR
Assalammualaikum
Warahmatulaahiwabarakatuh.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan izin-Nya, Bahagian Korporat Majlis
Perbandaran Kota Samarahan dapat menerbitkan e-buletin Aspirasi MPKS 2021 dengan
berkat usaha dan kerjasama serta komitmen semua pihak terutama sekali pihak pengurusan,
ketua bahagian, unit dan seluruh warga Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak secara langsung atau
tidak langsung dalam penerbitan e-buletin untuk edisi kali ini.
Dengan paparan dan sorotan yang dimuatkan dalam e-buletin Aspirasi ini sedikit sebanyak
dapat kita kongsikan bersama.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN KORPORAT
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN iv
VISI MISI
MAJLIS BERPRESTASI KOMITED UNTUK
TINGGI KE ARAH MEMPERTINGKATKAN
KUALITI HIDUP KOMUNITI
PERSEKITARAN HIDUP MELALUI TADBIR URUS
LESTARI DI SAMARAHAN
YANG BAIK
MOTO
SLOGAN
BEAUTIFUL, CLEAN,
GREEN & SAFE SAMARAHAN, KOTA
ILMU YANG SEJAHTERA
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN v
PERUTUSAN SETIAUSAHA
PERBANDARAN
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka,
e-buletin Edisi Januari-Disember 2021 berjaya diterbitkan oleh Bahagian Korporat Majlis Perbandaran
Kota Samarahan (MPKS).
Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi kerana berjaya dalam merancang dan menjayakan penerbitan
e-buletin pada kali ini. Saya yakin bahawa penghasilan buletin seperti ini memerlukan ketelitian serta
kerjasama daripada setiap ahli sidang redaksi. Ini merupakan usaha yang baik selaras dengan hasrat
kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan.
Pada awal tahun 2020, kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang merupakan suatu senario
yang sama sekali tidak pernah kita bayangkan. Kita menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku
sebelum ini yang memerlukan kita mengubah cara kita menyampaikan perkhidmatan khususnya kepada
rakyat yang telah terkesan akibat pandemik ini. Kini, selari dengan agenda pendigitalan kerajaan,
sebagai agensi yang menyampaikan perkhidmatan, kita bertanggungjawab dalam agenda pendigitalan
sektor awam. MPKS sentiasa beriltizam untuk mentransformasikan perkhidmatan yang terbaik kepada
orang awam. Saya yakin sesuatu perkhidmatan itu akan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat jika
kita dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan komunikasi ICT yang sedang bergerak pantas pada
masa kini.
Situasi kehidupan dalam era pandemik ini sangat mencabar khususnya dalam menyampaikan
perkhidmatan kepada masyarakat. Oleh itu, warga MPKS perlu bersiap siaga dalam menghadapi apa
jua kemungkinan pada masa hadapan agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa diaras yang terbaik.
Akhir kalam, dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, saya turut mengucapkan terima
kasih kepada warga MPKS atas khidmat bakti sepanjang berada di Majlis Perbandaran Kota
Samarahan (MPKS).
Sekian, terima kasih.
Hajah Norhalimah binti Hj Mohammad Hamni
Setiausaha Perbandaran
Majlis Perbandaran Kota Samarahan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 01
PERUTUSAN PENGERUSI
MAJLIS
Salam Sejahtera. Salam Keluarga Malaysia.
Salam Sarawak Ibu Pertiwi dan Salam MPKS
Dihatiku...
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin pada kali ini.
Tahniah serta syabas diucapkan kepada bahagian Korporat atas kejayaan menerbitkan e-buletin yang
sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu dapat dirakamkan dan
menjadi rujukan dalam Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mahupun agensi lain.
Di sebalik segala kesulitan yang kita hadapi, tahun 2021 juga menyaksikan permulaan usaha kita
mengekang penularan Covid-19. Namun, saya yakin cabaran ini tidak akan menjadi penghalang
kepada semua warga MPKS untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Cabaran, perubahan
serta krisis Covid-19 seharusnya menjadi titik permulaan untuk kita mengubah cara berfikir serta
tindakan yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.
Di kesempatan ini juga, saya yakin perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua kawasan dalam
bandar mahupun luar bandar serta pembangunan dalam Kota Samarahan dapat dinikmati dan
digunakan sebaik mungkin oleh warga Samarahan. Diharapkan perkhidmatan yang terbaik dapat
diberikan. Segala projek-projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk
kemudahan dan kemaslahatan warga Samarahan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga Majlis Perbandaran Kota Samarahan
dan tahniah saya ucapkan atas usaha murni menerbitkan e-buletin pada kali ini.
Saya percaya dengan kemudahan internet dan aplikasi telefon mudah alih yang kita miliki pelbagai
bentuk platform boleh diwujudkan untuk kita semua berkongsi idea inovasi samada dalam bentuk
teknikal mahupun pengurusan.
Sekian terima kasih,
SELAMAT MAJU JAYA
Ybhg. Dato’ Peter Minos
Walikota Majlis Perbandaran Kota Samarahan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 02
.BACA .FAHAM .AMAL
Program #QuranHour telah diadakan di
seluruh Malaysia pada 24 Ramadhan
1442h bersamaan 6 Mei 2021. Umat Islam
diharap memanfaatkan program World
#QuranHour di masa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) tahun ini untuk berubah
kepada nilai akhlak sebagaimana ajaran al-
Quran, terutamanya dalam aspek
hubungan baik sesama manusia. Kempen ini
juga mengajak umat Islam seluruh dunia
menumpukan masa sejam untuk membaca
al-Quran. Tahun ini memberik fokus yang
berbeza kerana program ini diadakan di
dalam rumah sendiri, ruangan pejabat,
tetapi masih mematuhi penjarakan sosial.
#QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosik
an budaya membaca
al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara. .
Program tersebut telah menarik penyertaan dari seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia untuk
bersama-sama membaca dan mentadabbur isi kandungan surah al-Mulk selama satu jam. Program
tersebut mampu melahirkan nilai tambah kepada diri masing-masing dengan menggalakkan
kecenderungan kepada al-Quran melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti berteraskan al-Quran.
Ianya sekaligus membolehkan orang ramau menimba pengalaman dari jalinan kerjasama yang
diwujudkan melalui aktiviti al-Quran. Mereka turut berpeluang berada dalam komuniti al-Quran.
Sewajarnya, kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana inisiatif daripada penganjuran
program berstatus global itu dapat menggerakkan gelombang umat Islam untuk berinteraksi dengan
al-Quran. Tambahan pada Ramadan yang diturunkan al-Quran, kita menjadi sebahagian ejen
mengajak hati yang dekat dengan kitab suci itu untuk terus membaca dan menghayati mesej dalam
kitab memandu kehidupan umat Islam. Program sebegini wajar untuk diteruskan.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 03
KONGSI REZEKI-
PANTRI KOMUNITI
KEPAYAHAN ANDA KAMI
RASAI, KESUDIAN ANDA KAMI
HARGAI
Antara tetamu kehormat yang turut hadir untuk membahagi pek makanan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN telah menganjurkan program KONGSI
REZEKI-PANTRI KOMUNITI bertemakan KEPAYAHAN ANDA KAMI RASAI, KESUDIAN
ANDA KAMI HARGAI pada 4 Julai sehingga 22 Julai 2021 yang lepas. Program ini adalah
bertujuan untuk membantu golongan masyarakat yang terjejas dari segi pendapatan susulan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kehadiran Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul
Karim Rahman Hamzah, Yang Berhormat Datuk Dr Sim Kui Hian, Yang Berhormat Dato Sri
Hajah Fatimah Abdullah dan Yang Berhormat Puan Rubiah binti Wang turut menyerikan lagi
program ini.
Dalam menjayakan program ini, pihak MPKS telah bekerjasama dengan 15 buah Pasaraya di
kawasan untuk mengagihkan bantuan Bakul Makanan/Pek Makanan untuk diagihkan kepada
yang sangat memerlukan. Selain itu, program ini juga mengalu-alukan masyarakat yang sudi
menderma dengan membeli pek makanan yang telah disediakan pihak Pasaraya untuk diagihkan
kepada golongan memerlukan.
Program ini menyediakan sehingga 100 pek bakul makanan setiap hari untuk diagihkan serentak
pada jam 3.00 petang di semua pasaraya yang terlibat. Program ini telah sedikit sebanyak
membantu golongan yang terkesan akibat situasi pandemik Covid-19 yang semakin meruncing.
Antara bantuan makanan yang telah di pek untuk diagihkan 04
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
KONGSI REZEKI-PANTRI
KOMUNITI
KEPAYAHAN ANDA KAMI RASAI,
KESUDIAN ANDA KAMI HARGAI
Antara tetamu Kehormat yang turut hadir untuk mengagih bantuan pek makanan
Sekitar suasana semasa pengagihan bantuan pek makanan kepada masyarakat yang memerlukan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 05
PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI
KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB SERTA AMALAN NORMA
BAHARU DALAM KEHIDUPAN KOMUNITI SARAWAK
MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA
"KOMUNITI NIAGA YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA
SELESA"
TEMPAT: PEKAN ASAJAYA
TARIKH: 26 MAC 2021
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 06
MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA
"KOMUNITI NIAGA YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA"
SELESA"
TEMPAT: PEKAN ASAJAYA
TARIKH: 26 MAC 2021
Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah mengadakan Program Kesedaran dan
Tanggungjawab Komuniti Sarawak yang bertemakan "KOMUNITI NIAGA YANG
PERKASA-TIADA COVID-19 URUS NIAGA SELESA" pada 26 Mac 2021 bertempat di Pekan
Asajaya.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah diadakan pada tahun
lepas. Program pada kali ini lebih kepada tentang amalan pematuhan SOP semasa Perintah
Kawalan Pergerakan bagi memerangi pandemik Covid-19 yang menyasarkan para peniaga di
Pekan Asajaya khususnya.
Majlis perasmian program ini diadakan dengan norma baharu dengan hanya melibatkan
sebilangan para peniaga dan beberapa tetamu jemputan dengan memastikan pematuhan SOP.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 07
Penyerahan sijil penghargaan kepada peniaga yang telah mengamalkan SOP semasa berniaga
MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA
"KOMUNITI NIAGA YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA
SELESA"
TEMPAT: PEKAN ASAJAYA
TARIKH: 26 MAC 2021
Penyerahan poster SOP Covid-19 kepada para peniaga dan penduduk setempat
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 08
MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA
"KOMUNITI NIAGA YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA SELESA"
TEMPAT: KAMPUNG MOYAN LAUT
TARIKH: 29 MAC 2021
Penyerahan cenderamata kepada tetamu jemputan dan sijil kepada penduduk kampung yang terlibat
MEMPERKASAKAN KOMUNITI NIAGA
"KOMUNITI NIAGA YANG PERKASA-TIADA COVID 19 URUS NIAGA SELESA"
TEMPAT: PEKAN ASAJAYA
TARIKH: 26 MAC 2021
Penyerahan poster SOP Covid-19 kepada hadirin dan penduduk kampung
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 09
Orang ramai datang untuk mendaftar nama bagi mendapatkan vaksin Sesi pendaftaran
Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah
mengadakan yang bertujuan memberi penjelasan
tentang Program Dapatkan Vaksin Anda dan
Hentikan Coronavirus 2019 (Covid-19), Peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2021. Usaha ini
adalah untuk membantu usaha Kerajaan memberi
vaksin kepada 80% rakyat Sarawak dalam tiga
fasa.
Program ini telah dilaksanakan dibeberapa tempat
iaitu Kampung Asajaya Ulu, Masjid Kampung
Sambir Asajaya, Aiman Mall Samarahan,
Balairaya Kampung Nangka Kota Samarahan,
The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan dan
Farley Hyper Market, Kota Samarahan.
Program sebegini dapat meningkatkan kesedaran
komuniti tentang penerimaan vaksin berkelompok
dalam memutuskan penularan wabak Covid-19.
Komuniti dapat bersama-sama membendung
penularan wabak Covid-19 di kawasan masing-
masing melalui penyertaan program imunisasi
Covid-19 Negeri Sarawak.
Antara kakitangan MPKS dan orang awam yang terlibat dan membantu dalam proses mendaftar 10
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
JOM BACA BERSAMA
SELAMA 10 MINIT
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah
Perpustakaan Awam Se-Malaysia mengadakan program Jom
Baca Bersama 10 Minit “baca itu terapi” secara serentak seluruh
Malaysia. Perpustakaan Awam Samarahan juga turut serta
dalam program tersebut yang diadakan pada 23 April 2021.
Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal
selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan
untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu. semua individu, pejabat,
persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan
atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 11
CPPOEEVPMHBRRIAABBDONRAA-G1ANGS9RPKDMAAPIAITDMNAERABSNACBNEENKAERRANEBKSTSMAGOAAARKTIM1JSAEAAAKALNSYIZMMNEAAAANEMOMNMDTAIEB&MRVMIAAAKNIHSIJAKOALI SINSK Sesi bergambar bersama para peserta
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Kaunselor Dr. Florince Christy
Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) membantu golongan yang memerlukan
bantuan. Program 1Azam ini merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian,
keusahawanan, kerjaya, latihan kemahiran serta bidang lain yang menjurus kepada
peningkatan ekonomi penduduk luar bandar. Oleh itu, pihak Majlis Perbandaran
mengambil insiatif melaksanakan program Bengkel Motivasi Bangkit Bersama
Membina Harapan Cabaran Endemik Covid-19 bagi memastikan kelangsungan usaha
membasmi kemiskinan kepada bekas peserta program 1Azam di kawasan Samarahan
dan Asajaya. Program ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta memberi
manfaat besar kepada masyarakat.
Kesemua peserta 1Azam yang dijemput telah hadir mengikut hari, masa dan sesi dan
tempat yang telah ditetapkan. Kehadiran dan keterlibatan peserta amat dialu-alukan
dalam usaha meningkatkan motivasi diri peserta akibat penularan wabak Covid-19.
Pematuhan SOP sangat ditekankan ketika program dijalankan.
Antara peserta yang hadir Sesi penyampaian sijil
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 12
KSDOECASMALIBAUPAMNERIRTKAKIONTOBMAENEHUNSGUNTDSNAIEITARM2INIS0I-KK2IRM1ECIEPO1NIV,M2DIDP,E3I-PN1&A9AN4NI
Sesi bergambar bersama para peserta
Yang Berusaha Tuan Rais Bin Ahmat Siri 1&2 telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Anuar Bin Da'an Pegawai
Pegawai Daerah Asajaya merasmikan sesi Daerah Samarahan yang telah diadakan di bilik kuliah Dewan Suarah Kota
Samarahan. Manakala Yang Berusaha Tuan Rais Bin Ahmat Pegawai Daerah
perkongsian Asajaya turut merasmikan Sesi Perkongsian Kepimpinan Komuniti BestariI -
Mendepani Cabaran Endemik Covid-19 Dalam Komuniti Siri 3 & 4 Tahun 2021 di
Para peserta yang hadir Dewan Tan Sri Datuk Amar Haji Abang Ikhwan Zaini. Program ini melibatkan
ketua- ketua bahagian Majlis Perbandaran Kota Samarahan, kaunselor- kaunselor,
penghulu- penghulu kampung dan ketua-ketua kampung.
COVID-19 sememangnya menguji kepemimpinan pelbagai sektor di seluruh dunia. Ia
mempunyai impak jangka panjang dan sangat mencabar. Ketidakpastian
menghadapi pandemik menyukarkan komuniti, sekali gus menuntut pemimpin
melakukan transformasi dalam corak kepemimpinan. Pemimpin bersedia dan proaktif
mengharungi pandemik, mampu menyokong dan mempersiapkan ahli untuk
mengharungi cabaran mendatang. Walaupun krisis tidak dapat dielak, pendekatan
sesuai perlu diambil untuk mencegah berlaku konflik dalam kalangan pemimpin dan
ahli organisasi.
Pemimpin mengendalikan sebarang krisis ketika pandemik perlu mempunyai karakter
boleh menyatukan ahli organisasi dan mempunyai sikap tenang serta berfikir jelas
sebelum memberi sebarang respon. Sikap optimis juga wajar dimiliki pemimpin yang
perlu yakin dan realistik ketika memimpin agar tidak hilang kredibiliti sebagai
pemimpin.
Mereka perlu sentiasa melakukan refleksi dan menilai semula situasi dari pelbagai
segi dan menjangkakan apa bakal berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya.
Walaupun dalam situasi memerlukan tindakan segera, pemimpin perlu meluangkan
masa untuk berhenti seketika, refleks dan fikir ke hadapan sebelum membuat
tindakan selanjutnya. Perlakuan ini dapat membantu mengemas kini sebarang idea
berdasarkan maklumat dikumpul dan pengetahuan dibangunkan.
Proses refleksi juga akan membantu pemimpin menjadi lebih kritikal dalam
mempertimbangkan sebarang isu sama ada perlu mengubah atau mengekalkan
sesuatu keputusan. Dengan adanya program seperti ini, ia akan membantu
pemimpin untuk menerima dan mengaplikasikan pengetahuan baharu, di samping
pengalaman dalam proses pembuatan keputusan.
Yang Berusaha Tuan Haji Anuar Bin Da'an Pegawai 13
Daerah Samarahan merasmikan sesi perkongsian
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
SAMBUTAN ULANG
TAHUN KE-5 MAJLIS
PERBANDARAN KOTA
SAMARAHAN
Antara ketua bahagian yang hadir Sesi bergambar bersama tetamu kehormat
Pada 11 November 2021 telah diadakan Sambutan Ulang Tahun ke-5 Majlis Perbandaran Kota
Samarahan yang julung kali diraikan dalam suasana yang agak berbeza dari biasa iaitu secara maya.
Yang Berhormat Prof. Dato Seri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Sarawak, Yang Berhormat Dato Dr. Penguang Manggil, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Yang
Berbahagia Datu Antonio Kahti Galis- Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan
Perumahan Sarawak, Yang Berbahagia Kr. Zol bin Nono-Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran
Kota Samarahan, Yang Berusaha Kr. Dr. Florince Christy-Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang
Tahun Ke 5 Majlis Perbandaran Kota samarahan, Yang Berusaha Hajah Norhalimah bt Haji
Mohamad Hamni, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Ketua-ketua
masyarakat, Ketua-ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis Ketua-ketua Bahagian turut memeriahkan
majlis pagi hari tersebut. Yang Mulia Ustaz Mohd Najib Bin Sabang Penolong Pegawai Hal Ehwal
Islam Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan turut dijemput bagi memimpin bacaan doa
memohon keberkatan sepanajng majlis diadakan. Penonton telah disajikan dengan tayangan video 5
tahun MPKS menongkah Arus dengan usaha-usaha serta inisiatif dan juga perubahan demi
perubahan dalam memenuhi aspirasi rakyat disulami dengan aktiviti mendekati komuniti.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 14
Antara persembahan yang disajikan Malam Akustika
Maya
Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 Majlis Perbandaran Kota Samarahan turut dimeriahkan lagi
dengan rancangan Akustika Maya yang dipersembahkan oleh Penterama Jabatan Penerangan
Sarawak bersiaran langsung secara maya di Facebook Majlis Perbandaran Kota Samarahan &
Facebook Serba DigitalX pada 8.30 malam. Pengisian majlis diserikan dengan penyampaian hadiah
bagi para pemenang yang menyertai pertandingan yang telah dianjurkan dan persembahan-
persembahan yang menarik. Rancangan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 6.1 ribu penonton
yang menyaksikan di Facebook. Pelaksanaan Akustika secara maya sekaligus membantu dalam
menyekat penularan wabak Covid-19.
#kebersamaanmenelusurikesohoran
#kitajagakita
#teguhkitamenangbersama
Antara peserta-peserta yang memenangi pertandingan yang dianjurkan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 15
Poster-poster pertandingan yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-5 Majlis Perbandaran Kota
Samarahan
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 16
MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS
MAKAN TAHUNAN KELAB REKREASI
MPKS
Sesi bergambar bersama kakitangan setelah selesai mesyuarat
Sesi pembentangan mesyuarat
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 17
Sesi pembentangan mesyuarat
MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS
MAKAN TAHUNAN KELAB REKREASI
MPKS
Kakitangan yang hadir ke mesyuarat 18
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
HARI BERSAMA KOMUNITI KE
ARAH PENJANAAN EKONOMI
SURIRUMAH DALAM MENDEPANI
FASA ENDEMIK COVID-19
Peserta yang telah menyertai program dan telah mendapatkan sijil penyertaan daripada Hasree's Kitchen
INDUSTRI perkhidmatan makanan tidak dinafikan menjadi antara pilihan dalam usaha meningkatkan
status ekonomi ketika berhadapan kenaikan kos sara hidup. Rata-rata memilih untuk bergelar usahawan
kecil termasuk berniaga secara dalam talian dengan menawarkan pelbagai jenis produk makanan.
Melihat kepada senario dan maklum balas positif warga Samarahan dalam menceburi bidang industri,
pihak Majlis Perbandaran Kota Samarahan mengambil peluang melaksanakan program dengan kerjasama
Hasree's Kitchen mengadakan Kelas Kek Lapis Premium Sarawak pada 25 November 2021 di Dewan Datuk
Patinggi Hj. Abd. Rahman Yaakub, Sadong Jaya dan 30 November 2021 di Dewan Serbaguna Kampung
Rebak. Peserta melibatkan surirumah dan pelajar lepasan sekolah. Peserta telah di bahagikan kepada dua
kumpulan. Kedua-dua kumpulan diarahkan membuat kek lapis 'Rosie Queen'. Program ini telah
dijalankan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5 petang
Hari Bersama Komuniti ke Arah Penjanaan Ekonomi Surirumah dalam Mendepani Fasa Endemik Covid-19
seperti ini telah mendapat sambutan yang amat baik. Para peserta juga turut menyampaikan hasrat ingin
menyertai program seperti ini lagi sekiranya diadakan pada hari mendatang.
Peserta mendengar sesi kelas
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 19
KUIZ DCC- Kanak-kanak mendengar sesi kuiz
NATIONAL TVS menemu ramah Yb IR Aidel Lariwoo
GEOGRAPHIC KIDS
Program ini telah diadakan di Perpustakaan Desa Sadong
Jaya. Yang Berhormat Aidel Lariwoo turut mengadakan
lawatan kerja ke perpustakaan desa.
National Geographic Kids ialah tempat pendidikan
bertemu dengan penerokaan. Inisiatif untuk mengubah
pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak dan
pendidik yang menghubungi mereka dengan alatan,
sumber dan sokongan yang mereka perlukan untuk
memupuk rasa ingin tahu mereka dan menjadi peneroka
masa depan. Melalui pengalaman yang mengasyikkan,
rancangan pengajaran interaktif, peta dan sumber
percuma lain – terdapat cara yang tidak berkesudahan
untuk belajar dengan National Geographic.
Program ini merupakan sumber yang hebat untuk
digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka minat
mereka dan mengikuti rasa ingin tahu mereka. Walaupun
ia mempunyai beberapa jurang dalam haiwan dan negara
yang diliputinya, tawarannya terus berkembang.
Program ini akan menjadi cara terbaik untuk
memperkenalkan kepelbagaian hidupan di Bumi.
Galakkan kanak-kanak untuk belajar tentang haiwan
baharu, menonton pelbagai siri sains dan geografi dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Terokai peluang pendidikan yang menyemarakkan
semangat penerokaan dan membawa keajaiban dunia
kepada pelajar.
Puan Salamah Ketua Unit Perpustakaan menyambut kedatangan Yb IR Aidel Lariwoo 20
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
2021
BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 21
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
2021
BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 22
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
2021
BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 23
HEALTHY CITY PROJECT
GREEN MARKET & SAFE CITY
“MPKS mahu pusat ini ditubuhkan memandangkan penduduk
setempat mendesaknya dan MPKS empati dengan mereka,” -
Ybhg. Dato’ Peter Minos
“Dua perkara sedang diberi tumpuan iaitu konsep
bandar sihat boleh didiami dan
pelancongan berasaskan budaya dan makanan.'"
-Ybhg. Dato’ Peter Minos
Healthy City Project telah disertai pelbagai pihak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti
Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Polis Diraja Malaysia dan
Daerah Pejabat Kesihatan dan lain-lain.
Ybhg. Dato’ Peter Minos berkata MPKS akan menubuhkan taman dengan trek hutan, taman bunga,
badminton dan gelanggang bola keranjang, gelanggang futsal, gelanggang ping pong, padang bola
sepak dan pentas kebudayaan bersama dengan medan selera yang menyediakan makanan dan
minuman tempatan kerana Kota Samarahan mempunyai hampir segala-galanya tetapi ia tidak
mempunyai pusat kebudayaan dan taman rekreasi, di mana penduduk tempatan boleh pergi untuk
berehat dan beriadah aktiviti pada hujung minggu, seperti di bandar dan bandar lain.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, penambahbaikan (pemasangan bekalan elektrik dan air) ke
pusat tong sampah sedia ada untuk menampung proses pengkomposan sisa organik dan sebarang
kaedah atau teknologi rawatan sisa turut dilakukan, serta kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur
yang melibatkan papan tanda pendidikan untuk pusat itu juga telah diusahakan. Untuk melakukan
penambahbaikan untuk pusat tong sampah semasa dan menjadikan pusat tersebut sebagai 'Pusat Hijau
MPKS', TOR pusat akan dinyatakan dengan sewajarnya dan untuk manfaat masyarakat setempat
selaras dengan slogan MPKS “cantik, hijau, bersih & selamat” & Normal Baharu kehidupan seperti
mengecat semula sebarang struktur kecacatan pasaran, untuk melakukan kesedaran bergambar di atas
lantai untuk kesedaran orang ramai cth 'Keep Our Market Clean & Green', 'No littering’, 'Social
Distancing', 'Amalkan Kebersihan Diri dan Kerap Basuh Tangan', Pakai Topeng apabila berada di
tempat awam.
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN 24
LAMAN INFO
MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
TERIMA KASIH
BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS
PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
DAN
ERNADIA WAHIDA BINTI CLUNY
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT
(KEPUJIAN) PENGURUSAN
PERPUSTAKAAN
UNTUK BERITA DAN INFORMASI
LAYARI
Majlis Perbandaran Kota Samarahan
majlisperbandarankotasamarahan
082-671023
[email protected]