The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NORIYAH BINTI MAIL PP2212146T, 2023-04-09 00:19:42

JENIS-JENIS AYAT

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 DISEDIAKAN OLEH : SITI NORIYAH MAIL


JENIS-JENIS AYAT


Ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Dikenali sebagai ayat selapis. MAKSUD SUBJEK PREDIKAT AAYYAAT TUNGGAL T TUNGGAL


Bahagian ayat yang diterangkan. SUBJEK PREDIKAT Bahagian ayat yang menerangkan subjek.


CONTOH AYAT TUNGGAL 1. Ibu menyiram pokok bunga. 2. Ahmad pergi ke sekolah. PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT SUBJEK


JENIS-JENIS AYAT TUNGGAL 1 Ayat penyata 2 Ayat tanya 3 Ayat seruan 4 Ayat perintah


AYAT PENYATA Bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Contoh ayat: Mesyuarat itu berjalan lancar. Ahmad memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini. 1. 2.


AYAT TANYA Bertujuan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal. Di akhiri dengan tanda soal (?). Contoh ayat: Mengapakah tajuk ini yang kamu pilih? Berapakah harga sehelai baju itu? 1. 2.


AYAT SERUAN Bertujuan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti kagum, sedih, marah, terkejut dan takut. Di akhiri dengan tanda seruan (!). Contoh perkataan: amboi, wah, cis Contoh ayat: Adih, sakitnya gigiku! Wah, berani betul budak lelaki itu! 1. 2.


AYAT PERINTAH Bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdapat empat jenis ayat perintah: suruhan, larangan, silaan dan permintaan Contoh ayat: Hantar kerja rumah kamu sekarang. (suruhan) Jangan bermain di tepi sungai itu. (larangan) Sila datang ke bilik guru. (silaan) Minta kamu semua bertenang. (permintaan) 1. 2. 3. 4.


Ayat yang terbina daripada gabungan ayat-ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Dikenali sebagai ayat berlapis. MAKSUD AAYYAATT MMAJMUK AJMUK


JENIS-JENIS AYAT MAJMUK 1 Ayat majmuk gabungan 2 Ayat majmuk pancangan 3 Ayat majmuk campuran


AYAT MAJMUK GABUNGAN Terdiri daripada dua ayat atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung. Contoh kata hubung: dan, atau, serta, sambil dan tetapi, Contoh ayat: Ali dan Ahmad bermain bola sepak. Awak mahu minum kopi atau teh? 1. 2.


AYAT MAJMUK PANCANGAN Terdiri daripada satu ayat induk dan ayat atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. Contoh kata hubung pancangan: yang, bahawa, ketika, sebab, apabila dan ketika. Contoh ayat: Wanita yang berbaju kebaya itu kakak saya. Saya yakin bahawa apa yang dikatakan olehnya adalah benar. Mukanya pucat apabila disoal. 1. 2. 3.


AYAT MAJMUK CAMPURAN Mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Contoh: Ayat tunggal + Ayat majmuk Contoh ayat: Aminah sedang menyiram pokok bunga manakala adik lelakinya yang kecil sesang tidur. Anuar suka bermain bola tetapi adik lelakinya yang bungsu suka membaca. 1. 2.


AAYAT GRAMATIS? YAT GRAMATIS? AAPPAA IITTUU


AAYYAAT GRAMATIS T GRAMATIS Ayat yang betul dari segi struktur dan maknanya. Struktur: mempunyai subjek dan predikat. Makna: mestilah logik dan boleh diterima akal.


Penggunaan pembendaharaan kata betul, tepat dan meluas. Betul dari segi tanda baca dan ejaan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Menepati kehendak arahan dan gambar. AAYYAAT GRAMATIS T GRAMATIS


SIAPA? BUAT APA? DI MANA? KATA KUNCI UNTUK MEMBINA AYAT GRAMATIS


Merujuk kepada pelaku yang dituju. Contoh: Ain, Cikgu Ali dan Kucing Merujuk kepada perbuatan yang sedang dilakukan. Contoh: menyanyi, menulis dan menonton Siapa? Buat apa? KATA KUNCI


Merujuk kepada tempat. Contoh: di sekolah, di dapur dan di rumah Di mana? KATA KUNCI


CONTOH AYAT GRAMATIS Aina sedang menyiram pokok bunga yang ditanamnya di halaman rumah. Ayah saya sedang membaca surat khabar di ruang tamu. 1. 2.


CONTOH AYAT TAK GRAMATIS Ayam itu sedang bermain bola di padang. Bola itu menendang Abu. 1. 2. Ayat di atas betul dari segi struktur iaitu mempunyai subjek dan predikat namun tidak dari segi maknanya iaitu tidak logik.


Click to View FlipBook Version