PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
- MPU21032 -
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
i. PENGENALAN 1-3
ii. OBJEKTIF TUGASAN 4-5
iii. KONSEP PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN (DEFINISI) 6-8
iv. KEPELBAGAIAN BUDAYA(MELAYU,CINA,INDIA) 9-21
v. KEPENTINGAN KEBUDAYAAN 22
vi. CARA MEMUPUK PERPADUAN 23
vii. KEPENTINGAN PERPADUAN 24
viii. RUJUKAN 25-26
ix. KESIMPULAN 27
x. PENGHARGAAN 28
AHLI KUMPULAN 7
2019 Nawatul Akhma Binti Aini Azura Binti Mohd
Bastian Faizal
Sanjena A/P Chandran
06DPR22F1073 06DPR22F1079 06DPR22F1075
PENGENALAN
1
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,
bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai
sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya
dalam konteks kemasyarakatan yang luas. Konsep kemajmukannya yang merujuk
kepada pelbagai masyarakat campuran serta kumpulan manusia yang mengamalkan
cara hidup yang berlainan dan mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum
sendiri dalam lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan
masyarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti sosial dan
membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap
bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap masyarakat ini terus
berkembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan seterusnya global. Terdapat
tiga kaum utama yang ada di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India di mana
peratusan masing-masing adalah sebanyak 69.4%, 23.2% dan 6.7% serta selebihnya
adalah daripada kaum lain iaitu sebanyak 0.7%.
2
Kerajaan Malaysia menentukan budaya Malaysia menerusi penerbitan
"Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971". Ia mentakrifkan tiga prinsip
sebagai garis panduan untuk kebudayaan di Malaysia.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini
Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan
Kebangsaan.
ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya. Kesesuaian dan
penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepadatidak wujudnya
percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
iii. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Peringkat tertinggi : Seharusnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam.
Peringkat kedua : Menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan
dengan budaya Islam.
3
OBJEKTIF
tugasan
4
Dalam melaksanakan tugasan e-folio ini, kami telah
menetapkan beberapa objektif yang harus dicapai. Antaranya :
• Memberi pemahaman tentang konsep perpaduan dan kebudayaan
di Malaysia.
• Mengambil cakna dengan kepelbagaian budaya yang ada di
negara kita.
• Mengkaji tentang kepentingan perpaduan dan kebudayaan
terhadap
rakyat Malaysia.
• Membuat kesimpulan di atas kajian yang telah dilaksanakan.
5
DEFINISI
KEBUDAYAAN
DAN PERPADUAN
6
KEBUDAYAAN Kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara
kehidupan. Kamus Dewan (2005)
mendefinisikan budaya sebagai kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan
dan sebagainya. Justeru, budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
7
PERPADUAN Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan
erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan
etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain, perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi
batu api dan menyemarakkan lagi isu
perkauman dikalangan kaum-kaum yang
ada.
8
KEPELBAGAIAN
BUDAYA MELAYU, CINA
DAN INDIA
9
KAUM MELAYU
PEMAKAIAN ; PERAYAAN ;
Hari Raya Aidilfitri diraikan setahun sekali dalam bulan syawal mengikut kalendar Islam. Hari
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan tersebut diraikan sempena hari kemenangan dan hari kegembiraan bagi semua umat islam
Abu Bakar. setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan mengikut kalendar Islam
Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban. masyarakat Melayu akan berkorban
BAJU MELAYU TELUK BELANGA binatang ternakan mereka bertujuan untuk mengenang kesanggupan Nabi Ismail
Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah (SWT).
sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19.
BAJU KURUNG
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian MAKANAN ;
tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju NASI LEMAK
kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Pada masa kini, baju Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya
kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
KEBAYA LEMANG
Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika
tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan
oleh masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu. bersama rendang atau serunding.
Kebaya terbahagi kepada dua, iaitu : RENDANG
-baju kebaya biasa Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya
-baju belah kebaya panjang
Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu10
KAUM MELAYU
PERMAINAN ; TARIAN
Permainan tradisi secara amnya terbahagi kepada dua iaitu
permainan anjung dan permainan laman. TARIAN MAK YONG
Permainan anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup -Tarian mak yong merupakan Drama tari Mak
botol, dam aji dan lain-lain Yong iaitu suatu bentuk drama-tari Melayu yang
permainan laman pula seperti galah panjang, gasing, baling selipar, menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan
konda kondi dan lain-lain tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita
dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
PERMAINAN ANJUNG - CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan anjung atau permainan dalam TARIAN ZAPIN
rumah yang menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di -Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di
atas tanah negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada
-Permainan ini dapat menajamkan kemahiran dalam matematik Al-zaffan iaitu gerak kaki.
serta melatih minda untuk membuat keputusan atau strategi -.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan
dengan pantas dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai
contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan
PERMAINAN LAMAN -GASING sebagainya
-Permainan gasing amat popular di Semenanjung Malaysia
terutama di negeri Terengganu dan Kelantan serta Melaka. 11
-Orang dewasa dan kanak-kanak boleh bermain gasing mengikut
saiz gasing yang bersesuaian.
KAUM MELAYU
ALAT MUZIK ADAT RESAM (PERKAHWINAN)
adat dan budaya masyarakat melayu mempunyai unsur-unsur MERISIK
kesenian yang sangat tinggi nilainya. Ini dapat dibuktikan Adat ini dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan
berdasarkan kepada warisan instrumen-instrumen muzik yang adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang
diperturunkan pada masyarakat melayu kita. lelaki itu menyelidik latar belakang si gadis dari segi adab sopan,
tingkah laku dan lain-lain
Peralatan-peralatan ini sering digunakan ketika upacara rasmi
seperti majlis perkahwinan, persandingan serta upacara-upacara MEMINANG
melibatkan raja-raja. -Jika sudah mengetahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
1.KOMPANG rombongan peminangan.
Kompang adalah peralatan muzik paling popular sehinggga -adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya
sekarang. Alat ini terus menjadi salah satu instrumen wajib ada secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua pihak akan berunding untuk
semasa majliis perkahwinan masyarakat melayu menetapkan tarikh dan masa untuk adat bertunang pula.
2.GENDANG BERTUNANG
-gendang memainkan peranan yang besar dalam seni dan -pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan sudara mara terdekat
budaya masyarakat melayu. Dikenali dengan nama kendang untuk upacara bertunang
dalam bahsa jawa. Masyarakat melayu memang terkenal -pada hari tersebut berlangsung, majlis kenduri akan diadakan di rumah
sebagai pemain gendang yang handal. pihak perempuan.
- gendang paling besar dalam mana-mana satu persembahan -hantaran terdiri daripada tepak sirih sebagai bingkisan utama,
dinamakan sebagai gendang ibu atau gendang indung, menjadi sebentuk cincin berserta hantaran lain seperti bunga rampas, buah-
salah satu instrumen penting dalam persenbahan gamelan. buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain
MAJLIS PERKAHWINAN
-majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari bersanding, ia
merupakan kemuncak istiadat perkahwinan. Oleh disebabkan itu,
pengantin digelar sebagai raja sehari.
12
Kaum melayu
Baju Melayu Cekak Baju Kurung Kebaya
Musang
Baju Melayu Teluk Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha
Belanga 13
Kaum melayu
Nasi lemak Lemang Congkak
Tarian Mak Yong Gasing Rendang
14
Kaum melayu
Gendang Kompang
Adat resam- Tarian Zapin
perkahwinan
15
KAUM cina
PAKAIAN TRADISIONAL* *MAKANAN*
- Cheongsam - - Kuih Bulan -
• Merupakan pakaian tradisional bagi perempuan cina yang lebih muda. • Manisan yang mempunyai pelbagai jenis inti di dalamnya.
• Mempunyai potongan leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang
sendat di pinggang dan belahan di bahagian kiri dan kanan kain. • Boleh dimakan begitu sahaja
• Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain • Sering dimakan ketika menyambut perayaan atau apa-apa jenis sambutan.
lembut.
- Dim Sum -
- Samfoo - • Diperbuat daripada campuran tepung jagung dan tepung gandum serta dicampurkan bersama isi udang, ayam, atau
• Merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki dan wanita cina.
• Membawa maksud “baju dan seluar”. sayuran.
• Mempunyai potongan yang longgar dan terbelah di bahagian hadapan serta dipakai • Dihidangkan bersama teh dan sesuai dimakan sebagai sarapan atau minum petang.
bersama seluar yang longgar.
• Pakaian ini diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau sekadar - Yee Sang -
berbunga halus. • Terdiri daripada aneka jenis sayuran dan potongan ikan.
• Dihidangkan sempena upacara keagamaan mahupun sebarang perayaan.
PERAYAAN* • Hidangan akan digaulkan beramai-ramai dan dipercayai semakin tinggi makanan dilambung, ia membawa maksud
- Tahun Baru Cina - rezeki akan semakin mewah.
• Disambut bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar cina.
• Kebiasaannya sambutan tahun baru cina akan diiringi dengan makanan seperti yee sang, kuih bulan, limau *PERMAINAN TRADISIONAL*
mandarin dan yang paling popular sekali adalah pemberian angpau daripada orang yang telah berkahwin.
- Go -
- Pesta Tanglung - • Permainan menggunakan papan seperti dam yang dimainkan oleh dua orang.
• Juga dikenali sebagai Chap Goh Mei.
• Diraikan sebagai penutup bagi perayaan tahun baru cina. • Mempunyai biji-biji berwarna hitam dan putih.
• Pada malam pertama bulan purnama, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan kemudian dilepaskan. • Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan.
- Perayaan Kuih Bulan - - Xiangqi -
• Sejarah perayaan ini bermula sebagai menyambut kemenangan orang cina mengalahkan Mongol pada akhir
pemerintahan Dinasti Yuan. • Dimainkan oleh dua orang pemain.
• Perayaan ini disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar cina. • Berada dalam keluarga yang sama dengan catur dan digelar sebagai catur cina.
• Tradisi mengatakan kuih bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci
selepas memakan kuih bulan tersebut. Oleh itu, dia tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada - Yoyo Cina -
Maharaja Syurga. • Mempunyai dua cakera sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang.
• Sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.
• Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yoyo daripada jatuh.
*TARIAN TRADISIONAL*
- Tarian Singa -
• Dipersembahkan ketika perayaan tahun baru cina.
• Sebuah tarian bersemangat yang diiringi paluan gendang tagu cina dan simbal serta memerlukan keberanian dan
penataan gerak tarian yang tepat di antara penari-penarinya.
- Tarian Naga -
• Dipersembahkan ketika perayaan tahun baru cina dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang
baru.
• Tarian ini memerlukan seramai 60 orang. 16
Kaum cina
Tarian Naga Yoyo Cina Tarian Singa
Xiangqi Yee Sang Go
17
Kaum cina
Dim Sum Kuih Bulan Pesta Tanglung
Tahun Baru Cina
Ceongsam & Samfoo
18
KAUM india
Tarian Tradisional Perayaan
Tarian bharatanatyam Hari Deepavali
Tarian Bharatanatyam merupakan salah satu tarian klasik India yang Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama
popular di kalangan kaum India di Malaysia. Berasal dari wilayah Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap
Tamil Naidu di bahagian Selatan India, tarian tradisional popular ini kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang
perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk dikuasai kerana menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi
dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.. Hari
dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan
badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama
Tarian Kathakali ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang
tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi
Tarian Kathakali merupakan salah satu tarian klasik India berasal dari manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumah
Kerala (India Selatan). Persembahan tarian ini merupakan gaya sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu
tarian paling rumit dan dilakukan dalam gaya bermain teater. dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Tarian Kuchipudi
Tarian Kuchipudi adalah tarian klasik India yang popular di seluruh
India Selatan. Nama Kuchipudi diambil dari nama sebuah kampung
di Divi Taluka terletak di daerah Krishna, yang bersempadan dengan
Teluk Bengala.
19
KAUM india
Alat-alat Muzik Masyarakat India Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
DHOLAK Kuih muih tradisional kaum india di Malaysia
NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang
dikategorikan sebagai alat Membranofon
SITAR
NAMA:
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia
merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali
logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.
TABLA
NAMA:
Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon
TAMBURA
NAMA:
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon
20
Kaum india
Dholak Sitar Tabla
Tambura Saree
Dhoti
21
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
MeLAMBANGKAN IDENTITI MEMUPUK PERPADUAN NEGARA MeNGEMBANGKAN AKTIVITI
SESEBUAH NEGARA. PELANCONGAN
Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
Amalan budaya tradisional kita tradisional yang murni. Rakyat kita Budaya tradisional kita mempunyai
melambangkan sifat majmuk tidak kira keturunan, agama dan keunikannya tersendiri, misalnya
masyarakat kita. Misalnya, amalan adat resam turut merayakan persembahan teater tradisional seperti
pakaian tradisional pelbagai kaum bersama-sama. Jiran tetangga dan bangsawan dan makyung dan tarian
yang unik dan berwarna-warni. sahabat handai saling mengunjungi. seperti kuda kepang dan gawai.
Budaya tradisional kita juga Kuih- muih bertukar pinggan. Kita Banyak pelancong mengunjungi
menunjukkan budi pekerti saling menerima dan memberi. Ucapan Malaysia kerana ingin mendekati corak
masyarakat Malaysia. Nilai murni “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” hidup dan kebudayaan kita. Ada yang
yang ditunjukkan dalam majlis dan “Selamat Deepavali” keluar dari tinggal bersama-sama kita dikampung
korban dan mengadakan rumah jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat untuk merasai kehidupan kita. Tidak
terbuka pada hari kebesaran kekitaan ini akan mengeratkan kurang pula yang merakamkan
menunjukkan kita prihatin siraturahim, seterusnya memupuk perkahwinan mereka mengikut adat
terhadap orang lain dan bersikap perpaduan. resam Melayu.
mesra.
22
CARA MEMUPUK PERPADUAN
Perpaduan adalah amat penting bagi memastikan kita boleh hidup
secara aman dan harmoni tanpa mengira agama dan bangsa.
MENGALAKKAN MEWUJUDKAN AMALKAN SIKAP SIARKAN PROGRAM
KONSEP RUMAH PROGRAMBERUNSUR BERTOLERANSI TVBERUNSURKAN
TERBUKA PERPADUAN PERPADUAN
Sikap bertoleransi
Konsep rumah terbuka Program yang adalah penting Rancangan hiburan atau
semasa musim berunsurkan untuk mengelakkan dokumentari yang
perayaan mampu perpaduan haruslah daripada berunsurkan perpaduan
mewujudkan dipupuk terutamanya mencetuskan retak boleh mendorong
persefahaman antara dalam kalangan dalam perpaduan penonton untuk
pelbagai kaum. generasi muda. kita. menghargal erti
perpaduan.
23
KEPENTINGAN PERPADUAN
Mengekalkan kestabilan Memajukan ekonomi negara. Menjamin kesejahteraan negara Malaysia.
politik. Amnya mengetahui bahawa
Sektor ekonomi Malaysia yang Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di
Kestabilan politik mantap dan masih mampu bertahan mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa
dalam setiap jabatan amat perlu jika dibandingkan dengan negara Melayu, Cina dan India. Pemimpin-pemimpin
bagi menjamin keutuhan struktur serantau yang berhempas pulas yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun
pentadbiran Malaysia. Fungsi menghadapi kepincangan ekonomi. Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai
pentadbiran Negara pula perlu Seterusnya, pelabur asing tidak pemimpin berwibawa yang lain telah berunding
dilaksanakan secara sistematik bimbang untuk melabur di Malaysia dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan
kerana banyak negara luar yang kerana keadaan negara kita yang demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah
gemar berurusan dengan aman dan damai, sekali gus dapat menjadi tanggungjawab kita untuk terus
pemimpin Malaysia. Impak positif menjana ekonomi supaya terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi
yang berlaku ialah Negara berkembang. Sebagai contohnnya, sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan
Malaysia dapat melebarkan ruang rakyat yang bersatu padu akan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak
lingkup jalinan persahabatan dan berusaha mengerah keringat bagi langkah serta melalui satu fasa perubahan yang
perdagangan bagi mencakupi memastikan negara terus maju dan drastik sehingga kita standing dengan negara-
arena global. menggembeleng tenaga memulihkan negara maju yang lain dan dikagumi oleh
ekonomi negara. seluruh pelosok dunia. Tambahan pula, ada
segelintir pemimpin dunia yang menjadikan
Malaysia sebagai suri teladan untuk
membentuk perpaduan rakyat mereka
seterusnya mencetuskan keharmonian negara.
24
Rujukan
Peratusan kaum di malaysia
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/02/922356/penduduk-malaysia-kini-324-juta
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
https://portfoliocft1063sopie.wordpress.com/pengenalan/
Maksud Kebudayaan
https://www.slideshare.net/nurulhawaniarifin/definisi-kebudayaan
Maksud Perpaduan
https://online.anyflip.com/fgeij/vblu/mobile/
Kaum Cina
https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
Kepentingan Kebudayaan
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/
Cara Memupuk Perpaduan
https://www.iqteach.com/cara-memupuk-perpaduan/
Kepentingan Perpaduan
https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia
25
Rujukan
https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu
https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/melayu.html
https://huzaifahketeh5.weebly.com/makanan-tradisional-melayu.html
https://www.heritage.gov.my/adat-budaya/permainan-tradisi.html
www.slideshare.net (https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-
melayu)
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
EDU Budaya dan Adat Resam
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/islamic-asian-
civilisation/ctu553-kaum-india/8322163
http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-india.html?m=1
http://aishahhisfaa.blogspot.com/p/ana-mulakan-dengan-sarapan-pagi-kerana.html?m=
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/10/21/deepavali-mengenali-tarian-tradisional-
india/
26
kesimpulan
Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum menjadi tunjang negara yang
harmoni di samping mengetengahkan keunikan budaya kaum masing-masing.
Kepelbagaian masyarakat harus dianggap sebagai nikmat Tuhan dan bukannya
rintangan ke arah perpaduan kaum. Elemen yang penting ini juga perlu diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan
ekonomi dan politik negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun
Negara dan mengikut kepercayaan masing-masing mampu mencorakkan imej
terbaik kepada negara Malaysia. Secara kesimpulannya, setiap warganegara
Malaysia sewajarnya terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat serta mengekalkan keindahan budaya yang telah
sedia ada dari zaman nenek moyang terdahulu supaya Malaysia mempunyai
kelebihan yang negara lain tidak ada.
27
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kami menyiapkan e folio ini
dengan jayanya dalam jangka masa yang ditetapkan. Semoga e-folio ini dapat memberikan banyak
manfaat dari segi penambahan ilmu pengetahuan kepada kami sebagai seorang rakyat malaysia.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohd Sabri bin Alias selaku
pensyarah penghayatan etika dan peradaban, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan
yang sempurna kepada kami dari awal tugasan diberikan sehingga e folio ini selesai disiapkan. Selain
itu. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami atas kerjasama dan
komitmen yang diberikan sepanjang melaksanakan tugasan e-folio ini. Tanpa sokongan dan dorongan
dari ahli kumpulan mungkin tugasan e-folio tidak dapat disempurnakan mengikut ketetapan masa yang
diberikan. Seterusnya, kami ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam penghasilan e folio ini. Akhir kata,
kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang
tidak disengajakan terkandung dalam efolio ini . Sekian terima kasih.
28