MENTOR MENTEE 2023/2024 SMK AMBROSE 32400 AYER TAWAR, PERAK AEA [email protected]
PERJUMPAAN 3 MENTOR MENTEE 2023/2024 12.6.2023 6.00 p tg hingga 6.30 ptg
MODUL PERJUMPAAN KE-3 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk : Kemahiran Asertif. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.Memahami maksud asertif. 2.Mengenalpasti ciri-ciri asertif. 3.Meningkatkan tingkah laku asertif. Masa : 30 minit Bahan : Rujukan guru. (Lampiran di bawah ) Langkah : 1. Mentor menerangkan definisi asertif, agresif dan pasif. 2. Mentor menerangkan perbezaan asertif, agresif dan pasif dalam bentuk dialog. 3. Mentor membuat rumusan tentang kepentingan bersikap asertif. Falsafah : Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan rasa hormat-menghormati DEFINISI DAN CONTOH DIALOG PASIF 1. Menghormati hak orang lain dan mengabaikan hak sendiri. 2. Tidak menyatakan keperluan, perasaan atau pendapat sendiri. 3. Tidak jujur terhadap emosi dan perasaan sendiri menyebabkan perasaan selalu terpendam. AGRESIF 1. Mempertahankan hak sendiri dan mengabaikan hak orang lain. 2. Mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain. 3. Tidak mahu mendengar pendapat orang lain. 4. Membuat keputusan tanpa memikirkan hak orang lain. 5. Suka memusuhi orang lain. ASERTIF 1. Mempertahankan hak sendiri di samping menghormati hak orang lain. 2. Melahirkan kehendak idea dan perasaan. 3. Berinteraksi dengan yakin.
Situasi : Ponteng kelas. Dialog Pasif Musa : Subjek Matematik Tambahan tu ... habislah. Cikgunya pun garang. Jom kita lepak. Chua : Boleh ke kita buat macam tu? Mohan : Boleh. Musa, kat mana ’port’ engkau?. Musa : Ala, ... kau ikut je lah aku. Chua : Nanti kantoi. Habis kita. Mohan : Apalah kau ni, penakut. Chua : Oklah, aku ikut. Musa : Macam itulah ’member’ . Dialog Agresif Musa : Kita berdua jangan jadi ’bangang’ nak belajar matematik bodoh tu. Jom kita blah. Chua : Apalah kau ni. Takkan tiap-tiap hari kau nak ponteng. Mohan :Kau Musa, cakap tu biar betul. Musa :Kau berdua ni memang penakut. Nak tunggu.. jadi perempuanlah. Nak tunjuk baik konon. Chua : Kau jangan banyak cakap Musa... nanti kena penumbuk aku. Mohan :Kau ponteng sorang jelah. Jangan nak libatkan kami. Dialog Asertif Musa :Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap lagi cikgu masuk. Nanti susahlah kita. Chua :Kau nak ke mana Musa? Kita kan nak belajar. Mohan :Aku setuju dengan kau, Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa, tapi ponteng tu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu ke Musa? Musa :Aku ’boring’ la. Dahlah ’slow’ tak faham langsung. Menyusahkan betul matematik ni. Chua :Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa pun kita boleh bincang, Musa. Marilah kita masuk kelas. Petang nanti kita pergilah lepak kat mana-mana, ok.