The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN DAN DOKUMENTASI HARI GURU 2022 SK METHODIST NIBONG TEBAL PADA 19 MEI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suwaidahmt01, 2022-05-22 10:12:26

LAPORAN DAN DOKUMENTASI HARI GURU 2022 SK METHODIST NIBONG TEBAL

LAPORAN DAN DOKUMENTASI HARI GURU 2022 SK METHODIST NIBONG TEBAL PADA 19 MEI 2022

Keywords: DOKUMENTASI HARI GURU 2022,SAMBUTAN HARI GURU 2022,SK METHODIST NIBONG TEBAL

SK METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN,

PULAU PINANG

Tel/Fax: 04-5931392

Laporan Dokumentasi

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

SK METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN,
14300 NIBONG TEBAL, P.PINANG
No. Tel/Fax : 04- 593 1392 e-mail : pbb4012 @jpnpp.edu.my

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

TARIKH 19 MEI 2022 / KHAMIS
MASA
PROGRAM 7.40 PAGI – 9.40 PAGI / 4.30 PETANG – 5.30 PETANG
TEMPAT
ANJURAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
PENGENALAN
DEWAN SK METHODIST NIBONG TEBAL
OBJEKTIF
KELAB GURU & STAF DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
TEMA
TENTATIF Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-
PROGRAM guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program
tahunan yang wajib diadakan. Bagi aktiviti bulan Mei, sambutan Hari Guru yang
LAPORAN dirancang adalah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru di
sekolah. Guru berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah
bukan sekadar mengajar pengajaran untuk membina ilmu malah membangunkan
sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti sambutan Hari Guru, murid dapat
berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh
penghayatan disebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid juga
menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi
menghiburkan guru-guru dan menghidupkab suasana yang dijalankan bagi
memberi erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

1. Dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan guru
2. Dapat meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat

sekolah
3. Dapat merasai kemeriahan dan mencatat kenangan terindah yang penuh

meriah melalui kerjasama warga sekolah.

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

1. Perarakan masuk guru ke dewan
2. Bacaan Doa
3. Nyayian Lagu ( Negaraku, Negeri Kita, Lagu Sekolah)
4. Perutusan Ketua Pengarah KPM
5. Perutusan Menteri Pendidikan
6. Ucapan Penghargaan Ketua Murid
7. Ucapan Penghargaan oleh YDP PIBG
8. Ucapan Guru Besar
9. Persembahan Murid
10. Persembahan Guru ( Lagu Guru Malaysia, Lagu Tema)
11. Penyampaian Doorgift kepada guru dan murid

Khamis, 19 Mei 2022, Kelab Guru dan Staf dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) telah bersepakat menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah di Dewan SK Methodist setelah 2 tahun penganjuran sambutan Hari Guru
ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semua murid sesi pagi dan petang telah berkumpul di dalam dewan mengikut
masa yang telah ditentukan. Murid sesi pagi mula berkumpul didewan bermula
jam 7.30 petang, manakala murid sesi petang mula berkumpul di dewan pada
pukul 4.30 petang. Setelah murid berkumpul dan berada dalam keadaan
terkawal, barisan guru-guru SK Methodist berarak masuk dengan iringan muzik
kompang dan gamelan.

KEKUATAN Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Cikgu Azhar bin Saidin
KELEMAHAN (sesi pagi) dan Cikgu Mohamad Azlan bin Mokri (sesi petang). Seterusnya
disambung dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan sempena
sambutan Hari Guru oleh Encik Mohamad Shukri bin Mohamed Radzi, Penolong
Kanan Hal Ehwan Murid (sesi pagi) dan oleh Puan Noorhayati binti Mohd Noor
(sesi petang). Program diteruskan dengan bacaan perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia oleh Puan Halimah binti Saad, Penolong Kanan Pentadbiran(sesi pagi)
dan oleh Puan Rozita binti Baharain (sesi petang).

Usai bacaan perutusan sempena sambutan Hari Guru, majlis berbesar hati
mendengar ucapan khas sempena Hari Guru oleh Ketua Murid, adik Muhammad
Nadzril Ashraff bin Mohammad Nizam. Majlis seterusnya menerima ucapan
sempena hari guru daripada YDP PIBG, Encik Jotheeraman a/l Gopal . Ucapan
khas sempena sambutan Hari guru kali ini diakhiri dengan sepatah dua kata
daripada Tuan Guru Besar SK Methodist Nibong Tebal, Encik Mohd Nizar bin
Zainul.

Majlis sambutan Hari guru diserikan dengan 2 buah persembahan murid yang
diwakili oleh adik Shashikumar a/l Saravanan tahun 6 Beta (ucapan dalam
Bahasa Inggeris) dan adik Teoh Jia Wei (6 Beta) Bersama adik Shamira Anne (5
Gamma) menyampaikan sajak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Majlis sambutan bertambah serinya dengan persembahan nyanyian Kami Guru
Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera selapas
bacaan ikrar yang dipimpin oleh Tuan Guru Besar SK Methodist, Encik Mohd
Nizar bin Zainul.

Sebagai tanda ingatan dan penghargaan, upacara penyampaian cerderahati atau
doorgift yang disumbangkan oleh wakil waris Miss Anne Lee Poh Chuan, Unit
Disiplin dan Pengawas dan Kelab Kebajikan Guru dan Staf.

Pemberian cenderahati atau doorgift sempena hari guru bukan sahaja diberikan
buat barisan guru, malah murid-murid SK Methodist teruja dan gembira
menerima cenderahati yang sama iaitu sebuah anak patung mainan.

Majlis sambutan diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua guru dan murid
sebagai tanda ingatan dan menyantuni tetamu jemputan yang hadir. Majlis tamat
pada jam 9.40 pagi.

Jamuan makan sempena hari guru pula bermula pukul 12.30 tengah hari
menggabungkan kehadiran semua warga SK Methodist. Jamuan telah diadakan di
Dewan SK Methodist. Jamuan makan bertambah makna apabila turut menerima
sumbangan kek daripada waris dan bekas waris murid SK Methodist dan
daripada badan Kelab Kebajikan Guru dan Staf.

Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam sebarang aktiviti atau program yang
dijalankan di sekolah melalui sumbangan yang diperoleh dari pihak ibu bapa.

1. Perjalanan program dikawal selia oleh guru.
2. Program dianjurkan dan dikelolakan oleh guru-guru untuk memberi

penghargai kepada golongan guru sendiri.
3. Sambutan tidak dapat melibatkan keseluruhan guru kerana sekolah

melibatkan dua sesi
4. Pakaian baju batik guru tidak seragam seperti yang diarahkan atas faktor guru

baru berpindah dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

ISU & CADANGAN ISU 1 : Program tidak dapat dijalankan tepat pada masa yang dicadangkan kerana
PENAMBAHBAIKAN guru perlu memastikan disiplin murid terkawal sebelum memulakan program.

ISU 2 : PIBG atau kumpulan sarana mengambil alih pengelolaan program
Sambutan Hari Guru akan datang agar sesuai dengan objektif menghargai jasa
guru.
ISU 3 : Program boleh dijalankan pada pertengahan masa balik sesi pagi dan
masa bermula sesi petang agar murid dapat meraikan hari guru secara
keseluruhannya.

Disediakan oleh ,

-------------------------------------------
(SUWAIDAH BINTI MD.TOHIRAN)
AJK Multimedia
Sambuatn Hari Guru 2022.

Disemak dan disahkan oleh,

------------------------------------
(MOHD NIZAR BIN ZAINUL)
Guru Besar,
SK Methodist Nibong Tebal.

SK METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN,
14300 NIBONG TEBAL, P.PINANG
No. Tel/Fax : 04- 593 1392 e-mail : pbb4012 @jpnpp.edu.my

Dokumentasi
Bergambar

(Sesi Pagi & Sesi Petang)

PERARAKAN GURU MASUK KE
DEWAN DENGAN IRINGAN MUZIK

KOMPANG DAN GAMELAN

BACAAN DOA
OLEH :

ENCIK AZHAR BIN DIN

BACAAN PERUTUSAN KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA

BACAAN PERUTUSAN MENTERI
PENDIDIKAN MALAYSIA

UCAPAN PENGHARGAAN OLEH WAKIL
MURID, YDP PIBG DAN GURU BESAR

PERSEMBAHAN DARIPADA WAKIL MURID
TAHAP 1 dan TAHAP 2

BACAAN IKRAR DAN PERSEMBAHAN GURU (NYANYIAN
LAGU GURU MALAYSIA DAN LAGU TEMA HARI GURU)

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN DOORGIFT
SEMPENA HARI GURU

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN DOORGIFT
SEMPENA HARI GURU

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN DOORGIFT
SEMPENA HARI GURU

PENYAMPAIAN DOORGIFT KEPADA SEMUA
MURID OLEH MISS ANNE LEE POH CHUAN

PENYAMPAIAN DOORGIFT KEPADA SEMUA
MURID OLEH MISS ANNE LEE POH CHUAN

PENYAMPAIAN DOORGIFT KEPADA SEMUA
MURID OLEH MISS ANNE LEE POH CHUAN

JAMUAN MAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAN ACARA
MEMOTONG KEK DAN PULUT KUNING SAMBUTAN HARI GURU
SUMBANGAN KELAB GURU DAN WARIS MURID

JAMUAN MAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAN ACARA
MEMOTONG KEK DAN PULUT KUNING SAMBUTAN HARI GURU
SUMBANGAN KELAB GURU DAN WARIS MURID

DISEBALIK LENSA HARI GURU



Selamat Hari Guru

Mekar dipandang bunga kiambang,
Buat hiasan puteri rupawan,

Ilmu sang guru bukan sebarang,
Penyuluh haluan hidup berzaman.

Sekian,Terima Kasih


Click to View FlipBook Version